Wednesday, July 3, 2019

Mulut Longkang

Semalam puas jugala membawangkan kawan yang dapat jadi BOD tu. Kawan tak puas hati dengan pelantikan itu. Kawan saya ni skema punya orang. Lagi pun dia housewife yang suaminya memang baik, tak reti guna bahasa pelik-pelik ni.

Saya yang berkerja ni, pernah dapat bos jahat mulut, saya ok sebab saya pun boleh tahan jahat juga mulutnya. Tapi sebab saya kuli-kuli, dan mak saya didik jangan melongkang, jadi di ofis tu saya ini lebih dikenali sebagai seorang yang baik budi. Habis kuat pun derang kata saya ini control lasser.

Orang mulut laser ni mak kata masa kecik tumbuh gigi atas dulu, atau bibirnya terbelah di tengah. Mak katalah. Orang kita memang tak boleh terima orang jahat-jahat mulut ni, walau wujud je orang jenis macam gini. Memang susahlah,kan you cannot be the real you, you kena act baik, comel bla bla bla... atau most of the time you diam ajeeeelaaaa.

Sebab diam tu, ada orang kata sombong dan saya tak de ramai kawan. Saya hanya berkawan kalau saya rasa orang tu boleh tahan telinga. Boleh terima kelaseran mulut saya. Kita takut kalau cakap lelebih orang terasa hati, kecik ati.

Am I loosing myself? Rasa tak juga sebab dah memang imej saya bodoh sombong kera sumbang. So saya ok je. Cuma bila dah tetua ni saya mula menyibukkan diri dengan berpesatuan. Itu pun saya pergi, buat kerja dan pulang. Cuma ada 2, 3 kerat kawan je yang layan saya sembang.

Ok berbalik pasal bawang semalam. Kawan saya tu hubby dia somebody gak dalam bidang finance ni. Dia rasa kawan longkang saya tu hanya pandai melongkang jak tu. Apa dia tau pasal SC, pasal Petronas. Kijenya di situ sebagai rubber-stamp-pad Tun M ajelah tu, komen dan kesimpulan kami berdua di sessi penggulungan majlis bawang kami. Ramai lagi kenalan yang berwibawa, si longkang tu juga yang dilantiknya.

Selain kawan longkang, kawan saya juga tak puas hati pasal Kak Tipa Koya jadi bos SPRM. Apa Tipah tau? Maki-hamun staff ajelah pandainya.

Tak kisahlah,kan pandai-pandailah Tun jaga Petronas, jaga SC, dan SPRM tu nanti. Kita perati aje. Sapa betul, saya dan kawan atau Tun yang betul. Saya pun 50-50 jak rasa saya betul, sebab ada je yang bos longkang tapi pandai buat kerja. Sama ada Kak Tipah dan Bro Longkang kita ni pandai ke tidak, saya pun tak sure sebenarnya.

So biarlah ajelah mereka menjalankan tugas masing-masing. Kalau tak pandai, nanti adalah gantinya tu.

***
On separate note,

Saya happy juga walau saya somehow loose myself dan jadi "not soooo meee". Saya happy sebab saya tahu ramai orang tak suka orang mulut lazer ni dan orang rapat dengan kita sebab nak guna mulut kita je. Tapi syukur saya jarang terperangkap dalam setuasi saya meleser bagi pihak.

Saya sangat bersyukur sebab pada satu masa dalam hidup saya, masa saya baru masuk perkhidmatan awam sebagai kerani, ada kawan sudi tegur saya. Memang ada manusia yang berbaik-baik dengan kita untuk kita bergaduh bagi pihak dia. Contoh dia gaduh dengan A, sedangkan kita tak kenal pun A, tapi bila dah hari-hari dia cerita buruk pasal A, tak semena-mena satu hari, kita pegi serang si A. Iya dia boleh buat sampai jadi begitu. Hebatkan? Tapi not too worry so much orang macam itu tak berapa kerat pun wujud dalam pejabat ni. Wujud tu memang wujudlah, but sepanjang saya berkerja ni, ada 2, 3 insiden jerk saya berdepan dengan situasi begitu. Solusinya tutup mulut rapat-rapat je. Senang.

Itu pasal saya ada blog, saya ada pokok hijau dan kat kampung saya ada kucing. Saya cakap dengan benda-benda ni ajelah untuk melepas sunyi. Sebenarnya hidup saya tak lah sesunyi manapun. Bahkan tak sunyi langsung pun. Sebab mak saya masih ada lagi. Hurmmm mak saya tu, asyik "kacau" saya jer... jadi kau fikir saya ada masa untuk sunyi?

If dia tak de, Busu saya, anak-anak dia, haiiiyaaa itu semua orang aaarrr memang bikin kita tak de masa untuk sunyi, tau!!!

Lagi pun kalau terlalu riuh pun memang saya sengaja mencari sunyi. Kekecik dulu saya tinggal dalam Dusun buah-buahan. Bila mak pegi keje, suasana jadi sunyi, dan itulah masa yang paling saya suka. So, now pun kalau dia bising-bising sangat, sama ada saya akan tidur atau pergi ke hutan lipur/rekreasi, atau kolam renang untuk bersunyi-sunyi.

Sunyi tu best. Saya pun tak fahamlah kenapa orang fikir sunyi itu penyakit yang perlu diubati dan disembuhkan. Samalah macam orang mulut longkang yang rasa longkang tu best dan tak mau berpisah dengan kelongkangannya sampai sanggup sepi dan jalan sendiri kalau langsung tak ada orang mau jalan dengan dia. Apa kau gila nak bagi tau dia yang longkang itu satu penyakit yang perlu disembuhkan dan dirawati?

Dunia ni,kan akan jadi lebih seronok kalau kita tak sibuk yang merawat apa-apa yang tak perlu diruwetkan pun.

No comments: