Saya jumpa dia dalam internet persatuan sastera. Dulu ada ketika saya ada banyak masa mengarutkan hal sastera. Masa itu saya jumpa dia. Lepas jumpa saya rasa sastera is just not for me. Depressing. Sebuah dunia yang sedang mati, atau menemui sebuah kematian.
Kawan saya terlalu mencintainya. Itu kerjaya dia pun. Dia kenalah duduk diam dalam sana. Saya pula cepat-cepat "angkat" kaki. Namun persahabatan tak putus juga. Kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu, saya bantulah. Apalah sangat yang saya boleh bantu, pun sekadar beli buku-buku mereka, bolehlah. Kawan saya dia tak tulis buku. Dia editor majalah. Saya memang tak beli majalahlah. Kalau buku, bolehlah saya beli dan hadiahkan kat bos-bos atau pensyarah. Majalah? Hurm, tak pernah saya buat lagi bagi hadiah majalah kat orang. Dan saya takkan buat pun.
Lately kawan suka tayang pasal Befriender, pasal kisah dia yang macam mengalami semacam mid-life-crisis gitu. Mulanya saya fikir dia ni saja, kut, tulis macam gitu sebab nak dapat like. Lepas tu saya saja tanya "you ada masalah mid-life crisis ka?" Dia kata iya dan dia dah pulih.
Ala ala, zaman moden ni,kan macam-macam penyakit ada. Kalau orang tak faham orang senang-senang akan tuduh orang sebegini sebagai lemah iman. Saya pula lebih suka fikir secara terbuka. Tak semua orang bernasib baik lahir dalam keluarga yang punya latarbelakang agama yang kuat macam saya. Pakcik-pakcik saya ustaz, makcik saya ngajar ngaji. Mak saya kuat sembahyang, kuat mengaji, tapi dia juga seorang yang sukakan seni dan punya apresiasi seni yang tinggi. Mak pandai baca sastera dan pandai tengok lukisan abstrak tau.
Pendek cerita family saya jenis tak mudah jatuh hukum "lemah iman" for those yang mengalami masalah jiwa kacau. Yang penting kita semua kena bangkit balik. Good for my friend yang dia sudah pulih dan tengah sibuk bersiap untuk ke Jakarta atas urusan kerja dia. Oklah tu krisis dia tidaklah bikin dia sampai tak masuk ofis.
Lepas berkrisis kau nak tutup mulut atau bercerita itu hak engkau. As for me, saya pilih untuk tutup mulut aje. Saya pernah jatuh sakit teruk, saya bangkit dengan cara bukan Islam. Mak saya hantar saya ke klinik, saya follow, saya cipta program-program recovery saya yang saya fikir sesuai untuk saya. Tak ramai tau. Infact semua fikir saya keluar dari krisis sebab banyak sembahyang dan banyak mengaji macam mak, pakcik dan makcik saya.
Sebenarnya saya recover bukan sahaja dengan sembahyang, tapi mengaji pemikir-pemikir barat yang menulis tentang krisis kemelut kejiwaan manusia moden. Dari pembacaan dan sessi-sessi klinikal dengan pegawai perubatan di Hospital kerajaan saya cipta aktiviti yang sesuai untuk mengelak saya terjebak dalam krisis jiwa kacau.
Minggu yang lepas saya bercakap-cakap dengan ibu saudara saya dan dia kata "kau ini sihat sebab kau banyak sembahyang" Saya bilang itu tidak betul juga. Yang sebetulnya hidup ini kena bersilaturahim dan berkawan-kawan. Kawan dengan orang postif dan mengembirakan. Tak boleh pegun sorang diri. Saya bagi tau dia yang dulunya saya tidak gemar berkawan dan suka menyendiri dek kerana persekitaraan saya yang begitu. Saya dibesarkan di dusun buah. Jadi saya suka duduk dalam sana dan kurang bercampur gaul. Lepas sihat saya cuba bergaul, tunjuk muka bagai, giving back to the society untuk lebih sihat mental.
Tapi kalau ibu saudara saya nak bercerita yang saya sihat sebab banyak sembahayang dan baca Quran, biarlah dia nak bercerita. Sebab Quran itu,kan penyembuh segala penyakit?
Berbalik dengan kawan maya saya, dia nak cerita hal dia, pengalaman dia, biarlah. Cerita saya biarlah ikut apa orang fikir. Nampaknya orang fikir saya sembuh dengan Quran. ok jugalah tu. Terkejut nanti kalau saya bagi tau yang membantu saya sembuh selain dari doa emak ialah Dr saya yang berbangsa India dan berbulu-bulu itu dan kawan baik saya seorang Dr falsafah yang kuat mencarut-carut walau dah berkali-kali menunaikan ibadat Haji. Itu tak termasuk lagi 2 orang ahli fikir barat iaitu Maslow dan Frued yang kita orang Islam kata ---- sebagai sesat lagi menyesatkan.
No comments:
Post a Comment