Tuesday, May 14, 2019

DIET dulu dulu...

Bohonglah kalau orang gemuk tak nak kurus. Semua nak cantik, semua orang nak lawa. Pada masa yang sama nak makan yang sedap-sedap dan banyak. Dia bergantung pada mana satu yang kau inginkan, sebenarnya. Macam saya dulu, tak kisahla gemuk, janji dapat makan benda yang sedap dalam kuantiti yang banyak.

Sampai dulu-dulu mak pun marah sebab saya gemuk. Bukan pasal gemuk tu tak cantik kata dia, tapi dia bimbang nanti dah tua-tua saya sakit lutut. Masa tu umur mak awal 50-an dan sangat menjaga berat badan kerana dia tak tahan sakit lutut. Dia cakap,  "mak yang lebih tinggi dari kau ni pun kalau berat dah lebih 70kg mak dah sikit lutut, kau besok, macam mana? Baik kau cuba kurangkan berat kau sekarang".

Masa itu saya persetankan aje cakap mak, walau lepas dia bebel-bebel tu, pernah cuba-cuba diet juga. Tapi hangat-hangat taik ayam je.  Malas saya nak pening-pening sangat pasal berat badan ni, sebab kalau diet mesti orang suggest oat. Macam oat itu ajelah satu-satu makanan yang kau boleh makan sikit tapi kenyang. Memang betul pun makan oat lebih mengenyangkan dari nasi, tapi oat tak sedap.

Makin hari, lutut makin lemah, sampai satu tahap saya tak boleh lipat kaki masa solat. Kena solat atas kerusi. Kebetulan ada pula program fit and cool my sihat... barula saya tahu, nak kenyang bukan oat aje, ulam-ulam, salad pun boleh bikin perut penuh. Lagi satu yang saya tahu, otak kita ambil masa 20 minit untuk bagi tau kita yang kita dah kenyang. Kena makan lambat-lambat. Atau berhenti sahaja bila porsi yang ditetapkan dah habis. Jangan tambah-tambah. Cukup 20 minit gerenti automatik dia akan kenyang. Wah itu perlu disiplin yang tinggi. Jadi untuk permulaan program saya makan ulam atau sayur-sayur mentah sebab kita ambil masa yang lebih panjang untuk mengunyah sayur mentah dari sayur yang dah masak. Masa makan pun jadi panjang, tidaklah saya terlebih makan. Tak pun sebelum tu saya minum air dulu, makan buah-buahan untuk memanjangkan masa makan.

Setelah lebih 3 bulan menjalani program ini, saya rasa laaa nak diet ni bukanlah susah sangat, pun. Kenapalah dulu aku tak buat macam ini? Itulah, diet ni kita kena berguru, bukan boleh ikut-ikut baca dalam internet sahaja. Bila kita berguru dengan guru yang betul, macam semua tu jadi eh macam senang aje.

Diet sudah... sekarang ni nak bersenam pula. Hah itu payah dan ada malas sikit. adoooiiii...


No comments: