Thursday, February 28, 2019

Semenyih

Besok ada Pilihan raya Kecil di Semenyih. Sebagai seorang yang suka menganalisa politik tempatan, sayalah antara orang yang akan sangat teruja dengan keputusan pilihan raya kecil ini nanti. Lepas 9 bulan PH mengambil alih kuasa dari BN, saya lihat, perang sebenar ialah di antara puak liberal dengan puak konservetif. Ikut sebijik macam Britain.

Tapi ada beza yang saya nampak juga ini. Di UK kalau liberal dia kepada buruh dan konservertif pula kepada bangsawan. di Malaysia ini kalau liberalnya dia berat kepada non-muslim, kalau konservertif dia kepada Islam. Mungkin sebab di UK mejoriti beragama kristian dan berbangsa eropah. Lainnya di Malaysia ini kita ada pelbagai bangsa dan tak semuanya Islam.

Saya lihat pada PRU yang lalu, puak non-muslim dan non-Malay disokong kuat oleh Melayu Islam di belah-belah pantai barat ini telah menyebabkan tumbangnya puak konservertif ini. kalau Melayu pantai barat tak sokong mereka, tidaklah juga mereka dapat memerintah tu. Negeri-negeri pantai timur kekal kuasa di tangan puak konservetif, iaitu PAS. U see, PAS & UMNO tak satu jemaah tapi mereka mewakili suara konservertif ini. Konservertif yang saya maksudkan ialah Melayu menolak apa-apa bentuk pemodenan yang bertentangan dengan agama, budaya dan adat susila orang timur.


Jadi di Semenyih adalah pertembungan antara konservertif dan liberal.

Liberal di barat boleh di puji sebab bertujangkan perjuangan puak buruh/marhean. Di Malaysia ini lain pula ceritanya, lebih kepada tak tau nak cakap, atau tak berani nak cakaplah. Lebih kepada perjuangan orang-orang macam Siti Kassim, Hishamudin Rais.... perjuangan minta hidup cara well tak konserverif lebihnya itu. Gaya hidup "lepas laku" lebih omputeh, dari omputeh. tapi omputeh yang derang dok terlebih ni, bukan omputeh yang bagus, omputeh yang tak bagus yang diambiknya...

Contoh kalu deme jadi retis, bukan nak contoh retis berdisplin tinggi, berbakat macam ramai-ramai retis di barat tu, tapi jadi retis kejap, lebihnya cerita skandal ntah-apa-apa yang keluar. gitulah. contoh lain tak adalah sebab banyak contoh rosak akhlak ni contoh dari kaum retis, kan?

Oklah kita tengok ajelah sapa yang akan menang nanti.

Ketua puak liberal yang merupakan PM paling tua dalam dunia, dah cakap puak lagi satu dah "mati". Yang ada dia sahaja. Kita tengoklah. Betul ka BN dah mati? MCA dan MIC dah tak wujud? Saya tengok dalam FB, elok je Wee Ka Siong "bantai" bangsa dia sendiri?

I have a hunch, that the Chinese and Indian, tak kisah sangat pasal ko Cina ka India, ka Melayu ka, janji kau bagus. Dulu mungkinlah derang rasa DAP, PH lagi bagus, la ni semua dapat tengok betapa ntah-apa-apa tah menteri PH ini, kan?  

Kita selalu rasa kalau menteri Cina jadi Menteri kewangan mungkin lagi bagus dari menteri Melayu kut, dan ALLAH pun bagi kita menteri kewangan Cina. Barulah kita tahu, sapa yang lebih bagus, iya dop?

Lagi satu hal yang saya suka nak sentuh ialah pasal menteri liberal paling muda di Malaysia ketika ini. Cerita pasal report polis dia lah tu...

Kemain lagi dia, kan? Orang Alim dah cakap kalau puak ni naik dia macam gitulah jadinya. Persoalan sekarang, adakah PH akan jadi kerajaan sepenggal? Ramai rasa akan sepenggal. Saya rasa pun macam itu juga. Tapi bila teringat cerita-cerita kiamat, dia kalau dah beralih dari buruk kepada yang lebih buruk, there will be no turning back.

So the best thing to do is cubalah beradaptasi dengan orang-orang liberal, kaki kencing dan kaki drama ini ya...

***
Dalam cerita lain pula Atuk Liberal minta 2/3 majoriti agar senang nak ubah apa-apa perlembangaan seperti menghadkan PM 2 penggal dan merendahkan umur layak mengundi dari 21 ke 18 tahun dan melaksanakan semua janji dalam menifesto.

Terpulang kamu jika ingin terus kena kencing. Saya takut lepas dapat 2/3 yang diluluskannya adalah agenda-agenda yang memihak kepada geng-geng Siti Kassim dan Hishamudin Rais. Hambik kau.

Pun begitu saya tak mau mengharap yang kerajaan ini akan jadi kerajaan sepenggal sahaja sebab itula tadi tu, pasal cerita kiamat tu. Sekali dah terlepas kat puak-puak tu, jangan haraplah boleh patah balik. Moving on and chill out ajelah ya.

kenapa saya cakap macam itu? kita sambung lain kali ya. Saya ada banyak kerja pejabat ni. Almaklumlahkan, ramai orang nak kita pakaikan baju oren, kan? he he he....

Kau ingat SPRM & Polis je berperanan dalam hal ini? eh Polis dengan SPRM pun dapat maklumat awal dari Audit leerrr..., kan? Audit, SPRM dan Polis bekerjasama kasi pakai sapa-sapa yang Atuk arah supaya pakai baju oren. Atuk kata kuning, Atuk dah lanjut usia barangkali tu, hingga oren dan Kuning pun dia sudah lupa mana satu.


Thursday, February 21, 2019

Taki-taki Rumba Part II

Sambung cerita hari tu pasal Takiyudin PAS berbiah dengan Tun M jika ada pembelotan berlaku. Sapa yang belot? Abang NON? Abang NON pakat dengan dengan UMNO jatuhkan Tun???!!! Itu yang ada dalam fikiran saya.

Ada pula orang dapat satu video kata Abang NON cakap sama Cina sama India, Malaysia ini milik mereka. Abang NON pakat dengan DAP rupanya nak jatuhkan Tun... owh barula make sense if Taki-taki buat baiah sama TUN.

Tak kisahlah... kita prepare for the worstla if Abang NON bersama DAP berjaya gulingkan TUN. Apa fikiran anda? Apa nak buat? As a creative person memang saya tak payah buat apa-apalah. Saya ok je kalau Abang nak ubah negara ni jadi Republik macam Singapore. Masalahnya what if Malay yang not so creative tak redha dengan keadaan ini. 13 Mei boleh berlaku.

Ini bukan nak mengugut, tapi kena fahamlah sensitiviti orang Melayu Islam ni. Agama dia, Raja dia jangan kau usik. Kalau diusik, harus kau pulak bakal derang "sembelih"

Jadi kalau ada kemungkinan yang begini, memang patut pun Taki-taki tu back-up Tun. Memang Tun teruk, tapi di sini PAS perlu memilih antara two lesser evil. Saya yakin mereka dah lakukan istiqarah banyak kali dan Allah ilhamkan untuk back-up Tun sekiranya berlaku pembelotan terhadap beliau.

What if kalu derang racun je Tun sampai mati? Mengarut ajelah saya ni, kan? ha ha. terasa macam lawaklah pula.

What if Tun paranoid orang nak gulingkan dia? Ko rasa, ada orang berani nak buat macam tu sama TUN ka? I mean Abang NON tu jahat sangat ka, obsess sangat ka nak jadi PM pun. Tun tu memanglah kan, janji memang sokmo tak ditepati. Janji Bunga tak nak masuk Sabah last-last nak masuklah pula. Duuuluuuu, janji nak jadikan Abang NON PM, pastu di penjarakan pula orang tu.

Biarlah apa yang kau sibuk-sibuk nak fikir which of them are two lesser evil pun, bukan kau pun yang kena cast the vote undi tak percaya tu, kan? Allah knows the best, kita tengok ajelah apa kesudahan drama yang sangat panjang ini. Adakah kita dapat merasa ber PM kan Abang NON.

Like I said before, I ok je. You all tu, ok ke tidak?

I takut you all yang tak ok tu yang paranoid, buat andaian bukan-bukan, kut? Tak padahal derang kat "atas" sana iaitu Abang NON dan TUN, ok-ok jer...



Monday, February 18, 2019

Taki-Taki-TakiTaki-Rumba

Hari tu kawan saya kemain bangga lagi cakap kunun nak buat gerak kerja team cyber konon antara PAS and UMNO untuk PRU akan datang... tetiba tuuttt... kuar cerita PAS di belakang TUN M. Siap kuar pengakuan bertulis, ka bersumpah, tak pasti. Tapi perakuanlah. Perakuan PAS di belakang TUN andai ada pembelotan berlaku dalam PH. Saya pun PM kawan, terkedu senyap terus.

Yang di petik nama sebagai sudah keluarkan pengakuan ini ialah Takiyudin ntah apa nama bapak dia tah. Pagi ni keluar pulak cerita Khairy Jamaluddin kata, Takiyudin kata, "tak de pun kita cakap apa-apa sana Tun". So Khairy kata "tak mengapalah kan sat lagi nak ngudi di Semenyih, kita tengok ajelah PAS sokong sapa. Apa bising-bising? Wait and see ajelah, kan?" Khairy tidaklah cakap macam itu, saya je yang tulis dalam bahasa saya. Nak tau apa Khairy cakap, bacalah sini.

Itu PAS kita tak kisahlah dia nak sokong sapa ea.

Yang menarik dari cerita ini ialah, siapa pembelot? Siapa dalam PH nak mengkhianati TUN? Jeng jeng jeng....

Let say Abang Non. Abang Non cari geng lain to be PM if Tun mungkir. Abang Non plan PKR+UMNO+PAS rampas kuasa dan jadi PM. Boleh ka? Cukup ka kerusi? yang penting benda ni memang mengarut betul. Too good to be truelahkan. Walau bagus jika jadi nyata. Kuasa Melayu akan kuat. Itulah yang saya sebagai Melayu ni mau. Tapi saya tau benda tu susah nak jadi. Ibarat saya berangan nak kawen dengan orang kaya leerrr he he.

Saya nampak sekarang ni battle between Melayu liberal & Melayu konservatif. As a creative person off courselah saya lebih "aman/gue/ngam" dengan Melayu liberal ni. Tapi as a Muslim, biarlah kita konservertiflahkan. I note that  the not so creative people they cannot like kawal diri sangatlah kalau derang tak konservetif. Hanyut anak muda kalau Siti Kassim yang lead Malaysia ni.

Even though most of the time saya memang banyak makan hati berulam jantung dengan kawan-kawan konservertif, as their jangan tu, kadang killing my creative juice flowing freely, saya diam aje. Saya bukan kawan Siti Kassim. Saya ini kuli-kuli biasa, kampung-kampung sahaja. Jadi baiklah kekal imej kampung, kan. Tok sahler tekinja-kinja nak jadi Aishah Abdul Jalil yang kuat backing Siti Kasim tu. Kita ni orang Melayu bukan orang putih. Takkan senang hati kita nengok, gelagat kelaku geng-geng Siti Kassim ni...

My support is with conservatism, walau saya sendiri saya terpaksa makan hati. Tapi sekarang ni memang the liberal sedang lead the countrylah. Nak kata saya happy sesangat tu memang, honestly kadang-kadang tu ada juga bercakap dalam hati ini, padan muka, kan, hah percaya sangatlah dengan Pakatan Harapan. Tapi kalu tengok tetiap hari menteri Melayu tak sudah berdrama, artis pulak duduk celah kengkang abang menteri, memang kita takut besok anak-cucu kita terikut-ikut dengan kelaku Pemimpin pemuda tak cocok dengan budaya timur kita. Jadi adakah puak-puak konservertif ini akan berjaya rampas kuasa? Hanya Allah yang tahu.

Thursday, February 14, 2019

Cerita Boss Ku ex-Boss sebona ea

Saya perati aje sejak dua menjak ni ex boss kami, boss ku deme la ni kemain glemer lagi. Ok nak senang cerita kita panggil dia BossKu lah ya. Mana pegi BossKu orang kerumun. Masa BossKu jadi PM memang mana pergi pun orang kerumun juga, tapi la ni, dalam internet orang suka, luar pun orang suka juga.

Musuh dia kata BossKu dah gila. Tapi saya tengok BossKu gembira. Ramai juga yang kata BossKu akan menang balik. Kerajaan  terkini bakal jadi kerajaan sepenggal. Tak kisahlah sepenggal ke berpenggal-penggal ka, BossKu tetap dah jadi exBossKu sahaja. Boss la ni walau kita tak berapa suka, BossPosterBoy ka, BossPosterMangkuk ka, BossFakeSijil ka, tetap boss hakiki hari ini.

Kita ini gini, ajelah masa dia jadi Bosslah kita tunjuk taat setia, bila dia terpaksa pergi, kita pula terima orang lain, kita move-on dan redha. InsyaAllah keseronkan berkerja akan tiba. Idaklah rasa macam kita kena kawen pakse. Bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain. Tidur sebantal dengan orang lain, tapi mimpikan orang lain. Tak ke sekse, namanya tu?


Tuesday, February 12, 2019

SCARY 2

Sambung sikit cerita pasal semalam...

Yang menyecrikan itu ustaz-ustazah baru nak -up je. Ustazah biasa ok-ok aje. Ramai ustaz ustazah yang normal yang tinggi ilmu dan sederhana macam kita-kita juga. Yang saya label baru nak-up ni aje yang mengerikan. Obsess dengan political will, obsess dengan menegakkan daulah Islamiyah.

Saya percaya ramai ustaz-ustazah rasa Malaysia ini dah Islam dah, nak Islam macam mana lagi. Hudud itu serahkan kepada yang hak. Ustaz, ustazah yang saya senangi pun yang mengajar mengaji, sembahayang dan seni penulisan khat pun. Derang ni normal je. Sukakan kecantikan, sukakan kesempurnaan, tak pernah mention pun pasal thagutlah, nak numbang itu-inilah. Pendek kata kita rasa kita cool je chill je bila bersama mereka.

Yang saya label baru nak up ni, kadang tu sekolah je agama, atau sekolah sekular, sekolah sains, tapi ntah macam mana tah, tetiba je jadi lebih alim dari yang alim. Hah tu yang kita menyampah tu. Bila dah menyampah, apa yang mereka idolakan pun kita menyampah sama. Derang jadi over tu sebab taksub dengan idola, lah tu. Dah Idola tak sudah-sudah cakap pasal political will. Ko tu masa tu sekolah pun tak habis dah sibuk nak berpolitik. Bila tak lulus periksa, meroyan kata sekolah tak betul, sistem tak adil.

Tapi yang ada dorang kat opis ni sekolah habislah.

Sebab habis sekolah tu riangnya semacam. Derang ni kadang tu tak faham, orang yang minat politik tidak semestinya suka berpolitik. Ada beza tau! Saya memang seorang yang minat politik dan pandai berpolitik. Politik saya senang, saya tak suka berbalah dengan bos-bos.

Bos-bos kadang tu memang annoying. tapi sebolehnya saya tidak mau bercakap pasal itu. Dia bos. Bos always rite, walau kadang-kadang macam ntah-apa-apa juga. Sebolehnya saya cuba mengelak dari mengata bos-bos yang kita tak suka.

Sepanjang saya kerja dah lama ni, asyik-asyik membawangkan bos. Saya sudah bosan. Bila naik pangkat sikit saya sudah tanam azam untuk berhenti-mengata itu-ini. Cukupla. Kita pun tak tau kenapa dia begitu, dia begini... tapi kita tau dia itu manusia dan dalam hal isu organisasi penguran pejabat ini...saya ini lebih pro kepada pandagan yang mengatakan manusia ini sentiasa mau kebaikan; benar ada theory terdahulu yang kata manusia ini bagai binatang yang tunggu masa je nak berbunuh sesama sendiri, tapi saya pilih manusia/pengurus/bos ada sifat steward dalam dirinya...

Jadi kalau dia macam binatang tu, mungkin tersalah makan bintanglah tu...

Saya malas dah nak layan cerita orang baik kene buli dengan orang atasan. Cerita itu dari mula saya masuk kerja dah ada. Saya sudah bosan. Letih emosi layan benda-benda macam itu. Hah nanti nampak macam saya orang gila, tapi sekurang-kurangnya... orang baik yang banyak isu kena buli ini tak kacau saya.

Ada plea yang kata kita patut berhenti dan mendengar.... tak payahlah, masalah kita pun dah banyak tak tertanggung, lagi mau dengar masalah dia. Dia ada famili, dia ada rakan seidola, pegilah longgok-longgok sana dan membawang dengan mereka.

Saya nak kupi-kupi dengan bos jahat dia sahaja. hihi.

Monday, February 11, 2019

SCARY

For those yang saya tak suka mungkin kata saya ini sombong, jahat atau apa-apalahkan. Memang ada orang yang kita bukan tak suka, tapi sebenarnya kita takut. Kita scared kat demelah. Kita tak nak imej kita ter"cemar" atau lebih, we loose our self if kita berasosiasi dengan mereka. Jadi kita mengelak dari mereka, dengan cara yang straight forward and rude.

Who are this people? Offcourele mereka yang saya label sebagai ustaz-ustazah baru nak up. Ustaznya senanglah ko, dia lelaki ko perempuan, lelaki Putrajaya ni senang, ko diam, dia diam. Perempuan ni susah sikit. Kalau dia suka, dia boleh je datang kat kau, petik gambar kau dan peluk kau. Lepas tu dia boleh aje massage-massage engkau watsap engkau.

Dulu masa kat kolej, I used to went to their usrah and the talk about ruling the world is just crazy. You can rule the world but you have to know howlah. Bukannya berlonggok-longgok dalam usrah, baca ayat quran sorang sekerat, lepas tu mengata / membawang orang tu liberal, orang ni liberal, lepas tu nak suruh pemerintah kurung semua perempuan dalam Burqa bagai macam Afganistan satu ketika dulu. Kau belajar pun tak habis kau sibuk nak ubah sistem dah gian sangat nak kita semua berfesyen macam Afganistan. Saya tak ingat sangatlah kepelikan budak ni, tapi saya ingat dia nak kita perempuan lelaki kat kolej jangan campur-campur dan dia nak kita semua berburqa ke kolej.

Masa tu I tak sakit lagi dan I tak kenal Sigmud Freud pun, I dah think like Freud dan rasa "minah ni pernah kena gangguan seksual barangkali, sebab itu dia fikir semua lelaki akan jadi gatal kalau dekat-dekat dengan perempuan. Atau ada sex maniac dalam hidupnya yang kalau dengar suara pun sudah jadi gila. Atau dia sendiri miangnya tahap abnormal. Dengar suara lelaki pun tak buleh sebab habis lencun puki terbayangkan nikmat telanjang dan bergomol bersama lelaki tersebut"


Apa yang saya merapik ni?

well kat opis ni I ingat ada sorang minah ustazah baru nak up, rupanya ada lagi sorang yang lagi brutel. I just "halau" dia pergi. And I feel so bad.

Why I tak suka berasosiasi dengan mereka? I don't want to be part with your what ever masalah or masalah politik pejabat yang korang alami. Sorry I don't share your problem.

Your problem is your problem, not my problem. I ok je dengan mereka-mereka yang korang tak suka tu. Jadi, jangan libatkan dengan politik pejabat kamu urang ya.

I think next week I nak tunjuk jugalah kat ustazah baru nak up ni yang I balaci tali barut orang yang dia tak suka tu. hurmmm. Orang macam tu, tu aje cara kau nak ajar dia, kan.

'***

Pada saya budak-budak, usrah baru nak-up ni derang nak apa ea? Kita sekular tak pernah kacau derang pun. Derang yang berdegar-degar nak rampas itu, rampas ini, nak rule itu ini. Nah, dapat kuasa, buatlah kije betul-betul, kan? Kita tak pernah kacau kau. Janganlah sibuk nak kacau kita. Saya bukanlah bermusuh cuma malas nak join cakap berdegar-degar mereka, tapi habuk pun tak ada. Yang ada hanyalah cerita semua orang tak pandai buat kerja. Kalau tak pandai macam mana boleh jadi bos. Bila puak-puak kau jadi bos, bukan pandai tara mana pun. Sibuknya ajelah lebih. Input berkali ganda, output, outcome yelleeekkk!!!.

Saya berani cakap yelleekkk sebab saya berani,lah. Saya berani cakap bagilah dia lagi 5 tahun memerintah pun saya skeptikal solat subuh besok masjid penuh. Saya berani juga sebab zaman menteri semua fake degree, apa malu bos ku kalau saya salah, pun? hi hi.