Tuesday, July 31, 2018

Realiti atau fantasi?

Sana-sini demam "HUSNA" watak jahat dalam drama "Jangan Benci Cintaku". Husna sangat cintakan seorang laki orang, cintanya memang telah menyakitkan hati banyak peminat drama tanah air. Sampai orang serius pun mengomen yang saya tulis dalam bahasa gedik-mengada-menyampah saya sebagai begini " eleh, sajalah tu puak dajjal ni nak mengambarkan orang pakai tudung jahat, orang free hair baik - pot-pet-pot-pet-pot-pet. Hah! nampak tak black hidden agenda puak ini?"

Ntahlah, ada black hidden agenda ka? Sapa yang menulis cerita itu? Orang kita juga yang beragama Islam. Kenapa dia buat macam itu? Adakah dia berkomplot dengan dajjal? Atau itu sebenarnya realiti. Orang berpakaian syariah compliance busuk hati, berfikiran sempit, orang non-syariah compliance baik hati, lagi berfikiran terbuka dan berlapang dada?

Personally, saya percaya karya kreatif merupakan cerminan masyarakat. As a muslimah yang bolehlah saya kata berpakaian syariah-compliance, memang ada orang komplen saya jahat, saya haters. Nak kata mereka salah pun tak juga. Memang saya menyampah dengan banyak benda pun.

Rumah saya memang tak ada TV pun, sebab tengok TV, tengok gelagat retis je saya menyampah dan mula bercakap, sampai kena marah dengan mak "kau ini dah apa pasal, orang tu dah tentu kaya dapat duit banyak, yang ko dapat benci".

Masyarakat hari ini memang macam itulah mereka, perangai ntah apa-apa-tah. So the best memang patut buat rumah kat dalam hutan, pun, tok sah campur-campur orang??? Tapi itulah kita nak duit banyak juga, nak ada pencen banyak, bla bla bla, so kena tahan hati agar tak jadi lebih fitnah lagi pada imej Islam yang tersarung dibatang tubuh kita.

'***


Monday, July 30, 2018

Our Mind

Saya membayangkan Salome hanyalah seorang kanak-kanak yang gemar menari. Tariannya telah mengembirakan hati teman lelaki ibunya lantas baginda berlelucon dengan kanak-kanak tersebut dan berkata “Whatever you ask me, I will give you, even half of my kingdom.”

Lalu kanak-kanak tersebut merujuk pada ibunya. Dia kembali kepada raja dan berkata “I want you to give me at once the head of John the Baptist on a platter.”

Salome dan ibunya adalah watak wanita jahat sezaman dengan Mariam ibu Isa nan suci yang dicerita dalam kitab suci langit. Sejahat dan sebusuk mana, pun wanita di zaman itu, mau pun pada zaman ini, saya tidak sanggup membayangkan pelakuan lucah melampau dimainkan dalam cerita langit.

Saya percaya wanita mau pun lelaki secara fitrahnya bersifat suci, yang ada hanyalah "unethical judgment" yang telah diambil oleh manusia di bawah pengaruh hawa-nafsu. "Bad/ unethical judgement" inilah yang akhirnya membawa kepada tragedi.

Dalam cerita ini ibu Salome dan pamannya telah saling jatuh cinta. Itu satu perkara terlarang dalam masyarakat yang menganut agama langit. Namun pasangan ini telah membuat satu keputusan yang buruk lagi tidak beretikanya kerana terus membaja cinta tersebut. Kisah cinta itu berakhir dengan sangat buruk apabila seorang Nabi penyampai kebenaran mati dalam keadaan yang mengerikan. 

Apa terjadi selepas peristiwa itu? Itu kena tanya ahli sejarahlah.

Kalau tanya saya, saya akan tulis ibu Salome dan buah hatinya mati bunuh diri atau jadi gila sebab menanggung beban rasa bersalah yang teramat dahsyat. he  he 

Kenapalah pula tetiba teringat cerita pasal salome ni? Saya tengok video ni, terus teringatlahh.....


Wednesday, July 25, 2018

Anak Untuk Tuhan...

Some of you may advice me to just forgive and forget. To me it not about forgive at all as there no mistakes or wrong doing towards me has been done.

Apa kebenda cerita ni? Well cerita lama yang tak patut saya ingat. Jika saya ingat ia akan "membunuh" tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada saya. Di pihak saya pula, selagi saya tak faham, selagi itula saya sukar lupa. Now saya faham sikit-sikit dan Insya Allah perlahan-lahan akan melupakannya jua.

Well kami kenal di internet juga, sama macam kawan sastera yang lagi satu, infact derang kerja satu tempat. They are buddy. Kalau tak silap saya kawan sastera itulah yang kenalkan dengan dia ni. Dia memperkenalkan dirinya sebagai keturunan Nabi Muhammad (SAW) campur Raja Acheh. Sepanjang perkenalan kami banyak beronline jumpanya adalah 2x je.

Dia sangat peramah. Online macam baik. Lepas beramah-ramah dia mula mencucuk saya agar membenci xx dan yy. Saya "kenal" gitu-gitu si yy yang kini merupakan orang besar negara dalam hal-ehwal keagamaan melalui sepupu saya yang satu sekolah dengan yy. yy ok je, cuma dia tu bila dah bijak sangat pemikiran dia dah kehadapan sangat, macam nampak dia pelik. Kalau kau bidang selain dari bidang agama orang tak kritikal sangat dengan kepelikan kamu tapi kalu agama memanglah orang akan scrutinized setiap patah kata kamu.

xx pula, saya tak kenal langsung mamat tu, apa jadahnya aku nak benci pula. Dia suruh saya benci yy sebab katanya yy wahabi. xx pula gay. Saya tak ada sebab nak takut dengan Wahabi dan Gay. Dia ada girlfriend yang berketerampilan ranggi, uptodate dan cantik. Pertemuan kali ke dua, dia bawa teman wanitanya dan saya kesan ketidak senangan teman wanita dia terhadap saya. Saya baca blog teman wanita dia, macam hubungan mereka ada masalah dan saya bilang sama dia baiklah saya tak payah kawan sangat dengan dia.

Lagi pun saya lemas bila dia mula menghasut saya supaya benci xx dan yy. Jadi baiklah kami tak usah ber emel-emel bertukar-tukar fikiran lagi. Saya guna alasan "teman wanita kamu". Dia kata dia dah break-off. Saya nasihat agar dia rujuk, dia jadi marah dan karangkan saya buku ini.

Ok di sini saya bukan nak cerita pasal buku itu, di sini saya nak cerita pasal apa yang saya faham pasal kawan saya pasal kebencian dia pada xx. Dia sangat membenci xx sampai seperti semua tenaga dia dihabiskan untuk berperang dengan xx. Saya tak nampak pula xx respond apa-apa. Saya add xx sebagai FB friend saya. Dia terima. Saya PM xx, "xx kata awak gay, yang ada black hidden agenda. Betul ka itu?" xx tak jawab. Satu hari xx jawab massage saya dan cakap dia follow tulisan saya. Lama lepas tu satu hari xx suruh saya tengok TV cerita Laila Sari dengan ucapan agar saya terhibur dengan cerita itu.

Berbalik pasal dia, rentetan dari peristiwa dia marah saya dan karang kan buku ini, lepas tu saya marah dia balik, kami pun terus tak berhubung lagi. Dia blok saya dan saya pun tak dapatlah nak marah-marah dia lagi he he...

Berbalik pula pasal benci. Kenapa benci sangat dengan budak gay. Budak-budak macam tu ok je. To me asal rajin tak kacau orang apa masalah? "eh akak dah lupa ka cerita Nabi Luth?"... "iye dek, akak dah terlupa sebab ka Uni ni budak gay aje boleh aku suruh-sana-sini-siapkan assignment aku"

Ohh kisah nabi Luth rupanya. Kita sebenarnya tak benci mereka, ia bermula dari kita takutkan mereka. Kita takut hal maksiat mereka, membikin kita binasa. Dari pembacaan saya mengenai nota-nota benci terhadap golongan ini, saya dapat line yang berbunyi begini "bala Allah tu tak timpa kau aje, kalau Allah nak turunkan bala semua kena" gitu. Kita takut bala, wabak, berpunca dari kemaksiatan yang dilakukan golongan ini menimpa kita. Pasal engkaula aku begitu begini.

Saya malas nak fikir sangat hal ini. Nak bala-balalah hey. Ikut jalan kau pun apa boleh buat. Melalak membunuh kerekter budak-budak gay dalam internet? Baik aku kemas rumah tanam sayur, fikir pasal masalah kerja aku ada gak pekdahnya. Malas nak fikir pasal maksiat orang, macam la diri kita ni maksum sangat.

begitulah... 

In the letter chapter of my life, I avoid "anak-untuk-tuhan" ini. Too many painful memories in the past. Saya tak bule forgive and forget? Honestly saya terkesan dengan buku yang dia tulis. Saya down bla bla bla.... kebencian yang tertumpah itu amat mengerikan. Masa saya down dan ketakutan xx datang dengan Laila Sari. Walau saya langsung tak suka cerita tu, sikit-sikit saya terhibur juga.

Bila saya mula belajar master "anak-untuk-tuhan" bukan anak tuhan yang sama, bercakap begini "akak tak takut akak gila balik ka sebab stress belajar?" Baik akak kawen jer dengan Pak Gurd Masjid ni. Duit dah banyak masa belayar kapal, la ni tak nak belayar lagi, nak cari Isteri, kalau kije kapal kena tinggal isteri selalu" Punya dalam mula dia baik-baik dengan kita lepas tu "smash" kita? Kurang ajar,kan?

"Apa pasal tak kau aje yang kawen dengan gurd tu?" ....  "Eh saya nak kawen dengan Mufti, bini no 2 pun jadilah"  "Lainlah akak tu berpenyakit, kawen dengan gurd pun dah cukup baik dah, nanti dapat anak boleh jadi gurd saya, laki saya dan anak-anak saya. Susah la ni nak dapat gurd yang taat pada perintah Allah, solat tak tinggal" ----- para yang ini saya reka-reka aje.

Apa yang dia besarkan sangat pasal kawen tu, tak tahula saya. Kalau kawen dapat anak jadi kuli pada majikan macam kau, baik tak payah ada anak,kan? Kalau nak tulis panjang-panjang banyak gelagat "anak-untuk-tuhan" ini yang menjengkelkan, tapi banyak yang saya dah lupa.

Sedangkan kawan yang gitu-gitu bawak datang masuk library, tour sana, begitu-begini. Jadi cubalah fahami jika saya tak mampu mau membenci. Instead anak-untuk-tuhan ini jadi sangat mengerikan saya bila mula berani mencadang saya berkahwen dengan si anu, si ani, lah.... silap hari bulan suruh aku kawen dengan budak bawah umur pulaknya nanti nih... aish, mengerikan sungguh.

* Nota:-

"Anak-untuk-tuhan".... Tulis merujuk pada remaja Islam yang pro kepada anti-sana, anti-sini,  bla bla bla, tak semestinya dia keturunan Nabi + Raja Melayu.

Tuesday, July 24, 2018

Solusi Sesat???

Buka FB pepagi bute, terbacalah feed orang-orang sastera ini. Rasa macam mau block sebab cukup sudah cukup dah, telahanku benar belaka. Mardhiah 10 : dot dot dot (budak yang kini bapak sastera) 0 hihi...

Kan Mardhiah dah cakap kalau UMNO tumbang tak mananya Imman Mahadi yang ganti ea. Lagi liberal dari UMNO, ada,lah he he... Hari ini Mardhiah seronok sangat baca feed orang kuat bos Mardhiah sendiri.... sapa bos Mardhiah? Dr Maszlee lahhhh..... hah sapa lagi, Dr Maszlee yang disebut-sebut bakal mengubah, membawa kita ke mercu gemilang, itulah. Pemikir hebat yang akan meletakkan Melayu merampas takhta orang barat sebagai bangsa meneraju dunia. gitu. Taulah bos saya Auditor gred JUSA, kasilah saya perasan jap Menteri Pelajaran tu bos saya. Kan saya duduk KPM nih! hi hi

Tapi ada juga yang marah. Marah begini sikit lebih kurang begini: "Zina, kondom, lebih mulia dari perkahwinan bawah umur?" btw sebelum saya berlalu lebih jauh. Komen marah ni bukan dari update Dr Maszlee, tapi orang kuat dia ZF Zamir share ada ntah sapa mamat punya feed. Kira kawan share kawan-kawan yang kita suka punya feed, kira "great mind thinks alike" aku support kau kau support aku, we are not alone in this la la land.

Marah mereka ini menandakan masih ada golongan yang menolak cara barat dalam menangani gejala sosial, ini. Apa gejalanya. Gejala kejadian anak luar nikahlah. If you asked me what is your solution pun, I would say condom, and other unwanted pregnancy prevention lah. Nak jawab apa lagi? surah Annur ayat 30, 31? Haa, itula hari tu aku cakap, surah tu, kau kata mana mungkin?

Jika kau tak mampu nak pagar diri kau, diri anak-anak kau dengan ayat quran, kau pagar ajelah dengan kondom atau pil perancang, iya dop? Sex ini kalu ikut kitab barat, ianya jatuh kepada keperluan, macam kita makan nasi, minum air, dan perlukan rumah untuk berlindung. Sex juga macam makan nasi, minum air. Lepas makan minum nak berkumuh. Lepas sex, kalau sangkut keluar baby. Kalau bahan kumuhan, pergi ke kolam kumbahan, kalau baby? I'm talking about the unwanted one, we have to have some sort of tempat tadahan baby.

If you asked me itu ajelah solusi saya. Saya kerja Penolong Auditor ok, bukan ustazah ajar baca quran. Mujurlah. Bayangkan jika saya cikgu mengaji. Macam mana saya mau inculacate the idea memagar diri dengan An Nur ayat 30 & 31 pada anak didik saya? Teaching them to embrace Islam in every aspact of their life? Memang susah

berbalik pada Mardhiah 10 : dot dot dot (budak yang kini bapak sastera) 0...

see... bertukar gomen pun solusi tetap tak bertukar, tetap kondom, alat pencegah kehamilan dan sikit hari lagi saya berharap menteri wanita kita yang penyair dendang-dendangkan sebagai wanita tukang selimut pemimpin sehebat Muhammad dapat sedia pusat pengumpulan bayi terbuang. Saya dengar ramai childless couple yang bersungut nak ambil anak angkat kena beratur panjang, ambil masa bertahun-tahun.

Apa pun kita tunggu jugalah suami menteri wanita itu selesai menjalani apa-apa jalan yang patut, bertanding pilihan-raya kecil dan jadi perdana menteri tidak lama lagi. kalau dia buat juga tempat kumpul bayi-anak luar nikah;-

Mardhiah 100 : dot dot dot (budak yang kini dah bapak sastera) 0

Sunday, July 22, 2018

Gebang-gebang....

Weekend yang lepas kawan yang saya kenal melalui internet mengunjungi saya. Kawan sastera. Saya bukanlah orang sastera pun, tapi mungkin satu ketika dulu sedang saya kebosanan saya terminat dan dapat watak drama makcik kepohi sastera.

Terkepoh sampai merasa kena cili, sebab menyebokkan hal-hal yang tak sepatutnya saya komen dan beri pandangan serta ulasan. Tapi saya nak mengomen juga, in term of market share in local publishing industry. Ianya kecil, tapi significant terhadap tamadun negara bangsa, yang perlukan "niche" yang tersendiri. Pendek kata kompleks tapi sangat penting dan bermakna. Rumit. Kerumitan ini ditambah dengan polemik seperti tidak nampak jalan penghujungnya. Susahla kalau macam itukan?

Itu tidak bermakna profesion saya simple, tanpa masalah, semua cantik dan suci murni. Accouting, auditing, finance lagi teruk. Dengan white collar crimenya la, bad judgement, management over ride, ketirisan pemborosan, pembaziran, ko cakap aje, semua titik bengeknya ada. Tapi kami cool aje. Orang sastera ni mungkin empati mereka tinggi, emosi, perasaan, sensitiviti mereka tak sama macam kita orang jaga duit ni, jadi bila berpolemik tu, tak pernah habis, kekal berpanjangan sampai kiamat, kut? he he...

Antara perbualan (ingat-ingat lupa bertambah nasi-periuk tambah, rencah penyedap rasa) dengan sahabat yang terluka diperlaku oleh puak lagi satu adalah seperti di bawah:-


Perbualan 1

Saya  :
kalau kita bagi job kat budak gay, harganya RM10K, budak straight RM20K, ustaz, naik jadi RM30K

Dia    :
Tentula saya bagi budak gay selagi dia tak menayang ke'gay'an dia. Di situ saya sudah dapat menjaga hablum-minannas

Saya  :
Pada pandangan mereka kamu telah berhablumminannas "at the expense of” hublumminallah.

Perbualan 2

Saya  :
Pada mereka sastera adalah medium pendidikan untuk mengubah dunia jadi lebih sempurna…

Dia    :
Selama ini dah berjaya sangat kah mereka?

Saya  :
Kalau saya pasang cita-cita ubah XX jadi straight dan YY berhenti mencarut, adakah saya akan berjaya?

Kami hanya tergelak dan bercakap benda merapu wal laaagha’’’

Semasa saya guling-guling atas katil cuba melelapkan mata, saya teringat kembali perbualan saya dengan sahabat. Terngiang semula pertanyaannya “berjayakah mereka” nada dia agak sinikal.

I seek to understand, and I understood, that their (geng yang telah membikin sahabat saya hiba, stress, tension, bla bla bla, ie mengalami tekanan/ganguan emosi yang ntahlah saya tak pasti. Saya tak measure,lah tahapnya:- teruk, sangat teruk, sedikit teruk? Saya tak tanyalah pula he he) hostility is steam-up from fear and lack of confidence that they will survive in this wild-wild-world which will becoming wilder in the future.

Orang macam kami ini menakutkan mereka. We are the source of their fear. I don’t mind “masuk hutan” (keep quite) stay away from them.

If I were my friend, saya lepaskan sahaja jawatan yang saya sandang  walau I will be a laughing stock for sitting at that hot seat tak sampai 100 hari…. I won’t fight back. Suami sahabat juga suruh dia resign, biasalah orang lelaki ni, kan, kalau ngadu hal kerja, berenti sahajalah solusi dia,kan?  But it looks like she has to work dengan dia yang membencinya untuk quite some times kerana setakat ini belum lagi ada pegawai yang didapati sesuai untuk menyandang jawatan tersebut.


"****

For my friend saya mau titipkan sikit cerita pasal a PA and a bos...

Ada seorang bos perempuan yang sangat pelik. dah macam-macam PA duduk dengan dia tapi tak tahan. Satu hari PA yang ini muda dan cerdik. Apa dia buat? Bila si Bos meroyan dan menjerit meleking-leking macam anjing dia rakam.

Bila si bos manja-manja, manis-manis pun dia rakam. Sesudah dia rasa cukup rakam suara bos dia, dia bawa pita rakaman ke unit kaunseling pejabat. Pihak unit menganalisa rakaman tersebut dan memutuskan si bos kena jumpa pakar sakit jiwa.... he he

Wednesday, July 4, 2018

LIBERAL SUDA????

Bila dah datang new dawn, new horizon, masi ada juga orang ndak mau mengucap "selamat datang", tak pada hal mereka-mereka lah yang dah rasa tak tahan lagi dengan regim yang lama dulu. Yang mereka kata korupla, itula, inilah....

Bila yang dibenci sudah pergi, kita ingat mesti dia happy,kan. Idokkkk, dokkk heppi dia. Dok heppi sebab lo ni kunun kata new dawn tu liberal, lah pulak. Adoooiiii anak, adik, mak aka mak cik bawang presiden Marhaban Taman, ni hanya bule tepuk dahi.

Iya, sapa lah plak dah liberal tu, kan? Tak kisah,lah..... ni ada cerita pasal kawan mak ni, bukan mak ea...

Kepala dia sentiasa ada music menyanyi, nyanyi, nak transfer ke musical note, nak pi skola music, naqibah kata main music haram. Nasyid ok. tapi yang dalam kepala kawan mak ni music rock---kapak--cintan-cintun-taman Rasyidah Utama. Macam mana tu? Nak tulis note, kena main gitar karan. Gitar karan haram kita main. Nasib baiklah Naqib, Naqibah selalu dok peringat main gitar karan haram.

Lagi sorang kawan mak,

tangan dia cukup pandai mengukir. tak suka ukir bunga, ukir-ukir keluar kucing, kambing, lembu belaka. Masa kecik-kecik, skola tadika, kawan duduk semeja dengan budak India yang suka bawa plasticine. Nanti kawan mak bentukkan lembu untuk kawan Hindunya. Ada budak lain marah gini "kau buat patung lembu, nanti kat akhirat, lembu minta nyawa, kau nak bagi ape?"

kan...

Nasib baiklah kawan-kawan mak ni ada kawan yang sering menjaga dan beri nasihat, itu ini, kalau tak pasti dah jadi artis liberal dah derang ni.

  "****

u see cerita di atas hanya rekaan. Well think like this lah, if you are given such talent, what would you do? I not saying all artist are liberal.... tapi begitulah bila "market" seni di dominasi dengan golongan yang not so, what ea? not so, ustaz, ustazah,lah. the chances you melarat, terapung dan terbuai itu ada.



Mujurlah bakat terbesar saya ialah tidur.

But still if i saw, or dengar komen so & so dah turn liberal, saya rasa, tak patut kita ejek dan canang,  dia dah liberal. Why not doa sajalah dalam hati dia pulang ke pangkal jalan. atau kita tegur dia secara bersemuka, personal,kan. sebab ada orang alim kata, kalau menegur secara terbuka, itu bukan teguran, tapi penghinaan.