Cerita ini hanya khayalan yang terinspirasi dari cerita berikut sahaja tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati....
Atuk Professor memang suka bercerita, hari ini Atuk cerita pasal pokok menangis. Atuk kata di kampung Gambang ada satu pokok yang akan menangis pada musim-musim tertentu. Orang kampung percaya air mata pokok tersebut ajaib dan boleh menyihatkan badan dan jika diminum, peminumnya akan mendapat tuah dan untung.
Atuk jadi skeptikal dan bertanya kawan baiknya yang merupakan pegawai botani yang berkerja di Pekan. Kawan atuk ketawa sahaja. Lalu mengatakan air azimat pokok tersebut bukanlah dari pokok itu, pun tapi sebenarnya merupakan kecing dan mani riang-riang. Pada musim mengawan mereka akan berkumpul di sana memancutkan mani dan kencing di pokok tersebut. Kerana terlalu banyak riang-riang, jadi mani berkumpul kencing tadi jadi seolah air mata pokok.
Semua cucu-cucu yang dengar cerita atuk jadi kegelian. Mani Riang-Riang? Sanggup manusia minum dan jadikan ubat? Saya saja yang cool. Saya tak sangka pula atuk perasan ke coolan saya.
Masa saya sedang duduk sorang-sorang bagi makan ikan koi atuk. Atuk tanya kenapa saya tak geli dengar cerita atuk macam cucu-cucunya yang lain? Saya bilang sama atuk yang saya ada baca buku ubat tradisional Melayu yang mani itu sama aje dengan putih telur aje, dan orang perempuan yang taksub mau awet muda sudah lama tepek putih telur untuk menganjalkan kulit agar gebu, kental dan kencang. Jadi bila mereka sudah berkahwin mereka menggunakan mani suami mereka sebagai ganti putih telur untuk menjimatkan kos dan mengelakkan dapat anak ramai-ramai. dalam ertikata lain merancang keluarga secara alami tanpa ubat-ubat kimia
Mujurlah atuk dan nenek tidak tergolong dalam mereka yang taksub dengan kecantikan dan keremajaan dan sentiasa mendidik kami agar menerima proses pembesaran dan penuaan secara semulajadi.
Tuesday, March 20, 2018
Wednesday, March 7, 2018
Institusi Perbawangan
Bukan main ganas lagi makcik-makcik bawang ini dalam era media social ini. Kemain lagi mereka menyerang itu dan ini. Semua marah makcik bawang, sepertinya makcik bawanglah individu paling jahat dan ganas buat masa ini. Siapa makcik bawang? ntahlah. Katanya sejenis wanita yang gemar jaga tepi kain orang. Polis moral?
Tak kisahlah sapa. Yang penting saya mau selidik diri sendiri adakah saya bawang atau tidak. Ikut ciri memang saya ada kreteria yang baik untuk jadi Presiden Persatuan Makcik Bawang yang paling digeruni. he he....Saya tak turun padang pun ada yang suka guna nama saya untuk menakut-nakutkan kawan-kawan yang berkelakuan, berpakaian diluar norma tatasusila anak-anak gadis kampung. Tak kisahlah kalau mereka nak guna nama saya pun gunalah.
Saya melihat perkembangan bawang yang kini giat dikutuk dan dengan ini saya ingin menyeru kumpulan makcik bawang untuk tidak lagi cakna dengan apalah orang lain nak buat. Dia nak bercerai, dia nak rampas laki orang, dia nak telanjang, nak separuh telanjang lepas tu joget goyang-goyang punggung, macam retis belly dancer kat mesir tu, lantoookkkk...
Eh ustaz korang tak de cerita ka, besok dah nak kiamat.... manusia mengawan dah tak kira tempat, disiring-siring jalan pun boleh sampai kucing anjing pun nak segan dan malu melihat kelaku manusia ni. Jadi hari ini apalah pasal sangatkan kalau memasing gigih tayang goyang gerudi bagai nak tunjuk punggung memasing, pun. Apalah yang makcik-makcik dapat dok pegi meroyan dalam media sosial sana.
Kita ni rumah dah kata pergi kubur dah kata mari...dah usahlah kita nak lantik diri sendiri perbetul benda yang tak betul, sebab besok yang mengawan tepi jalan tak kira tempat tu yang betul. Jadi tak usahlah kita nak betulkan deme tu. Bial lantak pi depa lah ea.
Makcik hanya ingin menyeru agar kawan-kawan memokok...at least kalau derang nak memekak dengan suara sumbang mereka ketika mengawan, kawan-kawan boleh sumbat telinga dan menyorok balik pokok sebab MALLLLUUUU. Tanam pokok juga boleh jadikan persekitaran kita sejuk sikit (cooling effect) sikit dek perbuatan hot derang yang tak kira tempat ini... Jadi sudilah kiranya kawan-kawan untuk memfollow advokasi Pokok saya ini ya hihi.....
Subscribe to:
Posts (Atom)