Wednesday, February 14, 2018

Kumpulan Makcik Marhaban?


Sepanjang saya tidak menulis ini, ada juga perkara yang sama sekali tak saya sangka telah berlaku pada kawan baik saya. Saya berkenalan dengannya masa saya secara tak sengaja terjebak dalam perang hate-love dengan budak-budak sastera penyelamat negara. “love-hate sastera negara ni istilah saya aje menunjuk sekumpulan masa tu belia yang kini mungkin dah not-so belia, (sudah masuk orang matang barangkali) yang passionate dengan dunia persuratan Melayu, pasca-moden. Bolehla kita nak kata sekumpulan pemikir melayu moden, kot. 

Secara tak sengaja tertulis di sana dan kena balunla kaw-kaw punya sebab saya tika itu kerani-cabuk gomen je. Derang dalam situ, ada medical Doktorlah, saintislah, engineerlah macam-macam profesion yang hebat-hebat. Saya mengomen di sana dan yang marah sangat dengan saya ialah seorang medical Doctor. Masa itulah seorang insan baik hati yang mengenalkan dirinya sebagai Embun, menyapa mesra saya. Dari dunia maya persahabatan kami berpindah di dunia nyata.

Rupa-rupanya dia pun pembantu juga. aka kerani cabuk. Saya pembantu kira-kira, dia pembantu Bahasa. Saya sambung belajar, dia pun sambung juga di Negeri kelahiran dan tempat tinggal saya ketika itu. Saya sambung lagi begitu juga dia. Dari kerani, kami dinaikkan pangkat ke penolong pegawai, dan rezekinya lebih murah dari saya, baru-baru ini dia naik setakuk lagi kepada Pegawai Perancang Bahasa. Dia tidak berhenti belajar setakat Ijazah sahaja, tapi sudah juga selesai pengajian di peringkat Sarjana.

Sebulan sebelum dia naik pangkat dia menghubungi saya. Minta nasihat yang lebih kepada bertanya apa rasanya bila kena balun, bila orang kata kita tak layak. Saya heran juga, kenapa bertanya? Punya terkejut beruknya saya, rupa-rupanya that same medical Doctor, duduk berselisihan pendapat dengannya pula.

Saya nak cakap macam-mana ea. Just believe in yourself ajelahkan. Peduli apalah dengan that medical Doktor pun,kan. Walau betul dia lebih pandai dari kita, pun dia tetap tak boleh duduk atas kerusi kita. Tak ada kita kena buang kerja, dek kerana kita tak sependapat dengan dia atau dia lebih pandai dari kita. Betul cakap saya, sebab tak lama lepas tu kawan naik pangkat pula. Naik ke kerusi yang hebat. Kerusi yang saya sendiri pun terkejut macam manala kawan saya boleh ditengekkan ke situ? Itula orang kata rezeki yang tak tersangka. Iyalah dari kerani yang bakal jadi makcik-makcik marhaban jadi pemikir wanita mengemudi bahtera majalah paling berprestij Negara... uish tak hebatka, itu?

Gambar ini sekadar hiasan yang saya cuplik dari google
Tentang love-hate itu, ntah tak tahulah bagai mana penerimaan Medical Doktor dan rakan-rakan. Saya percaya tak lama lagi dia boleh terima kenyataannya kerusi itu milik kawan saya. Bagi kawan pula, mungkin ada sikit rasa resahlah. Honestly, saya at one point of my life memang ada rasa resah macam orang mencebik saya suruh pulang dan duduk rumah sahaja. Saya pernah paranoid orang pandang saya semacam dan saya dengar mereka bercakap dalam hati mereka begini “hoi orang gila,  apa jadah datang opis ni! Bukan tempat kau di Tanjung Rambutan, ka?” Saya fikir, satu aje Allah yang dudukkan di tempat itu pada masa itu. Saya ON aje. Lantaklah kalau ada orang nak kata saya tak layak.

Memang penjawat awam ni ramai orang tak puas hati dengan kami, apa? Duduk opis jual gelanglah, buat kenduri makan-makanlah, macam-macam kalau nak ditulis satu persatu pasal kerenah penjawat awan ini yang orang duduk jaja tidak puas hati. Yang penting saya pergi kerja dan tidak sibuk pasal orang lain. Orang lain nak kata tak layak, lantak dia,lah. Yang saya tahu, saya memasuki perkhidmatan awam dengan saluran yang betul. Saya mohon atas talian, saya melalui bukan satu proses saringan, dipanggil temuduga, ambil exam, sehingga dilantik dan disahkan ke jawatan sekarang ini. Jadi kalau betul ada orang rasa yang saya patut tinggal di Tanjung Rambutan, pun. Saya anggap itu semua sakit paranoid saya. Saya lupa makan ubat hihi.

If let say la betul ada orang tak puas hati dengan kita, pun anggap itu paranoid, saja,lah ya. Adatlah manusia ini, bukanlah senang hatinya untuk dipuaskan. Kita pun kadang-kadang ada banyak benda juga yang kita tak puas hati.




No comments: