Kadang-kadang tu kita sendiri pun tak faham perjalanan hidup sendiri. Hari-hari minta sama tuhan begitu-begini, dapatnya begini-begitu. Tak apalah. Jalan sajalah.
Wednesday, June 29, 2016
N3 suka-suka aje
Kadang-kadang tu kita sendiri pun tak faham perjalanan hidup sendiri. Hari-hari minta sama tuhan begitu-begini, dapatnya begini-begitu. Tak apalah. Jalan sajalah.
Monday, June 20, 2016
My ProTun Buddy
Tun M sudah isytihar perang dengan PM. Sebagai penjawat awam yang masih berkhidmat, tentula saya sokong PM. Nak bangkang pun tak pandai, nak mengusulkan solusi, lagilah tak pandai. Yang saya reti ialah berdoa. Doa agar apa yang PM buat itu betul dan mensejahterakan rakyat.
Berbeza pula dengan mereka yang menyokong Tun M. Mereka kata PM tak betul, PM harus "step-down" untuk memulihkan keadaan sekarang yang mana semua harga barang naik, rakyat tertekan. Pada mereka, kenaikan harga barang adalah kerana PM tak pandai urustadbir Negara. Saya pula lebih selesa merasa yang harga barang naik sebab gaji kau yang tak naik. Siapa pun yang ganti PM, barang takkan turun. I firmly believe in that.
Tapi saya diam aje dan biarkan mereka bercakap tentang Tun. Then, jahatnya saya ini, pelan-pelan mencucuk begini "kau rasa Malaysia akan jadi Greece ka" hehehehehe.... bertanduk kepala mak. Buntut pun ada keluar ekor gitu. Tentulah dia cakap "yes". Saya pun tanya lagi let say worst come to worst memang jadi Greeca,lahkan, what are we going to do now now?"
Jawab one of them yang lebih matang dan cool begini "kita perlu ada tanah di kampung, bercucuk tanam dan berternak sendiri". Sebenarnya interrogasi saya ada 2 bab, tapi to cut thing short, saya cerita setakat ini saja. No, saya tak bertegang urat menyatakan pendirian yang harga barang naik sebab angan Tun yang mau kita jadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. No, buat apa nak gaduh dengan kawan yang saya baru saja kenal. Sudahlah saya di sini, merantau lagi tak ramai kawan. Ada kawan,baru nak mesra dah diajak bergasak pula. Itu adalah satu tindakan yang sangat bodoh. PM dengan Tun yang bergaduh, takkan kau pun nak ikut gaduh sama. Memang banganglah,kan kalau buat perangai macam itu?
Penghabisan cerita kami tak bergaduh dan bersama-sama menolong tuan rumah tempat kami melepak dan ibu dia sediakan 100 bungkus juadah moreh pada hari berikutnya.... Jom tengok gambar.
Orang tengah sibuk buat kerja ada orang relek main kucing hehehe.... |
Menu nasi minyak + Ayam Goreng + Kari Terung + kurma telur itek sedia untuk diagih-agihkan. |
Hari sebelumnya, ibu kasi makan spesial dulu. Nasi kerabu jantung pisang ala jawa. Ntah. gitu-gitulah, namanya |
Wednesday, June 15, 2016
Happy Ramadhan
Dah berapa hari kita puasa eh....
Puasa tahun ini saya bikin benda yang ntah...deviate dari amalan sebelumnya. Tapi anehnya saya rasa tak bersalah. Saya malas dah nak rasa macam-macam itu lagi. Saya sebenarnya susah nak rasa bersalah, sebab saya rasa apa yang saya buat tak salah, tapi pada kamu, apa yang saya buat itu salah. Apa dah saya buat? Jeng-jeng-jeng....hah ada dua benda yang saya dah buat yang saya rasa tak salah tapi sangat salah di mata kamu. Apa dia?
I) Saya sikat anjing.
II) Saya baca certot ini dalam bulan ramadhan.
(I)
Sikat anjing saya rasa kamu pun boleh sikat, selagi anjing tersebut benarkan kamu menyikatinya. Nasihat saya kalau nampak anjing jangan terus terkam dan sikat. Tak semua anjing suka kena sikat. Apatah lagi kamu yang bukan dog person, tentulah sukar untukmu, waima mau mendekatinya, apatah lagi menyikatnya. Sikat anjing tak dosa, cuma kalau salah satu dari kamu basah, atau kedua-dua kamu basah, kamu cuma kena sertu sahaja. Jadi sediakan sahajalah air tanah liat dan janganlah kamu pandai-pandai mengubah hukum.
(II)
Baca certot Ketika Bulan Memperkosa Matahari. Kalau kamu ni jenis dengar iklan Yusof Taiyyob pun dah boleh naik gatal, janganlah kamu baca certot ini. Kalau kamu rasa iman kamu kuat, silalah baca. Ia sebuah certot yang sangat menginsafkan terutama di Bulan-mulia ini. Saya nagis baca certot ini. Seriusly, nangis.

Wednesday, June 8, 2016
MUSUH
Ntah ada sapa ntah kata yang saya salin dari update FB
kengkawan kata macam ini “untuk kekal relevan, cipta musuh dan ibaratkan mereka
seperti syaitan, supaya nilai kau didukung dan dilihat mulia”
Well well well sebagai peminat tegar Ghandi saya tak suka
keganasan, saya tak suka bermusuhan. Tapi tetiba saya rasa kita kena cipta
musuh jika mau hidup ini tak lah membosankan sangat. Jadi saya pilih untuk bermusuhan
dengan lemak-lemak di sekeliling pinggang saya ini. Ia adalah musuh yang
menjauhkan saya dari apa yang saya hajati. Iaitu kerjaya sebagai Pegawai Daerah
dan melihat keindahan terumbu karang dan hidupan marin dari dasar laut, menyelamlah
tu.
Pertama kerjaya sebagai Pegawai Daerah, District Officer (DO) Kalau nak jadi DO ko kena masuk skim PTD, nak masuk tu seperti yang saya pernah tulis dulu kena lari-lari ntah berapa KM ntah di bawah ntah berapa minit ntah. Dengan lelemak ini melambatkan pergerakan saya, jadi sudah tentulah saya gagal. Tapi itu cerita lama, saya tak sanggup bermusuh dengan lemak sendiri. Jadi saya lupakan sajalah impian nak jadi DO tu. “Lagi pun tak semua PTD boleh dapat jadi DO, pun” ngeh, ngeh, ngeh….kata saya bagi memujuk diri sendiri. So lelemak kekal di keliling pinggang.
No 2. Menyelam. Ntah macam mana tah saya boleh berkenalan
dengan ada satu mamat tu. Amboi beriya-iya dia mempromosi aktiviti menyelam.
Termakan juga tuh. Antara kata-kata dia yang buat saya terbakar ialah “akak,
tak de maknanya duduk Sabah kalau tak ada lessen menyelam. Saya dulu ada lessen
menyelam, baru saya dapat lessen memandu tau!” Alamak. Budak ni memang, bab
bakau darah memang pandai jak dia ni.
Secara peribadinya, snorkelling pun saya dah puas hati dah.
Nak nyelam-nyelam, nih tak kuasa mak. Tetiba orang kata bila dah kena
bakar-bakar ni,kan mulalah nak bermusuh dengan lelemak sendiri tu,kan. Kenapa
plak menyelam tak boleh ada lemak? Saya dah belajar masa saya belajar berenang
dulu. Menyelam biasa-biasalah tak ada peralatan. Tak boleh saya asyik-asyik
timbul aje. Sakitnya hati sebab saya tak dapat cecehpun dasar kolam tau. Lagi
pun nak menyelam…. Kena pakai baju menyelam tu. Wetsuit. Ahahahaha….. saya tak
boleh bayangkan, ada saiz ka? Kalau ada pun dengan lemak di keliling pinggang
ni ohoi buruk benar rupanya eh.
Rasanya ada wetsuit ka kalau macam ini punya rope bentuknya? |
Tunggulah update lepas raya ni apa cernya ek….
…..* hey apa pasal ni, asyik dengar cakap-cakap macam ni aje
ar “ Akak tak de maknanya duduk Sabah kalau tak de lessen menyelem, Akak tak de
maknanya duduk Sabah kalau tak de lessen menyelem, Akak tak de maknanya duduk
Sabah kalau tak de lessen menyelam lam lam lam lam”…..repeat till fade…
Subscribe to:
Posts (Atom)