Ikut plan saya mau pegi pool, kunun cuaca jerubu (alasan)
saya pun bermalas-malas di rumah sambil tonton drama KITA…ala yang kita-kita tu
apa cer… Seronok. Ikut jadual drama akan tammat hujung tahun ini, makin nak
tammat makin hangat pula cerita nya. Ala Drama apa, lagi kalau tak Drama Hantu
Raya IMDB,lah. Usaha pawang-pawang untuk memawang mematikan 1MDB makin rancak
nampaknya.
Hantu yang telah dituduh sebagai mengubah wang haram (money
laundering), penggelapan wang, pemindahan wang dari sumber keganasan,
penyeleweng dana awam, kini sedang tenat dan tengah melalui proses pelan
rasionalisasi hutang. Keadaan macam seolah-oleh 1MDB ini akan pulih, tapi masa
tengah “bed ridden” inilah ia harus dikuburkan terus.
Kali ini 1MDB berhadapan dengan bukan calang-calang orang,
tapi dia yang telah dianugerahi dunia sebagai Gabenor Bank terbaik.
Gabenor telah dapat mensabitkan 1MDB dengan kesalahan para (4)(b) bahagian 1
Jadual 5, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Kata dia masa mohon untuk melabur di luar negara, maklumat yang 1MDB bagi pada bank, tak lengkap, tak betul. Itu cerita laaaaama dulu, dengan deng-dong-deng-dong macam itu pun bank dah bagi pun kelulusan. Alih-alih ntah apa anginnya, (nak kata dalam fasa meroyan nak menopause, rasa dah lama meopause dah Gabenor itu,kan) tiba-tiba dia meroyan, melalak "bank integrity! bank integrity". Misteri sungguh perangai Gabenor ini sejak akhir-akhir ini. kejap sayang, kejap benci. hmm apapun sama-samalah kita saksikan sama ada libasan para ini cukup kuat untuk akan
mematikan 1MDB?
Kamu mau tau, saya side mana?….Hidup mati ka 1MDB, tidak
mendatangkan apa-apa kerisauan pun pada saya. Cuma suka-suka tengok drama, itu
aje. Prediction? 1MDB diback up oleh AG
Chambers. Ntalah jangan pandang sebelah mata perempuan yang sedang dalam
kemarahan. Ikut akal yang sensible….Para(4)(b) tu tak de kena mengenapun dengan
tuduhan-tuduhan berat yang dakwa atas 1MDB, sebab kesalahan yang selama ini dok dicanang-canangkan itu adalah kesalahan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang 2001, tak pun Akta pencegahan Penggubahan Wang dan Pembiayaan Pengganas 2014. Tapi biasalah orang perempuan, kadang tu penuh misteri, tak sanggup kita nak membaca fikirannya, adalah tu benda yang dia tak puas hati dan rajukkan tu.
Jadi tak ada prediction,
wait and see. Sebab perempuan,kan dia lain sikit, walau nampak macam tak de hal, boleh ditenyeh dengan surat penamatan kontrak perkhidmatnya, tapi cubalah kalau berani. Dia boleh tonggang terbalikkan apa sahaja
jika dia nekad untuk hunus pedang dan isytihar PERANG…
eh bukan ka heboh yang itu PM ko pencair hati wanita? Womenizer? Itu cerita orang aje, ntah iya ntah tidaklah tu. Lelaki macam mana hebatpun kalau tak perpegang pada tali ALLAH akan tersungkur di kaki perempuan juga. ala tunggu ajelah drama tamat, toksahlah nak jadi tok nujumlah pula,kan.
No comments:
Post a Comment