Wednesday, December 31, 2014

HAPPY NEW YEAR 2015



Lama dulu Mat Lela Merah Muda rasa bimbang bila Raden Jadian Mudim tiba-tiba jadi sebutan ramai. Mat Lela dan Raden sebenarnya menjual rempah herba ubat sakit-sakit lenguh lutut di Pasar Minggu Negara Semanggol Lonjong. Mereka sebenarnya teman sepeguruan. Belajar meramu Ubat dari Nenek Seri Pagi Anggun di Gunung Serapat Berang.

Jualan ubat mereka orang muda kata so-so aje. Tambahan pula zaman muda-mudi hips ini ramai sudah tidak mau berubat herba. Mereka kata bau jamu,lah. Bau rempah macam kambing bakar nak kena golek dalam api, rasa yuks…Muda-mudi yang telah diajar ibu ayah kenal cheese, manisan, coklat tidak betah dengan rasa kelat payau ubatan herba dua sahabat ini. Muda-mudi yang tapak kakinya baru selebar 2 inci tapi sudah dilap najisnya dengan tissue basah beraroma mist, lavender, jasmin, aqua, amat pening dengan bauan yang agak kuat itu.

Kalau setakat nak menang lumba lari 100 meter pecut, kalau dah terdesak yang amat. Ubat batuk cap seri Bunga pagi pun boleh ganti ubat herba pecut deras jualan Mat Lela dan Raden tadi, asal tak ada ujian doping. Ala, lumba lari sekolah, ko cakap sama gue, mana ada cikgu tertangan nak mengendali ujian tersebut. Kalau setakat nak uting bola masuk keranjang, remaja lebih percaya kasut sukan slumdunk jawa-rumi yang diimport dari Negara jiran yang didakwa boleh membikin kuasa lompatan jadi berganda, sekali lompat dengan tangan-tangan ko pun boleh masuk dalam keranjang bola. Tak payahlah nak separuh pengsan menahan bau kuat herba tanduk kucing yang perlu diambil secara rutin, tiap-tiap pagi subuh bedeting,  bagi mendapat effect yang sikit lebih kurang aje.

Pendek cerita perniagaan dua sahabat ini jatuh merudum…macam hidup segan mati tak mau. Tapi lain pula dengan Raden yang beristerikan si candik pura-pura yang amat gemar menghias diri. Satu Hari Raden Candik berkata kepada suaminya. “Abe, se raso, kito kena tukar strategi. Ore mudo lo ni suko bau wangi, dan rasa yang natural. So (satu) lagi, se perati, hok rama kat Pasar minggu tu ore pue…”

Dipendekkan cerita Kedua suami Isteri tadi telah ke Negara Wangi Nyah bau untuk belajar teknik untuk cara pembungkusan baru barangan jualan mereka. Raden Candek juga merasakan suaminya perlu fokuskan pada wanita instead of lelaki. Maka setelah berhabis modal wang dan upaya…terhasillah produk Collegen Beauty “letak bawah lidah semua tegang”

Itulah punca kemahsyuran pasangan tadi. Maka berebut-rebut dan berduyun-duyunlah orang mau beli produk tadi, sehingga menimbulkan rasa risau pada kawan, teman sepegurannya itu. Mana tak risau sejak ada produk Beauty ni, rumah ibadat yang memang sudah lama lenganag itu jadi semakin semakin lengangan.

Dan salahnya Raden suami-isteri, tika berjual-jualan ubat mereka tidak peka dengan sijil halal, tidak tahu untuk mendapatkan kebenaran Majlis ubat-ubatan Negara Semanggol Lonjong. Penyudahnya dek kerana dituduh jual ubat bercampur bahan tidak suci dan macam-macamlah yang dimomok-momok oleh Adik Mat Lela Merah Muda tentang produk Radin dan Candik berserta serangan peribadi yang ntah apa-apa tah, betul, salah ntahlah tak tau kita nak cakap, penduduk yang ketakutan bertindak membakar kilang dan rumah pengusaha Collegen Beauty itu. Sama ada keduanya mati rentung dalam kebakaran, atau sempat lari ke Negara Lain itu tidak dapat disahkan oleh sesiapa, pun.

Mat Lela Merah Muda? Well dia ditawarkan kerja dengan Majlis Ubat-Ubat Negara sebagai ketua kawalan Mutu Ubat herba. Hari-hari kerjanya tidur sahaja sebab dalam Negara itu sudah tidak ada orang pun yang berminat dengan herba tradisional. Semua herba telah dikapsulkan, dimodenkan dan semuanya datang dari Negara Wangi Nyah Bau.  

Cerita Semalam



“ko kat sana macam mana? Ko tak BANG (azan)ka sama mereka” 
Saya tergelak besar dan lepas itu jawab “aku baru kena BANG balik dengan mereka usai aku Bang sama mereka”
“teruk ko kena”
“hmmm teruklah. Rasa macam, mau setengah mati pun ada. Kul 2 ptg nanti aku akan pergi skru balik mana-mana nut yang longgar” jawab saya ketawa lagi dan lagi dan lagi.
“ko gila” kata kawan.
“hmmm,….kan. Aku overconfident yang come new year aku akan bla. Aku tak sangkalah pula, belum sempat aku bla, they really took my BANG as personal insult. Aku suspek yang they really fear and kancheong plus believe that bila semua dah di automatedkan, we only need one PA per a country with the size like Malacca. 45% cut for government servant is actually no bullshit talk. First they all gi trip tinggalkan aku dengan orang-orang yang semua tau bos tak suka, lepas tu bagi usrah ntah apa-apa tah. Lepas jamu makan, lepas tu cakap bisik-bisik, gelak kuat-kuat macam orang gila. Gelak yang super natural kuatnya yang aku memang kompem aku tak paranoid. Sekejap sana gelak, kejap lagi sini gelak. Jujur yang ini memang aku paranoiad. Aku paranoid yang mereka mengejek aku, kompem 100% hari tu juga aku meletop dan terlantar di wad mental. Mujurlah ianya Jumaat. Lewat petang, aku sudah sampai rumah mak, Isnin aku exam, Selasa & Rabu aku mai opis pakai sumbat telinga. Hari ni aku MC servis-skru balik mana-mana yang longgar aku. Esok aku cuti rehat”
“hah! Biar benar! Baru lepas! Aku ingat ko dah seminggu dua beristirehat di tempat damai ko” terkejut beruk kawan ku itu.
“hey chooi touch wood! Dalam hidup aku ni  baru sekali mak aku hantar aku  berdamai di sana ok. I learn my lesson. Senang. Aku sumbat ajelah telinga aku dengan kapas. Kalau aku tak dengar, aku tak ambil port, aku ok. Pegi mampuslah deme nak tergelak macam Pontianak pun, aku tak dengar….soooo”
Ini adalah perbualan dengan kawan yang simpati, rapat dan faham kemelut yang melanda diri ini. Sikit lebih kurang tak 100% tepat edit-sana-edit sini, tambah serbuk perasa kasi sedap cerita.          
 Apa cerita ini? Pada penghujung Disember 2014 yang lalu, saya dengan beraninya meluahkan perasaan tak puas hati bagi pihak kita-kita yang terasa, alamak asyik-asyik aku aje yang kena. Saya juga mengkritik begini:-
“Saya tidak faham bagaimana kamu boleh survive dalam keadaan begini…saya lihat pejabat ini macam auto-pilot, mana pentadbir dan krew-krewnya? We should serve them! Ini tidak mereka masing-masing pandai-pandai bawa diri sendiri, bla-bla-bla-bla” the gist of is “bagaimana mau kamu laung-laungkan lawan konspirasi  Iblis/syaitan, jika kamu sendiri tidak pernah mau ambil pusing cara Iblis/syaitan berkerja?”
Saya jadi sangat berani, sebab like I said before, come January I’ll away.

( Penafian:- cerita ini hanya sekadar cerita tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati )

*****

Saya tanya sama anak buah saya yang kini hanya sudah tinggal 3 ketul itu begini “apa pendapat kamu dengan idea - banyak kos & masa boleh kita potong jika kita opt for centralisation”
“oh tak boleh…tak boleh”
Seorang yang lain pula respond begini “kalau swasta ok aje. Kat sini orang tak nampak  macam mana benda itu boleh dipraktikkan”
Saya termenung seketika… “tak apalah”
Saya akur. Kos operasi kami lebih mahal. Jika sesebuah organisasi itu terlalu besar, aspek kawalan jadi sangat renyah dan sulit sekali. Kesulitan dan kerenyahan inilah yang mengakibatkan elemen penjimatan amat sukar dijelmakan dan seperkara yang amat malang ialah -  jimatnya jauh panggang dari api, ketirisan pula yang menjelma.

Tuesday, December 2, 2014

KENAPA MASIH DI SINI?

Dulu, bila ada orang ajak saya bersastera, saya jawab pendek saya menulis bukan sebab nak bersastera tapi nak sama-sama berlumba mengorat orang sastera yang itu. Hari ini dia mungkin kata hah! Dah kalah pun kenapa masih menulis lagi? Now apa saya nak jawab. Saya gila? Well lama dulu pun saya dah sedar siapa diri ini. Memang tak layakpun dan tak ada sebab nak mengada-ngada menulis, bertanding memenangi hati dia yang elusive itu.

Tapi saya tulis juga sebagai tanda penghormatan dan sayang saya terhadap orang yang mencadangkan saya menulis. Dia seorang yang orang arif yang nampak kebaikan menulis kepada saya. Kami bermula dengan bersembang pasal teori Dr Daniel Nattle yang diangkat oleh salah seorang sasterawan muda tempatan, juga. As a mental patient, tentulah saya seronok nak bersembang-sembang pasal itu. Di situlah bermulanya kisah dia meminta saya memblog.

Pun begitu saya tidak banyak menulis tentang sakit mental. Tidak banyak mencatat bagaimana saya struggle for life, the paranoia that I’ve faced, sometimes. Saya catat sikit-sikit, ngata orang aje yang lebihnya he he… iyalah orang buat kita bengang kita tulislah. Orang yang saya bengangkan sangat tu bukannya baca, pun, blog saya ni.

Pendek cerita, dengan menulis journal peribadi di sini, saya harap pada masa akan datang nanti dapat beri sedikit hope/semangat bagi mereka yang ada masalah yang sama dengan saya, atau mereka yang family ada menghadapi masalah yang sama yang kalau dah dapat penyakit ini tidaklah bererti this is the end of the world. Masih ada harapan untuk sihat, gembira dan berfungsi dengan baik dalam masyarakat. Menulis adalah terapi minda.

Saya percaya itulah harapan dia yang mencadangkan akan saya go-blogging, you’re not only blogging for whatever benefit that you can gain, but give those who share the same problem with you, a hope.

He knows, I knows that I cannot change the world, by writing or by marrying some who can write so well. Only the gifted one have the ability to do so and only the most gracious, intelligent, diligent, woman can be an inspiration/MUSE to great poet. He always knows right from the beginning that I am not his Belle of the Ball. I’m just a stupid plain mocking bird who sang her heart out without thinking how annoying, my tune is to his fellow elite/cultured friends.