Minggu yang lalu saya menerima tawaran memiliki kad kredit
dari sebuah bank perdagangan yang cawangannya memang ada bersepah di mana-mana.
Pun begitu saya menolak tawaran tersebut. Mujurlah saya ada mengikuti ceramah
AKPK, kalau tak pasti saya dah terima dah. Saya memang sudah memiliki kad
kredit yang saya kira sangat menyenangkan untuk shopping online, tempah bilik hotel on-line jika ada
kursus di ibu pejabat yang kebiasaannya penginapan tidak disediakan. Lagi pula
jika kita guna khidmat on-line ini kadang kita dapat potongan harga yang sangat
bagus.
Boleh juga ada kad kedua yang tawarannya ntah apa ntah
rebate-rebate? Itulah dia godaan dan cabaran kita hari ini. Pujuk-rayu-goda
yang kalau dilayan boleh bikin kita kesasaran jauh dari landasan. Persoalan
pokok, adakah saya benar-benar perlukan kad tambahan ini?
Sekali fikir, eh cantik juga ek…sekadar cantik buat hias
dompet nak wat apa. Dompet saya pun dah penuh dengan kad. Selain kad ATM/kad
debit, Ntah apa-apa kad ntah, kad pelajar, kad siswa, kad tesco, kad segala
macam kad, naik kembung dompet den. He he he….
Itulah cerita saya, kad banyak, simpanan ciput. Itu satu
perkara yang perlu saya perbaiki. Insyaallah tak ada masalah jika tau teknik
dan taktik dan kita sanggup rendah diri mengaku yang kita bermasalah. Masalah
besar ialah, bila kita tak sedarkan diri ini bermasalah.
Contohnya: kunun katalah saya menyewa bilik di sebuah service apartment yang ada kolam renang. Buat masa ni saya pergi kerja naik
motosikal. Gaji saya RM2,500.00. Saya ditawarkan kereta Myvi dengan ansuran RM800.00
sebulan.
Saya rasa saya mampu,kan. Sebenarnya jika dicampur kos lain
seperti petrol, insurans, parkir ia sudah boleh naik ke RM1,000 lebih sebulan.
Tika itu fikirlah balik. Jika saya ambil juga Myvi comel itu, hah…umpama,
umpamakanlah dengan apa-apa perumpamaan yang anda boleh fikir.
Pun begitu bukan bererti saya perlu lupakan saja MyVi itu
dan berpuas hati dengan motorsikal, boleh saja saya menyimpan duit lebihan
gaji, dan tangguhkan impian itu barang setahun dua, Bila sudah tiba masanya
simpanan tu boleh buat bayaran muka. Bila bayaran mukanya besar, sudah tentulah
ansuran bulanannya boleh jadi lebih rendah. Andai sekiranya saya tak kisah
untuk kereta terpakai, ansuran boleh jadi lebih rendah mungkin boleh
RM450…sebulan selama 5 tahun???
Hah macam itulah cerita yang pada permulaan nampak macam ok,
tapi jika digali lebih jauh sebenarlah OK boleh jadi KO.
Itulah saja cerita kewangan saya. Terima kasih.