Sejak Tun M perkenal ada bonus untuk kakitangan awam, bajet
speech of Menteri Kewangan adalah sesuatu yang ditunggu oleh sekelian penjawat
awam. Bagi saya yang bolehlah dikatakan ada jugalah tak dapat apa yang saya
expect (due to my mistakelah yang letak expectation yang pabila direview oleh mereka yang bijaksana ia boleh
dikategorikan sebagai ekspektasi perempuan psiko kuat berangan) jangkakan,
saya dah tak kisah dah apa pun outcome bajet tersebut. Saya berpegang kepada
benda sebegini, bajet hal kerajaan yang diluar bidang kuasa kita.
Kuasa kita dengan kuderat yang semakin susut, selaras dengan
peningkatan usia, ditambah pula dengan cakap-cakap kunun kerajaan yang
memerintah ini sudah tahap menindas golongan marhaen, perempuan somemore,
memanglah kita hanya boleh menurut sahaja. Umpama lembu yang dicucuk hidungnya.
Jadi apa yang boleh saya buat ialah melihat dunia, yang
menurut cakap-cakap orang yang mengaku bijak-dan –kalau diberi pilihan jadi
Menteri Kewagan mereka akan lebih bawa sesuatu yang lebih baik, lebih efficient
ialah berjimat-berjimat-berjimat dan tumpukan kepada perkara yang mengembirakan.
And so far saya fikir semua ok. Gaji saya taklah sebesar
mana, tapi saya gembira dan senang-senang sahaja dan tidaklah rasa yang
perkara-perkara yang mereka yang bijak-bijak soalkan dalam FB, di pejabat boleh
begitu menekan saya. Deme sebut pasal
gula, saya memang dah lama minum air kosong aje. Gula yang saya beli selalunya
lebih untuk dibuat kek dan manisan. Orang kata saya ni kalau sebut gulalah,
setakat “pow” gula kat KFC, McD pun cukup untuk kegunaan saya.
Lagi apa ya? GST? Ahaa GST. Saya percaya kepada konsep, the
more you consume, the more you pay tax. I’m a bit lost about GST, but I guess
if the imposition of GST follows by reduction in the income tax, our policy
maker is in the right track. No need to bising-bising. About perompakkan harta
kekayaan Negara, ntahlah, so far aku tak pernah kena rompak, pun. Biarlah jika
benar ada perompak, takkanlah tuhan begitu zalim untuk membiarkan kita terus
dizalimi, satu hari nanti perompak itu akan terhukum juga.
Saya ni dah kena psiko, dah buta tak nampak perompak dan
penindas ka…ntahlah. Saya rasa saya ok-ok aje. Mungkin maintenance saya tidak
sebesar orang yang bising-bising dalam FB, maupun di Pejabat kut.
Sebut pasal maintenance, dah ramai gak yang cuba “meminang”
kereta kelisa saya. Orang dah lama kerja dan tak lama lagi bakal KUP(W22) (10
Oktober yang lalu Pekeliling dah keluar,
effective from 1 Julai saya sudah menikmati skim gaji yang lebih tinggi,
insyaallah dengan sokongan ketua Jabatan) macam saya dah patut survey-survey
kereta baru …to the point ada yang memprovokasi sebab terlalu mengidamkan
kelisa comot tu pun ada. Apa yang mereka geramkan dengan kereta comot yang
kompang-kemet, calar-calar dek kerana pemandunya tak berapa pandai memakir
kereta, tak taulah saya.
Pun begitu, setelah dipujuk, diprovoke, saya masih akan
menggunakan kereta tersebut, untuk satu masa tempoh yang lebih lama lagi. Kalau
nak ikutkan, tak payah tunggu KUP(22) pun saya sudah mampu tukar kereta baru tapi saya fikir biarlah dulu. Sekurang-kurangnya,
duit penjimatan petrol dan kos
penyelenggaraan dari kereta yang berc.c. rendah ini boleh saya buat pergi
bersauna, berurut, buat detox, facial, membeli supplement untuk personal
well-being saya. Kereta tak cantik taka
pa, yang penting tuan kereta sihat dan cergas.
No comments:
Post a Comment