Update:- Saya belum bagi tau Busu saya fakta sebenar presiden Mesir masih belum mati. Masa saya bercerita itu memang saya pun sendiri percaya, presiden tersebut telah mati dibunuh rakyat Mesir.
Saya gunakan perbandingan seperti di bawah bila menerangkan situasi yang berlaku di Mesir kepada Busu, ibu saudara saya sebelah mak yang bongsu:-
Saya gunakan perbandingan seperti di bawah bila menerangkan situasi yang berlaku di Mesir kepada Busu, ibu saudara saya sebelah mak yang bongsu:-
“kita ambil Morsi-Ikhwan itu PAS, Presiden yang terguling
dulu tu Najib-UMNO, orang kaya elit. Orang miskin macam kita dah meluat tengok
Najib dan family, lepas tu ada satu insiden orang matilah ntah apa cita tah..ok
contoh Teo Beng Hock mati pasal pegawai Rahsuah Najib tolak dari bangunan SPRM,
pastu orang ramai pun simpati, lepas tu demo-demo-demo, masuk pilihan raya,
Najib-UMNO kalah, PAS menang. Lepas PAS menang, Najib kena bunuh, anak Najib
kena bunuh dan pekerja Najib kena rogol. Jeneral Askar ATM, ada gak kata,
Singapore bagi duit kat ATM buat rangcangan guling balik PAS. Lepas setahun PAS pun
tergulinglah…dan sebelum tu lagi Jeneral dah arah sebilangan askar masuk PAS ramai-ramai.
Lepas aje PAS terguling, apalagi, askar
yang masuk PAS ni pun bunuhlah-sana-bunuh sini. Lepas tu Singapore pun declare
PAS pertubuhan pengganas yang HARAM dan patut diperangai”
“yang Singapore tu negara mana pulak? Arab Saudi?”
“Iyalah Arab SaudilahI”
“hmmm …Arab memang jahat!,”
“Iyeee Arab memang Jahat, itu pasal orang alim-alim kat Malaysia sudah ada yang berkempen, bersabarlah dengan UMNO, bersabarlah dengan UMNO. Jangan DEMO-JANGAN-DEMO. DEMO punca fitna-lelaki-perempuan campur-aduk tak ada yang mengawas”
“iya budak muda-muda bukan boleh percaya sambil demo, skodeng
pakwe-makwe. Mak ayah antar blajar university suruh belajar, dia berdemo”
“Ko jangan busu dengar budak USRAH xxxxU, mati kita..he he
he… duduk dalam mesjid, tangan pegang Quran, mulut tak habis-habis cerita “ya
ahkhi, ya akhi….” Merenyam gedik betul budak-budak sekarang ni, yang tak
bertudung, yang bertudung litup, sama naik aje miangnya, bila buka bicara pasal
lelaki"
“Tu budak perempuan sebelah
ko tu pun boleh tahan gedik juga tu…”
Menjuih bibir ke her one and only daughter yang sedari tadi langsung tak ambil
port akan bual bicara kami, sebab asyik dengan facebook dan k-POP.
End of the story-mory….
No comments:
Post a Comment