Orang Cina lebih minat kesamaraataan yang ditawarkan DAP berbanding tawar BN iaitu “kemajuan” sebab mereka memang dah maju. Adakah BN akan buat tawaran lebih baik dari DAP dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah UMNO akan jadi lebih flexible dan bermurah hati macam bermurah hatinya PAS pada DAP dan PKR, sampai nama Allah pun nak diguna sama?
Apa BN nak offer saya tidak mau ambil pusing. Depa nak buka UiTM, MRSM pada non-bumi ka, nak hapus kuota/status bumiputera, lantaklah eh. Cuma satu saya terfikir. Saya terfikir orang melayu yang selama ini dapat banyak business dari kerajaan tu, kalulah UMNO pun gian nak jadi macam PAS, semua lepas kat DAP, PKR, Erdogan, adakah peluang business akan sama seperti sebelumnya.
Maksud saya kalu kita hapuskan status Bumiputera dalam penilaian perolehan kerajaan, ada jaminan ka bumiputra boleh menang dalam pembidaan sesuatu projek, tender? Sapa pelanggan terbesar syarikat milik bumiputra? Brapa peratus orang awam, kerajaan, pasaran global luar negara? Benda-benda ini semua kenalah dikira dan dihitung dengan teliti sebelum politikus-politikus Melayu berebut-rebut nak memenangi hati manusia yang memang dah maju, tinggal nak sama rata aje, agar keadilan dapat ditegakkan dan tak ada pihak yang terinaya.
Konsep keadilan yang saya faham bukan sama-rata, baru adil. Ustaz saya cakap, kalu orang tu bininya seorang tinggi lampai sorang kemetot, si tinggi lampai perlu 5 meter kain nak bikin baju kurung, dan yang comel lote perlu 4 meter saja. Wajarkah kedua-dua isteri diberikan buget baju raya sama rata, sama banyak?
Bagi bumiputra yang asyik bikin dengan kerajaan aje, apa salahnya venture out, keluar dari kepompong, inkubatur cari pasaran/pelanggan selain dok berpuashati aje dengan tender kerajaan yang bagi. Cubalah pelbagaikan portfolio pelanggan korang tu, sebelum orang mengata “kalau tak de job yang aku bagi, dah lama mlokop dah dia tu” atau “alah, kalu tak de girlfriend dia, anak menakan dia kat pejabat tu, i.e. orang dalam tak mana dapatnya dia tender tu”
Persepsi yang mensinonimkan Melayu dengan budaya tongkat, budaya“orang dalam”, “Inner circle” harus diperbetulkan segera, sebab tak akan selamanya kuasa politik boleh melindungi Melayu dari diasak dan didesak untuk “give-up” more keistimewaan yang disepakati satu masa dulu.
No comments:
Post a Comment