Thursday, April 28, 2011

Unhappy....

Agaknyalah menyembelih kambing hitam itu terapi bagi orang yang kecewa. Dalam masyarakat kita yang biasa dijadikan kambing hitam adalah orang perempuan dan syaitan.
***..
Saya revisit my cikgu’s blog sambil berdoa ia kekal macam itu, he he he….I know ramai peminat dia frust sebab dia ambil keputusan untuk berhenti memblog. Saya juga perasan, (perasan, siok sendri aje) ada dikalangan peminat dia kata dia berhenti memblog sebab saya. Wow! Kalu betullah lagu memang saya suka, suka, suka, suka, suka. Feel good factor.

Tapi I’m a realist, my cikgu berhenti memblog untuk meng synchronized kehidupan in and out of blogland wat everlah, I just pun sync because I can’t find the exact word…maksud saya begini, saya nak cakap macam ini. Cikgu saya memang cikgu, dan sebagai cikgu, cikgu tak patut memaki-hamun dan mencarut-carut. Full stop. It has nothing to do with me. So, saya bolehlah berhenti berangan/perasan.

However, some of his die hard fan, think that I influence (negative influence seperti mengugut, menggunakan kekerasan) him, this and that. He do it because of me, because he is scared of me. Cikgu saya tu lelaki jambu yang lembut. My cikgu choose to be a cikgu, while he can make a fortune by writing. He can be as good as or even better then Shanon Ahmad, Hishamuddin Rais, or GAP or Gomo.

Oh yes please do not doubt me, my cikgu memang sooooooo gooodddd, berbakat besar dan sangat luar biasa, tapi he has made up his mind untuk jadi cikgu aje. Dia pilih underpaid, lousy, pathetic profession. Nonsense sungguh kalau ada di antara kamu fikir dia gantung pena sebab saya. Aha, lagi pun, my cikgu dapat doctorate dia pun guna duit pembayar cukai, logiklahkan kalu kalu dia tetap mengajar, lainlah kalu dia blajar pakai duit sendiri. It has nothing to do with me OK.

I know, I know, tak de orang yang boleh tulis sebaik dia, and it is such a waste of talent. Do u think I don’t feel bad? Do u think saya suka, saya langsung tidak dilanda perasaan bersalah? When a writer die we all do feel bad. He made his choice atas kehendak dan ketentuan tuhan, bukan atas kehendak dan ketentuan saya. Redhalah dengan qada’ & qadar tuhan. I’m writing this piece of shit, just to make me feel good. I shouldn’t feel bad pun. But I dunnu, for the last this 2, 3 days I do feel bad, I do feellll bla…bla…bla…walau saya memang tak patut langsung pun rasa macam itu.

Wednesday, April 27, 2011

Pasang Beteri kat Jantunglah

Mungkin mudah untuk kita berjaga malam mendoa celaka pecah perut ke atas mereka yang telah menginaya kita, dari meminta tuhan berikan kesedaran semoga mereka berhenti menyakiti kita dan mempermudahkan segala urusan kita di sini.

****..

Kita ini kakitangan kerajaan awam peringkat rendah, biasalah bila memasing pegawai sibuk filing cukai pendapatan akhir bulan Mei ni, kita pulak dok mencega-cega, mencongak-congak, ada bonus ka tak ujung taun ni. Saya ini jenis tak suka bagi orang harapan, dan yang penting tak suka bagi diri sendiri terharap-harap, memang saya jangkakan yang the worstlahkan.

Walau pak menteri mendabik-dabik dada kata ekonomi dah pulih, tapi orang income tax atau bahasa orang intelek LHDN, belum pula bergendang cakap cukai tahun ini lumayan, idaklah brani saya nak letak apa-apa harapan pada hujung tahun ini. Kalau pun mereka bergendang sakan, kita tau regim Najib sedang berhempas pulas untuk mengecilkan defisit fiskal. Setau saya on TV, mereka sibukkan GST. On lagi, sibukkan sukuk. Sukuk, bon, first rating investment instrument ini, kita memang tak sukalahkan. Memang bencilah. Sayalah yang benci. Orang lain suka dan sukuk, menyukuk (gali lubang, tutup lubang) ini dah jadi culture mereka itu saya tak taulah pula.

Dah menyukuk, lepas tu nak bagi bonus, itu kerja orang gilalahkan. Itu sayalah, tapi orang politik ini pemikiran mereka tak sama dengan kita. Tak kisahlah. Pendek cerita kita memang rasa Najib itu tak sebagus Mahathir. Sentiment? Ntahlah, mungkin juga. Memang saya kurang berapa suka dengan cara PM sekarang. Lebihkan Cina, lebihkan talent, lebihkan permata pintar. Apalah yang permata pintar tu boleh buat, selain buat onar bersaing, buruk memburuk, rekayasa cerita, jatuh menjatuh ajelah kerja mereka, itu yang saya nampak, yang saya lihat keluar kat dalam TV tulah. Kawan langgankan placur, pastu kawan balik edarkan video kawan dengan placur….apa baranglah pintar lagu tu? Apa program untuk yang kurang pintar memang saya kurang nampak, tak nampak terus.

Penghabisan cerita saya fikir begini. Najib tu dia muda lagi, karier politik dia mungkin buleh sepanjang Mahathir, sebab dia minat sangat dengan orang pintar, saya kena jadi pintar juga. Saya fikir lagi begini, Zeti Akhtar umur 65 tahun pun masih kerja, bahkan akan terus kerja lagi 5 tahun lagi. Maka saya mula fikir apa kerja aku mampu bikin pada umur setua itu, apa cara perlu aku buat agar kekal cergas pada usia selanjut itu. Office mate saya kata, pasang Beteri kat jantung. Ha ha ha…

Tuesday, April 19, 2011

Pagi yang tak berkat aka pagi yang suweh

Bangung pagi, orang solat tahajjud, kita celik mata, bangkit fikir nak selesaikan masalah kerja…

Ambil wuduk terus tercokoh depan netbook kunun nak access maklumat. Sakitnya hati, sesakit-sakitnya sebab ntah langung tak buleh masuk. Giler deme. Ape dah jadi dengan dengan laman AG, JANM. Pukui 5 pagi tak buleh access, aish, aish, aish…meragam plak tu jam orang tengah bersemangat nak “clearkan” masalah yang dah lama “pending.”

Apalagi dah kebetulan bertenet, berjalan2le kita kat virtual-raya ni. Kutu rayau internet??? Sikit lebih kuranglah. Bump dengan satu blog yang saya fikir meloyakan. Blog politik memanglah meloyakan, tapi bila pengendalinya itu memakai imej wanita yang tak patut cerita benda yang tak patut, walau dalam politik cerita orang singkap kain orang itu lumrah. Memang bukan ahli politiklah anda kalu naik pentas dapat mikrofon, tak memburuk-burukkan lawan….alahai anakmak…. Apa cerita mak meracau-racau pepagi hari ni??? Ok cuba ko bayangkan yang bercerita, menjaja cerita huduh itu pempuan, yang guna nama puteri, aish, aish, aish….tak sesuai. Kalu dia guna nama/imej/pesona mak cik Muslamah Lebar macam jiran Faisal Tehrani tu oklah juga.

Ini puteri….tak kisah kalu puteri sekali-sekala buka aib orang, tapi kalu dah almost 100% content ochehan sang puteri pasal skandal orang politik, aish, aish aish…alahai, alamark, apa nak jadi, memang mak risau. Nasib baiklah mak ni tau juga sikit-sikit agama, tau sikit-sikit pesan/gambaran nabi tentang akhir zaman. Hmmm fenomena akhir Zamanlah tu, sabau ajelah ye.

Mak urut-urut dada jah nyah/knot baca blog budak puteri tu…. Mak urut dada sebab nabi kata akhir zaman, wanita bla-bla-bla, (i.e. bersolek, berdandan sebab nak menggoda/menarik perhatian lelaki), idak pula mak terjumpa nabi kata akhir zaman nanti puterinya misi utama hidup dia bergossip, mencungkil dan meuar-uarkan dalam-dalam kain orang. Buat mak fikir balik, nak sedapkan hati, nak redakan sikit rasa sendat dalam dada nih…ntah-ntah yg menulis tu, budak-budak jambu yang selalu perasan diri terperangkap dalam tubuh sasa…aish,aish, aish…huduh benar politik melayu, dah memang dah nak hancur, terlepas kuasa dan mulia dari tanganlahkan kalu dah anak puteri pun diajak/didik berperang jatuh lawan, bunuh kerekter lawan dengan cerita skandal seks.

Macam tu ka gayanya orang nak mempertahankan Puterajaya??? Mempertahankan kubu dengan bom skandal? Mematikan hujah lawan dengan melondehkan aib orang? Orang lain sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu, awak??? Menghiasi diri dengan cerita skandal seks ala-ala mat bond spy… agen SB. Memang mak dah sumpah tak nak cakap-cakaplagi nak buang, delete terus ungkapan “macam tu ka gayanya” tapi pagi ni dek kerana geram tak dapat masuk laman AG---naik balik ungkapan dah didelete tu. Mereceh mengocehlah mak macam makcik mulut murai….he he he…

Sunday, April 17, 2011

Orang Dalam

Orang Cina lebih minat kesamaraataan yang ditawarkan DAP berbanding tawar BN iaitu “kemajuan” sebab mereka memang dah maju. Adakah BN akan buat tawaran lebih baik dari DAP dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah UMNO akan jadi lebih flexible dan bermurah hati macam bermurah hatinya PAS pada DAP dan PKR, sampai nama Allah pun nak diguna sama?

Apa BN nak offer saya tidak mau ambil pusing. Depa nak buka UiTM, MRSM pada non-bumi ka, nak hapus kuota/status bumiputera, lantaklah eh. Cuma satu saya terfikir. Saya terfikir orang melayu yang selama ini dapat banyak business dari kerajaan tu, kalulah UMNO pun gian nak jadi macam PAS, semua lepas kat DAP, PKR, Erdogan, adakah peluang business akan sama seperti sebelumnya.

Maksud saya kalu kita hapuskan status Bumiputera dalam penilaian perolehan kerajaan, ada jaminan ka bumiputra boleh menang dalam pembidaan sesuatu projek, tender? Sapa pelanggan terbesar syarikat milik bumiputra? Brapa peratus orang awam, kerajaan, pasaran global luar negara? Benda-benda ini semua kenalah dikira dan dihitung dengan teliti sebelum politikus-politikus Melayu berebut-rebut nak memenangi hati manusia yang memang dah maju, tinggal nak sama rata aje, agar keadilan dapat ditegakkan dan tak ada pihak yang terinaya.

Konsep keadilan yang saya faham bukan sama-rata, baru adil. Ustaz saya cakap, kalu orang tu bininya seorang tinggi lampai sorang kemetot, si tinggi lampai perlu 5 meter kain nak bikin baju kurung, dan yang comel lote perlu 4 meter saja. Wajarkah kedua-dua isteri diberikan buget baju raya sama rata, sama banyak?

Bagi bumiputra yang asyik bikin dengan kerajaan aje, apa salahnya venture out, keluar dari kepompong, inkubatur cari pasaran/pelanggan selain dok berpuashati aje dengan tender kerajaan yang bagi. Cubalah pelbagaikan portfolio pelanggan korang tu, sebelum orang mengata “kalau tak de job yang aku bagi, dah lama mlokop dah dia tu” atau “alah, kalu tak de girlfriend dia, anak menakan dia kat pejabat tu, i.e. orang dalam tak mana dapatnya dia tender tu”

Persepsi yang mensinonimkan Melayu dengan budaya tongkat, budaya“orang dalam”, “Inner circle” harus diperbetulkan segera, sebab tak akan selamanya kuasa politik boleh melindungi Melayu dari diasak dan didesak untuk “give-up” more keistimewaan yang disepakati satu masa dulu.

Friday, April 15, 2011

Pilihan saya, (orang pempuan yg biasa-biasa)

PRU lepas ajelah tu, bikin hati saya tak sedap, takut macam-macamlahkan sebab saya mengundi BN. Iyalah kita ni tergolong dalam orang kata, orang cerdik dan tahu agama, kita rasa berdosa jika undi BN. BN partai secular, BN korup. BN mengutamakan Kroni. BN mengamal nepotisme. Baik UMNO, MIC, MCA sama aje. Bila sedara dia jadi YB jah, yang lain-lain pun turut “merasa” he he he…

Sedara kalu tak tulun sedara, sapa lai nak tulun. Saya fikir kalu saya jadi YB pun, tak kira apa parti pun, saya pun buat benda sama juga. Mengarutlah kalu kita jadi YB, semua sedara dah tak kenal dah. Mengarut jugalah kalu sesedara saya tak datang mengendeng itu dan ini.

Ok berbalik pasal rasa tak sedap ni tadi. Undi rahsia ek, kita bukan nak crita pasal rahsia, kita nak cerita pasal rasa teruk dan bersalahnya kita sebab undi mike-mike yang berpakaian tak serupa macam “good muslim” Dalam minda saya ni good, best muslim pakai jubah, berserban, pempuannya bertudung labuh bla…bla…bla. Pemimpin UMNO, kalu dapat bini pake tudung nampak jambul pun dah kira ok sangatlah tu. Tapi saya pilih BN sebab masa tu saya undi bukan lagi berdasarkan pakaian dan penampilan tapi dari segi dasar secara menyeluruh.

Saya ambil pendekatannya begini, saya lihat secara makro, bukan micro. Saya banding TUN M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI). Benar Tun kelihatan seperti mengamal nepotisme. Buktinya teman baik Tun, Tun Daim itu kaya raya, Tun M sendiri anak beranak kaya-raya juga. Unsur sapa kaya, sapa miskin tak timbul di sini, sebab DSAI pun kaya raya juga. Pada PRU yang lepas orang kata, semua orang politik semua dah kaya dan berjaya. Anak beranak, menantu Nik Aziz pun kaya juga. Pendek kata orang melayu yang berkecimpung dalam bidang politik semua sukses-suksess blaka, tak kira parti pemerintah, mau pun pihak pembangkang. Semua kaya-raya. Betul-betul kaya atau tidak wallualam, tapi memang pada persepsi saya mereka ni semua kaya dan berjayalah. Tak de lagi naik teksi atau naik naik bas awam, semua sudah ada kenderaan sendiri.

Saya pilih Tun M bukan pasal DSAI lebih kaya dari Tun, tapi pasal DSAI tak kerja duduk dalam penjara pun bule kaya. Saya lihat baca tulisan yang telah dihasilkan oleh kedua orang tokoh ini. Saya lihat Tun ada kelainan walau cara Tun sering mendapat kritikan dari pakar-pakar Ekonomi yang saya suka. Tun caranya walau mereka kata tak konsisten, tapi idaklah membuta-toto’ ikut cara Amerika. Saya lihat dari sudut ilmu perakaunan, pula, sebab itulah bidang tempat cari makan saya. Malaysia ikut IFRS tidak GAAP.

Orang kata come onlah, Singapore saya sudah toto’ Amerika, at least kita ni lain-lainlah sikit, tok sah kita ikut sangat IMF tu, New World Foundation, ikut-ikutlah orang lainlah plaklah kan. Kalu Amerika dok toto’-totok pro pada korporat, kita prolah pada Tax Authorithy… hah Sosialis??? Eh ada benda macam Letrik, Air (natural monopoly) memang kena dimilik negarakan pengurusannya, tak buleh dikomersialkan, tidak boleh diberi milik individu.

Maka dengan itu saya tak pilih partai yang DSAI jadi ketuanya.

Adakah dalam PRU akan datang kalau DSAI tak jadi ketua saya akan tak undi BN? Tak semistinya begitu, sebab saya bukanlah macam besh friend Facebook saya Pak Bakaq penarik beca, asal bukan UMNO tu. Saya idaklah Mardhiah bte Mohd Yusoff asal bukan DSAI. Idok sesapa pun bule, DSAI pun bule lagi kalu dia bule keluar dari kemelut peribadinya yang tak sudah-sudah tu, tapi dengan syarat DSAI kena lebih baik dari Tun. Ada masa ka DSAI nak lawan Tun dalam tempoh 1, 2 tahun ni?

Kita tak pilih BN itu hari pun pasal oghang pempuan depa tak tutup aurat. La ni dah ramai orang pempuan BN yang beragama Islam tutup aurat, orang pempuan Islam parti lawan BN la pula dari tudung labuh, kain keras, berjubah, hari ni dah pandai berfesyen-fesyen, sedangkan dulu berfesyen dan melawa-melaram tu untuk Che abang sayang, intan payung sorang tu aje. Hari yang bukan Che abang, kengkawan sekerja, seopis pun ada yang dah buleh bau one-drop perfume yang wangi (takkanlah ko nak gie opis tak pakai apa-apa bedak langsung, langsung tak mandi? La ni sabun mandi semua wangi…pencuci fabric pun dah wangi-wangi, tak wangi badan pun, baju kita memang tak boleh elak dari berbau wangilah kan. Mana ada orang pakai sabun cap kapak buat mandi buat basuh baju?) dan murah iiitieww… jadi memang dah tak sebab nak rasa guiltylah kalu pangkah BN.

Pendek kata, kesimpulannya, dari segi berpakaian tu, perempuan BN yang beragama Islam ada peningkatan, dari berskirt pendek, ke bertudung, waima tudung glemer ala-ala Datuk Siti Nurhaliza, tapi perempuan Islam pembangkang saya lihat ada merudum. Kalu dulu masa anak dara berjubah berkerudung labuh, hari ini pakai baju kurung biasa jah. Ada juga yang dah buang tudung labuh, ganti tudung biasa-biasa macam yang Puteri UMNO banyak pakai tu.

Kesimpulannya lagi…kesimpulan besar dari segala benda besar yang tak sepatutnya dihempapkan atas kepala hotak kita yang ciput ni, atas dasar prestasi berpakaian ini, kalu trend ini kekal, memang tak payahlah kita nak rasa guilty kalau kita pangkah parti secular BN.

****
p.s. aha, semalam pun saya rasa nak tergelak pun ada tinguk ada sorang kakak tu punya fesyen…dia pakai blaus labuh, skali pandang macam baju kurung besar pakai seluar, berkerudung labuh. Mengingatkan smula zaman2 skola rendah, main net boll berbaju kurung dan berkerudung tapi bertrack bottom. Eh itu masa praktise atau main-main kat skola, Bila wakil skola kita pakai properlah. Idakle pakai baju kurung.

Macam itu ka gayanya?

Kadang-kadang memang terlintas dalam hati, “macam itu ke gayanya orang nak menawan Putrajaya?” Memang ada banyak lagilah “macam tu ka caranya orang nak bahagia dunia akhirat, nak mendapat redha Allah dan Nabi, nak itu, nak ni, nak macam-macamlah hai…" yang bermain di cepu minda, bila melihat glagat orang sekeliling.

Hari ini, kalau terlintas macam tu saya akan cuba untuk cepat-cepat istigfar. Ini bukan memperli, ini serius…mintak mahaplah bebanyak kalu walau tak melompat di mulut, tapi terlukis pada riak air muka “Is that how tuuu” pun minta mahap bebanyak.

Your way and my way mungkin tak sama, sehingga terkadang itu terbit nada skeptical yang ditafsirkan sebagai memperli, memperleceh atau memperkecil cara orang lain. Justeru, menguris banyak hati even hati orang yang dekat dengan saya atau hati orang yang cuba saya tawan. Saya percaya harapan kita sama, kita mau meletakkan Islam ke zaman kegemilanganya seperti dulu. Saya sedang mencuba untuk tidak mempertikaikan cara orang lain dengan harapan orang lain pun tidak akan mempertikaikan cara dan jalan yang telah saya pilih.

Tuesday, April 12, 2011

Madah bercili, hmmm...

“Is that how they plan to catch up with Harvard?”

Bukan, bukan saya yang cakap macam itu tapi kawan kepada W. Scott Thompson yang berbangsa Eropah dan kerja kat Algeria, tulis macam itu kat dia.

Nak tau sapa Encik Thompson ni sapa bacalah artikel beliau yang berjudul “Old Habits die hard despite revolutions” yang disiarkan dalam NST 13 April, 2011.

****

"kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?"

Yang ini plak ochehan YB Zul yang saya cut dari blog beliau dan paste kat sini.

Wednesday, April 6, 2011

Gaduhlah lagi...

Kerajaan Amerika sana ada kurang dari 72 jam aje nak luluskan budget Negara mereka. Kalu mereka ralit berdebat, dan tak dapat capai kata putus, kata pakar ekonomilah ia akan menyebabkan recession. Kelembapan ekonomi. Suka hati kamulah, sama ada kamu suka ekonomi Amerika merudum atau sebaliknya. Tapi rasanya ramai towkey kat Malaysia ini akan turut “semput” kalau Amerika sekali lagi merudum.

Tak kisahlah, itu hal korang, tapi saya suka juga kalu Amerika merudum, I’m expecting harga minyak akan turun he he he…I’m crossing my fingers “hah, gaduhlah, gaduhlah lagi sampai seminggu, sebulan, stahun lagi tak pe. Padan muka korang. Why not kita nak rasa bersalahlah pula mendoakan sesuatu yang tak baik pada mereka? Dia orang tu dah banyak buat onar dalam dunia ini. Korang ingat mereka tak ada hati ka nak tengok Budget kita tak lulus?

Kemelut Skandal Seks luar tabii ketua pembangkang kita pun satu rahmat gak, cubalah ko bayangkan kalu Ketua Pembangkang kita tak diharuk dengan masalah peribadi, sure otaknya boleh focus macam mana nak delay the budget. Macam mana hebatnya dia mendelay kes dia kat Mahkamah, macam tulah agaknya hebatnya dia to delay the budget bill to pass on time, kalau tak ada perkara lain yang mengganggu.

For those who think that America can only be defeated by combat-combat, Amerika boleh “jatuh” melalui ekonomi. If we think Ayatollah Iran aje yang teruk kena lutu dengan Amerika, apa kurangnya Che Det kita? If Iran hebat dengan teknologi saintifiknya, Pemikir kita, walau bukan berstatus Ayatollah pula hebat menangkis serangan ekonomi yang datang bertalu-talu, satu lepas satu…dan Allah masih sayangkan kita, walaupun kerajaan yang memerintah hari ini tidak dapat simple majority, Allah masih tak uji kita dengan ujian yang berat. Kita tidak diuji dengan ahli parlimen bertelagah sampai budget bill tak dapat diluluskan.