Wednesday, June 30, 2010

Dilanda Angin Sasau




Saya memang tak kuasa nak merayau dan membaca blogger pro-PAS, pro Pakatan. Rasanya cukup saja saya membaca blog Faisal Tehrani dan kengkawan Soljah, dengan geng-geng sastera dia. Saya akan baca blog-blog anti Anwar, pro UMNO. Saya pun dah lama tak baca harakah, satu akhbar yang sangat saya gemari satu ketika dulu.

Saya berhenti membaca harakah sejak Anwar keluar penjara. Kalau saya tatap lama-lama, saya boleh muntah hijau membacanya. Saya ini lebih cepat mual dengan orang yang kalau dia buat tak pe, orang lain buat tak boleh. Dan itulah dia wajah sebenar Brother Anwar kita. Abeh tu lagi sejak dua-menjak berkahwin dengan seteru utama DAP, lagilah saya tak hingin baca harakah. Macam culture shock gitu, macam mamat Melayu nikah dengan Amoi Cina, mamat jadi lebih Cina dari Cina sendiri. Amoi tetap taat pakai cheongsam, angkat colok sembah roh nenek moyang.

Hari ini saya dah mula fenin pula baca blog-blog anti Anwar ini. Dah macam orang sasau gitu. Kenapa mereka kesasauan? Pasal isu 1:40lah. Ngeri? Saya ini lebih suka “be mentally prepared” Saya sudah menyediakan minda saya ke arah kemungkinan Melayu hilang kuasa politik lama dulu dah. Tanda-tanda tu dah ada, tengok sekeliling kita ajelah. Apa lebihnya Melayu ini? Memang lemah dan lunyai, hanyut dalam kawah globalisasi-terlarut dan tersebati dalam budaya hedonisme, lebih omputeh dari omputeh dah. Kalau ada pun anak muda bangkit, seperti selalu diuar-urarkan sebagai geng selawat cinta Nabi, cinta sembah cucu-cicit Fatemah Az Zahra’, ntah macam kueh bangkit tak kembang biak jah rupa bentuknya.

Ada orang ngeri, disebalik kengerian itu mereka masuk UMNO/BN, berkempen menguatkan UMNO/BN. Saya nak masuk apa? Masuk universitilah. Hopefully dengan kelayakan akademik yang tinggi sikit saya akan mendapat gaji yang lebih baik. Pada saya zaman sekarang, sapa memerintah, itu tak penting, sebab di Malaysia kuasa terletak pada kuasa beli. Pekerjaan yang lebih elok akan menyumbang kepada pendapatan yang lebih baik, subsequently menaikkan kuasa beli yang ada pada saya. Ntah apa yang mereka ngeri saya pun tak dapatlah merasai sangat kengerian mereka itu, sebab yang kuat mengeri tu, kuasa beli dia notlah bad mana pun. Oklah tu. Nak jadi macam Donald Trump kut, ha rentikanlah berangan sekuat tu.

Saya rasa kalau DAP berkuasa nanti, kita macam Singapura jah. Kat sana idaklah ada kejadian orang Melayu disembelih cina pun. Mak saya kata cuma orang Melayu tak boleh “angkat muka” ajelah. Kita orang kampung marhaen kat Malaysia ni pun memang dah lama tak boleh “angkat muka”, jadi saya dan mak memang tak kisah pun kalau Melayu hilang kuasa. Kalau ada kuasapun lebihkan berlagak, lebihkan nak membodek dan menjaga hati orang yang memang dah senang dari tolong bangsa sendiri, lebih nak menyenangkan orang pergi sembahyang kat gereja, hari Ahad dari orang pergi masjid hari Jemahat, memang padanlah muka kalau kita sama-sama tak boleh “angkat muka” langsung.

Nak kata kat Singapura sana Islam ditekan, kat sini pun sikit lebih kurang aje. Tapi idaklah teruk benar ditekan, sampai tak boleh sembahyang langsung. Ntahlah kutlah kalau DAP dapat Semenanjung ni, mereka akan lebih berlagak dan halang kita sembahyang. Mereka jadi macam Israel di Tebing Barat sana. Takut juga eh kalau macam tu.

Namun, saya berbaik sangka dengan Allah, bahkan kita semua kena berbaik sangka denganNya. Kalau mereka nak layan kita macam Israel layan orang Palestine, bersamalah kita berbaik sangka pada Allah yang doa-doa agar Allah lindungi kita dari menjadi celaka macam orang Palestine dimakbulkan. Amin.

Monday, June 28, 2010

Kenapa Saya Suka Dia/mereka?



Pernahkah kita terfikir kenapa kita suka orang tu, kita tak suka orang ni, gitu-gitulah kiranya? Tapi dalam dunia sebenar kita tak boleh expect kita dikumpulkan dengan orang yang kita suka aje. Masa kat sekolah, kat university bolehlah kalau kita tak suka orang ni, kita tukar kawan gitu. Kalau dalam tempat kerja bolehkah macam itu? Ya saya tau memang ada aktiviti melobi untuk menukarkan orang yang kita tak suka ke tempat lain. Atau membikin perkara yang membolehkan orang yang kita tak suka itu angkat kaki. Dulu bolehlah macam itu, tapi sekarang tak buleh sewenang-wenangnya buat macam tu sebab perkerja sekarang makin terbela, dengan persatuan sekerja yang semakin lama semakin baik tataurus perjalanan persatuan mereka. Contoh jelas diri saya…mereka rasa mereka berkuasa nak medical boardkan saya. Tapi tengoklah sampai hari ini mereka masih tak berjaya memedical boardkan saya? Silap-silap hari bulan, saya datang balik pada mereka dan bagi audit quiry yang bertela-tela sampai tebalnya satu novel. Kalau ditakdirkan saya datang semula pada mereka sebagai auditor pun tentulah saya nak tak tulis satu baris ayat jah, “Rekord dan data diselenggara mengikut peraturan yang sepatutnya.” Tak ada auditor nye eh nak raise quiry point melambak2. Jenuh nak menaip nak mengarang tau. Melainkanlah auditor tu masa sekolah dulu nak tak jadi pengarang terkenal tapi tak jadi.

Ok berbalik pasal suka tak suka ini. Ok sekarang kita tak boleh kata suka vs tak suka, oklah semua rakan sekeliling kita, kita suka, semua kita sayang, semua kita ngam. Kita boleh hanya boleh kata, secitarasa vs tak secitarasa. Nak ngam, tak semistinya kita kena satu cita rasa eh. Kawan baik saya citarasanya yang macam ustaz Aidil Nur Kasih sedangkan saya pula… yang macam ustaz Mat Sabu.

Kita tentu tak ada masa nak fikir kenapa kita ada yang kita suka, ada yang kita tak suka. Kita cuma tau kita suka itu, kita suka ini, macam tu ajelah. Saya pun dulu tak pernah fikir benda ini semua. Cuma saya tau saya suka Le Corbusier, saya suka Mies Van de Rohe, saya suka Syed Husin Ali, saya suka A Rustam Sani, saya suka Budha, saya suka Ghandi, saya suka Prem, walau tak ada satu naskah lengkap Prem yang saya simpan atau baca.

Saya sendiri pelik kenapa tak ada nama-nama macam Alexender the Great, Al Ayubi, Khalid Al Walid, apa-apa lagilah nama panglima-panglima perang ternama dunia. Sepatutnyalah saya suka yang macam-macam itu kalu melihat kepada ayah (pak Long) saya. Ayah saya kan orang PAS yang totok menyokong Nik Aziz. Biasanya anak-anak orang PAS memang dilorongkan agar suka berjihad dan berperang menentang thaghut gitu dan terkasmarankan lelaki-lelaki jihadian.

Mungkin cara parenting yang lenient, atau saya sendiri yang semula jadi degil tak suka ikut peraturan kut. Ironinya ikon sukaan saya adalah ikon-ikon yang dimushi dan dibenci kebanyakkan anak muda yang Islamik. Dulu saya sendiri pun sama macam merekalah juga. Biasa kami ini lebih takutkan ikon sosialis-komunis dari ikon-ikon kapitalis pembiak budaya hedonism. Cuba tanya kami, mana kami wish nak jadi, atau mana yang kami rasa berbahaya kepada anak keturunan kami dan patut diperangi habis-habisan Donald Trumph ka, Kassim Ahmad. Cubalah tanya. Muda means here, yang sebaya dengan sayalah tu. Yang muda hari ini sudah dianggap anak.

Saya pun tak taulah anak-anak hari ini macam mana pandangan mereka. Di MMU sini majority non-muslim, jadi meraka agak tak berapa kisah sangat akan hal ini. Saya idaklah pula tergerak nak join usrah just saja-saja nak menyibuk nak tau apa pandangan mereka tentang hal ini. One of these day could belah saya bila saya lapang. Yah sekarang memang saya sedang sangat kelapangan sebab semua itu perempuan dan laki-laki kesayangan saya sume sudah nikah, jadi sudah tak de job bikin bunga-bungaan, mungkin saya akan berbusy body, menginterview/menyevey/mempsiko-analisa budak-budak usrah di university ini.

Ok berbalik kepada kenapa saya lebih suka kepada pemikir instead of panglima. Saya lebih suka kiri dari kanan, walau saya selalu takut, kiri akan menghantar saya ke neraka. Macam yang saya cakap kita mungkin tak kuasa nak fikir, kita mungkin kata suka hati kitalah sebab jadi gitu-gitu. Tapi kalau kita pernah terbaca synopsis kepada buku karangan Ibnu Qaiyim Al Jauziah yang berjudul Cinta dan Rindu mengikut Al Quran dan Sunnah, kita akan diberitau, yang kita hanya akan jatuh cinta pada diri kita sendiri. Bermakna, yang kita sukalah itu kita sebenarnya. Bermakna bila saya tercari-cari pemikir kiri, sebenarnya pemikir kiri itu adalah diri saya sendiri. It is in me all this while without me, knowing it.

Sunday, June 27, 2010

Bukan mudah nak jadi air

Hari ini saya nak cerita pasal kisah dua sahabat, tapi saya pun terheret sama dalam “fued” dua sahabat ini. Saya cuma nak kata bila kita bersahabat itu kita tak boleh expect dia hanya untuk kita, kita hanya untuk dia. Walau bagai mana rapat pun kita, kita perlu beri ruang pada dia untuk ada circle dia sendiri.

Saya pun tak taulah apa yang best sangat saya ni. Kalau orang tak suka memang tak sukalah saya ni. Tapi bagi yang suka, mereka suka sangat. Ada sekali tu, saya mendapat pujian begini “ saya tak pernah rasa seseronok ini bila keluar dengan kawan sesama perempuan, saya harap nanti kita di United Kingdom, sana boleh keluar bersama-sama lagi walau kita dah tak satu university lagi”. Too bad itulah last percakapan kami berdua, sebab seminggu selepas kami keluar, saya dah sakit mental. Langsung tak pergi UK langsung, sampai hari ini. Bilalah agaknya ek dapat pergi UK, nie? Dapatkah bumi UK menerima kunjungan saya yang bertuah ini?

So dipendekkan cerita, actually kawan dia bengkek dengan dia pun sebab setelah sekian lama mereka bersahabat, kawan ini makin lama makin sarkastik dan yang dia tak boleh tahan, semacam mau bertanding pula dengan dia. Kawan dah nak dijadikan saing/musuh gitu. Mereka bersahabat dari zaman kolej lagi. Habis kolej, kerja tempat sama pula tu.

Habis dengan saya sekali pun nak dia tandingi juga, sehingga terasa bahang percikan amarah dari komunikasi yang agak tegang. Sahabat dia makin bengkek dengan dia lagi hadalah. She favour to embrace her new lifelah. Life orang dah bersuami, dah berkeluarga. Saya susah hatilah juga, kerana seolah-olah macam pelakun tambahan yang terheret dalam plot cerita yang asalnya tak ada, aleh-aleh penulis skrip masukkan untuk mensensasi, lagi mengkontroversikan cerita dengan watak pelakon pembantu dengan skrip besarlah pulak.

I wish I can tell her, (tentulah I keep my mouth shut, sebab kalu aku baca skrip aku karang, boleh jadi perang besar) not to say pergi cari kawan lain. No, it’s not like that. Saya nak cakap the more you cuba nak win her, the more you hurt her actually. You still can be her best friend, but now, you kena respek dengan keluarga baru dan circle of friends baru dia by cooperating with them, not competing with them as there’s not rule in this world yang cakap orang ni tak buleh kawan dengan orang ni. Orang ni kalau dah kawan dengan orang ni, dah tak buleh kawan dengan orang ni dah. But off courselah, it will be very foolish of you to expect things will be the same as masa zaman bujang, masa zaman belajar kat kolej dulu.

Kalau nak brutel cakaplahkan, macam ini:- “Hey her new life’s not stealing her from you, it is your muka taik dan perangai you yang nak berlawan-lawan tak kena tempat tu yang drive her away from you!” Buat kata lagu careless whisper pun, “we hurt each other with the thing we want to say?”

Tapi memang saya dah jumpa quite a number jugalah jenis pempuan macam ini, kita memang tak boleh ajar dia. Dia memang macam tu. One day nanti, dia akan dapat kawan yang sama kutu macam dia, hokeylah tu. But me and my mom muka tak malu dah orang buat kita musuh, dah tarik muka bengkek triedlah juga bagi “open tender” gitu like “you can be my sister, and my mom can be your mum too” Dia budak merantau, dari Selangor mai Melaka sini, belajar, pastu bekerja, so kita orang Melaka ni walau mulut lazer, hati memang baik beb, sebolehnya nak dia feel at home kat Melaka ni, bukan nak bergaduhlah pula. Wait & see hajelah.

Seelah sama ada dia terus menjauhkan diri atau sebaliknya. Orang kata dah bertahun berkawan, takkan nak berputus arang berkerat rotanlah pula. Dah tidur sebantal dan makan sepinggan, sayanglah kalau putus just kerna benda yang remeh temeh yang tak sepatutnya berlaku sama sekali pun. Saya dah cuba jadi air, walau kalau ikutkan hati dan ego...eish, nauzubillah, astagfirullah. Mau aku tuang minyak petrol lagi hada. Kasi bakar sama itu jambatan ukhuwah.

Friday, June 25, 2010

Harga sebuah kemerdekaan

Pergi

Seperti angin pagi
berpuput pergi,
diam dan sepi.

Aku mahu berlalu
dari satu belenggu
tanpa rasa ngilu.

Noktah ini
pilihan nurani
jiwa yang merdeka.

Poem yang menarik bukan? Kalu korang kenal sapa gerangannya yang menulis, mesti korang terkejut. Penulis poem ni adalah ahli akademik yang ada Phd. Setau saya orang ada ilmu akan bebas merdeka, tak ada belenggu sebab ilmu ialah kunci kemerdekaan. Ni apa dah jadi ni?

Ntahla, saya dalam perjalanan nak jadi orang intelek. Tapi ntahkan sampai, ntahkan tidak, itu saya tak berani nak cakaplahkan. Semua orang yang dulu masa kecik-kecik kat sekolah rendah dulu selalu dapat nombor satu, memang kalau boleh, memang suka kalau dikenali/dikenang sebagai orang intelek. Tapi bila baca puisi ni kita akan cakap alamak, tak mohlah jadi intelek, dibelengu rasa ngilu-ngilu. Lebih baik bodoh geduak tapi tak ngilu.

Namun, lecturer audit saya ajar yang auditor mempunyai kemerdekaan yang unik. Kalu nak ulang semula apa yang dia lecturekan nanti tak sebiji-sebiji, nanti jadi lebih sudu dari kuahlah pula, kan. Kalau nak tau lebih lanjut cari ajelah online MIA by-law, "Part B, 200.3 Threat & Safeguard." I pun tak baca lagi, sat-sat-sat. Itu pasal tak moh tulis, takut menyeleweng menulis benda sesat lah pula. Apapun saya nak share sikit akan harga sebuah kemerdekaan.

Lecturer saya kata, client kita boleh impose threat pada kita dan dia cerita ada seorang auditor, forensiklahkan, dia pergi ke satu tempat nak menyiasat penyelewengan, lepas tu the moment dia sampai dia kena bunuh. Hah tulah mahalnya harga sebuah kemerdekaan, bagi seorang auditor yang dah dapat label MERDEKA, tanpa kompromi. Mati syahid tu.

Tuesday, June 15, 2010

Period Genting

Esok segalanya akan selesai. Pasal Tanah Pusaka Tuk Fakeh. Esok saya akan tukar nama pada nama ayah terus. Kes ini pending since the death of my father. I may, or may not get a single cent, bahkan berhabis duitlah pula nak selesaikan kes ini.

Kalau saya tak dapat satu sen pun, saya gembira, sebab dalam ramai-ramai sedara saya yang intelek dan terpelajar, saya yang kerani cabuk ini yang dapat selesaikannya. Iayalah orang intelek mana ada masa nak turun naik pejabat kerajaan, pulak tu kena mengadap kakitangan kerajaan yang poyooo. Bengkek beb, bengkek.

Note of disappointment juga bila dah selesai segala ada lain cerita pula. Might as well back off aje. Syndrome of withdrawal? May be. Namun saya rasa non schitzo patient pun akan bikin benda yang sama seperti saya lakukan. Hati mana yang tak jauh kalau segalanya dah terburai terkeluar, yang selama ni mereka do think that I’m a mad genius.

Being genius is terkadang tu blasssing, sebab you don’t have to perah otak kuat sangat to gain result macam your kengkawan anda. On the other side of the story, people fear you. I guess just like the native of America fear Columbus for his advances. Like the people of America now a days fear the existence of super intelligent being from another galaxy.

You are feared by your own family. How sad. Maybe I’m just exaggerating things. Sometimes wealth makes you trapped in baseless fear. The ownership of an asset makes us restless. We afraid that it’s fall to the wrong people. We waste or time thinking things that should not be think at all.

By the way saya ni genius ka? When you come from Maths A plus circle, you will think yourself far from genius even though each trimester nama you listed in Dean list. Benda biasa, macam you all angkat berat, lari marathon gitu. Cerdik yahlah kut, but genius…??? Your definition of genius will be like Einstain yang dapat mencipta benda baru. Tapi lebih cerdiklah sikit dari they alls they alls semua tu. Yalah kalau dah nak ambil kuasa harta pusaka yang simple pun they alls tak boleh bikin. Kira saya ini lebih cerdiklah tu. Dia takut saya bolot semualah agaknya tu. So the best thing pulangkan saja semuanya pada yang penakut itu. Alah, reta dunia bukan boleh bawa masuk kubur pun.

Mungkin some of you think that saya ni lemah semangat, cepat berputus asa, tak ada daya juang untuk mempertahankan hak saya. Saya cuma tak nak dibebani harta pusaka. Apa yang ada pada hari ini cukuplah. Lebih-lebih karang takut tak terjagalah pula, terinaya orang yang tak sepatutnya kita inaya. Insayallah ada rezki lebih, nanti, kita acquire harta baru. Harta hasil dari susah payah, titik peluh dan air mata kita sendiri.

ii)
Once ada orang komplen yang saya ini pemecah umat. Saya sedih, malam-malam saya nangis sorang-sorang Last week my own family member cakap sendiri yang saya menyimpan cita-cita nak bunuh dia dan pecah belahkan her family. Am I? Saya ini apa ada kisah sama orang. Dialah yang dapat sense yang family dia yang nak falls apart. It has nothing to do with me. Since saya yang menghidap sakit mental, maka sesenanglah dia tuduh-tuduh saya. Ya saya tak akan melawan punya. Kalau melawan pun sapa ada mau percaya sama saya? Kira kambing hitamlah gitu. Kali ini saya tak nangis lagi, dah tak ada air mata dah. Dah kering.

So the best thing is shut-up dan tumpu pada kerja. Kadang tu kerja yang banyak itu escapism juga dari memikirkan hal-hal yang melukakan. Mungkin kita ok. Tapi hakikat luka itu tetap luka. Orang kata kelukaan itu ada terpamer dalam percakapan yang sarkastik.

So I believe, we are not naturally born sarcastic, our painful experience turn us like that. All we can do is to pray hard hati kita tidak berlarutan berada dalam kesakitan. Allah tak uji makhluknya dengan ujian yang tak kita tertanggung. Sungguh besar ya Allah ujian yang diKau berikan, ini. Pimpinilah aku dalam mengharungi ujian ini. Janganlah sekali-kali kau lepaskan urusan diriku, kepada diriku sendiri.

iii)

Previously saya ada sembang-sembang dengan family member yang lain. Family member tu cakap macam ini “dah nak kiamat ni, agaknya dalam keturunan kita ni, sapalah yang pertama akan bawa anak luar nikah” Nauzubillahkan.

iv)

Mak Itam saya pesan agar buat bunga cantik-cantik. Yah that’s wat I’m going to do now. Lagi 2 minggu nak pakai, banyak juga yang tak siap ni. He he he alamat berjaga malamlah saya nanti. Doakan semua beres, semua cantik dan cun, tak de cacat cela.

Thursday, June 10, 2010

Sometimes we have to choose as we cannot have both.

Hari ini audit kelas pula. Biasalah dah nak ujung-ujung hayat bersama MMU ini, pensyarah-pensyarah semua cerita pasal our future. Mereka mula membayang-bayangkan alam pekerjaan untuk kami. One of them menasihati kami agar jangan expect apa yang diajar akan dipraktikkan dalam alam pekerjaan.

Saya yang memang dah kerja amat maklum akan situasi itu. Memang macam itulah kita. We have to clearly define our values. Kalau dulu saya pembantu, sikit hari kalau ada rezki akan melangkah satu tapak lagi, values saya tentulah kena berubah. Dulu kita buat apa ikut bos, kini kita sudah jadi penasihat pada bos…ntahlah kan saya cakap saya tak mau cerita lebih-lebih. Cukuplah saya katakan valuenya mesti diset pada 2 tahap yang berbeza. Orang kata double standard. Untuk diri sendiri untuk orang lain. Barulah kita boleh bertahan, tak tension kerja dengan akauntan gomen nih.

Maksud saya, kalau orang lain nak buat, ko buatlah. Tapi kita jangan buat sama sekali. Sekali sekala atas permintaan bos, kita pusing, kita putar, kita akur. Akur bukan bererti kita rela. Susah? Yup memang susah. Tapi kita nak hidup, macam itulah. Nyawa kena jaga. Sekarang orang jaga nyawa dengan wang. Kalau tak kerja sapa nak bagi wang. Nak 100% perfect itu mustahillah.

Kalau susah sangat tukar aje pada line recruitment jadi penceramah, atau pun bikin audit habis cerita. Bermakna kena tinggikan lagi ilmulah gitu. Saya fikir kalu saya keluar masuk university, rasanya pejam celik, pejam celik tak lama pun saya pencen. Hah bila dah pencen lega kpala otak he he he…

Ya ya ya saya ada terima emel mengajak ke bengkel menulislah, memfotolah dari kamu-kamu yang care sama saya. Sebenarnya life in accounting, finance line idaklah suck if you’re get used to it. Buat kata lecture saya pun “basically, no life but compensated by reputation and financial reward.” Ia tidaklah juga jahat sangat jika kita sentiasa tawakal dan menyerah diri pada Allah. So far saya kerja, saya tidaklah berahi sangat dengan apa yang ada depan mata. Ntahlah kalu juta-juta, billion-billion mau juling gak mata he he he. Nauzubillah, minta Allah sentiasa pulihara dari diuji dengan keadaan sebegitu.

On the other hand, if I want to write, I will write something that is not acceptable and considered as taboo in Malaysia. Something FRINJAN. I know iklimnya sekarang FRINJAN dah ada pekan FRINJAN dan ramai orang nak jadi penulis pedas laser lagi FRINJAN. Kemungkinan susastera kita akan dibanjiri dengan karya-karya FRINJAn itu besar. Mereka punya rangkaian yang diurus dengan bagus. Tapi saya tak maulah dikenali sebagai Ayu Utami Malaya. Selisih malaikat 44 ko… Tak sesuailahkan anak sedara Imam kampung jadi penulis FRINJAN. Nama baik keluarga kena jaga. We do need not only seniwan tapi pensastera lazer yang garang lagi berani, untuk merasai, menjiwai dan seterusnya mengolah getar, amarah, keluh kesah pemikiran marhaen dalam satu karya nan agam, cuma saya bukan orang yang anda cari-cari selama ini. Saya pengecut dan tak suka nak pening-pening sangat pasal orang lain.

Finance and accounting memang susah. Orang tend to think that accountant get so much money because we cheat and manipulate figures like in Enron-Andersen scandal which subsequently resulting extra rule and regulation gazzated in Sarbanes-Oxley Act, 2002. Also, there’s time when we have to crack our head (feel like banging our own fore head to the wall already when thing tak tally-tally gak waima 5 sen pun), giving up our beauty sleep and feel like jumping out of a window or vomit blood, but many of us have survive and lead an honest, peaceful life walau tak fames. Jadi saya yakin dengan bidang ini. Like I said earlier, kalau takut terbabas, tukar bidang auditing atau recruitment. Go into specializationlah, for example Forensic Accounting ka.

Futhermore, when I first came to study accounting memang saya sedang dalam keadaan yang demoralized sesangat gara-gara kegatalan saya menyibuk diri dalam susastera kita. Filsuf sesat yang menggoda sasterawan seksi dengan agenda tak baik nak menodakan dunia putih suci kamu orang. (Ya ya aku terasa sesangat yang ko mengata aku tuh, walau mungkin ko mengata orang lain). Dan berada di MMU seolah masuk pusat pembinaan/pemulihan semangat gitu. That why I'm not going to jeopardize kesempatan yang ada pada hari ini by doing something that might create conflict in the future.

Monday, June 7, 2010

Conflict of Interest

Hari ini hari pertama, setat trimester baru... pergh wa cakap lu, wa punya lecturer Managerial Accounting punyalah bersemangat, dah mulakan lecture. Today perkara ringan-ringan tapi berat dibicarakan secara sepintas lalu.

Etika. Etika dalam perakaunan. Sebagai Akauntan kita mesti meletakkan satu value yang tinggi sebab kita memegang informasi yang penting. Kata pensyarah saya “you must clearly define your values” Lagi satu pasal conflict of interest. Antara kepentingan peribadi dan kepentingan majikan.

Saya merenung dalam diri, diri yang suka bercerita. Kalau nak cerita, boleh karang satu novel, tapi nanti tersalah cerita terbocor cerita sensitive. Tak pepasal kena OSA lah pula. Terkadang tu kita cerita saja suka-suka, tapi tak semua cerita boleh diceritakan. Akceli tu bukan pasal OSA ka hapa, tapi dah dalam persediaan/perjalanan nak jadi Akauntan/Auditor ini saya sendirilah kena clearly define my values. Berapa banyak saya nak bercerita.

Ada orang kata life as an accountant is suck. Ntahlah tapi saya suka. It’s actually an excuse for being a loner and anti–social, lagi unpopular. i.e. no need to be famous thus loosing your much valued privacy in order to have a lot's of money. That the beauty of being an Accountant/auditor.

Wednesday, June 2, 2010

Hobi baru saya




Akceli hobi ini dah lama, rasanya selama sejak kecil saya memang minat bunga. Lepas tu saya sakit, saya tak ada kerja rehat-rehat, hobbi saya ialah melepak kat kedai bunga riben kat Pekan Merlimau. Saya beli sikit-sikit, balik rumah saya cuba bikin. Saya suka. Masa tu tahun dalam early 90’slah before saya join Andersen.

Macam-macam bunga saya cuba bikin. Terbaru saya pergi belajar buat bunga dip dan bunga stoking. Kebetulan 2010, sudah 2 orang adik sepupu saya bernikah, dan sayalah yang bikin hiasan hantaran untuk mereka. 2 lagi coming soon, dan sekarang saya tengah sibuk bikin bunga telur untuk adik sepupu yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Mungkin saya sibuk belajar, saya sibuk bikin bunga-bunga makanya mood saya menulis kreatif itu hilang. Isteri adik sepupu saya pula cadangkan agar saya ambil upah bikin bunga. Saya rasa ok juga. Cikgu yang ajar saya bikin bunga ini pun kakitangan kerajaan juga. N27. Penolong Pegawai Tadbir. Tapi bila tempahan mencurah-curah dia memang busy. Saya sendiri pun setakat bikin 200 bunga telur ini pun rasa memang dah tak sempat nak bertenet, menulis sangat-sangat.

Mungkin nanti catatan di blog ini sekadar gambar-gambar dan sedikit caption aje.

Tuesday, June 1, 2010

Kejut-kejutan

Terkejut juga sebab saya dapat hadiah dari Mak Itam. Apa occasion, apa mimpi??? I was thinkin of calling her but my credit dah tinggal sikit sebab siang tadi saya bergayut dengan Mak Rai mengumpat-umpat dan memarah-marah Pak Said saya. Mak Rai itu sepupu ayah saya. Mereka berdua beradik aje. Tapi banyak reta pusaka belah nenek Siti dapat ke mereka berdua. Biasalah hidup, banyak rete, banyak gaduhnya, banyaklah tak puas hatinya.

Ok berbalik pasal hadiah tadi. Saya dapat hand bag. Yalahkan saya ini antagonis dalam familylah katakan jadi, saya memang terkejutlah bila dapat hadiah dari makcik yang paling antikan saya dalam situasi yang tak de apa-apa…birthday saya dah lama lepas dah. Itu hari dean list award pun dia dah hadiahkan saya camera digital…he he he. It just that I’m different. That all. She sees me as pemurung moody yang suka termenung and offcourselah I’m deeply touched, bila ada orang lihat saya sebagai penyendiri yang suka memikir. So I was thinkin maybelah kut dia mula menyakini yang saya ada bakat pemikir dan ada harapan jadi penulis berwibawa satu hari nanti, even though lately saya tak rasa lagi nak jadi penulis pun. Saya dah bertukar minat.

Saya juga terkejut bila pensyarah memuji-muji essay dan cara saya menjawab soalan. Malu pun ada. Ntahlah sebab kalau bab penulisan ini saya memang teruk dikerjakan, jadi I’m not so sure. Memang ada yang puji tapi lebih banyak menerima kejian dari pujian. Walau pujian datang dari somebody dalam dalam susastera kita, saya masih sangsi dengan kemampuan saya sendiri. Bukan saya tak mau berkreatif, tapi saya fikir biarlah saya hanya sebagai pembaca sastera, bukan penulis sastera. Lagi pun memang kebelakangan ini saya sudah tak boleh berkreatif lagi. Saya pun hairan kenapa kekreatifan saya sekejap itu sajalah dan hari ini terus mati gitu.

Saya tidak pula percaya yang kita kena tekan diri kita agar menghasilkan apa-apa luahan kreatif. Pada saya kalau ia nak datang biarlah ia datang secara sendiri tanpa dipaksa-paksa. Sasterawan Negara, A Samad Said kata berpuisi berkreatif ini datang bila ada desakan. Agaknya kini desakan itu sudah tiada. One of them mencadangkan saya menukar marah, kecewa dan sakit hati kepada fame and money. I guess I no longer angry. And I also don’t believe in getting famous that way. Ada banyak lagi cara kita nak femes dan kaya. Fame and money is not in my agenda.

Sebagai muslim agenda kita nak masuk syurga. Allah tak kata nak masuk syurga kita mesti fames. I just want a simple and honest life. Sometimes when we are famous and rich we cannot be that honest. Banyak hati kena jaga. Banyak hati akan terguris kalau kita blindly brutally honest. Mulut kena jaga. Tak boleh cakap banyak-banyak, tak boleh cakap lebih-lebih.