Tuesday, December 30, 2025

1MDB

Lepas katanya 7 tahun, dalam minggu ni barulah kes Najib ni diputuskan. Katanya kena jail 165 tahun. Denda 11.38 billion. Maka bersorak-soraklah puak-puak Najib haters ni. Orang kampung, orang beshe-beshe macam saya or personally saya sendiri, tak excited, tak rasa pun nak melompat-lompat bintang, katak bagai menjulang selogan "justice is served". 

Saya personally rasa, ah ko tak suka orang tu, orang rase orang tu mengancam ko, ko hukumleee---- hat lain-lain lepas le pulak. Itu Tun Kuntilanak dengan besti yang dah masuk kubur tu tak berani pulak kau sentuh. Tun Kuntilanak siap declare diri dia 10% prime minister. Ok je dia.

Rahsuah kat Malaysia sangat sinonim  dengan menjana "political war chest" pemimpin tertentu. Kalau betul nak perang rahsuah, kes-kes dulu pun awat senyap je. Perwaja Steel, skandal Bank Bumiputera, terowong ajaib Penang, senyap pulak

Jadi personally saya rasa tak de sebab pun kau nak berselebrate macam yang diteriak-teriak, konon katanya bawah era engkaulah Kuasa kehakiman benar-benar telah dikembalikan. Keadilan telah benar-benar terlaksana di bumi Malaysia bla bla bla. Bos bukan Imam Mahadi pun. Pada akulah. Tapi aku tahu ada, bahkan katanya ramai gak percaya PMX tu imam Mahadi. Cubalah bagi sepenggal lagi tadbir Malaysia ni, tunggu sampai kota Madani terlaksana, barule nampak nanti IOI Mall duduk kat mana he he, kan? Paku Dulang Paku Serpih tu juga tu nanti.

Percayalah----



 

Sunday, December 28, 2025

Watsap Guysss----

Itu trade mark influencer media sosial yang paling ramai orang Melayu minatlah, kan. Sapa tak kenal Khairul Aming orang Terengganu tu, kan. Saya minta maaf cakaplah memula dia whats-up-whats-up guys tu suka gak tengok. Tapi bila start sambal nyet, tunjuk dia ada pekerja, bagi duit raya, bawa staff pi bercuti, la ni bukak restaurant, kalau content pasal bisness dia, sambal nyet dia, staff dia, memang saya scroll laju-laju. Meluat ha ha.  

Jadi meluat sebab sambal nyet, rendang, dendeng dia bukannya sedap, pun. Sedap lagi yang saya bikin. Rasa macam---alamak, tertipu gitu. Ingatkan sedap, tapi hurrmmm hareee---- Dahlah tu nak dapat product dia punyalah payah, kan berbattle-battle kat online saaaana. Orang beli bukan sangat pasal rasa pun. La ni dia bukak restaurant kat KL, mintak maaflah sure level bese beshe je macam sambal, rendang dan dendeng dia juak tu. Air tangan KA tu beshe-beshe je tapi orang nak dapatkan masakan dia dah macam luar biasa, taksubnya, seolah dapat makan sambal/rendang/dendeng KA, IQ dan status estime diri mereka meroket naik setinggi puncak Himalaya saaaanaa.

Itu le dia semangat bangsa saya yang menakutkan sebenarnya. Keterbergantungan bangsa ini terhadap brand, jenama, pengaruh individu or product sangat tidak sihat. Kadang tu takut terlampau sangat bergantung kepada bebenda ni semua boleh bikin manusia hilang arah, depress, kecewa dan hilang erti/nikmat hidup. Kecewa, murung, bersedih, sampai boleh melupakan benda-benda simple lain yang lebih berharga. Contohnya seorang anak tak dapat makan sambal nyet KA marah-marah/mengamuk pada parents atau 2 orang sahabat bergaduh putus kawan sebab kawan dia terlupa book makan di kedai makan KA. Padahal anak beranak, sahabat karib tu boleh je happy dengan aktiviti lain, atau makan kat kedai lain. Tapi sebab KA punya pasal mereka sanggup ber tak happy seseama sendiri. Tak ke macam ko rasa eee kesiannya mereka?

Kadang tu saya fikir kenapa ea kita tak boleh persetankan aje dengan benda-benda trend, bla bla bla ni? Buat bodo ajelah, kan. Ini tidak, punyalah nak makan, nak minum benda yang KA buat, sampai kalau yang dah kencing manis darah tinggi tu, kolestrol tinggi tu, KA punya pasal nak follow, nak makan juga. Sampai ada satu masa kecoh satu mayalah bila ada tegur makanan KA tu tak berapa sihat, banyak minyak, manis-manis yang tak sesuai untuk golongan macam saya ni.

Saya bukan nak suruh orang puja pulak makan sihat, tidak begitu. Maksud saya gini, bila dah umur-umur macam saya ini kalau boleh janganlah taksub sangat dengan si KA tu. Banyak bahaya dari baiknya. Nak makan kat kedai KA tu bukannya murah, awal-awal lagi dia dah kasi warning, harga bukan harga kedai tomyam bla bla bla--pastu parking payah. Ko nak makan kedai KA kalau tak nak pening pasal parking, naik MRT LRT saaaana-- dari ko buang masa naik MRT/LRT baik ko pegi petik jangung, petik manggis, rambutan kat ladang UPM sini. Pada saya,lah. Dah level-level 50 an ni baik tengok video masak-masak kampung je. Kampung yang balik-balik Indon, Kalimantan sana buat. Yang makan sayur-sayur dok petik-petik keliling kebun. Itu suka sayalah. Dah tua-tua ni baik kita berkebun sikit-sikit sihatkan badan dari dok ngadap hp membattlekan sambal nyet KA. Pada sayalah. 

Yang suka tengok KA watsup-watsup, masak-masak tu lepas tengok, tu bukan dia masak pun. Nasib baiklah KA tak ada chain fast food restaurant macam McD, kalau tak gerenti hari-hari lepas tengok KA masak dia bukak apps order rendang/sambal/dendeng/goreng-gorengan super deepfry KA/atau dessert, air minuman KA yang tinggi kadar gula lagi berlemak itu.  

Wednesday, December 17, 2025

AGENDA BESAR

Saya terpaksa berenti baca FB seketika, sebab masuk-masuk dalam situ ramai beno tak puas hati pasal kabinet baru PMX. Sebelum ni dalam feed FB memang banyak tak puas itu, tak puas ini, tapi kali ini saya blok kejap FB sebab takut terjangkit sama membenci. Kita ni kije gomen, apa rakyat pilih kita ok je. Dulu tu pun berjejeh orang tak suka Kak Fadh. Tapi kita ok je.

Hari ni kak Fadh dah orang tak bising, orang dok bisingkan Adam Adli. Bebulu je mereka dengan dak Adam tu. Kata dak Adam tak habis belajar. Orang yang kije kat KPT tu aku rasa ok jak dengan dak Adam, orang luar pulak risau, itu ini, begitu begini. Risau beno betul takut pasal dak Adam, anak/bangsa dia rosak, kena buli.

Aku bukan nak cerita sangat pasal dak Adam, aku nak cerita pasal kak Fadh dan agenda di Kementerian yang dia terajui. Kak Fadh kena duduk situ, bukan pasal dia bodek PMX ka, tapi hanya kak Fadh dengan kegarangan, kedegilan, some said kebodohan, itu barulah dasar pendidikan tak berteraskan exam yang tengah kita giat buat ini tidak akan terganggu-gugat.

Kalau letak orang lain takut nanti menteri termakan cakap-cakap mak bapak kat luar sana untuk patah balik kepada cara lama. Exam based/oriented education. Aku tak de anak, aku tak kisah jadah apa pun sekolah nak buat aku ok je. Yang rapat dengan dunia pendidikan ini lah komplen, risau bebudak ni bila tak de exam derang jadi kacang hantu. Kacang hantu lagu mana aku malas nak tulehlah.

Tapi aku nak komen satu je, katalah benar sebab tak de exam bubudak Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban la ni tak de kualiti, ko tak payah le antar anak ko belajar sekolah gomen. Antar anak sekolah swasta macam anak Alif Syukri, anak Era Fazira, anak Bunga Citra Lestari. Bebudak tu semua sekolah private. Umur belas-belas tahun dah masuk Oxford.

Bukan Oxford sangat kita banggakan, tapi kalau tengok cara bebudak tu dalam media sosial, sopan je, rope derang. Erra memanglah semua tau lepas dia dapat dan Aleysia, dia sangat profesional tak gegedik itu tu dak Bunga tu atau orang panggil BCL, punyalah gedik yaaa ampuuuunnnn---- Anak dia ok je, sama je rope macam anak dak Era. Itule tu sebab sekolah sama. Memang sorang skola kat Indo, sorang kat Malaysia, tapi kurikulum dia sama, koko pun sama, rupa budak dia sikit lebih kurang je gitu-gitu. Sejuk mata memandang.

Dah ada yang elok wat pe antar pi skolah yang teruk sampai boleh terbunuh anak kat sekolah. Ada sekolah selamat wat apa antar sekolah yang ada risiko anak ko mati, tak jatuh bangunan, mati kena buli, tikam dengan peminat sendiri di dalam kawasan sekolah.

Hah itu pasal le aku tak kawen tau, sebab kalau aku nak kawen, aku nak kawen dengan orang kaya yang mampu antar anak aku belajar sekolah swasta je. Tapi lelaki yang biasa nganto anak sekolah swasta tak pandangnya muka macam aku ni--- he he he. 

Ok berbalik pasal kak Fadh dan non-exam-oriented educationnya, betul ka pasal itu budak sekolah gomen huru-hara? Ntah, personally, aku kalau sikit je ada risiko, dah ada berbunuh dan dah ada yang mati. Kenapa mau ambil risiko, kan?