Aku cakap pasal orang tak nak bersaudara/aka berkawan dengan dengan aku kunun aku mental lah, aku jahat mulutlah, pendeknya kunun orang tak sukakan aku. Iyalah tu orang tak sukakan aku, tapi aku rasalah aku yang tak sukakan orang. hah! gitu.
Sejak bila aku perasan aku tak sukakan orang? ntahlah agak sejak-sejak temanku ajak aku berabis ikut tema dinner opis baru-baru inilah rasanya. Sejak aku termasuk dalam kelompok pempuan-pempuan glemer opis he he he--- Macam mana aku boleh termasuk pun aku pun tak tahulah. Iyalahkan bila dapat bos baru kan kita kena tukar-tukar unit. Aku termasuk dalam unit ICT. Aku ni nak kata pandai sangat ICT ni idaklah jugak, tapi sebab dulu aku sekolah kat MMU,kan, lepas tu berbestie pulak dengan orang yang memang suka buat konten dalam soc-med, so kontent-content ni memang aku ada sikitlah up to the next level dari kawan-kawan kat opis ni.
Lagi satu pasal analisa-analisa data ni kan dulu aku amik master, so pasal analisa, soal-selidik ni pada aku ala apahallah sangat. Tapi pada bos-bos aku dia kata aku ni macam terror sangat. Itu baru aku cakap sikit pasal skala likert belum lagi bebenda tools statistic yang ntah-apa-apa tah tu lagi,kan. So, pendek cerita memang nampak idaklah bodoh sangat bila aku join team ICT tu. Lagi satu ICT tu kalau ko pegi balik-balik pantai timur sana ICT maksud dia Ikan Celup Tepung. Owhhhh kalau ICT yang itu lagilah aku pakar, tu kau jangan nak sanggah-sanggah, kau bagi aje aku kuali besar, dapur besar, api marak, minyak barang 4, 5 kilo, sea--food, ikan, udang, ketam, sotong, hah memang kau tengoklah nanti berkerinting-kerinting ICT aku boleh bikin. Tak yah kau pegi Pantai Timur sana, sini Putrajaya pun aku boleh bikin. Infact, kat opis ni pun aku boleh goreng ICT, Tak perlu kuali besar, dapur besar pun aku boleh buat, dapur letrik pun boleh bestie, as long as ikan, seafoodnya segar. Memang aku suka, memang hidup, cerah mata aku. Penat-penat pun boleh jadi bertenaga. Hah gitu.
Yang capeknya, yang lelahnya bila layan kengkawan pempuan glemer ni. Derang ni bukan asal Audit Dalam pun, derang Audit Luar, duduk bawah Datuk Salwani glemer, Fatimah Ramuji Janda bergaya Sabah, Wan Suraya gila publisiti tuu sana. Jadi kalau ada event dinner memang mereka berabis. Sewa baju bagai, last-last nak make-up-make-up. Aku ok je kalau nak make-up, tapi kalau make-up rege setakat bawah seratus ni aku macam skeptikal je. eh ok ka? tapi kalau pakai dalam 3, 4 jam ok kut.
Letih bestie layan derang pegi fitting baju sewa, pegi Alha-Alfa, cuba-cuba gincu, pemerah pipi, foundation, calit-calit kat tangan, tak kena, calit lagi, calit lagi, habis tangan aku warna-warni gitu. Lepas tu aku balik umah bukak tiktok, mak Nelopa iklan foundation dia ada teknologi boleh kesan warna kulit kau, dia ikut saja tona kulit kau, lepas tu ada SPF45 pulak. Nasib baik aku tak beli foundation Alha-Alfa. Tulah tu berejam duduk dalam sana satu barang tak beli. Balik kena racun dengna Mama Lopa, beli barang tik-tok. Bila barang tik-tok tak sempat sampai aku rembat/ mengendeng kat kawan aku kat kawan yang aku tahu pakai mekap mahal. Padahal tadi, dari hari aku beratur-bercalit-calit di Alha Alfa, kawan aku dah pujuk aku dia nak meka-up kan aku.
Bukan masa tu aje, dah sampai tempat dinner pun dia pujuk lagi, Dia tau aku tak beli Alha-alfa tapi dia dah agak aku ada beli foundation lain. Tapi macam mana dia nak mekap aku foundation Mama Lofa aku tak sampai lagi. Dan aku rasa dia mesti merajuk/terasa hati sebab aku mekaup dengan orang lain. Aku rasa dalam lepas dinner hari tu dia memang aku rasa macam "jauh"lah. hurmmmmm----Dahlah dia ajak aku sewa baju aku tak mau, ajak make-up tak mau, lepas tu aku adalah terkritik something pasal team dia. Bukan aku nak kritik pun, tapi terkritik. Itu lain kali aku ceritalah, Atau aku tak cerita langsung. Sebab nak cerita pun payah sebab terlalu teknikal ceritanya dah cerita ala-ala aras fikir Wan Suraya Madam PUBLISITI tu, jadi tak payah aku cerita, tapi aku sort of like pendeknya aku mempersoal yang mereka/dia team tu tak kompetent enuf---temanya "team akruan, tak keruan" itu tag-line bukan dari aku eh itu dari ada pegawai lain. Bila dah terkeluar tag-line begitu hurm kau rasa. Eh kalau akulah aku rasa demotivated, jugaklah, kan. Nak reverse, nak erase tag-line TEAM AKRUAN, TAK KERUAN aish bukan benda mudah tu.
Dari situ kalau aku renggang dengan kawan aku tu aku rasa, kau rasa apa ek. Aku kata kata aku renggang dengan dia sebab dia tak suka aku ka? Tapi aku yang taknak serabutkan kepala otak aku? Kau komplen kau tak de kawan sebab orang tak suka kau, tapi ko rasa? Aku rasa aku yang malas nak berkawan/berteman, sebab berteman itu capek Bestie.