Tuesday, May 31, 2022

Ujian Besar

Ko rasa apa ujian besar bagi orang pempuan ni dimusim-musin raya selain dari makan-makan-makan sampai nak naik penimbang pun ngeri? Ko rasa? Hakak tak tau korang apa, tapi bagi akakla ujian paling besar ujian mulutlah, selain dari menghindari mulut terlalu banyak sangat mengunyah, mulut juga ujian hahak. Nak tahan mulut dari menyembang. Sembang kencang memang best, tapi kalau silap sembang boleh bawa kita masuk neraka berjemaah.

So, mulut tu memang kena jaga bebetul. Mulut ni kau dia memang jahat, sejahat jejari yang kencang menekan kekunci lappy ka, smart phone, ka. sama je sebab sekarang kita sembang online pun boleh, kan. so, jari, mulut memang boleh membawa kepada kebinasaan yang abadi.

So, so banyak so, apa bendanya bebetul menguji ni, nile nak suruh diam, bila kita ni dah mengelitik nak bercerita, nak menanalisa kejadian yang sedang sok-sek-sok-sek berlaku di pejabat ni. Ko rasa kalu kat pejabat gomen yang bajet ceciput-ciput ni apa agak-agak yang hangat---- hah betul tekaan kau tu, iyalah dan bajet ceciput, isu hangat lain selain wang, sudah tentulah wanita, kan? hah apalah lagi, kan?

Tu le hakak nak kabo kepada bos-bos yang pangkat adik-adik ni, ko kalau nak menggatal cermin diri kau tu dulu, lah. Ni kalau kalu kije pun ala bahai, kije banyak past-sana-sini, report banyak spill over, 2021 dah lama berakhir dah masuk separuh 2022, masih ada hutang lagi, ko janganlah nak menggatal ea. Siapkan report tu dulu dari kau gegedik nak cuit bini orang sana-sini. 

Dia orang pempuan ni senang je, kalau dia suka, kau cuitlah banyak mana, pun, it's ok. Sebab dia suka. Tapi kalau dia tak suka, haish---kalau dia mau satu opis boleh porak-peranda dia bikin. Saya tak nak le jadi salah satu ejen yang memorakkan lagi opis, jadi saya memang kena tutup mulut rerapat. Iyalah saya ni kan, kawan sembang saya sapalah lagi kalau tak si Mak Hajjah, orang kuat no 2 kat opis ni. Kalau nak menyembang dengan BOs no 1 tu sebenarnya no hal. Tu na semalam tu Bos no 2 outstation, Bos No 1 ada terhegeh-hegeh datang kat workstation saya. Nak nyembang boleh je. Kan saya ni hobinya analisa-psiko orang... ieehhhshhh pandai le kau ngata aku ya. Geramnya, kan! Boleh je bebuat tanya gitu-gitu-gini, kebetulan dah sebelum tu pun Bos No 1 ada makan bubur semeja dengan saya, siap bagi advise jaga the so and so tuuu bebaik, bolehle kita sembang meleret-leret, kan, gitu...

Ya tu dia suruh jaga so dan so bebaik tu, sebab ada kemungkinan dia nak kacau so and so, sebab so and so lagi satu ni yang kena cuit-cuit tu, dah panas bontot katanya nak betukau. So so, kalau so and so yang bos suruh jaga bebebaik tu panas nak bertukau juga, (pasal apa dia panas akupun tak tahu), apalah lagi mutuallah ditukaukan, kan? Tula semalam tu, memang aku nak songket je bontot Bos No 1 ni, nak tanya betul ka analisa aku ni. Aish, nasib baik semalam aku banyak kije.

So, balik rumah semalam rasa memang aku nak songket hari ni pulak bila kije aku dah selesai. Tapi aku rasa hal opis baik aku jangan campur, dan untuk mengelak aku campur tangan, pepagi buta aku dah masak sambal goreng. Semalam, aku jalan pusing-pusing, letak kereta kat pasar malam, tapi pusing sampai ke HERO sana sebab nak penatkan badan takut malam tak ble tidur sebab nak begosip analisa psiko dengan Bos No 1 pasal isu panas bontot, nak tukau sana-sini, tu.

Bila aku dah memusing kat HERO aku pun beli gula-gula. Sebab so and so yang bos No 1 suruh jaga tu ada memokak kata gegula lolipop props hiasan gerai raya kami satu batang pun dia tak merasa habis kena kebas, so semalam bila aku dah sampai HERO aku pun beli gegula lolipop. Itu ajelah cerita aku. Kau yang baca coretan ni ko doa-doalah aku tak terdorong bergosip dengan Mak Hajjah, mau pun Tuan KUAD pasal benda yang memang best kalau kita sembang. Tapi cuba bayangkan kalau kita yang jadi subjek sembangan tu. Kau cuba sikit bayangkan diri kau sama ada yang kena cuit, atau yang mencuit tu, kan?

 

Sunday, May 15, 2022

DuniaKu Sepi Sendiri

Ada orang cakap orang macam aku ni jangan buat PhD sebab bla bla bla---ie tak berbaloi. Aku nak setuju pun rasa macam tak. Kenapa nak tulis kasar-kasar macam itu, but then again aku rasa mungkin juga dia nak reverse psiko kut. Personally aku rasa orang macam kita oranglah patut buat PhD, sebab kita lebih tau pasal kerja kita. Hurmmm Pensyarah kat Uni, tu nak tulis pasal penjawat awam, walau mereka memang menjawat, pun, tapi dia kerja mengajo, apa dia tau pasal urus tadbir negara? Yang arif ialah KSU, KSN dan konco-konco. Kalau KSU, KSN tak de masa nak nuleh, orang KUAD KSUlah yang selayaknya menulis pasal kawalan dalaman (internal control) sesebuah Kementerian itu. Tak gitu? Tapi di akhir tulisan tu dia ada cakap sikit lebih kurang yang aku faham, "kalau ko jenis loner, then PhD is for you" he he he. Memang sahlah tu dia nak reverse psiko jak, tu, kan? Tebibeerrr aku rasa, aku fefeling macam le aku ni dilahirkan untuk jadi Dr. Mardhiah,lah pulak he he---ok oklah enuf perasan tu, kan.

Hari tu kata ada nak share gambo orang segak, meh sini tunjuk dulu gambo-gambo ea---


Sekumpulan Orang-Orang KUAD KSU KPM yang segak

Orang-orang Segak dari Pelbagai Kementerian yang arif pasal internal control agensi gomen
 
Saya tak le rasa saya ni segak, tapi kalu ko tengok gambo tu, kira nampak idaklah saya mencacatkan gegambo tu, kan? Nampak manis dan harmoni je. Jadi kepingan foto yang cun. Haaa gitu.

Nak jadi normal macam tu, ko rasa senang, ka? hurm payah tau. Lebih senang jadi macam dulu. gemuk. Senang nak gemuk, tapi sebab tuntutan kerja terpaksa jugalah aku kurangkan berat badan tu. Kerja audit ni, kalau kau tahap kuli-kuli macam aku memang kena banyak berjalan. Dulu masa berat 100 kg, memang tapak kaki tu boleh jadi demam tau lepas seharian melakukan pemeriksaan fizikal audit. La ni alhamdulillah ok je rasa. Sebab nak kerja selesa, terpaksalah berkorban tekak sikit, kan.

Ok sambung balik pasal PhD tadi, apa ceritanya? ntahlah. Rasa macam nak sambung je, kan. Tapi tulah malas tu bertepek-tepek melekat sana-sini.

Saturday, May 14, 2022

Sekumpulan Orang-orang Segak

 Dah bersawang juga ek blog ni. Acik sibuk gila nak, ssjak dua menjak ni. Ntah macam mana tah 2022 ni lermasuk plak dalam sekumpulan orang-orang segak Putrajaya ni. Tang mana segaknya tak tahu lah. Acik je prasan segak kut. Gambo mana gambo? Alah tak sempat plak nak bergambo ek. eh ada gambo tapi dalam hp. Hp tengah caj. Nanti le next n3 achik upload.

Ko tahule dah jadi orang segak ni, kelam-kelibut, kehulu-hilir le kita jadi orang suruhan pejabatlah pulak. Macam mana jadi macam tu, tak tahulah, kan. Tapi dah tetua-tetua ni malas nak gaduh-gaduh. Kami sama-sama segak. Dah sama naik segak, ni payah juga. Ntah le aku pun tak tahu le agak orang segak ni lagu tulah mereka kut, nak maintain segak, jadi macam kekiwi kekwat pun ada jugak. Malas nak go with the flow jugak, tapi ikutkan aje sebab tak nak gaduh-gaduh.

So, apalah makcik kekwat ni sibukkan sejak dua menjak ni? Dia sibuk baking, lepas tu dia sibuk jadi babu to another orang segak, collect duit fund kat opis. Itu ajelah sibuknya dia. Selebihnya dia sibuk nak completekan 10,000 langkah sehari sebab nak mengejau target 300,000 langkah dalam celen yang dia sendiri cari pasal sebab nak jadi segak? he he---tak lah sebab hari tu dia kena anxiety attack, tu on call counsellor dia suggest langkah-melangkah untuk kurangkan anxiety. Orang Putrajaya ni gitulah gamaknya mereka kut, apa-apa semua main langkah-langkah je.

Kalau dulu kat kampung, pergi berendam dalam kolam Gadek. kat sini tak de kolam air panas, kita lagkah sana-sini. Gitulah cerita achik, Nak, Best lagi dulu masa jadi monster. Kita sengsorang je, beremdam dalam kolam air panas, semua orang takut dengan kita. Kita pun tak payah nak kisah-kisah sangat pasal orang. Tak de slogan kita jaga kitalah. Kau jagalah hal kau, kau tak jaga nanti monster attack kau, padan muka. Monster ni garang, tau!!!

Kisahkan pasal orang ni sebeno ea menyemakkan otak je. Best lagi jadi monster, attack orang. sebab apa best? ko tak payah attack pun, paranoid yang ada dalam otak derang akan spin cerita kena attack dengan monster kolam air panas. Monster just have to leave the imagination to spin the tale to be great. Give human a space for the imagination to stay alive. 

Tapi nak buat macam mana dah tetua-tetua nak pencen, tetiba termasuk plak dalam kumpulan orang yang sebegitu, Orang segak yang kengkununlah boleh diharap begitu-begini achik tak mintak? Rasa tak de mintak pun. Tapi tu rasa masa anxiety hari tu ada kut termintak korang doakan achik dapat team yang baik-baik. tula kut berkat doa dari one of you kut tu, dapat team hat hari ni. Nak cerita lebih sikit, tapi sebab tak de gambo, kan. Besoklah bila ada gambo kita cerita ek.

Nak cerita, tambah sikit aje lagi. Ko rasa aku suka tak nak jaga, nak ambik tahu pasal segerombolan orang-orang, manusia paranoid yang tak habis-habis jaja cerita ada monster sana-sini mau attack deme? Sampai orang buat bidio nyanyi tunggang terbalik pun dikata monster nak rosakkan keturunan dia? Putuii. memang achik rasa nak ludah je muka derang tu semua, tapi like achik said before, dah tetua, malas nak bising-bising, nak cepat-cepat pencen, nak balik kampung tanam pokok senduduk, je he he---