Monday, March 9, 2020

Cerita Abang Mat

Abang Mat ni bab jelajah menjelajah ni memang dialah sifunya--- his forte???--- Kita memang kagum usaha dia. ko tengok ajelah poster kat bawah tu, Sabtu kat Klang, Ahad kat Durian Tunggal lah pulok. Ala-ala retis buat konsert keliling Malaysia, kan?




Rasa dalam masa dua tahun ni pasti sana-sini Bang Mat akan lead the tour. Dan bila dah buat tour tu mestilah ada cerita yang akan disampaikannya, kan. Macam retis buat konsert, ada lagu-lagu yang dinyanyikan untuk peminat.

Saya taklah pergi ke siri Jelajah Abang Mat ni, sebab minggu tu pulak balik kampung. Kalau tak harus saya dah melangut ke sana. Adoiii yang kat Melaka ni, tak ada publisiti ka, atau saya kat kampung tak bukak watsap, bila message dah beratus-ratus saya deleta tanpa baca.

Tapi saya ada baca sort of laporan/liputan lah yang ditulis oleh warga netizen pasal jelajah ini. Dia kata Abang Mat makin meyakinkan dan matang. Cerita Abang macam saya tulis semalam leerrr---tu la rasa kalau weekend ni derang ada buat jelajah kat sini-sini, area Putrajaya, memang saya nak pergi dengo hihi---nak dengor dan lihat pastu baru boleh komen, kan?


Sunday, March 8, 2020

Post Demo (kisah kawan-kawan RIMAU)

Rimau ingat kawan-kawan dah rilek-rilek kupi-kupi jak lepas kita dapat PM baru ni, tapi rupanya mereka melaskar di Batu Pahat saaannnaaa---aik Rimau tak ikut ka? Tobatt--- tak mau RImau, cukup la berbelas tahun dulu jadi laskar tak tersengaja lagi tak berbayar. Aish jadi laskar ni kalau derang tak gila kau yang gila. Aim dia memang macam itu---koyakkan emosi dan mental kau sampai kau terduduk. Memang kalau kau berkumpulan chances kau nak gila tu sangat kecil. Dan I tell you geng yang berkumpul kat Batu Pahat tu bukan calang-calang laskar.


Tengok gambo-gambo kengkawan dalam FB melontong kat Batu Pahat sana, rasa myesal plak hari tu tak hantar nama tapi tu saya pernah sakit gila, saya tau betapa azabnya hilang akal, jadi saya tak mau saya sendiri mau pun  orang lain gila gara-gara perbedaan politik. Baik kita tumpu kegiatan yang menenangkan fikiran dan minda. Jaga minda sendiri dengan menjaga minda orang lain. Puak-puak Pakatan Kencing tu, derang nak kencing lagi, kencing lah heh!

Dengo citer kencing derang setelah terguling jatuh ni, mula dapat sambutan. Ntah berapa ribu ntah orang datang tengok. Saya dengar Abang Mat kata dia kena highjack lepas baru saja berjaya memulihkan kerajaan. Tol dah jatuh, minyak dah nak jatuh, tapi hanya terjatuh setelah Abang tergolek jatuh. Macam-macam dia cerita. Dia memang lagend. Kau nak lawan lagend macam Abang Mat? Rentikanleerrr----- kalau setakat berdemo, tengah panas lit-lit-tengah hujan, bulehlah juga. Kalau nak berlaga dengan team kuat kenching ni, saya memang awal-awal lagi angkat "bendela putih'

Friday, March 6, 2020

Post DEMO si RIMAU

Rimau sejak dua menjak ni busy tak de masa nak menghapdate blog ni sebab Rimau sibuk berfotobomb dengan dengan YB-YB yang dulu pembangkang tapi sekarang dah bentuk kerajaan baru kah? Al Maklum le hari ni Melaka dapat KM baghuuuuuu---tengah beratur kat Istana TYT Melaka nak berselfie dengan KM baru tuuu, ka?---  Aish idaklah mana ada Rimau kenai YB-YB tu semua. Kita ni kuli-kuli aje pendek kata keadaan kami macam pantun ini:-

Yang di bawah, membaja akar
Yang di perdu, menyisik jangat
Yang di dahan, memangkas ranting
Yang di atas, menui buah

Kita yang di bawah ni, tak ubah macam ranting-ranting yang pasti akan di pangkas untuk membolehkan yang di atas menuai buah dengan selesa. Kita ni kalau yang di atas turun di bawah, barulah dapat kita tengok derang tu, itu pun dari jauh ajelah. Dah kalu turun masa demo, orang berempit-impit berasak-asak manalah dapek kita begambo ea---si Rimau ni yang dok pung-pang-pung kunun berdemo, berapa banyak demo dah Rimau turunnya? Hah kau ingat? berapeee??? he he aish malu nak tulis, mengaku pendemo, tapi sempat turun Demo 2 kali aje he he---- bole ngaku pendemo ka?

kau nak gelak, gelak lah ea--- ada aku kisah? sekurang-kurangnya dalam hidup saya ni ada jugak saya turun di jalanan menuntut keadilan. Bukan macam kau bising aje komplen-sana-komplen sini, memokak dalam internet, hasut sana-hasut sini, kata kunun berjuang untuk rakyat, tapi tak pernah nampak kau bersama rakyat pun. Yang penuhnya gambo kau dengan YB-YB. Kalau YB kem A kalah, kau begambo dengan YB kem B--- besok A memang balik, ko begambo dengan A balik he he--- lalang macam kau memang banyak. Tapi iayalah kita ini yang penting periuk nasi, kita, kan? 

Yang penting anak bini kita cukup makan. Apa guna berjuang mati-matian, tapi anak bini kat rumah tak dihirau, tunggang langgang. But then again, most of kawan demo saya semua baya-baya saya, kami memang dah tiba masa banyak masa singgang. Jadi bila orang ajak turun ke jalan, kami on aje.

Bila dah habis turun di jalanan ni, saya tak taulah kawan saya buat apa, tapi saya pi turun pantai kutip sampah--- terinspirasi betul saya dengan Abang yang sorang ni---he he---



Abang Non kau nak kata apa-katalah. Dia sangat konsisten dengan cita-cita nak jadi PM. Dia jadi inspirasi saya sebab ada satu ketika dulu saya sakit sampai ada orang nak Medical Board (MB)kan saya. Saya jadikan Abang Non sebagai Inspirasi. Kalau Abang NOn gila nak jadi PM, saya gila nak pencen gomen pencen umoq 60, kauuuu!!! ha ha gila kan? Ada aku kesah? Janji bulan-bulan gaji aku gomen bayar penuh. Aku tak kena MB.

Ni gambar saya kutip sampah dengan kawan-kawan---


----
eh lupa nak update apa cer rebut-rebut PM 8--- he he sungguh ironi keputusannya. Abang Non dengan Atuk yang berebut, aleh-aleh--- TSMY yang jadi. Unsangkereble, kan?