Wednesday, May 29, 2019

Padan Muka Orang Jahat? eh Orang Jahat ka dia?

As Najib fan personally I memang tak benci Tun. Infact sejak PH ambil alih gomen dan Bursa asyik jatuh-jatuh-jatuh memang I senyum memanjang je. I know tak baik macam itu. I patut bersedih, tapi nak buat macam mana, each time kuar cerita Bloomberg kutuk Bursa I susah nak kawal jadi sedeh. I jadi tersengeh-sengeh sendirian mengadap sama ada screen desk-top or lap-top or hand phone.

Semalam, kemuncak rasa macam nak buat kenduri bila baca Daim kata Bursa menjunam sebab Menteri tak bijak berkomunikasi. Memang seronok sangat rasa. Lagi sangat seronok kalau statement Daim ini akan bikin Lim Kit Siang jatuh gila babi dan bongkar balik skandal perdagangan mata wang BNM yang didalangi oleh Daim sendiri. 

Tapi Daim dia bukan bodoh, pun. Dia seorang yang cunning dan calculative. Bila dia berani kritik anak kesayangan Kit Siang saya rasa dia dan congak-kira yang langkah dia takkan sumbang. Itu Daim punya imejlah... dia sentiasa kelihatan seperti seorang yang akan dapat apa yang dia mahu at any cost. Tengok ajelah dalam keretapi laju ERL, last-last dapat dia pergi Cina dan seal new deal dengan kerajaan Cina. 1MDB pun sama jugalah tu. Mesti dia ada saham dalam projek TRX yang blue chip itu. Tapi dia tamak, dia tak puas hati dan cuba serang buah hati DAP pula.

Dia mungkin rasa kalau Najib yang brilliant itu senang-senang aje dia boleh jatuhkan, apatah lagi Guan Eng yang nampak macam bodoh-bodoh alang itu. Kacang jak tu. Tapi kita tengok ajelah. Kadan orang licik macam Daim ni, besok yang jatuhkan dia orang yang dia bodoh-bodohkan juga tu. Iyalah, lagi malulah kalah dengan orang belajar akauntan sekerat jalan dari kalah dengan CEO yangg yang memang bijak dan hebat ilmu pelaburan dan kewangannya, kan? Lagi padan muka kalau dia rasa macam dia boleh makan, lanyak jak lawan dia, tapi lepas tu dia yang jatuh tergolek. 

Kalau dulu dia dah pernah tergolek dengan Soros kat FOREX, sampai gomen kena bail-out dekat 30billion, taklah malu sangat,kan sebab Soros memang Soroslah, jangan memain dengan Soros and the gang. Tapi mana tau if kali ini Daim tergolek dengan Uncle Kit Siang, hah!!! memang padan mukalah. 

****

Eh, cop cop cop____ kau tak benci Tun, tapi ko benci Daim ka? Idaklah juga benci. Tapi kalau jeneh orang idakla wizard sangat pun. Sekali kau tertonggeng berbillion-billion duit Negara punah kau kerjakan, lepas tu tuding jari sana sini, orang lain jadi kambing hitam, memang orang itu sangat teruklah.


Tuesday, May 28, 2019

Kita Orang Baik-Baik 2

Ini cerita orang baik-baik dari Sabah yang dah meroyan dalam FB pasal isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) di sana. Dia meroyan menagih janji untuk selesaikan isu PATI di sana. Saya pun tak tau PH ada janji apa-apa pasal PATI, tapi kalau dah janji eloklah ditepati. Kalau tak ditepati, nanti orang marah.

Yang saya nampak kalau undi PH, itu undi Malaysian Malaysia. Personally memang saya tak ada masalah pun pasal ini. Janji-janji lain-lain tu cuma manis-manis mulut, mau ambil hati sahaja. Contoh Harga Petrol turun. Sapa yang berjanji? DSAI,kan. Kita pun tau DSAI itu mulutnya memang manis dan pandai berjanji itu ini. Takkanlah kita nak percaya benda tu akan jadi nyata? Sapa lagi yang janji? Daim Zainuddin? Dia tu sapa ea? Bukan duduk dalam gomen, pun. Apsal pula dia yang sibuk berjanji? Kalau nak kata dia power sangat dalam BURSA, baru Soros petik satu jari jer dah terduduk, power ke hapa namanya tu. Power sangat ka?

Janji-janji PH datang dari orang yang integritinya boleh kita ragukan. Tun M? Jangan kasi saya gelak besar,lah. Banyak kali dia janji, tapi yang dia bikinnya benda lain. Tun is politic animal sejati. Dia tak kenal janji.

Kawan saya ini polos dan naif orangnya. Dia bercakap pasal dosa pahala, syurga, neraka. Orang-orang macam Daim, Tun M ni kita tak tahu, mungkin mereka ada passport khas untuk ke Syurga barangkali. Dalam Passport itu ada cop "JANJI-EXEMPTED". Janji-janji yang mereka telah tabur di dunia dan tak ditepati takkan dihisab.

Patutnya kawan saya luang masa buat research sikit adakah janji nak sattle masalah PATI di Sabah itu boleh dilaksanakkan atau tidak, sebelum marah-marah dalam Facebook. Marah-marah dalam FB bukan boleh selesai masalah, kalau ternyata masalahnya memang sukar diselesaikan. Tanya orang Kementerian Dalam Negeri, Orang Jabatan Pendaftaran apa masalah mereka. Orang-orang ini akan bagi jawapan yang tepat. Kalau masih tak settle-settle lagi tu adalah perkara besar yang menjadikan ia tak boleh diselesaikan.

Percaya sama Shafie Apdal, apalah dia tau pasal PATI, pun,kan. Dia dari Kementerian jaga Luar Bandar. Masa dia jadi Menteri Luar Bandar pun, banyak masalah Luar Bandar yang tak settle. Dia juga pernah kena pecat dengan BOSSku. Masa tu, ramai kata BOSSku dengki. Tak ada orang nak berhenti sejenak dan fikir, sapa BOSSku, sapa Shafie... kalau BOSSku pecat tu adalah yang tak kenanya dengan Shafie. Masa tu mana orang nak percaya yang ada something wrong with him, sebab semua taksub percaya Shafie dipecat sebab menentang 1MDB yang bermasalah itu.

Hari ini 1MDB yang bermasalah dah jadi tak bermasalah, bahkan dah jadi pemacu kepada pembangunan Negara. Orang Sabah pula marah-marah Shafie. Sebelum marah-marah, buat kajian prestasi sikit masa di Luar Bandar. Masa di Luar Bandar BOSSku marah sedangkan BOSSku itu jenis orang yang susah nak marah. Masa jadi MB Sabah Rakyat pula marah. Kalu pandai buat kerja, orang takkan marah. Sebab tak pandailah jadi kena marah.

Monday, May 27, 2019

Kita Orang Baik-Baik

Orang baik-baik ni memang asyik ada aje tak puas hati kut. Tak puas hati jadi sakit hati. Kalau boleh kita tak nak sakit-sakit hati, tak nak pening-pening kepala. I used to pening-pening kepala, kerana terlalu terlampau memikir. Masa belum sakit dulu, lah. Tapi sebab sakit, saya terpisah dari rakan-rakan dan temui rakan baru yang gila-gila.

Banyak saya belajar dari mereka. Hidup ini senang tak payah terlampau fikir-fikir sangat. Kau nak buat apa, kau teringin nak apa, kau buat ajelah. Kalau hal kerja, mana yang ada kau sattlelah, jangan nak tunggu semua perfect, semua ada baru nak bikin. Apa ada depan mata kita jalan, saja. Contoh eh... kau buat cookies, ada lebih butter sebuku ada tepun setengah plastik. Kau ingat ini bahan boleh bikin chocolate cip. Kau nak cip Hershey, tapi kat supermarket di Alamanda jenama tu dah habis. Ko boleh aje buat juga dengan jenama lain atau buat cookie lain, cornflakes sultana ka? Tapi ko mengada-ngada nak chocolate chip, jenama chipnya Hershey juga. Ko singgah ke IOI mall, tak ada, ko pergi Cyberjaya JayaGrocer, pun tak ada. Kau nak ke Bangi semata-mata nak cari Hershey, ko malas. You just don't like Bangi that much, is too far, too crowded for you. Last-last butter kau tinggal macam itu sampai habis raya. Kau bukan boleh makan butter lebih-lebih, pun. Last-last butter kau pun expire, tepung kau pun berbubuk. 

Kalau kau beli chip lain, atau beli cornflakes & sultanah, bukan ka kau dah dapat satu lagi balang kueh extra? tapi ko nak juga Hershey, kau dapat butter berkulat. Begitulah kalau overthinking, dan tak flexible. Saya belajar dari mereka untuk berlebih kurang sahaja. Life is simple, tapi kadang-kadang kita juga yang menyulitkan keadaan.

Sunday, May 26, 2019

Bukan Cerita Politik 2

Sambung dari n3 yang lalu...

Cerita lepas dari sudut pandang those yang macam kawan-kawan kita yang paranoid??? Kampung, kolot yang percaya Melayu, Islam boleh tergugat, digugat dengan anasir-anasir luar jika kita/kerajaan tak betul-betul jaga Islam.

Personally, saya tak rasa Islam, Melayu akan hancur, sebab saya ini anak Melaka yang taksub dengan kata-kata "takkan Melayu hilang di dunia". Tapi tu sebab saya Melayu, dan sebagai Melayu saya perlu ada click, kumpulan, tak boleh sorang-sorang sahaja, jadi saya masuklah dalam group Melayu paranoid ni. Takkan saya nak masuk group Melayu liberal, yang serba dinamik dan tangkas itu, pulakkan? Dah buang tebiat, ka?

Tapi saya ada juga kawan-kawan yang dia tak liberal, tapi fan-Tun-M. Dulu masa Tun jadi PM-4 saya ok je dengan Tun walau ada juga saya rasa Tun ni ada banyak yang tak betul, asyik besarkan tembolok kroni dan anak-beranak aje----. Tapi bila dia jadi PM-7, ada yang kata Tun dah lain. Saya rasa pula, itulah Tun yang sebenarnya. Sejujurnya saya memang tak ada masalah or sentap if Tun la ni kata Melayu macam-macam. Dari dulu pun Tun memang suka kutuk Melayu, apa? Melayu pemalas, Melayu mudah lupa, Melayu hidup bertongkal bla bla bla. Biasala mak saya pun selalu marah-marah macam itu. Saya anggap marah orang tua yang sayangkan saya. Orang Melayu memang suka marah-marah. Saya memang tak ada masalah dengan Tun.

Cuma bila banding Tun dan Najib saya lebih suka Najib. Macam kau tanya artis mana kau suka, tentula ada artis-artis tertentu yang kita suka dan kita boleh buat senarai carta artis paling kita suka,kan? Macam itula juga dengan politician. Udah memang la ni trendnya orang dok hurung BOSSku.. saya pun sukalah. Lagi pun BOSSku suka update FB pasal saham, pasal prestasi ekonomi Negara, banyak benda BOSSku tulis berkaitan dengan perkara yang saya belajar di Universiti. Kalu si Tun tu, tak habis-habis marah-marah Melayu Malas. Melayu ngoi-ngoi bla bla... Biasala memang ada orang tua yang jenis kuat membebel tu. pot pet pot pet.

Tapi bila berdepan dengan fan-Tun-M ni, yang taksub percaya Najib itu perompak, tak payahlah kita susah payah nak back-up-back-up Najib pulak. Kau tunjuklah apa paper tulis, derang still akan kata tetap Najib itu perompak. Cakap hal-hal lainlah. Dalam dunia ni ada banyak benda boleh sembang, pun, selain dari mengomen prestasi ekonomi dibawah kerajaan baru, tapi tetap diterajui Tun yang sama. Kami ini back-ground accounting, bukan penganalisa fesyen, gaya, atau kelab gossip selebriti. Kalau jumpa, membanding-banding pencapaian ekonomi topik no 1 yang kami suka bawang-bawangkan. Banding sana-banding sini. Dulu boleh banding Malaysia dengan Singapura, Malaysia dengan negara itu, negara ini. Sekarang boleh banding Malaysia lama dengan Malaysia baru.

Bila nak kutuk gomen, pegila cari geng Anti-Tun. Infact geng-Anti Tun ni pun saya baru kenal, pun. Mujur ada mereka, boleh meracau bukan-bukan. Kalau tak, susah juga, tak boleh langsung kita komen gomen, walau kita susah hati tengok gomen hari ini tak adalah kije lain, melainkan pinjam-sana-pinjam sini dan jual share Khazanah sana-sini. Kita memang seriau dengan orang macam Daim Zainudin yang suka berjudi di BURSa... Kita memang geli-geleman dengan macai Tun yang mengarut-ngarut tu. Jadi memang seronokla jika dapat membawang, kan? Iyalah dalam group sekolah-sekolah ini ada je yang Tun's fan ini. Masa zaman kami dulu ramai yang rasa terhutang budi sama Tun sebab program Matrikulasi dan twinning program-tajaan JPA-Mara, kalau kita komen sikit prestasi ekonomi negara boleh jadi sentap----dan balas dengan statement "negara dah rosak kena rompak, sampai nak bangkrap bukan boleh pulih satu dua hari je". Nak aje jawab "dah tau susah nak pulih, pasai-pa hang dok janji itu ini sebelum menang" tapi baik diam je, sebab nanti perang mulut jadi berpanjangan pula. Biarlah biar dia menang tu. Lagi pun bila berhadapan dengan Tun, kita memang dah tau Najib tetap akan dipenjarakan. Gaduh macam mana,pun tetap Tun juga akan menang, tak payahlah kau nak gaduh-gaduh, pun. Nanti boleh jadi hilang kawanlah pula, sedangkan Islam mengajar kita kena jaga silaturahim. Sebab itu walau saya dengan kawan-kawan yang ini ada benda kami tak bersetuju, kami tetap kawan. Ada kawan saya macam saya--Pro Najib, ada Pro-Tun, tapi kami kawan. Itulah indahnya persahabatan, masa sekolah-sekolah ni---masih boleh bersahabat walau berlainan cita-rasa dan kecenderungan.

Tapi bulan ini, Bulan Puasa, tak baik membawang--banding sana-banding sini bukan boleh bawa feadah pun. Walau saya tak pangkah Malaysia baru, tetap Malaysia baru dah menang. Zaman Malaysia baru, zaman Malaysian Malaysia, asasnya meritokrasi. Patut itu kau fikir dulu, sebelum pangkah. Adakah dah bersedia membuang segala tongkat yang ada? Ni masa orang Melayu kata nasi dah jadi bubur. Kalau dia kata kita malas, kena rajin-sikitla. Kalau kita ini suka bertongkat memang jangan menangis, marah-mengamuk kalau tiba-tiba tongkat kita disentap dan dibuang. Jangan marahkan mereka sebab kamu ramai-ramai jugak yang pakat-pakat pangkah Malaysia Baru.

Jadi cabaran selepas cabaran kurangkan pengambilan kalori harian ialah kurangkan membawang... woiiii susah tu.

FYI, bulan puasa ini saya diuji dengan bawang pejabat yang besar. Kawan kata dah viral. Viral among us Penolong-penolong Juruaudit gomenleeerrrr....Katanya ramai dah merisik khabar, "ape-cer-ape-cer" ini bukan kisah fraud ka, breach of trust or abuse of power, tapi kisah hal personal kita-kita di pejabat le... begaduh.

Kisah ini memang seronok kalau dibawang-bawang, tapi inikan Ramadhan. Ramadhan bulan Mulia. Saya ini terkepit-kepit menahan diri dari membawang dan bercerita. Fuuhhhh kau ingat senang, ka? I tell you what, susah. Lebih susah dari kita tahan diri dari ambil kalori not more than 1,400 kcal per day, tau.

See--- hidup ini lebih banyak cabaran dalam melawan hawa-nafsu. Jadi, kau ingat, saya ada masa ka nak berlawan dengan sesiapa? Siapa lebih pandai, siapa lebih betul---sapa mental dulu, aku mental ka, kau mental. Najib's fan ka, Tun's fan? Nak tutup mulut dari membawang isu viral pejabat pun susah, kena fokus, kena iyalah kepit-kepit mulut kuat-kuat, kena tarik nafas-hembus-nafas, macam orang buat YOGA,lah gitu,kan? Inikan, pulak nak bergaduh, berdebat, I--Najib's fans is lagi pandai memilih pemimpin ikutan, contoh teladan, then u wahai Tun's fan.---

Dek kerana nak kepit mulut kuat-kuat, saya telah menghasilkan biskut raya pada tahun ini. Dengan mengepit-ngepit doh kueh raya, ianya sungguh dapat membantu dari gatal tangan capai hp watsap bawang sana-bawang-sini.

***
lagi satu benda, sejak weekend hari tu saya ini gatal aje tangan nak menaip begini:-

Cucu atuk jiran dah kawen, cucu atuk bila lagi? Lepas ni bolehlah buat kenduri kawen "pedang lawan pedang; karipap lawan karipap"

Astagfirullah, ini,kan RAMADHAN, tapi baik tulis lucah-lucah,kan? Hambooooiiiii... untuk buang urge yang ini saya tempah sessi rawatan facial. Katanya boleh buang lemak kat muka, muka nampak langsing??? Memang saya tak percaya, pun. Tapi itulah satu-satunya Facial yang milik bumiputera yang paling borjuis di Putrajaya ini, jadi nak cuba jugalah. I am so excited about this facial-facial things so cucu-cucu atuk semua, nak laga-laga karipap ka; pedang ka, boleh GO TO HELL!

Wednesday, May 15, 2019

Bukan Cerita Politik

Kalau sebut Najib je, orang kata politik. Tapi ni cerita pasal court case dia, takkanlah politik. Bertahun lama orang dok tuduh Najib merompak Negara, membunuh dan macam-macam jenayah dikaitkan dengan bekas pemimpin No 1 Negara. Hari ini beliau dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan ntah apa tah, banyak sangat, tapi yang pertuduhan yang layak saya nak tulis ialah jenayah komersial yang membabitkan kesalahan pengubahan wang haram.

Iya, antara salah satu dari banyak pertuduhan itu, jatuh di bawah AMLATPUAA 2001, kalau tak silap. AMLA - Anti Money Laundering ni favorite subjek master in forensic and I got an A for this course. AMLA is a very powerful act. Mengerikanlah kalau kau disabitkan atas kesalahan ini, sehingga kau boleh jadi papa kedana, tinggal sehelai sepinggang je kau. Sapa yang kena tuduh AMLA memang "masak"lah, kau.

Kes dah berjalan. Najib diwakili peguam yang bukan calang-calang orang. Dia dah berjaya sumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara kena kes liwat, tapi dalam kes Najib, dia jadi peguam bela pula. Kehebatan dia janganlah kita pertikaikan. Bolehkan dia selamatkan Najib. Kalau boleh dia memang wah tak tau kita nak cakap apa,lah. GENIUS.

Dalam kes Najib ni pun dah berhari-hari berjalan, kalau kita baca paper, tak kisahlah kalau Shafie and the team gagal, pun yang pasti artikel-artikel yang ditulis oleh wartawan dari surat-surat khabar yang kredibiliti mereka tak boleh kita nak perleceh-leceh telah memberi neratif yang AG kita dah serupa badut. Macam orang bodoh. Tapi kepandaian para peguam membuat pihak lawan mereka macam kartun, bukanlah faktor penentu kalah memang dalam mahkamah. Pihak lawan nampak macam badut tak semistinya nanti dia kalah. Tak begitu.

Tapi dalam politik, Team Shafiee telah berjaya membina persepsi yang AG kita itu clumsy, pemarah, pendek kata beremosi/ tidak cool, dan sudah tentulah kita orang awam ni, atau layman akan berkata-kata dalam hati, "eh macam ini ka rupa AG yang kerajaan bayar gaji ribu-ribu sebulan, macam bodoh jerk, kalau macam ini, aku pun boleh jadi AG" macam tulah dia bila kita lepas baca laporan dalam surat khabar ini. Saya nak cari surat khabar lain, amacam pulak derang tulis. Tapi kebiasaannya mereka akan tulis benda sikit lebih kurang sama aje tu. Sebab pada hari kejadian, itulah yang telah berlaku. AG kita naik angin dengan sungut-sungutan yang dibikin oleh team peguam bela.

In short, team Najib, walau belum tentu derang menang nanti, hari ini mereka telah menang dalam perang persepsi. Mereka dengan bantuan AG yang emosional telah berjaya membentuk persepsi yang pihak peguam bela telah dibuli oleh AG yang emosional itu.  Imej AG sudah jatuh. AG sudah nampak tak cool, dan kita dah mula bercakap-cakap sambil membebel marah-marah, "buat abeh boreh, iyolah letak dia ni jadi AG. Kalau monang pun esok, orang dok kata monang sebab si TUA KUTUK tu nak sangat Najib masuk JEL"

Katalah takdirnya besok AG menang, pasukan peguam bela dengan bantuan orang media sudah berjaya membina satu persepsi yang kalau AG menang pun sebab Madey nak sangat Najib masuk penjara. Kesianlah AG. Itula saya cakap Madey ni kau jangan jadi Barua dia, sebab semua barua dia, akhirnya akan jadi macam badut...

*****
Ni cerita lain, cerita macai Madey. Budak sama belajar A-Level dengan saya. Belajar je sama, tapi tak pernah bertegur sapapun. Punya hebat mamat tu masa kat kolej, hari ini dia sendiri pun malu nak ngaku dia siapa diri dia yang sebenar semasa online. Berani guna nama samaran je. Kenapa? Itulah sapa suruh jadi Macai Madey. Lepas tu buat cerita karangan money trail----1MBD sebijik macam cerita Michael Crichton buat cerita  "melahirkan-semula" Dinasor guna DNA Nyamuk. Kalau novel fiction, iayala kut boleh jadi laku keras. Tapi bila tale money trail dia masuk mahkamah, nampak macam cerita kartun, la. Peminat cerita kreatif mungkin terlopong baca money trail karangan dia. Tapi Sarjana Perakaunan Forensik dan kriminologi Penyata Kewangan akan ketawa? Mungkin juga marah/ annoyed baca cerita dia, tu. Apa benda lawaklah yang engkau tulis ni? Kau jangan nak memperbodoh-bodohkan saya pula!!!!

Dengan lawak yang macam gitu, kau ada air muka ka nak ngaku kau dulu top student A-Level PPP/ITM?

Kalau saya, malu saya nak ngaku saya dulu ni,lah antara JPA scholar yang terbaik pernah dihantar belajar ke UK. eh ko study kat UK tu habis ka idak, sori saja tanya. Aku tau kau habis blajar Aktuari kau tu. Bukan macam aku jadi JPA scholar sekerat jalan jer, tapi hari ini, kalau nak lawan debat pasal money trail, akulah yang lagi berkredibel dari engkau, he he....

Tuesday, May 14, 2019

DIET dulu dulu...

Bohonglah kalau orang gemuk tak nak kurus. Semua nak cantik, semua orang nak lawa. Pada masa yang sama nak makan yang sedap-sedap dan banyak. Dia bergantung pada mana satu yang kau inginkan, sebenarnya. Macam saya dulu, tak kisahla gemuk, janji dapat makan benda yang sedap dalam kuantiti yang banyak.

Sampai dulu-dulu mak pun marah sebab saya gemuk. Bukan pasal gemuk tu tak cantik kata dia, tapi dia bimbang nanti dah tua-tua saya sakit lutut. Masa tu umur mak awal 50-an dan sangat menjaga berat badan kerana dia tak tahan sakit lutut. Dia cakap,  "mak yang lebih tinggi dari kau ni pun kalau berat dah lebih 70kg mak dah sikit lutut, kau besok, macam mana? Baik kau cuba kurangkan berat kau sekarang".

Masa itu saya persetankan aje cakap mak, walau lepas dia bebel-bebel tu, pernah cuba-cuba diet juga. Tapi hangat-hangat taik ayam je.  Malas saya nak pening-pening sangat pasal berat badan ni, sebab kalau diet mesti orang suggest oat. Macam oat itu ajelah satu-satu makanan yang kau boleh makan sikit tapi kenyang. Memang betul pun makan oat lebih mengenyangkan dari nasi, tapi oat tak sedap.

Makin hari, lutut makin lemah, sampai satu tahap saya tak boleh lipat kaki masa solat. Kena solat atas kerusi. Kebetulan ada pula program fit and cool my sihat... barula saya tahu, nak kenyang bukan oat aje, ulam-ulam, salad pun boleh bikin perut penuh. Lagi satu yang saya tahu, otak kita ambil masa 20 minit untuk bagi tau kita yang kita dah kenyang. Kena makan lambat-lambat. Atau berhenti sahaja bila porsi yang ditetapkan dah habis. Jangan tambah-tambah. Cukup 20 minit gerenti automatik dia akan kenyang. Wah itu perlu disiplin yang tinggi. Jadi untuk permulaan program saya makan ulam atau sayur-sayur mentah sebab kita ambil masa yang lebih panjang untuk mengunyah sayur mentah dari sayur yang dah masak. Masa makan pun jadi panjang, tidaklah saya terlebih makan. Tak pun sebelum tu saya minum air dulu, makan buah-buahan untuk memanjangkan masa makan.

Setelah lebih 3 bulan menjalani program ini, saya rasa laaa nak diet ni bukanlah susah sangat, pun. Kenapalah dulu aku tak buat macam ini? Itulah, diet ni kita kena berguru, bukan boleh ikut-ikut baca dalam internet sahaja. Bila kita berguru dengan guru yang betul, macam semua tu jadi eh macam senang aje.

Diet sudah... sekarang ni nak bersenam pula. Hah itu payah dan ada malas sikit. adoooiiii...


Tuesday, May 7, 2019

Paranoid

Semalam saya bukak-bukak FB kuar kat feed saya orang share pasal Bazar Ramadhan di KL dan kisah JPJ dan cermin gelapnya...

Nasib baikla saya dalam "recovery journey" sakit schizophrenia dan apa-apa paranoid yang terlintas difikiran dapat saya tepis dengan tenang. Iyalah kalau peranoid tu bukan paranoid, it is real, bukan masalah atau kije saya pun nak cari jalan penyelesaiannya.... ok mari kite citer pasal paranoid-paranoid ini:-

Paranoid 1- Bazar Ramadhan.

The new Ramadan bazaar in Jalan Raja got off to an ignominious start on the first day of the puasa month. 
Saya baca, orang yang share pasal Bazar ni kata keputusan kerajaan PH mengalihkan Bazar Ramadan dari Jalan TAR ke Jalan Raja bikin peniaga kerugian kerana kurang sambutan. Ntah saya pun tak tahu kat mana Jalan Raja tu. Lagi pun, kan Ramadhan baru bermula, nantilah bila nak raya betul ok ka tak ok kan?

Tapi minda saya dah cakap hah ini satu konspirasi yang tutup periuk nasi ummat Islam. Atau saja tau PH ni nak tengok Melayu mengamuk, agaknya!!! ie provokasi PH untuk mengamukkan Melayu.

Paranoid 2 - Cermin gelap


Ni JPJ ni saja benar cermin gelap ni sebab Menteri pengangkutan dah kawtiem dengan gangster-gengster la ni nak cermin gelap, susah polis nak cam dan tangkap ketua gangster sebab cermin kereta dah gelap. Wah lepas bolehlah ketua-ketua gengster bermaharajalela jalan-jalan pusing-pusing kotaraya bila kereta dah bercermin gelap.

Kesimpulan Paranoid 1 dan 2.... huh! Kerajaan PH ini memang membuat RAKYAT HIDUP JADI TIDAK TENTERAM...menindas peniaga kecil, memanja/rajakan gengster kaya jual dadah, niaga judi haram, niaga tempat maksiat.


Tapi tu mujurlah saya boleh tepis paranoid-paranoid ini dengan mengatakan, kalau betul tak PARANOID, Allah,kan ada. Kita takut dengan ALLAH bukan dengan PH!!! Kalau betul tak Paranoid, tahulah ALLAH membalasnya nanti.

Wednesday, May 1, 2019

Langau...

Lepas saya habis blaja ni, weekend memang free, nak balik kampung tetiap minggu, tak larat TOL, petrol, juga tak larat nak drive... jadi saya join le gerakan BOSSku. Saja suka-suka, menjangkit pula tolong mereka berjaja.

Kalau event BOSSku yang war-warkan, memang ramai orang datang. Kau open table, letak kueh, sandwich, mee, behoon ka, mesti laku. Kutip derma pun orang bagi paling cikai RM10. Itulah hairannya dalam kata ekonomi Malaysia teruk, kalau bawa jual, minta derma, kena pula crowd yang ramai macam crowd BOSSku, hah memang masyuuukkkkk....

Sambil-sambil tu boleh jumpa kawan dan gossip-gossip macam-macam. Yang join benda-benda alah BOSSku ni macam-macam, tapi saya nampak satu je... tempat crowd ramai, ada potensi barang dagangan yang berupa makanan dan minuman pasti laku. Saya ini tidaklah patriotik sangat pun orangnya, saya suka tengok orang ramai jual makan minum habis, licin laku. Itu aje.

Orang kata macam Langau hurung Taik, tak kisahlah,kan?

Tapi saya memang heranlah dengan fenomena BOSSku ni, heran, akan kelaku orang Melayu ni, masa BOSSku jadi PM derang marah-marah, bila tak jadi, mintak pulak BOSS jadi PM semula. Benda ini bukan berlaku pada BOSSku je. Atuk pun sama. Bila Atuk jadi PM, macam-macam tohmahan orang lempar kat ATUK, bila tak jadi PM, lawan PM, orang hurung dia balik, sampai jadi PM semula. Bila dah jadi balik, orang kutuk balik.

Nasihat saya pada yang nak menjaja dan melakukan barang dagangan  ko hurunglah pemimpin parti pembangkang. Kau hurung yang menang, crowd yillek, barangkau pun tak laku. Sebab apa Yillek? Pemimpin yang kau jemput tak datang, cam nor tu. Orang datang nak tengok Wan Azizah, nak jumpa Nobita, bukan nak beli barang kau, pun. Dah datang, terasa lapo, haus, belile kueh2 makanan minuman yang kau jaja. So, kat sini kita boleh buat kesimpulan yang pemimpin kerajaan hilang crowd, bukan pasal orang dok hurung taik, tapi pasal bila dah dapat kerajaan, tak macam kacang lupakan kulit, jengah marhean masa nak undi mereka saja.

Pada yang nak feeling-feeling kunun pejuang marhaen, pun, saya nasihatkan, kau hurung juga pemimpin pembangkang. Kalau ko hurung kerajaan akan sampai bilalah orang kata kau tu kaki kipas, kaki ampu. Naik pangkat pun sebab rajin mengipas. Lagi teruk, orang akan kata, sah kau ni lalang. Masa memang kau sokong dia, bila kalah kau tak pandang dia, sebab kau sibuk mengipas yang baru, yang bagi kau jawatan dan pangkat. eh, dah termakan budi, kan, dah dapat naik pangkat.... tak bule nak buat apa, dah, kenalah kipas kuat-kuat.

Sekian.