Sunday, April 29, 2018

Bebas Benci

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati....

Babi Terbang...


Bila melihat dia gambarnya dalam FB, saya teringatkan analogi babi terbang yang diberikan oleh sahabat karib saya bertahun-tahun yang lalu. Sahabat saya seorang yang sopan santun tapi pada hari itu dia teramat marah sehingga dia melontarkan perkataan "babi terbang" kenapa babi terbang?

Ntahlah....saya pun tidak ambil pusing apa yang kawan rapikkan tentang si babi yang unik ini. Saya sibuk memeriksa diri sendiri adakah saya bakal jadi babi terbang pada masa akan datang. Dengan status anak Imam kampung yang telah hafal Quran sejak Menengah Rendah dan tika itu saya sedang menjadi salah seorang pelajar terbaik perakaunan dalam kelas, saya adalah individu yang sangat disengani dan ramai peminat. Saya melihat kawan saya, saya melihat diri sendiri, saya berkata selamba "hai, kawan, kalau kita ada kuasa, wang, wanita dan pengikut taksub, kita pun babi terbang juga"

Cuma apalah kawan, kita hanyalah mahasiswa sengkek yang sedang terkial-kial mengejar CGPA tinggi bagi menukar pinjaman pelajaran kepada biasiswa. Ramai jelita yang menjeling manja tapi tak sanggup kita nak menyapa mereka kerana terlalu terikat dengan jadual belajar yang ketat.


Bila masuk alam pekerjaan saya terputus hubungan dengan dia. Marahnya pada Babi hingga dia bersumpah tidak mau pulang ke tanah babi. Iya tanah babi. Pada dia kita semua babi barang kali? Saya sebagai sahabat karibnya enggan memburu babi tersebut, mungkin itu juga jadi salah satu punca  (selain kesibukan kuliah dan pelajaran)  persahabatan kami renggang, lalu terputus begitu sahaja. Mungkin dia merasakan saya pun babi jugalah barangkali.

Fikir-fikir balik, memanglah sedikit-sedikit ada rasa macam babi, pun. Juruadit Hafaz. Bukankah saya sepatutnya berada di masjid membaca Al-Quran? atau di Pondak mengajar orang mengaji? Apa saya buat di firma audit terkenal di ibu negara, ini? Memang babilah itu. Menggadai bakat dan agama kerana sesuap nasi. Saya tidak begitu pedulilah pada semua itu. Itu hanya suara-suara paranoid dari dalam kepala sendiri. Tidak pernah orang datang kata "kau menggadai agamamu demi wang" atau kau patut balik kampung mengajar mengaji pondok di Pesentren datukmu.

Cuma paranoid saya sahaja bila terdengar cakap-cakap kawan-kawan yang mengata so and so sudah bla bla bla...bila pelajar dari jurusan agama masuk politik parti biru tua, jadi menteri, sudah masuk tivi, pakai sut, kemeja, seluar panjang pakai kot siap bertali-leher. Sudah buang kopiah jubah, gamis seperti tika dia di zaman sekolah atau universiti dulu.

Tidak ada pun orang nampak saya berjubah bagai, sebab saya memang sekolah sekular dan tidak pernah masuk sekolah agama pun. Saya belajar mengaji dan menghafal dari bapa saya, seorang imam. Saya hanya mengimamkan sepupu-sepupu kecil saya di rumah sahaja. Saya lebih dikenali dengan pelajar berbakat akademi ilmu sekular.

Jadi suara-suara babi atau bakal jadi babi itu paranoid sahaja, sebab saya bukanlah pelajar yang punya ramai pengikut. Saya seorang pelajar sepi dan memang sengaja sepi. Tapi saya bukan Rangga dalam filem ada apa dengan Cinta. Saya cumalah seorang yang malas bergaul dan suka menyendiri.

Berbalik semula kepada babi terbang tadi, adakah saya lebih mulia dari babi terbang? Masa depan masih panjang, saya tidak tahu apa kesudahannya nanti. Hari ini tidak pernah lagi berdiri bercakap, mengajak ke jalan yang benar di khalayak ramai,  tapi saya tidak tahu apa ada pada masa hadapan. Mungkin juga nanti saya berdiri bercakap benda-benda baik, beretika, berakhalak mulia, amanah, jujur setiakawan, mengajak kepada mengesakan DIA nan-Satu di hadapan selautan manusia. Di belakang, rakan karib teman saya adalah penyangak-penyangak antarabangsa dan saya hanyalah boneka yang menandatangani ntah-apa-apa kontrak, dokumen pecah amanah, jenayah  bagi kawan-kawan saya ini.

Saya ingin pulang, mengembara, seluruh dunia saya. Saya belek-belek simpanan saya... Saya berkira-kira untuk tulis surat perletakan jawatan.
 



No comments: