"Apalah yang dongengnya akan perihal korban dan pengorbanan, dalam
cerita pengesaan Tuhan Kristus, maupun Dewi Unduk Nagadau (kalau ada yang maukan
something yang bercitrakan tempatan), sedangkan Nabi Ibrahim mengorbankan
anaknya sendiri. Cumanya kira, agaknyalah cerita korban yang sebegini tak berapa meriah jika mau dibanding dengan terkorbannya pria hensem dalam
jihad, yang tak sempat mandi hadas besar dan kemudiannya disambut mesra oleh ribuan
bidadari syurgawi."
Mulanya saya fikir mau upload perenggan di atas dalam status di Facebook, tapi karang jadi gaduhlah pula. Tapi tu syok-sendiri, rasa best pula ayat tu, jadi saya pun upload di sini.
'*****
'*****
Baru-baru ini saya membatalkan cuti bersama keluarga atas lebih
kepada rasa kemanusiaan dan tanggungjawab, rasa takut tak naik pangkat, ada
juga. Almaklumlah kejadian itu berlaku masa orang sedang sibuk-sibuk pasal
appraisal KUP berprestasi. Kira bodek bos lah tu he he he. Off course, family
saya marah sangat. Dan saya pun dengan senang hati mengorbankan bos saya
sendiri dengan me"monster"kan dia. Kununnya nanti dia tak rekemen
saya naik pangkat.
Saya kesiankan bos saya, walau semua tau bos saya tu kaki buli. Sapalah yang tak pernah kena buli dengannya. Kini orang kata giliran bos pula kena buli dengan bigger bos. Kalau saya nak buat donno aje memang boleh, tapi saya tak sampai hati.She need our support and I guess we semua patut kena bersatu dan support her back.
Tentu yang tidak berapa mengenali tapi berminat mensaiko-analisa saya, akan mengata yang saya terpengaruh dengan cerita-cerita korban dari Negeri di bawah bayu. Saya tak marah atau rasa terhina jika you alls nak tuduh macam tu. Sebab saya rasa tak ada apalah bendanya yang berhantu, atau menyihirkan sangat dengan cerita-cerita Janda Aki-Nabalu, mau pun lagenda Dara Unduk Nagadau tersebut, sebab dalam Islam pun ada cerita korban. Bezanya korban dalam Islam kerana cintakan Tuhan, sedangkan korban dalam cerita rakyat ini korban kerana cinta sesama manusia.

Cerita saya berkorban kerana cinta sesama manusia tak sepatutnya
diperlekehkan dan dijatuh-hukumkan sebagai konflik yang boleh membawa kepada
kecarikkan akidah islamiyah kerana Islam agama yang menuntut kita bukan sahaja
berhablum-minallah, tapi juga berhablumminanas.
Cerita ala-ala perasan heroin korban saya ni, bukanlah besar
sangat, pun. Duit ringgit aje.Rugi tambang murah air-Asia ke Kuching. Orang
kata kita bersedekah. Tak besar mana, pun, bukannya saya berkorban, sampai
langsung tak boleh nak sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Insyaallah akan
adalah balasannya balik itu nanti.
Jadi apa sangatlah kalau kita ni saling sayang-menyayang sesama
kita walau tak sama agama, pun, kan. Tinggal di Malaysia ni macam manalah kita
nak kawal benda-benda macam ini kerana kepelbagaian kepercayaan
penduduknya.
No comments:
Post a Comment