Kebiasaannya bila di tempat saya berkerja, bila kita nak
bercuti, bos akan minta tulis nama kawan yang nak back-up kita masa kita
bercuti. Lepas tu bos pun approve cuti kita. Kita pun dengan senang hati pergi
bercuti.
Tengah-tengah sedap cuti, kita dapat massage kawan yang
bukan namanya telah kita tulis sebagai pengganti kita semasa cuti,
marah-marahkan kita dan tuduh yang bukan-bukan. Kita diam tak jawab. Tapi
tuduhan dia sangat berat dan kita rasa alamak sedikit kancheong.
Kanheong la beb sebab kita ni sekarang dalam pertimbangan
nak naik gaji. Kita risau-risau-risau, bila kita tanya pada orang yang
meluluskan cuti kita, dia pesan begini “cuti aje dan duduk diam-diam” kita pun
sikit senang hati. Lepas tu dia masih tak puas hati dan massage-massage lagi
dengan kata-kata yang lebih mengancam dan tuduha-tuduhan yang lebih pedih.
Kita risau dan bercakap dengan kawan yang lain dan nasihat
dia ialah, pedulikan sahaja, buat bodo. Perempuan tu memang sudah sakit hati
dan sengaja nak sakitkan hati awak balik.
Itulah yang berlaku pada cuti saya yang tak seberapa ini.
Saya ambil cuti untuk menghadapi peperiksaan memasuki skim perkhidmatan
penolong akauntan, lepas tu saya ke KL menguruskan pinjaman PTPTN saya.
ntahlah.
Kadang saya terfikir bahawa betapa gilanya penghantar
massage tersebut. Kalau dia tak mau ganti tugas saya, kenapa dia tak bagi tau
bos aje yang dia tak mau. Ini pergi kacau-kacau saya. Saya pun tak faham. Dia
nak nampak dia baik depan boslah tu.
Biarlah eh orang macam tu. Nak gaduh boleh, tapi dalam hal
macam tu, saya lebih suka berdiam diri. Memang rasa nak komplen balik kat bos,
tapi nantinya akan menyulitkan lagi keadaan. Kita nak kerja cari makan,
hari-hari nak ngadap muka tu balik, so the best thing is buat macam penyelia
yang meluluskan cuti saya sarankan “matikan air” Diam aje.
Tapi itulah, kadang diam itu juga boleh bikin sakit hati ini
he he…Tapi saya diam kerana nak test power DIAM. Yang menyarankan diam tu orang
dah lagi setahun nak pencen. Orang kata, kata-kata dan saranan orang
berpengalaman ni memang baik untuk diikut.
No comments:
Post a Comment