Minggu ini saya tengok ehwal-islam khas sempena keputeraan
baginda YDPA kita. Ada ustaz Don Daniel. Tapi ustaz tu mungkin gabera ka teruja
ka, dapat bercakap depan YDPA, jadi macam buat kata ada sasterawan muda Negara “pretencious
lagi mengada-ngada” jadinya. Forget about him. Saya bukan mau menulis tentang ustaz pujaan Malaya itu, walau sudah
beristeri, tapi masih bujang 3 dan harap kawan-kawan sana tak ada yang terlalu
ambitious menyimpan cita-cita untuk mengisi kuota 2, 3, dan 4. Cukup-cukuplah
ustaz Azhar Idrus McD yang begitu.
Apa yang menginspirasikan saya untuk menulis buat kali ini
ialah apa yang disentuh oleh Ustaz Kazim, pasal membunuh. Katanya kita bukan
membunuh dengan pisau, parang, pistol, senapang, bom atau C4, tapi kita
membunuh dengan lisan kita, dan menyeru agar kita berhati-hati dengan anggota
badan kita yang satu itu.
Saya mengisafi dan memuhasabah diri. Eh memang banyak
perkataan saya yang membunuh rasanya. I was born “mulut lasser” dan yang paling
saya suka bunuh ialah orang yang membawa perkhabaran “so an so single, aku nak
kenalkan dengan ko” sort oflah. Nak salahkan diri ini 100% tak mungkinlah,kan.
Saya memang dah lama geram dengan dia yang sorang ini. Dia selalu cakap macam
ini “aku doa ko dapat jodoh ustaz alim”. Ini perkataan yang sangat saya benci.
Ya saya benci bila ada cubaan membayangkan saya bersanding sebelah lelaki yang
berfesyen seperti ustaz Don, atau ustaz McD.
Pada saya lelaki macam itu jahat, ya sangat jahat, kerjanya
tak lain dan tak bukan ialah menghina orang macam saya. Maksud saya ialah
menghina orang yang perpendidikan secular. Saya ada pernah berjumpa dengan
seorang lelaki macam ini yang fikir imaginasinya sangat kotor sehingga sanggup
membayangkan semua lelaki yang belajar ilmu secular di luar Negara semua akan
end-up jadi peliwat. Semua kami ini sangat suka berzina. Jumpa lelaki
perempuan, zina, jumpa lelaki-lelaki liwat, jumpa perempuan-perempuan, saya
masih belum jumpa istilah untuk ini. Bila dia tengok orang yang tak serupa
mereka, aje, semuanya mereka bantai suka berzina, kalau rapat-rapat akan
mengajak berzina.
Dan cara membunuh mereka melalui wakil mereka senang aje, ko
pakai gelang emas besar-besar, ko tunjuk aje kat wakilnya dan kata “ini gelang
mak aku belikan. Itu nanti ustaz ko tu nanti boleh dia bagi gelang sebesar ini
untuk tangan kanan, kiri dengan kedua2 belah kaki aku (iya kita orang Melaka
baju pengantin perempuan kita memang siap dengan eksesorri gelang kaki tau! Yang
atas kepala yang dipanggil sanggul lintang tu tak usah cakaplah, ntah berapa
kilo emas yang dijunjungnya, itu pasal orang perempuan Melaka sangat kuat, dari
anak-anak dara lagi, udah praktis junjung padi/beras dulu:))?” Dan sudah
tentulah cakap-cakap macam ini akan menimbulkan kebencian di hati mereka dan
ntah2 pasal cakap macam inilah ustaz yang zuhud lagi dekat dengan tuhan agaknya
mendoakan saya agar jadi anak dara tua selamanya.
Tak kisah. Lebih baik sendiri dari siang malam mendengar
kutukan demi kutukan tentang sebahagian dari diri ini. Dan lebih menjengkelkan
bila sudah berbuih mulut mengata, mengeji, menghina, disudahi dengan kata-kata
begini “tapi saya kagumlah dengan awak sebab awak tak macam yang lain”fuuuuuckkkkk…
We are all the same, sex is still one of human need. The only difference is,
some of us put it as physiological needs while some of us only want in thus
they put it in a higher hierarchy. And if you think all of us (orang secular) suka
zina, meaning that you yourself put sex as a basic motivation in your life. Tak
ada sex tak boleh “jalan” semua kerja jadi lembab dan semput. Income/kuasa beli/
kekayaan/kedudukan dalam masyarakat ada kolerasi (berkadar terus) dengan kekerapan
melakukan senggama. Lagi banyak senggama, lagi banyak duit.
Kesimpulan/pelajaran yang saya dapat ialah anda tidak akan
dibunuh, jika anda sendiri tak memulakan untuk membunuh.