Thursday, September 6, 2012

Salah pilih?

Tolonglah kita tak memilih pun, kita main tangkap muat aje. Bila dah tertangkap muat, kita memang tak kisah, dah. Tapi orang lain yang kisah dan cakap kita dah tersalah pilih. Apa kita nak buat, kita pun buat bodo ajelah, walau dah sedar yang kita silap. Kita ciptalah 1001 hujah untuk menyedapkan hati sendiri.  Dan kita pun minta macam ini, sama tuhan yang kita yakini amat pengasih lagi pemurah, walau sikit-sikit kita termakan cakap kawan-kawan yang tuhan kita sedang marahkan kita sebab tersalah pilih:-

 "Tuhanku aku dah terpilih jahanam,
aku tak mau yang lain.
 Kau ampunilah diriku yang daif ini"

Wednesday, September 5, 2012

Benci

Betapa pun kita ajar hati kita untuk tidak benci, bila diuji, ah gagal rupanya aku. Gagal kerana masih masih ada rasa sakit hati, geram dengan segala macam rasa negetif yang melanda.. Eish aku memang tak bule pandang muka dia, kenapala di dok tayang muka dia tu, eish!, plastik, sungguh muka plastik, benci, benci. Getus hati ku meradang. Istigfar-istigfar-istigfar, ya rasullullah, ya Allah, janganlah ko lihatkan seperti aku ni seorang yang sedang menikam saudaranya sendiri.

Namun agaknya, segala yang telah berlaku itulah yang telah menyelamatkan kita dari takdir kebinasaan dan kehancuran yang teramat  mengerikan. Hadirannya dia itulah yang menghalang kita dari hanyut dalam dunia yang ntah apa-apa tah, membawa semula kita pada CINTA yang selayaknya diulit dan digenggam, diutamakan.

Berbaik-sangka. Orang bijak-pandai selalu cakap, barangkali apa yang kita rasa baik untuk kita itu sebenar buruk di sisi Allah. Dan yang kita rasa buruk itu terbaik untuk kita. Bersyukur dan berbaik-sangka dengan takdir jalan hidup yang telah Allah tentukan, itulah agaknya penawar segala rasa sakit hati.

Sunday, September 2, 2012

Takut mati???

Ada orang kalu bergaduh takut mati. Takut mati terbunuh. Tapi bukanka semua orang pasti akan mati, satu hari nanti. Saya pula kalu gaduh nak berbunuh-bunuh, mati, itu tidak jadi masalah. Yang masalah kalu bergaduh kalah tapi tak mati dan jadi macam Pak Kaduk, semua tergadai, tinggal telanjang bulat.

Itu pasal saya tak suka cari pasal with haters. My cikgu kata, jangan melugai-lugai menyubuk kasih yang bertapuk. Saya fikir samalah juga kisahnya seperti benci, janganlah juga kita beriya-iya mencari musuh, apatah lagi pembenci yang bersembunyi.

Kadang tu kita tak sedar ada perbuatan dan percakapan kita yang menyakitkan hati orang lain. Kita rasa kita cakap benda betul, kita kununnya berniat baik yang memperbaiki keadaan, memperbetulkan apa yang kita rasa silap, tapi pada orang itu kita yang tak betul dan teguran kita ini sangat menyakitkan hatinya.

Di situlah peri-pentingnya kita cuba seek to understand. Put & re putting things into different perspective. If I put myself in the Shiite's shoes, it doesn't mean that I've already turn into shiite myself. I'm still a Sunni. At least I don't feel like killing those who do not recognize Rasullullah's Companion. 

Ini era globalisasi langit terbuka, mau sekat orang dari menganut fahaman selain dari fahaman kita adalah benda yang sangat sukar. Asal kita saling menghormati, sudahlah. Janganlah kerana anda syiah, saya benci anda, anda tak boleh bermastautin di Malaysia. Janganlah juga kerana saya sunni, anda benci saya, ditakdirkan satu hari saya dapat tawaran berkerja/berkursus/berseminar di Iran, saya tak boleh terima, sebab saya Sunni. he he he....