Berita utama Utusan hari ini pasal PAS akur dengan DAP pasal penutupan pusat hiburan sempena Ramadhan ini. Berita ini memang kita semua tunggu-tunggu, sejak bila DAP tak setuju dengan perkara ini. Tony Phua siap ugut-ugut nak keluar pakatan kalau Menteri Besar Kedah terus juga nak laksanakan penutupan tersebut. Memang dah agak pun PAS akan tunduk.
Nampak sangat macam orang kata kalu orang suami isteri, dan PAS itu suami, seolah si suami kena Queen Control, dan tak keterlaluan kalau sesapa yang rasa dia dah banyak sangat himpun pahala sebab slalu kena maki-hamun dengan PAS nak sdekah balik pahala kat depa balik, bolehlah diorang mengata PAS dah kena nasi kangkang DAP.
Apapun kisah PAS yang mengalah lagi dengan DAP, kali ini dengan ugutan Tony Phua, patut kita ambil sebagai muhasabah diri. Pengajaran buat diri yang prasan bagus suka mengata orang ini untuk tidak mengata-ngata, walau benda yang dikata itu benar. Mengata balik blakang benda benar, itu mengumpat namanya yang amat dilarang oleh nabi. Al Quran menyamakan perbuatan mengata orang balik blakang itu seperti memakan daging saudaranya sendiri.
Kadang tu kita kata kita ngata sebab nak lepas stress, betul juga tu…stress reliever. Zaman sekarang serba stress. Mungkin kita boleh cuba cara lain untuk lepaskan tekanan. Kita kurangkan berbual. Banyakkan aktiviti lain. Memang susahlahkan nak kurang berbual ni sebab saya ni kaki berbual. Tapi sempena Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi kita sesame cubalah yerkk
…***
Persoalan ramalannya, adakah PAS akan terus diperbodohkan DAP? Cakap-cakap, update FBzen, yang merasakan pemimpin yang ada pada hari ini bukan pemimpin sebenar yang akan bawa kita kemercu kejayaan, mereka sedang berdoa agar “anak itu slamat lahir kedunia”
Lecturer Islamic Study saya di MMU pun kata tak betul kalu kita kata Lelaki Raub itu pilihan majority. Hujahnya lelaki itu dari Raub, majority di Raub angkat dia jadi MP, pastu majority UMNO yang angkat dia plak jadi Presiden UMNO. Dia jadi PM sebab Agong Lantik dia. Kalu bikin open vote macam US, belum tentu Lelaki Raub itu jadi PM. Dia pilihan majority orang Raub, bukan orang Malaysia. Kalu bertanding di Kota Mlaka misalnya belum tentu dia boleh memang di Kota Mlaka. Iya macam itulah betapa rendahnya lecturer Islamic study saya memandang upaya dan kelayakan lelaki dari Raub itu sebagai pemimpin.
Kita pun sbenarnya jadi teruja juga nak tengok sapa “anak” yang sepatut kita jadikan pemimpin kita kalu tak yang ada pada hari ini. Kita, iaitu saya sudah dinyanyikan cerita “anak” Messiah Mehdi ni di zaman blogging di Multiply dulu, jadi memanglah saya nak tengok sangat “anak” ini kiranya. Tapi sampai hari ini yang jelas nampak Messiah dalam Pakatan Rakyat ialah TONY PHUA dan AMBIGA.
Bukan, bukan Anwar, PAS tau Anwar tu kaki men@&$ kan PAS juga yang bagi gelaran AL-JUB pada dia, dan PAS juga yang menyelongkar kegiatan window dressing Financial Statement Bank Negara yang di dalangi Anwar. Bukan. Bukan Anwar. Ada “anak” lain. Betullah agaknya tu anak-anak utusan tuhan buat PAS bernama Tony Phua & Ambiga, kalu tak masakan mereka begitu akur dengan titah dan perintah dua individu bukan Islam ini.
Eihs baru tanam azam tak nak ngumpat dah ngumpat dah. Astagfirullah hal azim.
No comments:
Post a Comment