Saya tertarik dengan update kawan FB yang menceritakan perihal angau Penulis-Peminat. Hari ini semacam bersambung, bertela plak pasal rindu. Saya juga ada baca dalam tulisan blog pasal pengalaman dilanda cinta tika membaca Novel. Penulis blog selalu membayangkan hero itu penulis. Jadi sebenarnya peminat jatuh cinta dengan watak dalam Novel, penulisnya…Kalau penulis itu penulis baru mungkinlah hero itu dialah tu. Tapi bagi penulis berpengalaman ia tidak semestinya begitu. Bisa saja penulis mengangkat bapa, kakeknya, gurunya, pemimpinnya ibunya dalam watak utama.
Saya percaya semua orang yang suka membaca ada penulis yang bikin dia dug dig dug dan rasa rinduuuu kalau tak baca selalu, mandi tak basah, tidur tak lena (pembohonglah…)Terkadang tu kita rasa macam dia hidup dan jadi sebahagian dari hidup kita (bohong lagi. Saya lebih suka baca akhbar dan Majallah. Tentulah Harakah antara akhbar kegemaran jadi saya lebih mengenali Astora Jabat, Tuan Guru Haji Hadi Awang, A Rustam Sani, Syubki Latif, Hishamudin Rais, Prof Jomo KS. Jadi mestilah penulis yang paling saya suka bukanlah penulis novel itu pasal agaknya tak terbit rasa cinta. Tulisan yang saya suka ialah pasal ekonomi oleh Dr Jomo. Tapi agaknya kalu Dr Jomo tu sesekali berpantun ka, berpuisi ka….ambik ko…kecik-kecik dah gatal. Sengaja nak jadi anak murid Jomo bukan nak jadi Pakar Ekonomi, tapi lebihkan nak bertentang mata dengan penulis pujaan hati.
Sekarang ini saya rasa macam tak boleh tidur ni, rasa malam ni gak saya nak ke kedai buku, nak dapatkan Warisan Ekonomi Mahathir. Tulisan penulis pujaan hati saya sejak saya kecil dulu. Saya kena tunggu esok. Dalam menunggu esok saya dah macam boleh agak apa yang ditulis dalam buku itu. Dulu mungkin saya akan guling-guling dan sukalah lepas baca tulisan Dr Jomo, tapi hari ini saya tak fikir saya akan suka baca apa yang dia tulis. Not because dia dah kawen, sebab dia dah tua, tak. Prof Jomo yang tua ni lagi hensem tau dari yang masa dia muda, dulu. Atau sebab Bapak Frinjan saya lebih hensem, lagi seksi….tak juga.
Cuma orang kata Jomo ini dia dengan Mahathir, macam Ceaser dengan Cato. Mahathir –Ceaser, Jomo-Cato. Sejak krisis kewangan mata lebam, saya mula melihat yang Mahatir itu Dewa dan offcourse tulisan orang yang selalu tak sealiran dengan beliau akan menyakitkan hati kita. Ironinya memang selepas-selepas tu memang saya sudah tidak membaca lagi tulisan beliau. Bukan pasal saya tak baca Harakah lagi, ntah, mungkin Jomo pun macam saya kut, lepas Mahathir berjaya bawa keluar Negara dari serangan-konspirasi kerja kotor Anwar-Soros-Al Gore, beliau dah tak menulis untuk harakah lagi sebab tulisannya sudah tidak sesuai dimuatkan dalam Harakah.
Tak pe kita beli kita baca dulu...nanti kita tulis…good nite sleep tight. Yawninnnggg mata pun dah ngantuk dah ni.
No comments:
Post a Comment