Saya terpaksa berenti baca FB seketika, sebab masuk-masuk dalam situ ramai beno tak puas hati pasal kabinet baru PMX. Sebelum ni dalam feed FB memang banyak tak puas itu, tak puas ini, tapi kali ini saya blok kejap FB sebab takut terjangkit sama membenci. Kita ni kije gomen, apa rakyat pilih kita ok je. Dulu tu pun berjejeh orang tak suka Kak Fadh. Tapi kita ok je.
Hari ni kak Fadh dah orang tak bising, orang dok bisingkan Adam Adli. Bebulu je mereka dengan dak Adam tu. Kata dak Adam tak habis belajar. Orang yang kije kat KPT tu aku rasa ok jak dengan dak Adam, orang luar pulak risau, itu ini, begitu begini. Risau beno betul takut pasal dak Adam, anak/bangsa dia rosak, kena buli.
Aku bukan nak cerita sangat pasal dak Adam, aku nak cerita pasal kak Fadh dan agenda di Kementerian yang dia terajui. Kak Fadh kena duduk situ, bukan pasal dia bodek PMX ka, tapi hanya kak Fadh dengan kegarangan, kedegilan, some said kebodohan, itu barulah dasar pendidikan tak berteraskan exam yang tengah kita giat buat ini tidak akan terganggu-gugat.
Kalau letak orang lain takut nanti menteri termakan cakap-cakap mak bapak kat luar sana untuk patah balik kepada cara lama. Exam based/oriented education. Aku tak de anak, aku tak kisah jadah apa pun sekolah nak buat aku ok je. Yang rapat dengan dunia pendidikan ini lah komplen, risau bebudak ni bila tak de exam derang jadi kacang hantu. Kacang hantu lagu mana aku malas nak tulehlah.
Tapi aku nak komen satu je, katalah benar sebab tak de exam bubudak Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban la ni tak de kualiti, ko tak payah le antar anak ko belajar sekolah gomen. Antar anak sekolah swasta macam anak Alif Syukri, anak Era Fazira, anak Bunga Citra Lestari. Bebudak tu semua sekolah private. Umur belas-belas tahun dah masuk Oxford.
Bukan Oxford sangat kita banggakan, tapi kalau tengok cara bebudak tu dalam media sosial, sopan je, rope derang. Erra memanglah semua tau lepas dia dapat dan Aleysia, dia sangat profesional tak gegedik itu tu dak Bunga tu atau orang panggil BCL, punyalah gedik yaaa ampuuuunnnn---- Anak dia ok je, sama je rope macam anak dak Era. Itule tu sebab sekolah sama. Memang sorang skola kat Indo, sorang kat Malaysia, tapi kurikulum dia sama, koko pun sama, rupa budak dia sikit lebih kurang je gitu-gitu. Sejuk mata memandang.
Dah ada yang elok wat pe antar pi skolah yang teruk sampai boleh terbunuh anak kat sekolah. Ada sekolah selamat wat apa antar sekolah yang ada risiko anak ko mati, tak jatuh bangunan, mati kena buli, tikam dengan peminat sendiri di dalam kawasan sekolah.
Hah itu pasal le aku tak kawen tau, sebab kalau aku nak kawen, aku nak kawen dengan orang kaya yang mampu antar anak aku belajar sekolah swasta je. Tapi lelaki yang biasa nganto anak sekolah swasta tak pandangnya muka macam aku ni--- he he he.
Ok berbalik pasal kak Fadh dan non-exam-oriented educationnya, betul ka pasal itu budak sekolah gomen huru-hara? Ntah, personally, aku kalau sikit je ada risiko, dah ada berbunuh dan dah ada yang mati. Kenapa mau ambil risiko, kan?