Sunday, February 28, 2021

BUKU BARU 3

Letih cerita pasal orang yang ntah apa-apa tah tukan. So hari ni saya sambung balik cerita weight loss journey yang saya mulakan tahun lepas tuuuu---- Semalam kalau nak kira dari bulan Januari tu, saya sudah loss 7kg juga tu. Wahhhh-----, total-total dari tahun lepas dah 21kg. 

Memangla kawan opis dah tegur ada perubahan pada diri. Rasa tu memangla seronok. Cuma macam sekarang ni macam dah statiklah pula. Itu memang perkara biasa bagi orang yang berdiet. Badan dah pandai negjas-ngejas apa yang patut. Nasib baiklah kolam dah dibuka. Bolehlah pergi berenang.

Apa yang best sangat pasal berenang ni, dia bakar 2x ganda kalori dari kau berjalan atas darat. Saya setakat ni mampu berjalan jelah. tu pun ckit-ckit dalam 1-2km je seminggu 2 ke 3x gitu. Selebihnya saya IF, One Meal A Day (OMAD). Kalau nak ikut start IF ni, berat saya turun dalam 7kg je. Tapi kawan-kawan baru nak perasan bila saya IFleeee. Baju pun jadi longgar bila hilang 7kg yang terakhir ni. Saya rasa ni semua pasal IF, 23-1 yang saya amal agaknya. Sebab orang IF percaya lepas 18 jam kau berpuasa, badan mula makan-makan barang dalam badan kau yang tak perlu. Atau bahasa derang suka pakai Autophagy. Itula saya rasa mana-mana sarung lelemak yang bertepek-tepek dalam tubuh tu dimakan semula oleh badan, jadi mana-mana yang kat pinggang, perut, tu pun mengecutlah tu.

Macam saya cakap---pertengahan bulan Februari, berat badan saya jadi statik. Apa saya buat ialah makan macam biasa, kasi dia naik barang 2kg lepas tu buat macam biasa dan saya pergi ke kolam. Iyalakan kalau kau jalan-jalan atas darat, 1 jam kau burn 300kcl. Tapi kalau swimming 30 minit pun dah 300kcl. Saya berenang pun sikit-sikit je. Masuk kolam dalam 45-50 minit gitu. Betul-betul berenang 25-30 minit selain tu regang-regang badan gitu-gitu, treading water, but stillahkan, pembakatan kalori dalam air ni lagi rendah impaknya pada joint dan lutut. Setakat pagi ni nampak macam dah turun. Harapnya penurunan akan jadi seperti sediakala.

Thursday, February 25, 2021

Adakah Ianya Benar?

Hari semalam lepas Pengarah Kesihatan dan PM cucuk vaksin, makin kuat puak-puak takut Freemason ni meroyan. Sekali imbas macam dah hilang akal pun ada. Sampai kehilangan akal mereka menjangkit ke saya bila saya pulak bercakap sorang-sorang "waduh takutnya mereka pada Freemason-Dajjal ni mengalahkan takut pada Allah, la pulak". Nasib baik saya kat rumah sengsorang kalau kat kampung, mak saya terdengar, harus dia panggil ambulan, angkut saya ke spital suruh doktor cek otak saya.

Sejujurnya saya memang percaya pun pada agenda-agenda jahat nak menyesatkan kita dari landasan Islamiyah ni. Dalam Quran pun ada ayat yang kata (kata yang saya susun ikut faham saya) "orang kapiaq ni takkan senang duduk kalau kita tak ikut cara dia". Tak Islamlah saya kalau tak percaya Quran. Kita la ni kat Malaysia pun kalau pandang kiri-kanan kita pun rupa luaran tu ada yang lebih kapiaq, dari kapiaq pun. Bukan nak kata oranglah, kita sendiri pun rupa tu dah sikit-sikit dah tak rupa nenek-nenek kita dah, kan. Kalau sayalah, kan, nenek saya pakai kebaya pendek kain batik macam nyonya-nyonya tu, saya? Kain batik masih ada. Kebaya pendek memang tak pernah ada. 

Pasal rupa, kita serah pada Allahlah,kan. Yang ada kini secuit je amalan yang bezakan kita dengan mereka, iaitu syahadah, solat, puasa Ramadhan, zakat---tunai Haji jika mampu. Memang mengerikan jika yang 5 ini langsung terdelete dari diri. Pasal direct invasion aka masukkan nano cip dlm vaksin memang saya akan gelak,lah. Macam mana mereka nak invade kita, sebab mereka jauh dari mereka. Tak cucuk nano pun ramai remaja kita tinggal solat dek non weh. Itu yang patut kita fikirkan. Macam mana nak galak mereka suka solat, sayang solat. Bukan meraung-meroyan pasal nano.

Saya fikir macam ni, kau nak budak-budak muda ni suka solat, kau solat dulu. Lepas tu tak payah kau pung-pang itu ini. Kau jaga penampilan, kau jaga adab, kau jaga segala-gala, kau jadi orang berjaya, kau bla-bla eh pendek cite kau jadi seorang yang ada influencer power level-level Black-Pink tu. Dalam pada tu segala tok nenek update internet kau, kau tunjuklah aktiviti solat ka, buat aktiviti meet and greet, berbuka puasa lepas tu solat sama-sama ka. Lepas saya percaya secara automatik orang yang suka kat kau, terikut-ikut nak solat jugak.

Nanti orang tuduh plak kau riak, kan. Riak ka? Mampuih piiii----laaaa depa nak kata apa. Kita cuma nak tunjuk solat tu yang sebenarnya a driving force bikin kita bersemangat dan bertenaga. Ini sikit-sikit nak tenaga, nak semangat minumlah LIVITA. Lepas tu meroya dalam LIVITA tu ada nano-cip Dajjal yang control kau terlupa solat hah acaner acaner---cer citer!!!!!  Aku tak katalah solat-solat je badan lesu jadi segar. Solat bagi idea kat kita menggoogle, ada tak alternatif lain yang dah memang ada dalam dapur kita setanding dengan LIVITA, tu je. Adooiii you are what you eatla, if you eat right, you don't need LIVITA pun.

Ok berbalik pada tajuk tadi "Adakah Ianya Benar?" Kalau kau tanya, memang saya percayalah, perancangan Yahudi, Nasrani ni memang Benar ada. Tapi saya malas nak fikir pasal itu semua. Saya percaya Allah benar-benar ada. Allah lebih berkuasa dari Dajjal, itu lagi. Fokus ajelah pada Kuasa Allah. Saya bimbang kalau kita terlalu memikir pasal black hidden agenda puak-puak Dajjal ni, kita pula nanti jadi nampak serupa orang gila yang meroyan ntah-apa-apa tah. 

Nak tengok contoh content obsess Yahudi yang bikin pemiliknya dah serupa orang gila? Meh tengok konten kat bawah ni. Saya cuplik dari FB------


Jika kita perhatikan secara mata keranjang ada mata bathin. Kita akan jumpa huruf Y sangat jelas pada foto pertama. Jika kita belajar ilmu sesiku, tangan saja disilang untuk hasilkan huruf Y.
2. Foto kedua ini berkaitan jarak dan theorem Pythagoras dalam formula segitiga. Jaraknya cukup untuk menghasilkan segitiga membentuk bucu diatas menjadikan sudut 45 darjah . Huruf A jelas kelihatan.
3. Foto ini diambil mengunakan camera DSLR single lens jarak 0.75 meter untuk hasilkan imej silang H pada tengah jajaran foto.
4. Huruf U sengaja dibentuk pada jajaran tengah antara dua individu penting ini. Jika kita bilang U disepit antara huruf D yang ada dalam ejaan 'Yahudi' dan huruf N yang ada dalam ejaan 'Neraka'. Apakah kita tak sedar lagi? (Selalu kena tanya nie)
5. Jika kita perasan huruf D berada ditengan tengah pada foto ke 5 ini. Bermakna ia tersepit antara kiri dan kanan. Ia seperti kita sedang disepit oleh teori illumination .
6. Sebagaimana bermula gambar pertama kita sengetkan agar vaksin tak tumpah waktu cucuk. Begitu juga gambar terakhir. Huruf I jelas kelihatan disitu.
Siapa yang tak nampak semua ini memang mata hati dan pusatnya telah tertutup kesan makan daging kartel tidak halal bulan lepas.

Foto 1

Foto 2

Foto 3

Foto 4

Foto 5

Foto 6















Wednesday, February 24, 2021

Yang di Bayang-bayangkan

 Semalam saya dah cerita pasal pemerhatian saya terhadap budak yang perasan otak/keturunan dia bagus sangat sampai obsess Freemason nak ceroboh rosakkan otak/keturunan dia, kan. Hari ni saya nak cerita pasal sapa yang dikata-kata kunun ajen Freemasonlah. Ni cerita budak Alah. Budak B dia meroyan gitu-gitu jer---memula lepas sekolah tu tak nak kije Bank/komersial,lah (makan gaji), tak nak kije gomenla, nak kije sekolah Madrasah/pondok je. Bila dah beranak-pinak, gomen dah ambil alih semua sekolah pondok dan Madrasah, dan jadikan dia pegawai, dia la ni dah lebih gomen dari gomen dah. Lagi pun la ni tok-tok lebai semua kan dah ada jadi Menteri bagai, so Malaysia dah Islamik, apa lagi dia nak sibuk-sibuk rasa orang nak ambil alih otak, diakan?

Ok berbalik pasal budak A. Dia ni memang pelik. Dia penulis. So adalah penulis lain yang dia tak le kata agen Freemason, tapi penulis with black hidden agenda. Agenda Pelagi. Ada lagi sorang yang dia kata jahat, bukan penulis, tapi agamawan yang banyak menulis. Yang itu dia kata Wahabi. Wahabi dan penulis pelangi ni jahat. Jahat macam mana saya tak nak tau. Apa dua orang ni boleh buat kat saya, pun? Saya fikir-fikir, saya tak kenal pun dua individu yang diroyan-royankan oleh si A. Dah kalau derang tu jahat dan sangat power, saya pulak tak ada kaitan dengan mereka, buat apalah saya terhegeh-hegeh, tergedik-gedik nak cakap dekat derang "aku benci kau sebab kau Pelangi, kau Wahabi" Tak ke dah serupa orang gila tu?

Satu Wahabi, satu Pelangi. Apa ancaman si Pelangi dan Wahabi ni pada saya? Saya rasa tak ada ancaman langsung. Mereka sangat jauh dari saya. Yang dekatnya si A ni. Lemas pulak saya bila dihasut-hasut agar membenci Pelangi Wahabi. Haku kenal pun idak mereka tu. Apa pasal tak de benci nak create benci pula? Kalau benci itu perlu, keliling haku ni pun banyak individu menjengkelkan untuk aku benci, kan? Nak sendatkan dada membenci orang yang keliling pun saya tak kuasa, apatah lagi orang yang kita langsung tak kenal.

Tapi tu saya skodeng-skodeng Pelangi Wahabi ni dengan membaca tulisan-tulisan mereka. Saya rasa oklah. Ada sikit-sikit saya tak setuju tapi bila baca-baca-baca tak de satu pun tulisan mereka yang bikin saya rasa meluat atau benci. So, masalah pulak jadinya kalau tak benci nak paksa benci, kan. Pendek cerita, si A declare saya musuh dia.

Lepas tu saya follow-follow jugalah orang dua ni. Satu tu rajin pergi gym, badan ketul-ketul six pack, lagi sorang rajin kayuh basikal. Kau bayangkanlah gaya hidup mereka,kan. Kau hadoooo---kalau haku memang tak delah. So saya fikir balik. Kalau macam gitulah gaya hidup mereka, kalau betul mereka nak hancurkan orang macam kita-kita ni memang boleh hancur macam itu ajelah kita-kita ni. Belum masuk gelanggang dah kalah.

Musuh kita begitu-begini, kita pula apa buat? Beggosip, tengok drama TV, makan-tidur-makan-tidur, besok ulang-ulang benda sama. Acaner tu nak berjaya. Tak payah Freemason cucuk vaksin nono cip covid-19 pun secara  tak sedar kita memang sudah hancur.

Patutlahkan kalau orang kata, kalau nak tengok Islam jangan tengok pada umat Islam tapi tengok kepada umat-umat bukan Islam yang berjaya macam umat Jepun, Jerman, Waima Israel tu sendiri itulah yang patut kita tengok.

Ok done bebel hari ni, besok sambung.---


Tuesday, February 23, 2021

Satu Ketika Dulu---

Percayalah cerita Menteri Potong Perut kena tegur dengan Cikgu BI turn celebrity tu tak habis lagi. Ramai sungguh yang sentap dan bercakap. Saya yang bolehlah kawan-kawan kata cakap BI power(kita tak rasa BI kita bagus, pun. Kalaulah saya Menteri or sapa-sapalah, dapat peluang bercakap wakil Malaysia, saya cakap Melayu je, ini pentas dunia, mesti derang ada penterjemah, yang kau tergedik-gedik menyusahkan diri nak cakap bahasa asing tu dah kenapa?) ni pulak rasa kita sangat teruk kalau kita mengomen "eh kau dari cakap BI baik cakap Melayulah! / Speak Malay please!!!! you sound brilliant if you speak in Malay!"

Dari saya rasa bersalah sebab taik telinga bejoget dengo orang yang trying too hard to speak English, baik saya move on membawang pasal pepuak perasan sedang diburu Freemason yang takutkan vaksin covid-19.

Beriya-iya bercakap menyakinkan yang vaksin tu ada nano cip. Hat kalau babi ka, binatang tak halalka itu saya boleh terimalah. Waima depa kata konspirasi saja cipta virus, lepas tu jual vaksin pun saya boleh terima. Yahudi tu biasalah depa fikir duit-duit-duit. Tak de penyakit buat penyakit sebab nak jual ubat, tak de perang buat perang sebab nak jual senjata tu memang kerja mereka. 

Tapi yang masuk nano ni memang saya nak tergelak jugalah---alamak ada kije sikit---kita sambung nanti.

ok jom sambung---

Reaksi mereka yang takutkan vaksin nano cip ni mengingatkan saya pada adalah sorang budak tu. eh silap beberapa, 2,3 orang budak yang taksub dengan teori konspirasi Freemason ni. Kita cerita budak A dulu ya. Eh silap budak A dan B sekali harunglah. Budak A kata dia anak keturunan Nabi Raja Acheh. Budak B pulak anak keturunan Raja Bugis--- so dua budak ni sort of percayalah Freemason dok perati kat dia. Ntah otak dia super power sangat kut. hahaha---Iya ka power? saya tengok besye besye je. Budak B ada satu ketika sampai berentikan anak dia sekolah di aliran perdana dan hantar anak ke pondok. eh dah macam cerita retis Zul-Yahya pulak, kan? Budak A---ntah tak follow sangat lepas saya bergaduh dengannya dek gara-gara saya tak nak ikut dia bash ada sorang orang tulah, yang dia kata Wahabi---

Kau Wahabi ka, Freemason ka, ada aku kisah? Freemason, Wahabi bukan minat dengan aku pun. Dia minat kat kau. Jadi apa yang aku kalut-kalut nak join kau bash dua makhluk ni?

Tapi tu saya ni memerhati jugak ni, saya perati individu-individu yang mereka kata ajen Freemason, saya juga perati perangai budak A dan B ni. Tapi tu sebab la ni saya jauh dengan dua budak ni, saya perati pulak budak C. Budak C idaklah dia ni darah keturunan Raja dan Nabi, tapi dia fefeeling penegak Daulah juga tu.

Bercakap memang pung-pang-pung-pang tapi perangai ada sikit mengengkelkan. Yang jengkel tu, bila bab berjanji, masa tu kadang-kadang culas, bila bekerja tu culas juga. Bukan bab kerja juga, yang paling ketara bab nak kurus badan. Memang dia macam-macamlah dia promote kat saya, semua benda makan yang pelik-peliklah, keto keklah, overnight oatla, quinoalah, ntah apa-apalah,kan---tapi tu kalau makan-makan kat opis (kat opis ni memang selalu makan) dia langsung tak berdisiplin. Apa jadahnya kau beli makanan mahal-mahal lepas tu kau makan, makan opis yang kelasnya beshe-beshe je ni? 

Dalam erti-kata lain, dia dengan saya lebih-kurang je. Kadang tu saya ni lebih sikit dispilin dari dia. Dah kalau macam lebih kurang sama je macam saya, tak payahla nak sibuk-sibuk kepala serabut otak memikir hal dunia, kan? Fikir benda mudah-mudah aje sudahlah. 

Saya suka ambil contoh ayah saya. Dia adalah seorang guru yang berjaya. Tapi berjayanya dia sebab usaha kerasnya. Idaklah dia duduk goyang kaki kat rumah, mengaji dan sembahyang saja. Kerja macam biasa, sembahyang lebih luar biasa dari kita yang beshe beshe ni---itu pasal dia berjaya.

Lagi satu contoh, kita tengok pula Arwah Nik Aziz, arwah Ustaz Fadzil Noor, beribadat kuat, bekerja pun kuat. Kalau kerja politik ni satu Malaya gagah mereka pergi berceramah berkempen. Aish kalau budak-budak Daulah zaman malania ni, apa kerja dia buat tak tahula kita. Gedik-gedik selpie kat restauran, kat kafe hipster, tempat peranginan---masuk opis kerja ala bahai itu pandailah dia. 

owh, saya lupa hari tu, musim sebelum musim covid le, saya terserempak dengan budak A, dekat stesen LRT, off coursele dia jalan laju-laju---mak aii kalau tahun ni saya terserempak lagi harus dia dah sama besar dengan saya. What I am telling you, kalu dulu masa bujang punyalah segak, la ni badan dah barai dah. Haiiii badan kau pun tak terjaga, macam mana kau nak berperang dengan Freemason? Chances kau besok mati sebab sakit jantung, darah tinggi, kencing manis lagi besar dari kena remote control dengan nano cip Covid-19.






Wednesday, February 17, 2021

Potong Perut 2???

 Mak aii cerita potong perut ni memangla sensasi. Lepas Menteri selebriti potong perut, dia berucap wakil Malaysia ke mana tah, malas nak periksa. La kau dia punya ucapan serupa hawau kauuuu! Kengkawan geng demo Dataran Merdeka, semua kutuk yang ucapan itu teramatlah FAKEEEEnya. Tak jiwa, tak de rasa. Ada yang kata serupa budak sekolah pertama kali masuk pidato.

Bukan kengkawan demo jak pick-up isu ni, selebriti tanah air yang dulu merupakan Cikgu Bahasa Inggeris pun menegur sama. Bila exCikgu ni menegur, benda jadi sangat sensasi. Ramai betul tersinggung dek teguran Cikgu ni. Aku bet yang tersinggung ni derang pun ada buat salah yang sama seperti Menteri Selebriti dah buat. Aku berani cakap macam tu sebab ada satu komen dalam ucapan Menteri, "Menteri cakap English bunyi Jawa" Yang meroyan ni pun budak Jawa. Aku taulah dia Jawa sebab satu sekolah dulu. Bila budak ni meroyan, kawan-kawan Jawa dia pun meroyan sama to the point, serang peribadi Cikgu BI turn celebrity. 

Aku memang dari sekolah dulu memang hangin je dengan budak-budak Jawa ni, macam dia bagus sangat. Megah sangat dia tu Jawa. Menyampah. Maka aku teringatla kenangan lama kat sekolah dulu. Kami masuk mula tingkatan 4. Most of us dari All Boys or All Girls School. Kawan-kawan aku memang bestla---tapi budak lama yang menginap dari tingkatan satu ni, peragai ada macam suweh sikit. Itula jenis kalau kau dah salah, tak reti nak kata "eh betul juga eea pandangan kau" ----tak denya. Kalau bab yang derang tak boleh belah---dia orang akan serang peribadi kau. Eh derang tak pernahlah serang saya. Saya bukan ahli pasukan debat sekolah pun. Lagi satu beranilah mereka nak serang saya. Saya antara secinonet pelajar yang ada tali pinggang berwarna dalam sukan teakwondo tau. Nasib aktiviti tu terhenti masa saya tingkatan 5, (saya tak pasti kenapa. Seingat saya kalau dah naik tingkatan 5 cikgu suruh fokus belajar untuk SPM) kalau tak harus sama-sama habis SPM saya sudah ada tali pinggang hitam tau!

Ok berbalik pasal serangan tadi---apa anak Jawa ni dah kutuk Cikgu BI turun celebrity--- dia cakap penting ka BI, kalau nak jadi pelakun iya kut? Kawan dia, Jawa jugak jawab---Pelakun cakap je berabuk tapi semua sampah--- uinaaaa----Menteri kau tu banyaklah tak sampahnya,kan. Ada ke buat fotoshoot fesyen kebaya, kebarung, kurung bagai kat dalam opis. duh!!! kegilaan apa kaini?

Kalau saya banyak duitkan, saya nak sponser Cikgu BI turn Celebrity, bertanding di Titiwangsa dalam PRU akan datang. First saya akan lobi biar 1 lawan 1 aje. Cikgu BI turn Celebrity vs Menteri Model baju tradisi.  Saya bagi duit banyak-banyak suruh dia bagi bantuan kat orang susah di Titiwangsa sanaaa----pastu ajak jogging, senam robik, makan menu sihat bajet sama-sama dengan orang Titiwangsa. Lepas tu kau tengoklah Cikgu turn Celebrity ka yang menang, atau Menteri Selebriti feeling-feeling model of the year yang akan menang di Titiwangsa nanti.

ok done membebel----



Wednesday, February 10, 2021

Potong Perut???

 Minggu ni kecoh pasal Menteri Wanita kita yang dah comel lote selim-melim-lagi nampak muda. Apa rahsia? Dia kata jaga makan dan berbasikal. Page parti dia pulak kata Menteri sibuk kerja sampai tak lalu makan, sampai kurus-murus---

Ada pula kata dia buat pembedahan kecikkan perut. Feed FB saya penuh dengan gambar perut. Sana-sini orang mengutuk Menteri yang dah kurus ni. Sian dia. Masa gemuk kena kutuk dan cantik lawa pun orang kutuk juga.

Saya bukanla nak cerita sangat pasal Menteri yang dah lawa ni, tapi nak cerita pengalaman saya sendirilah yang gemuk, atau kalau ikut ukuran BMI, obes. Memang tak seronok. Masa muda tak terasa sangat tak seronoknya, sebab mungkin saya ni garang kut, orang kata aura monster tu dah lama ada, orang tak berani buli-buli saya. Bahkan kat sekolah dulu saya pernah diberi kepercayaan jadi wakil kelas. Eh kau saya wakil bukan calang-calang orang tau, wakil budak-budak yang gomen dah pilih belajar kat luar negara sana. Maksud saya berat badan bukan penghalang untuk kau berjaya dalam kepimpinan. Yang penting kau berani. Tapi tulah nasib tak menyebelahi saya kena sakit mental pulak lepas tu. Tapi semua tu ada hikmahnya. Baik terkesan dulu, dari terkesan setelah jadi YB ka, Pengarah Jabatan ka, kan?

Dia yang mula rasa tak seronok ni, bila dah umur-umur nak senja ni. Lutut sakit-sakit, tumit, tapak kaki sakit jika berjalan banyak-banyak. Pulak tu kerja Penolong Juruaudit ni memang kena banyak berjalan. Pulak tambah-tambah tu pulak dapat pulak jenis team member yang jenis tak boleh beralah, tak reti kije berkumpulan. Kalau ada masalah mulalah nak cari kambing hitam. hahhh kau----biasa kambing-kambing ni orang lembab, orang tercicirla kena jadi mangsa. Memang so far belum leee jadi mangsa, tapi tengok ada satu orang eh 2 orang bos yang sorang tu memang gemuk, sorang lagi tu tak gemuk, tapi pernah eksiden, kaki tak boleh jalan banyak-banyak, jenuh orang kata-kata derang macam-macam. Anak buah tunjuk muka,lah, kalau tak suka ni, tunjuk, setunjuk-tunjuknya---

Saya memang pernah kena treatment macam ni , tapi adalah tu sekali tu, dulu, masa baru masuk kerja duluuuu, ada aku kesah? Kalau setakat nak buat muka jelek, pastu ban aku join korang ngorat/menggedik pegawai lelaki, aku pun tak hingin nak follow. Tapi bila dah tetua ni, walau so far bebudak opis ni tak delah buat kat saya macam tu, tapi tengok orang lain kena, saya pulak rasa haish---padahal yang dok tunjuk-tunjuk muka muncung boleh diikat reben tu bukannya pandai sangat pun kerja. Pandai bercakap je. Pandai mengadu-domba, orang tu tak betul, orang ni tak betul---

Bila kita dah berumur, kan kita jadi macam beringat-ingat. Ingat apa, buatnya aku dah tak larat berjalan, mengaudit orang, mesti derang buat aku macam tu jugak tu. Kita tak de ingat lain dah. Itu pasallah duk sibuk sangat pasal kesihatan-kesihatan dan kecergasan-kecergasan ni. Kerja ni kalau ko tunjuk ko slow, lembab, terpinga-pinga menang ko kena bambu gitu. Nak nak kije kat audit ni, pegawai tak ramai, satu audit negara boleh tau kau macam tu, macam ni---Ngeri akuuuhhh--- dulu kije dengan Akauntan tak de pulak macam ni, sebab, pembantu, penolong, Akauntan lebih ramai dari auditor.

Seramlah, kita weeehhhh!!!!---

Orang memang boleh sedap mulut kata nak kurus sebab nak menggediklah, nak melaramlah. Macam-macam. Tak dinafikan ada yang begitu. Bila dah kurus tak sedar diri, mula tunjuk tek, tunjuk dada, sebagai benda yang patut ditutup nak ditunjuk-tunjuknya. Tapi bagi yang terpaksa kurus sebab periuk nasi, sebab kelangsungan hidup, janganlah yang sedap-sedap nak menyamakan kita dengan mereka-mereka tu.  




Thursday, February 4, 2021

Cinta Kolestrol---

 Ok hari ni kita sambung pasal kolestrol pulak ya. Saya ni memang kolestrolnya kira dah tinggilah. So kalau ikut KETO memang lagi tinggilah kolestrolnya nanti. So saya memang low carb tak makan nasi, tapi tak berani gak nak makan daging bagai. Tapi cheese, santan, krim yang lemak-lemak tu memang saya sukkaaa sangat. Yang daging tu tak berani makan bukan pasal kolestrol sangat pun. Pasal masalah pencernaan. Kalau makan daging kena lawan kan dengan terung atau bendi untuk melawaskan yang tak lawas tu. Rumah kita bukan sentiasa ada dua benda tu, kan. Tu yang malas nak makan tu.

Mula-mula lepas dah muak diet telur tu, KETO ni plak menggalakkan makanan penuh krim berlemak, saya apalah lagi macam lupa daratan sekejaplah. Sikit-sikit saya nak tabur cheese--- yang seronok tu cheese dah bertaburan dalam badanpun, berat turun gak. 

Tapi macam saya kata tadilah saya ni masalah kolestrol. Penggalak KETO kata kolestrol jahat yang derang gelar LDL tu tak de masalah. Banyaklah peneragan dia kan. Dengan pakar lagi. Memang menyakinkan. Tapi tu apa depa nak cakap, cakaplah. Saya ni kalau pemeriksaan tahunan mendapati kolestrol tinggi memang "kena"lah saya. So, sebelum kena buat pemeriksaan wajib, saya nak pergi periksa kolestrol saya dulu. Takut kalau makin meninggkat. Jadinya saya tengah fikir ni nak makan apa?

Saya plan nak makan ikan dan sayur ajelah. Ikan yang banyak lemak. Tapi tu kat mana ya kat Putrajaya ni nak cek kolestrol ni?



Tuesday, February 2, 2021

Movement Control Order (PKP)

Haa hari ini sambung cerita pasal weight loss journey lagi ya---

Hari tu cerita dari Oktober 2020 sampailah hujung tahun tu saya dah berjaya turun berat dalam 12 kg gitulah. Ada masanya juga naik gila-gila sampai 5kg sebab tak jaga makan, tapi lepas tu alhamdulilah turunlah juga.

Selain jaga makan saya buat jugalah sikit-sikit aktiviti senaman. Orang berat macam saya aktiviti dalam air ajelah yang selamat. aish nak jogging-jogging ni memang tak berani. Dah PKP ni kolam pun dah tutup. Macam mana gayanya saya ni, kan. So jaga makan ajelah. 

Ntah satu hari tu kawan baik saya macam tau-tau aje saya tengah struggle dengan masalah berat ni, dia share video youtube dalam FB pasal satu mamat engineer kije hotel yang obes tapi sekarang dah selim-melim!!! Mamat ni punyalah besar dia. Laki bini besoooo you alls. Saya pun apa lagi tekunlah saya follow mereka berdua, sampai masuk group deme. Wah seronok tengok mereka berdua. Isterinya sibuk masak, laki sibuk cerita pasal perjalanan weight loss mereka. Mereka amal diet KETO dan Intermittent Fasting (IF)

Saya memang dah lama dengar KETO dan Intermittent Fasting ni. Kat opis ni ada sorang antu KETO, sorang lagi IF, tapi aku tengok berat deme macam tu jugak. Mungkin tak disatukan KETO dan IF la tu. Kalu bab KETO ni ada dua 3 orang kawan yang dok-dok promote kat saya tapi saya tak minat sebab macam yang saya cakap tulah yang dok promote tu tak de perubahan apa-apa pun pada fizikal mereka. Tapi main reason saya langsung tak tertarik dengan KETO ni sebab saya rasa KETO, diet orang kaya-kaya. Iyalah bila dok promote, derang dok promote kek coklat KETO,lah salad, soup, dip-dip KETOlah, uish barang-barang macam tepung almond, gula gantianlah, susu almond, Bragg Nutritional Yeast sesoning tu bukan-sikit-sikit punya murah tu. Tepung biasa RM2.80 dapat sekilo, tepung dia ntah berbelas-belas ringgit, dapala setengah kilo je, tu belum cerita pasal manisan. Serbuk perasa dia, punyalah mahal 127gram gitu harga dalam RM70-ratus-ratus jugalah kalau x de offer. Kalau ko beli Pak Aji, baru brapa sen? Keluar duit banyak-banyak tapi badan macam tu gak, apalah jadahnya,kan?

Tapi bila tengok video yang kawan sharekan tu, saya terus berminat nak follow. Idaklah macam mahal rasanya. Derang kata derang makan sardin, santan, sayur-sayuran. Ada juga buat roti, manisan, tapi tu sekali-sekala-lah. Kalau ada vitamin kurang, sebab tak makan nasi, beli je vitamin kat farmasi. Selesai masalah. Resipi yang wife dia kongsi macam-macam dan rasa affordable dengan poket saya. Lagi satu couple ni mengamal IF, OMAD (One Meal A Day) dan IF panjang 48-72jam 3 bulan sekali, jadi kalau makan benda mahal pun mereka makan sekali je sehari dan sekali dalam 3 bulan tu 2-3 hari tak makan. Jadi apa hal kalau nak makan barang mahal, pun, kan? Kau bayangkanlah selama ni saya ingat kalau KETO jak mesti makan steak, salmon dan kek mahal, rupanya banyaklah sumber yang rega beshe beshe jeerrr, kalau buah beri-beri mahal boleh makan buah belimbing, tembikai. Kalu segala tok nenek cream-cream mahal, ganti jelah dengan santan.

Saya pun apa lagi, terus tinggallah diet telur tu. Saya bukannya tak suka telur, tapi nak makan telur rebus hari-hari, kalau dah ada alternatif lain memang saya tak maulah makan macam tu. Dah dekat sebulan juga saya tinggalkan diet telur ni, hari ni timbang, saya ambil dari awal tahun hari tu ada 5.5kg turun. Kira adalah pencapaiannya dari tak ada langsung,kan. Cumanya KETO ni nanti akan jadikan kolestrol saya tinggilah. Itu nanti saya cerita lain kali, lah.---

Bila fikir-fikir balik, bagus juga aku ni gemuk, sebab aku gemuk aku tahu pasal banyak benda pasal badan aku sendiri. Cuba aku tak gemuk, haramlah aku tak tahu pasal Ketogenesis, rintangan insulin, dan IF. Dalam IF ada pulalah autophagy. Banyak bendalah saya belajar dalam masa sebulan ni. Saya belajar pasal tulang, tulang reputlah dan rupa-rupanya badan kita ni memang magic, macam dalam cerita predator ka, apa jenis alien yang boleh self-heal themself bila tercedera, terluka ka hapa, ka kan? Cuma idak la dia laju macam dalam alien tu. Amazing. 

Kalau kurus dan tak de masalah sakit sana-sini, ada saya nak ambil tahu pasal ini semua? Fikir-fkir balik, semua yang Allah bagi kat kita ni bersebab. Jadi kita perlu banyak bersyukur