Tuesday, January 12, 2021

FEELING----

 Tetiba kita feelinglah pulak minggu ni. Ni gara-gara kena lock-downlah ni,kan. Tak de kije, mulalah teringat benda-benda yang sepatutnya dilupakan sahaja.

Kadang tu bila kenang balik, kita rasa, kita perasan macam best pulak nak dikongsi di sini. Ok apa cerita. Kali ni kita nak cerita cerita kisah cinta----hah gitu, kan? 

Ceritanya begini masa tu saya bosan, kut, saya merapu chatting dengan ntah sapa-sapa ntah,kan, nak kata bercinta pun tak jugak, just main-main lepas bosan. Pendek cerita last sekali seperti saya terjaga dari mimpi dan wake-up as a monster.

Over the years, macam eh suka pulak jadi moster, gitu. Orang punyalah semua nak jadi Bidadari Syurgamu, Puteri Lindungan Bulanlah, kan. Ko mesti kata kita temberang kalau kita kata kita seronok jadi monster. Seronok tu idaklah, kita bersyukur tak jadi Puteri.

Akceli banyak kali juga kita nagis-nagiskan sebab waking-up as a monster ni. Dah lama-lama bila tengok minah-minah Puteri kat opis ni kita selalu pulak cakap dan senyum sendirian "aish, nasib baik aku ni monster"

Nak kata monster ni memang real life memang aku real monsterlah--- apa benda monster dah aku buat?

Tak tahulah apa kita dah buat, tapi yang terbaru ni ada Puteri Opis tempat kita kije ni, tulis watsap panjang-panjang serang kita, pendek ceritanya kita ni sudah "tarnished her raputation" wah monsternya haku, kan? Kita buat bodo ajelah, kita,kan monster. Akhir tahun, dia tak tahan dia kuar unit. Kita pulak tercalon menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2020. Calon je ko ingat aku boleh dapat ke? Si Puteri ni dah lobby panel-panel lain macam-macam pasal aku. Setakat bukak LNPT kuar nama calon jele. Idak le kita berangan lelebih sat lagi nak tayang gambo naik pentas terima sijil dari Menteri Pendidikan aih!!!! Dapat calon pun kita dah seronok dah dan berterima kasihla pada yang mencalonkan nama kita tu. Hada juga orang suka kat monster gamaknya.

Dalam pada-pada kita monster ni, kira ada jugak orang yang terima kita dan percayakan kita. Tak ramai tapi ada,lah. kita seronok. Kita memang tak amik port pasal reputasi, ka hapa ka,kan. Yang penting pegi kije, nak siapkan kije. Itu ajelah sifir kita hari-hari.

Lain le pulak dengan si Puteri-puteri ni,kan. Telampau sangat dengan reputasi, sanggup marah-marah kan orang. Itu Puteri kecik ---level-level Khidmat Sokongan. Ada satu Puteri besau sikit level P&P, hadoi lagi gila perangai si Minah ni. Dia tak le gaduh dengan saya. Dia tak puas hati dengan team member saya.

Iyalahkan dah namanya Puteri, dia nak team dia best-best je. Nasib baik bukan team kekal saya, setakat team pinjaman je. Team dia kurang orang sebab ada yang naik pangkat, ada pulak yang cuti jaga anak sakit, so saya kena pinjamla ke team kayangan ni. Puteri Besau sikit, sakit hati dengan ada sorang dia punya orang bawahan ni, dia tak mau budak tu duduk dalam team dia. 

Kau tahu apa dia buat? Masa PKPB masa orang tak ramai kat opis, dia panggil budak dia dan cakap nak bincang pasal LNPT. Dia tak puas hati pasal prestasi budak ni, dia kata lagi dia selalu dapat komplen, team-member lain komplen derang sukar nak establish communication dengan budak ni, bla bla bla---

Penghujung cerita budak ni kena tendang dari team, dan ada pulak minah dari Blok F saaannnaaa yang seberang jalan besau sana (kita blok E), kata budak ni kena tendang sebab kita dengan sorang lagi kawan kita bawak mulut kat bos. Uitssss----punyalah besau monsternya kita ni,kan sampai ke Blok jiran dah tersebar dah kita ada kuasa tendang-tendang orang,kan?

Kita nak marah? Apa barang nak marah? Gelak pun ada dah nama pun monster. Kije kuli-kuli tapi ada power tendang orang sana-sini. 

Tapi tu kawan kita yang sorang lagi tu tak boleh terima tuduhan ini. Dia bersemuka dengan Puteri Besau Sikit dan tanya " Puan, kenapa xxx kena tendang?" Idakle dia terus serang kata "bla bla bla" alahai kita ni kuli-kuli je takkan nak serang bos sendiri pulakkan? Dia expect Puteri Besau sikit kata "eh bukan korang ka komplen macam-macam pasal dia?" tapi tu dia cakap budak tu mintak tukar ka, bos besau suruh takau ke tak taulah mana satunya---yang suruh tukau eh? 

Wah depan budak tu dia kata team komplen, depan team dia kata bos besau komplen. Mana satu ni. Tapi budak kecik tu cakap yang tak puas hati tu, dia, leeeer. Tapi dah dia feeling dia Puteri, mana maunya dia nak calarkan reputasi dia yang menendang-sana-menendang sini, tu, kan. ha ha ha--- dia create story yang completely tak betul. 

Eh masa tu si Monster ni plak feefeeling PU Rizz Nelooopa cakap "saya nak fokus masuk syurga, jadi saya maafkan dia sebab dah buat cerita tak betul pasal saya" Betul saya langsung tak marah pun. Cuma sikit nagis-nagis tu adalah--- tapi syukur sangat NASIB BAIK AKU NI MONSTER

Bayanglah kalau Puteri, punyalah nak jaga reputasi sampai orang yang kena dengan kau aje yang tahu betapa kejinya perangai kau.

Lepas tu hari-hari, walau kita dah selamat dipulangkan ke team asal, kita mengadap juga si Puteri Besau sikit ni, memang peragai dia tak serupa Puteri mana, pun------Puteri Batu Api, adalah. Tapi bagi orang yang kenal dia kata dia Memang Puteri Harapan Bangsa Pembasmi Korapsi Negaralah. 

Hada aku kesah apa gelaran ko ada, kan. Watever gelaran, hanya pinjam semata-mata sementara hidup. Besok dah mati gelaran tu tinggal gitu sahaja. Buat apa bergelar Puteri tapi terpaksa create story, create watak monster yang tak wujud. Nasib baik monster yang ini tak kisah apa-apa, kut kut besok ada monster yang tak redha, kalau monster tu memang real monster, duduk dalam neraka, merangkaklah kau cari dia dalam neraka saaaannnaaaa cari dia dan minta maaf sama dia----



Sunday, January 10, 2021

FAIILLLLL-----

 


Masuk jak opis dah ada kek kenit sebekas kat meja. Happy Birthday katanya hihi---


Birthday- Ai dah lepas, tapi tulah kalu dah nama Birthday ni orang bukan kira nak rai bila. Rasa Birthday-birthday ni sepanjang tahun birthday Ai---

Birthday saya 3 Januari yang lepas, masa tukan cuti. Lepas tu ramai yang sambung cuti sebab nak prepare anak sekolah, nak cari pengasuh dan macam-macam hal,lah kan yang berkait dengan persekolahan dan pengurusan anak-anak ni, Jadi sambutan di ofis ni tertunda. Ni baru kek kecik, ko tunggulah, dengo citer Jumaat ni derang nak buat makan-makan untuk Ai dan kawan-kawan lain yang sambut Birthday bulan Januari ni.  

Tapi sambutan di kampung dah buat dah. Family dah bawak makan sana-makan sini. Kat rumah pun mak dah masak sakan. Mai pulak family dari KL, masak-makan-masak le kijenya kat kampung tu. Balik Putrajaya hapa lagi ----- BOOMB, segala penat lelah berdiet telur hari tu, habis punah. Gitulah ceritanya. 

Diet memang gitulah agaknya,kan. Tapi bila look back when I first started ada kesedaran tentang berat dah terlebih ni, iaitu pada Oktober, saya kira sampai hujung 2020, dah lost 12.7kg. Aik takkan naik balik 5 kg sebab makan-makan di kampung saya nak give-up all the hard work, kan. So saya istiqamahlah berdiet. Senam, atas darat bagi orang macam saya ni mmg tak laratlahkan. Saya senam di kolam. Alhamdullilah, 5kg yang naik tu dah set off balik.

So 2021 ni macam mula buku baru balik,lah. Memang sukar nak kawal makan kalau kita di kampung dan bersama-sama orang yang tak ada masalah obesiti ini. Tapi tu tak eloklah dah salah sendiri tak boleh kawal makan, nak salahkan orang lainlah pulak, kan. Kita tak boleh kawal selera orang. Kita cuma ada diri sendiri sahaja yang boleh dikawal.

Berbalik pasal kek ni, kita tak boleh marah kawan-kawan yang suka belanja kita makan-makan, tapi apa yang boleh kita buat?

Boleh gandakan senaman harian--- boleh berpuasa sunat. Itu ajelah yang kita boleh buat.

Sekarang ni saya tengah berdebar ni tunggu apa keputusan PKP yang akan diumukan hari ini. Dengo citer PKP nak dikenakan semula---alahai, tak boleh mandi kolamlah gamaknya,kan. So, apalah option yang ada selain kolam? Takkan nak pose hari-hari,kan. Tak ke pelik namanya tu hihi---

Kalau ko rajin menelaah, rajin surf internet, ada alternative lain selain kolam bagi orang yang sayang lutut-sayang kaki macam saya. Apa alternativenya. Tunggulah kalau jadi PKP balik, kalau tak jadi tak delah saya cerita, kan?

Wednesday, January 6, 2021

Sembang Politik

Ceh kata dah tak mau tulis pasal politik, tapi hari ni nak tulis gak. Kalau dah minat tu,kan, mesti nak cerita jugak pasal perkembangan terbaru ni, sebab teramat-amatlah menarik untuk ditulis. Ia sangat berkait juga politik pejabat yang dah berlaku ujung-ujung tahun, sambung awal tahun baru ni.

Ok kita cerita politik Melayu-Malaya dulu ya. Cerita PPBM dengan UMNO ni macam cerita ular lidi nak telan ular besar. Mustahil al cerita kartun,kan. Kita fikir balik macam ketua-ketua PPBM ni psiko kuat berangan ka hapa. Kau tu ular lidi je. Kalau Ular besar tu dah mampus pun, kau gigih juga nak menelan, akhirnya nanti kau juga yang akan mati tercekik sendiri.

Tapi saya tak nakla cerita pasal ular dua ekor tu, saya lebih suka cerita pasal ada cacing sekor dalam ular besar yang dari awal lagi sibuk berkempen dia ada power bantu si lidi menelan bangkai ular besar itu. Tapi ntah macam mana tah si cacing nak kata kenit tak kenit juga tu dah terkeluar dari bangkai itu. Menjerit-jeritla si cacing ni tadi. Ntah apa dia jeritkan malas kita nak tulis. Si cacing ada naratif dia sendiri, dan kita pemerhati ni perhatikan ajelah,kan?

Ini cerita agak sama betul dengan politik pejabat saya hari ini. Saya tak katalah ular lidi nak telan ular besar, cerita dia sama-sama nak kata besar, tak besar juga---kira ular sedang-sedang. Si Sedang 1 ni saya perati dan cakap dalam hati, "ko ni dah kenapa?" Si Sedang 1 sangat kofiden nak telan Si Sedang 2 sebab Si Besar 1 back-up dia. Dia tak toleh-kiri kanan, Si Besar sikit dari Besar 1 dah lama meluat kat dia. Pendek cerita Si Sedang 1 sendiri kepanasan minta tukar unit. Ko yang buat perangai besar kepala macam bagus, lepas tu ko juga macam tak boleh nak move on dan buat cerita terbalik konun semua orang buli kau, berkonspirasi mengeluarkan kau dari unit tersebut.

Kalau dengar naratif Si Sedang 1 macam mana sampai dia boleh landing ke unit lain memang kita sakit hati. Tapi biarkanlah dia nak create apa cerita dia nak create pun. Mulut dia bukan kita ada kuasa nak tutup. Biarkan ajelah. Dah penat besok dia sendiri senyaplah tu.

Gitulah dia cerita orang ni. Kadang tu yang bikin diri tu in deep shit kaulah juga. Tapi kau pandai buat naratif yang orang inaya kau. Play victimlah gitu,kan? Owh apalah cerita si pemback-up tu. Dengan si back-up-back-up pun back-off sama. Tetiba jak Si Sedang 2 jadi monster. Padahal dia tak buat apa-apa, pun. Dia yang teruk nak ditelan-telan, tetiba dia pulak jadi monster yang menelan.

Begitulah cerita kisah orang yang berpolitik nak telan orang lain, bila sendiri sedar tak daya nak menelan, buat cerita orang telan dia.


-SEKIAN-