Monday, September 30, 2019

Demam Odah the Vaaassss

Sebenarnya sambung ckeett citer semalam---

Pasal jemputan sang Sasterawan yang bikin saya fikir bukan-bukan tu. Saya rasa dia ikhlas kut. Dia pun macam saya jugak, menyampah tengok Sasterawan-sasterawan yang lebih berperangai Polis Moral, atau Polis Bahasa.  Ada ka jawatan tu. Secara rasmi memang tak de mana nak ada, tribunal pun tak ada, kan? Ataupun mengada-ngada-menggetikka, kerja tak seberapa, tapi semua kredit dia nak amik. Jadi nak suruh saya duduk dalam sana kasi maki mana-mana "wannabe" or "in the making" ni sikit, biar bejejak di bumi nyata.

Saya rasa sasterawan yang menjemput tu yang lemas dengan segelintir  sasterawan ka,  sasterawan wanna be, in the making yang begitu. Saya pun lemas gak dengan orang macam tu. Saya punya kaedah, kalau lemas aku cabut. Saya bukan penulis pun. Mujurla dalam juruaudit ni, so far memang tak ada Polis Bahasa, kami bukan ahli bahasa. Kalau ada environment yang bebas Polis ni, buat apa saya nak sakit-sakit hati join satu persekitaran yang penuh Polis Bahasa, kan? Tapi yang mengada-ngada, mana-mana ada. Yang tunjuk DIVA pun semua bidang ada. Seboleh-boleh kita nak pejam mata dia dengan kerenah ni, tapi kalau baca tulis hat bawah,,, hurm memang kena sebijik dua dengan saya.

Saya juga ada seorang kenalan yang saya percaya 2x5 je macam saya. Tak berani dia meracau-racau tulis karya kreatif ala-ala racauan Odah the Vaaasss tu. Semua tak berani, semua takut dengan Polis-Polis atau DIVA-DIVA kecil ini. Deranglah. I? Sori, nak takut dengan orang macam tu. Tak de aku takutnya walau aku ni kuli batak gomen je, kau tu ntah-apa-apa-gelar negara kau dah pikul, nak pikul atau berangan nak pikul. Apa nak takutnya kalau betul dia buat perangai munafik, depan lain belakang lain, saya maki aje. Tapi apa bukti nak kata yang polis-polis ni munafik. Saya dengar hearSay Hearsay je. Buat apa nak layan HearSay. Kalau berlaku depan mata, pun ada aku kesah nak memaki? heyyy tak kuasa. Baik istigfar banyak-banyak, baca Auzubillahhiminassyaitonnirojim ulang-ulang. Nabi mana ada maki-maki ni, kan? Saya tak memaki bukan takut sebab pertama [1] Nabi tak buat; [2] Sastera, bahasa bukan periuk tempat saya cari makan. 


Tulah saya syak deme saja nak saya join ni sebab nak saya maki manusia-manusia yang menyakitkan ini, barang kali, bukan nak bagi RM5,000 sebulan tu. Bia betul, mereceh, meroyan, maki-hamun bule dapat title Sasterawan Negara, Dah Nyanokla tu, kalu bagi title tu kat kami ala-ala Odah The Vaaasss ni. Jadinya, lantak kaulah nak tegolek ka telentang, ka , kan? Nak kena cucuk, kena rodok, depan belakang ka, kan? Hah!

Saya nak dengor Odah de Vaasss menceceh ja. Hah kalau rindukan karya maki-hamun carut mencarut, tengoklah bidio si Odah tuuuu.... he he he he....

****

Kalau yang buat peragai munafik ka, mengada-ngada ka tu Juruaudit ka, waima auditi, liaison officer to an audit research pun, hah memang dah kena sebijik dengan saya. Kalau buleh memang kita tak nak mencarut tau, tapi kalau dah melampau, memang kenalah, kau. Baru 2 tiga hari lepas sorang minah tu kena dengan saya. Apa saya cakap---"ai apa kau buat sampai lubang kau tu looooongggarr-loooonggar!!!?"

Kalau kita suruh dia buat follow-up, jam-jam tula internet dia rosak, sambungan lubang cucuk wayar internet dia longgarlah. hah kena sebijik---

Sikit hari lepas tu, bos kecik saya membebel, ada kena mengenalah dengan minah lobang internet longgar tu. Bos tanya pandangan saya, pasal satu paperwork tu. Paper dia ea, bukan dia yang yang present paper tu. Bos kecik bos tu baru. Dia macam loss sikit. Kebetulan saya masuk bilik dia suruh semak kije saya dia pun tanya "ini macam mana ni? pening saya"--- saya tengok balik, dan tanya, "mana naratif dia? Suruhlah buat sikit, bagi lambak macam ni, sapa nak faham?" Lepas tu bos pun pot-pet-pot-pet-pot---- saya komen sikit je "suruhla dia buat. Kalau benda kecik ni pun tak mahu buat, apa benda yang kije yang dia buat? Datang opis ni memburiiiit aje ka kijenya?"

tapi kita gelak-gelakla. Gelak heran apa benda kije derang buat hari ni.

Tapi tu juga, bukan bermakna tiap-tiap hari saya berkicau macam si Odah tu. Tidak. Setahun payah sekali orang kena carut dengan saya, melainkan dia memang layak dicarut, dan selepas mencarut akan ada orang ucap tahniah pada saya sebab mencarutkan orang itu.

Sunday, September 29, 2019

Saya Pergi Hospital----

Nasib baik saya pegi hospital. Kalau tak mesti saya cakap cubaa membuli cyber saya sedang diatur rapi.

Awat saya merentan laguuu ttuuuuu? Hah gini, ada sasterawan Negara tu ajak saya join FB penuleh wanita. Ngeri saya, apatah lagi penulis wanita.  he he... kenapa? Saya dah kena dua tiga kali dah dengan penulis-penulis ni. Saya tak taulah ngapa sastrawan-sasterawan ni minat sangat dengan ai. Tapi tu lepas Ai tulis, ada penulis lain wanabe ka sasterawan in the making ka akan maki hamun saya macheeem-macheem. Kau tak rasa ka, sasterawan yang berkomplot. Dia suruh kau tulis lepas tu dia pakat-pakat suruh peminat dia maki kau. Tapi kenapa dia nak buat macam tu? Ntahlah---- atau mungkin ada sasterawan wannabe or in the making yang jeles dengan hang sebab tu dia maki-hamun hang. Tapi lagi satu kenapa? Tak payah nak semak otak memikio eehhhh.

Kije sasterawan ni bukan ada gaji pun. Lately ja gomen upah deme sorang RM5,000 sebulan. La tu 5 orang jak yang dapat. Ai calon sasterawan ka yang deme hok berubut-rubut nak begaduh dengan Ai. Takut yang tak de apa-apa ni aleh-aleh dapat RM5,000 tu. Al Maklum la Ai kan kije Tugas Khas. Hah kau TKSU(P) KPM pun like FB Ai, TNC UMS ucap tahniah FB Ai. Hah, kan? Kut la TKSU & TNC pakat nak bagi RM5,000 sebulan kat kuli derang yang comel, rajin dan efficient ni. hehe---

Tok sah berangan besar nak RM5,000 la eh. Kije Penolong Juruaudit ni pun dah okla, bolehla walau belum sampai RM5,000 sebulan. Kalau betul nak RM5,000 pun baik Ai kejo jer jawatan juruaudit. Kalau Sasterawan gaji RM5,000, jawatannya 5 sahaja. Itu pun dah diisi. Nak tunggu kosong, tunggu derang mati dulu. Bila nak matinya. Sekurang-kurangnya Juruaudit lagi banyak dari itu. la ni pun ada 101 jawatan yang tengah kosong tu. Walau starting juruaudit separuh ja dari Sasterawan, tapi berbaloilah untuk dicuba. habis kuat kau gagal temuduga je. Kau kena provoke masa interview. Kalau nak jadi sasterawan, belum tulis lagi dah kena balun, besok kalau tulis lagi la teruk kena he he....

Yang mengenakan tu bukan calang-calang orang. Sarjana dan sasterawan juga.

Orang kata kau boleh hidup 1000 tahun atau sampai kiamat pun tak mati dengan menulis. Aiiisshhh tok sah beranganlah nak menongkat dunia dengan menulis gaya mereceh, memaki mencarut Oda the Vass, tuuuhhhh. Itu bukan tongkat langit namanya, itu nak kena balun dengan malaikat maut sampai terperesuk 7 petala boomi.... bawa-bawak betobat la eh menulis berangan benda bukan-bukan, kan? 

Thursday, September 26, 2019

Retak Seribu (Cash is indeed a KING)

Minggu lepas saya dapat bos baru. Dari state. Masa tu saya tengah busy coordinatekan exit conference Jabatan Audit Negara bagi LKAN siri 2, tahun 2018 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Disember nanti.

Bos saya cakap "aik, Dr Maszlee, takkanla ada isu" ntah dia perli ka atau dia memang percaya Dr pemimpin Rahmatan lil Alamin, pembawa rahmat pada dunia ka, tak tahu lah saya. FYI bos saya non-muslim, bumiputera Asli Semenanjung. Saya pun cepat-cepat cover "ini kes zaman Najib lagi 2016 punya kes"

Hari ini saya watsap link ini untuk dia. Dia gelak aja dan siap ajak skodeng kereta Setiausaha Menteri. So saya kira dia bukanlah die hard fan Dr Maszlee. Dia saja-saja menembak jak tu. Logiklah bila dah jadi Menteri, ketua bahagian, nak menggerakkan cawangan mesti nak pakai duit, nak buat Mesyuarat cawangan, cabang ranting pun nak duit. Mana ada panggil mesyuarat, langsung tak bagi duit kopi? Kau ingat ini mesyuarat retis ka, peminat sanggup kuar duit, nak jumpa retis. Dr Maszlee dah tahap Retis Siti Nurhaliza, ka? Karang tak bermesyuarat, ROS bule bubar parti. hah! Mau tak mau orang macam Dr Maszlee mesti ada banyak duit, walau dia tak ada rasa nak merebut jawatan utama parti pun. Dah kalau nak merebut, lagi lah kena kuar belanja lebih.

Patut saya share link tu kat group see apa reaksi rakan-rakan. especially dia yang beriya nak Dr Maszlee jadi PM. Sure either dia akan pendam dalam. Nak angkat muka bergaduh bertempik kata saya pendusta dan penfitna mesti dia tak berani tu. Sebab saya share saya berlapik cakap "harap ini fitna je. Orang baik takkan buat hal macheem-macheem."

Haruslah hati kawan ku itu hancur luluh luka berdarah. Sama ada luluh mengenang harapkan pegar-pegar makan padi, atau luluh sedih mengenang buah-hatinya difitna sesuka hati oleh penulis cyber yang tak bertanggungjawab tak tahulah kita. Yang pastinya LULUH, seLULUH-luluhnya.

Itu pasal walau saya suka sangat politik, saya tak share kat FB. Sebab ramai sangat kawan-kawan FB sana yang 'PH's die hard fan'. Kalau derang masiiii dalam denial, lagi sedihlah derang bila Ai dok share-share perkara yang pada mereka "bukan-bukan" ini. Buat apalah kita nak bikin kawan-kawan kita sedeyyy, kan?

Wednesday, September 25, 2019

OKU

Tarikh sebenar bila sakit mental ni diketegorikan dalam OKU tu saya tak pasti. Yang saya pasti sekarang ni saya boleh apply kat OKU. Lepas tu tampal sticker dikereta, saya akan dapat parkir OKU yang menjadi idaman sekian ramai itu.

Tapi entri kali ini bukan pasal parkir. Tapi pasal orang-orang sihat yang perihatin dengan nasib OKU. Saya tak kisah dia nak perihatin pun, perihatinlah, tapi toloooonnnngggg tolllllloooong kije kau kat pejabat ni tollloooong, toooolllonglah beri perhatian sikit. Kalau tak baik kau join je group-group NGO secara full time, or polish diri kau tu supaya jadi social influencer macam Syed kempen peluk anjing tu. 

Bila tengok orang macam ni kita terfikir balik, betul ka kau perihatin, ke kau nak tumpang glemer, nak nampak kau tu ape ea... perihatinlah, berempatilah bla bla bla-----

Why OKU? Sebagai orang yang kalau apply kad OKU memang kumpem bule dapat, kita menyampah dengan orang yang pura-pura. Pura-pura perihatin penuh empathy sedangkan hanya mau kelihatan seorang yang ntahla tak reti saya nak tulis.



Thursday, September 19, 2019

MaMa Dajjal??? 2

Sejak PH naik ni, benda yang derang asyik buat ialah jual aset Khazanah. Bila orang tanya kenapa jual? Tun M kata Khazanah dah menyimpang dari tujuan asal. Khazanah ni beli tujuannya beli saham-saham syarikat sakit, bukan syarikat untung macam hari ini. Itu pasal mana-mana saham untung akan di let go.

Ko rasa?

Aku rasa kat Malaysia ni tak payah ada Dajjal. PM Malaysia sendiri di"back-up" dengan Mak Immam, Pak Immam DAP dah cukup untuk pelingkup Negara.

Adakah PM tu sebenarnya pesuruh Dajjal? Saya rasa tak juga sebab dia yang banyak berperang dengan ajen-ejen Dajjal Mat Salleh. No 1 kawan gaduh dia George Soros. Saya rasa dia nak jadi macam Soros, macam Rothchild. The Freemason wannabe. Tapi tak menjadi pun. Ko tunggula kalau jadi Abang Non PM 8 atau sikit hari dia mati, saya yakin belum Najib masuk jel, anak-anak dia masuk dulu.

Saya ada bawang-bawang Tun dengan seorang kawan. Kami bawang gini. Tun ea, kalau betul anak selamatkan anak-cucu, masuk balik UMNO ajelah. Bubarkan Parlimen secepat mungkin. Tolong UMNO menangkan Muafakat Nasional-tajaan BN-PAS. Insya Allah kalau gabungan ini menang, keluarga Tun tak akan diusik. Yang dah lepas tu lepas lah. Kalau DAP-PanPKR Malaysian Malaysia berkuasa penuh belum tentu TUn selamat, walau Mukhriz Mahathir jadi PM. Kalau Tun mati, anytime derang boleh bagi undi tak percaya sama Mukhriz.

Saya berani cakap keluarga Tun tak akan diapa-apakan, sebab saya ni Melayu. Saya tahu Hati Melayu lain sama macam saya. Hati Melayu tidak sampai kalau dah menang sanggup pancung kepala pemimpin terdahulu macam berlaku disekian banyak sejarah.

Yang tajuknya MaMa Dajjal tu dah kenapa? Apa kaitan dengan Tun. Tak saja nak sambung cerita yang kat Malaysia ni pesuruh Dajjal tak payah mari bukak cawangan, pun. Kalau betul ada cawangan, cawangan tu dah bubar kut. Ahli-ahlinya mati akal nak memikio tak sanggup nak bertanding dengan, "kecerdikan" Tun & Imam-Imamah DAP. Takut derang nak duduk Malaysia lama-lama, takut menjangkit "kecerdikan-pelik-ini" he he-----

Wednesday, September 18, 2019

Pejuang Bahasa

Satu dari hobi saya ialah memerhati Pejuang Bahasa. Ntah macam mana buleh minat, saya pun tak berapa perasan. Ia bermula dengan sembang blog. Pejuang-pejuang ni sokmo tak pueh ati dengan gomen. Paling dia tak pueh hati Dewan ler....

Tak pueh hati dengan Dewan, tak pueh ati dengan Menteri, orang politik. Kemuncak tak pueh hati ni ramai-ramai rakyat tukar kerajaan dari parti yang nampak lebih ikhlas, tak korup, lebih cerdik lagi berpindidikan dari yang lama. Memangla saya ingat bila dah tukar kerajaan semua dah ok. Saya nampak hero-heroin bahasa dah diusung Menteri sana-sini. Saya fikir tentulah sekarang mereka dah happy. Eh, rupanya saya silap. Awal minggu ni saya pergi seminar bahasa.

Saya follow sebab kat opis saya kalau bahasa-bahasa ni, tak kiralah apa bahasanya, tak de orang minat. Maklumlah kita ni selalu berbangga yang kita orang angka. Tapi auditing is all about reporting, nak tak nak kena menulis dan berbahasa jugalah. Sebab saya sukalah juga menulis-nulis, walau kalau tulis tu menyakitkan hati ahli bahasa, menjaham bahasa jerr, saya pergilah juga, sebab sekurang-kurangnya saya dapat khabar perkembangan perjuangan ahli-ahli bahasa ni.

Seminar yang saya hadiri memang sangat bagus, bikin saya faham sangat-sangat, kenapa penting kita jaga bahasa, apa masalah, apa yang bikin pejuang-pejuang ini tidak puas hati. Kita bidang kewangan, ni tak berdepan dengan kemelut mereka. Sebut kewangan walau kes korupsi melambak, ramai tak puas hati gitu-gini. Kita masih ada salurannya. Undang-undang yang memanyungi kewangan kita bernyawa dan berjalan walau idaklah segagah Panglima Perang dahulukala yang semua orang takut. Pondan-pondan Akta kita pun, kalau kau buat salah still ada bendalah yang unit intergriti, unit tatatertib buat. Pendek cerita, akta, undang-undang kewangan Negara disokong dengan penguatkuasaan yang jelas.

Ini tidak berlaku dengan Bahasa. Dia ada Akta, dia ada Federal Constitution yang cakap begitu-begini, tapi dia tak de satu mekanisma yang memberi nyawa untuk kata-kata dalam Akta dan Perlembangaan ini bergerak dan berdiri memanyungi bahasa yang cintai ini.

Jadi salah seorang dari pembentang kertas kerja mengusulkan tak banyak, sikit jak iaitu dia minta tribunal jer...Jalan tak jalan tu cerita lain ya. Manakala ahli fikir yang lain pula minta Maths & Science diajarkan semula dalam bahasa ibunda.

Hah, kan tak banyak pun yang diminta. 2 aje. Tapi dua ni memerlukan belanja. Apa-apa juga benda nak jalan kena ada duit. Duitnya saya kira bukan sikit. Lebih jimat kalau Menteri usung sorang dua tokoh, ikon bahasa dalam program-program Bahasa di Kementerian, lantik sorang dua jadi Pegawai Khas Menteri. Nak lantik semua, nak buang Juruaudit ganti Pegawai Menteri, mana bule macam tu. Lumpuhlah Kementerian kalau tak de Unit Audit Dalamnya. Yang saya nampak begitulah dia satu dua tiga ajelah yang Menteri boleh angkat. Angkat semua memang tak larat. Kementerian pun bukan ada duit tambahan pun. Apa yang ada ni pun banyak yang dipotong.

Jadi kita boleh jangka yang Menteri takkan layan permintaan orang-orang hebat ini walau saranan mereka ni penting. Patutkah Menteri layan. Saya rasa memang sangat patutpun. Kalau tak layan, kalau besok lusa ada benda tak bagus berlaku, benda buruk berlaku, saya yakin Menteri ada saham liabiliti di akhirat nanti.

Persoalannya kini, adakah Menteri akan buat? Itu kena tunggu seminar tahun depanlah. Kalau masih bincang benda yang sama, maknanya tak buat lagi. Benda ni akan dicakap-cakap-ulang-ulang sampai KERAJAAN BUAT. Selagi tak buat selagi itulah akan disebut dan diseminarkan.

MaMa Dajjal????

Ada kawan FB yang bagi saya video mendakwa DAP itu bla bla bla----pesuruh Dajjal la. Saya kata balik iya ka begitu? Saya selalu membayangkan ejen Dajjal ni macam keluarga Rothchild yang kaya-raya, licik dan genius itu. Tak nampak pulak DAP macam. Cer teker certeker family sapa yang nampak macam itu?

Saya ni pula bila sebut Dajjal je saya membayangkan orang Islam terpaksa tambat anak bini kat tiang, tapi akhirnya anak bini ni bolos juga dan menyerah diri kepada Dajjal. Adakah sekarang ni orang Melayu terpaksa menambat anak-bini mereka di tiang untuk mencegah mereka dari datang kepada DAP?

Saya cakap je kat kawan yang saya tak ambil port pasal Dajjal sebab percaya pada Ali Imran Ayat 54. Saya cakap macam tu sebab saya nak pergi event ini. he he....


Sekarang ini baru saya faham kenapa dulu ada anak keturunan Nabi + Raja Acheh meroyan-royan tuduh saya yang bukan-bukan. Rupanya dia dah dapat nampak dalam kasyaf yang saya akan berselpie dengan MaMa- MaMa Dajjal.

Thursday, September 12, 2019

Reputasi Melayu----

Masa saya outstation hari tu, kebetulan sistem air port tengah down. Mujurlah masa saya check-in, ok. Pagi je ok, team kami yang lagi satu macam gitulah stuck 4 jam kat airport sana. Saya teringat cerpen kenalan yang mengaku saya ni kawan baik dia berjudul Historia Kencana. Kawan saya ni bukan Melayu. Bumiputera aje. Dia memang cukup takut kalau Melayu hilang kuasa. Dia takut 13 Mei. Sebab takut sangat 13 Mei itulah jadi cerpen Historia Kencana tu. Personally, saya rasa terhina juga sebab kawan sendiri pandang macam tu pada Melayu yang hilang kuasa. eh teruk sangat ke kita ni? Hilang kuasa sikit dah nak ngamuk. Ke yang suka, marah-marah, tu, engkau?

Bukan orang bukan Melayu je, budak-budak muda Melayu pun rasa macam gitu juga. Komen mereka "yek ella orang bumiputera Sabah Sarawak tu lagi teruk kena buli, ok je" Itu budak-budak, yang sebaya saya pulak kata politik PAS UMNO politik Assobiyah nau nau. Nau nau tu loghat orang Melaka bagi bebono----benar-benar. Sangat Assobiyah.

Begitulah ceritanya. Bila berada dalam keadaan macam ini kata-kata hikmat seperti di bawah memang sangat therapeutic untuk mengubat jiwa yang kesedihan dituduh tak boleh terima kenyataan, suka mengamuk sebab kalah dan sebagainya....bila masala yang kita mengamuknya tak tahulah kita.

Be more concerned with your character than your reputation, because your character is what you really are, while your reputation is merely what others think you are. --- John Wooden

Tapi tulah bila kita hilang kuasa je, bangsa lain, juga bangsa sendiri ada yang menjangkakan kita akan mengamuk tak lama lagi.