Tuesday, December 25, 2018

Burung Ka ka ka

Menteri Agama yang baru begitu merasuk fikiran saya. Tak pernah seumur hidup saya ini ada lelaki yang betul-betul bikin saya ongoing berfikirkan tentang mereka. Adakah ini tandanya cinta? ooowwhhhh TIDAAAAKKKKKKK!!!!!

Beliau memiliki sosok sangat bikin kita teruja-uja dan mengkeji dan mengumpat. Kalau rakan bawang saya tu, kan...bukan setakat dibawang-bawangkan sajah, bahkan disumpah laknatnya Pak Menteri itu.

Minggu ni naik-naik cuti hari Natal jak Pak Menteri bikin saya bangkrap lagi. Habis pahala saya baca quran pegi ke dia sebab menulis benda-benda macam ini di sini. eh apa cer? malas nak cer, baca sendirilah. Persoalannya, wajarkah pak menteri menulis warkah yang sebegitu rupa?

dalam hal lain, kawan saya share sesuatu pasal liberisme yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah. being in accounting and auditing profession, bulelah kau nak kata saya ini berada dalam zone liberal. Bidang ini memang agak teruk terjejas dengan skandal, jenayah, perbuatan tak beretika dan macam-macam benda buruk yang boleh menjejaskan profession itu sendiri.

Tapi tak pula memasing dok mengata "alaaa... ini semua fitna / konspirasi nak menjatuhkan saya". Dah jatuh, didapati bersalah, kau duduklah dalam jel sana, kan? Yang kat luar ni semua ambil pengajaran, buat apa-apa yang patut, walau nampak macam suram dan kelam saja.

Tapi itu tidak sedikitpun melunturkan semangat juang, para sarjana untuk mengakaji dan memberi cadangan, solusi kepada kemelut yang melanda. Itu semangat yang saya suka. Saya juga bangga berada dalam sebahagian dari profession ini. 

Tak payahlah nak nulis surat bagai nak rak, nak mencari puteri. erk....sebenarnya sapa yang perlukan puteri tu ea. Rakyat ka burung ka ka ka kau? Dalam aliran liberisme ini semua boleh jadi puteri. Sebagai puteri islam, jika kita gigih mempromosi islam sebagai model terbaik melalui tulisan dan penyelidikan, walau saya separuh bena tak bena, saya percaya yang ianya boleh diterima sebagai sebahagian dari penyelesaian kemelut yang melanda professi ini.

Tuesday, December 18, 2018

Salah siapa...?

Ini sambungan dari cerita ampu mengampu ini. Cerita ni terjadi dalam bulan Oktober, November yang lalu...

Ada sikit konflik di ofis yang dicetuskan oleh si kaki ampu. Kali ini naik darjat saya sebab dijadikan tempat merujuk. Almaklumlah saya kira yang paling tua dari segi umur di kalangan Penolong-penolong pegawai di tempat saya berkerja ini.

Di pendekkan cerita saya beri nasihat yang saya tak pasti if they like it or not, tapi I guess they don't like it but they can't deny the wisdom in the nasihat/judgement saya. Eeh eh eh... perasannya saya, kan?

Okey begini nasihat saya, lebih kuranglah...

"sepatutnya kamu urang rebut balik hati bos kamu. Kalau si pembodek, bodeknya sekati, kamu 3 kati. Dia sorang, kamu bertiga, mustahil kamu urang boleh kamu kalah"

Jawab salah seorang dari mereka, juga lebih kurang begini, almaklumlah dah berbulan berlalu, mana mungkin saya ingat exactly kata mereka, ya?

"masalahnya kak, hati ini sudah terluka, sakit, bertukar menyampah, tengok muka pun tak boleh, macam mana nak bodek berkati-kati!!!"

toinnngg....toinggg.. toooiiingggg.

Lepas tu mereka tak mengadu-ngadu lagi sama saya.

Syukurlah,...

Saya pula sebab nak jaga kepentingan sendiri, cubala tidak mahu bergaduh dengan sipembodek. eh orang macam itu takuuuttt ooiii dia pegang bos-bos besar, sepatah kata dia, bos percaya. Jadi kita memang tak mau cari pasal dengan orang begitu.

Di sini saya ingin tegaskan semula...

Tak salah pembodek juga, like I said before, tak de permintaan dibodek, pembodek takkan wujud,kan? hah! silap hari bulan yang dibodek boleh jadi mereng jika pembodek beralih arah, tak lagi membodek. he he...jadi pada adik-adik yang rasa diri tu baik, jujur, tak punya apa-apa kepentingan & agenda melainkan berkerja demi negara, bangsa & agama, juga sebagai ibadah ikhlas kerana Allah s.w.t., efficient and diligent (yes, you guys memang bagus pun, no doubt) belajar-lajarlah sikit seni bodek-membodek, ini ya, agar bosmu dibodek oleh orang yang berhikmah seperti kamu, bukan orang yang kamu labelkan sebagai "pepat di luar, runcing di dalam" dan menurut rekod kamu sering melakukan onar di sana sini.

****
Di hari yang lain, saya dengan rakan ofis yang lain...duduk-duduk ampai-ampai lunjur-lunjur kaki sementara tunggu kereta pejabat ambil kami.... Al maklum la kompleks kami ni besar, bilik Mesyuaratnya idak lah jauh, tapi dah ada kemudahan drebar nak ambil, apa salahnya guna. Bukan selalu dapat naik kereta pejabat ni, kan? Tetiba lalu seorang rakan kerja di belakang kami. Lepas dia berlalu jauh, kawan berbisik kepada saya...

"Mar, jaga-jaga dia tu pun kuncu-kuncu sibawang juga, ni"

"Owh iya ka? eh gula-gula lelebih pengerusi tadi mana? Mana? Pegi bungkus bagi anak dia."

"hah, bagus tu cepat bungkus. Besok majlis kalau ada banyak lebih pun bungkus siap-siap untuk dia"

(Sktesa di atas tu tipu jak... mana ada bagi gula-gula kat pengerusi... beehon goreng, teh tarik, kopi susu, ada, lah)

Monday, December 17, 2018

Ampu mengampu....

Minggu lepas saya baca feed di FB pasal beza ampu and mampu. Kita memang menyampah pada kaki ampu, ni, kan? Tapi bagaimana pula rasanya kalau kita yang kena ampu he he...

Ntahlah tak berani nak fikir. Mesti lemas,kan? Betul ka yang diampu itu lemas, sebab  kaki ampu selalunya berjaya. Kawan saya kata kaki ampu bahaya sebab kalau yang diampu mampus, dia pun mampus sama. Itu saya tak setuju sebab kalau kau mampus, dia akan cari yang lain untuk diampu. Pendek kata kau janganlah sakit hati jika doa celaka kau terhadap kaki ampu tak dimakbulkan Tuhan. Tak usah sakit hati mengharapkan si kaki ampu jatuh terjerumus, lalu insaf tak jadi kenyataan.

Personally, pengampu dan yang diampu itu macam demand and supply. Kalu kau tak minta diampu, kaki ampu takkan datang. As simple as that. Bila kita berada di bawah, sebolehnya kita tak mau berkonflik dengan yang di atas, jadi seni mengampu ini satu kelebihan jika kita memilikinya. Sikit-sikit ampu itu benda biasa yang semua orang bikin. Bila sudah diampu-ampu, yang diampu jadi ketagih dan penasaran jika tak diampu, itu salah pengampu ka? Mungkin maksud kawan saya ini pengampu tegar, yang mungkin  orang biasa macam saya takkan pernah jumpa. Cuma jumpa di dalam tulisan-tulisan FB kawan-kawan saya yang dah jadi orang-orang besar sahaja., atau dalam cerita-cerita pengajaran kanak-kanak.

Hah! Ingat tak cerita pasal raja yang telanjang, yang kita baca masa kecik-kecik? Kesimpulannya, pengampu tak akan pernah kesusahan, atau dilanda masalah. Yang akan terjerumus dalam masalah besar ialah yang orang yang kena ampu. Punyalah percaya pada pengampu sampai dia jalan bertelanjang. Bahayalah kalau orang-orang besar kita suka kena ampu. Maka tak heranlah satu hari nanti, negara, agama boleh tergadai dek kerana yang berada di atas boleh depress kalau tak dikelilingi oleh kaki-kaki ampu.

Jadi yang patut dinasihati bukanlah pengampu, tapi yang diampu...hihi.




Tuesday, December 11, 2018

Geng Bawang....


Kunun tak nak bawang, tapi bila dah bos ajak bawang, layan ajelah, ya. Kalu tak layan nanti markah kena potong.

For me bos tak membawanglah more on terapi minda. My rakan bawang sedih. Sapa tak sedih, tak pepasal TH kene surrender asset RM19.9b just nak cover short RM4b. Saya pun turut berduka juga. Tapi sesungguhnya saya masih belum tergamak nak doa celaka kat pada sesiapa pun.

Iyalah bila dah jadi macam gini, doa ajelah yang kita mampu, kan. Nak buat apa? Saya berfikir, apa, yang boleh kita buat ea?

eh cop cop cop  Will, belum lagi acquired. Tak boleh ka kita turun beramai2 lagi kat KL macam hari tu tuntut jangan serender?


Dalam pada itu masih ada juga rakan bawang lain yang masih menaruh harapan pada Pakatan Harapan walau terang-terang lagi bersuluh pakatan memang kita semua sama rata, sama saksama, tak suka kalau Melayu Islam ni lebih.

Terang lagi bersuluh....  dalam pembayaran hibbah ini apa masalahnya? TH punya risk appetite tinggi, selama ni TH ok. Mungkin ada yang tak oklah, sikit-sikit. Kalau pasal labur melabur ni, pensyarah cina saya kata busuk-busuk pun paling rendah ko dapat 10% - 11%, tu waktu busuk, kalau waktu wangi? Trader semua tahu, tak de ruginya mereka. Kalau dah dapat 10% -11% hai takkanlah nak bagi 5%-6% pun tak buleh? Apa ke sampai nak menuduh pengurus TH dan Auditor terdahalu dah cook the book dari 2014-2017 sebab nak bagi hibbah kat pendeposit. TH orang Islam, yang sekarang di belakang perancanaan swap RM19.9 with RM4b un prudent reporting tu sapa? Tapi sebab saya sengaja ambil sumber dari Najib, yang betul jadi salah, yang salah jadi betul. Yang kafir diangkat setaraf Khalifah Umar AlKhatab, yang muslim dituduh ajen Yahuddi...

 begitulah ceritanya


Macam gitula bila kita terlalu sangat menaruh harapan dan masih dalam denial, penafian yang kita sudah tersilap pilih. Bos dia sendiri dan kawan dia yang memang sat lagi nak bergraduate dalam bidang forensik accounting, financial statement criminology ni dah cukup pakar, dia ambil entah pakar dari mana dari lidah Dap dap dap dap sebab nak sedapkan hati dia.

Dia sendiri kalau buka hati dan minda pun akan rasa macam yang saya dan bos rasa, tapi dia nak menumpang rasa pada lidah Dap dap dap dap dap, itu pilihan dia.

Saya? saya akan mula belajar beristinja dengan kertas lah. Nanti kalau Dap dap dap dap dapat semua, nak pi soping senang kalau tandas tak air pancut. Jimat air. Cleaner pun tak yah penat-penat lap lantai basah banyak-banyak kali.

Monday, December 10, 2018

TH oh TH

Mujahid buat hal lagi. Hari ni, minggu ni dia attack TH pula. To a certain extend aku rasa dia dah kena candu %&&#!*#!$) (mencarut) ayam DAP dap dap dap agaknya..

Rasa memang geram pun ada. Dulu Rafizi selalu attack TH, ni dia la pula. Tapi bagusla kalau TH kena selalu attack agar pengurusan TH lebih berhati-hati jaga duit pendeposit. Tapi bila serangan macam yang Mujahid cuba bawa hari ni memang aku menyampah. Sebabnya tak ada lainla, sebab dia bukan "ahli". tu je. Kalau Rafizi tu aku ok lagi,lah sebab dia ada back ground account. Lagi satu yang mula buat bising tu PwC. Bukan aku nak kata PwC tak bagus, bila asyik2 TH je kena, mulalah aku paranoid, "ini agenda dengki kita dapat return bagus tetiap tahun, lah ni"

Guna otak kaulah,kan kau simpan bank, aku tanya bank mana bule bagi kau 5%-6% setahun. Kalau dulu lagi best, 12%. hah!!! dengkilah tu. Cubalah jangan dengki sangat, korang, macai--lembu DAP dap dap dap dah dapat lebih banyak habuan duniawi. Kami ni marhaen nak menabung pergi Haji, tolonglah jangan dengki sangat. Apa kau dapat? kau nak write off balik, tahun-tahun akan datang kau nak bayar percent aras-aras bank komersial lain ka? Lepas tu apa kau DAPPPAAATTT????

Dengki!!!....

On separate note,

Yang aku nampak besok yang meruntuhkan Islam ni, yang bukak jalan pada musuh Islam, jadi ajen Yahudi, Freemason, bagai ni, ustaz-ustaz juga akhirnya nanti ni. Itulah "TULA" selalu sangat tuduh orang sekolah sains, sekolah sekular agen yahudi.

Mak aku selalu pesan, kalau nampak sesedara baru balik UK, balik US, dah mula dah nak macam lebih omputeh dari omputeh jangan kutuk-kutuk dah sesat. Butul kata emak bila aku dah umur-umur tua macam ni, ok jak "abang-abang", "kakak-kakak" yang dulu tegedik-gedik lebih omputeh dari omputeh, tu. Biasalah kita Melayu baka ni, memang begitu, bila dah pencen baru nak cari Masjid, sejadah, quran bagai. And derang yang dulu pi UK, US, bila pencen, memang pencen berbaloi-baloi, nak pegi umrah tetiap tahun pun bule. Aji tu aku rasa kalau Saudi tak bagi qouta, harus derang naik Aji tetiap tahun.

Aku? Main dam Aji, pun memang sekali round aku dah "bungkus" tak sempat naik naik Aji, buah aku habis dah kena makan lawan.. he he he

Nak bawak mak gi umrah pun terpaksa ikat-ikat perut. Nak gi Haji pun mengharap dividen tinggi TH.

Thursday, December 6, 2018

Agong Kita, Ketua Agama kita

Agong kita cuti buat treatment, tapi dah heboh kata Agong kita kawen dengan ratu cantik Rusia. Ramai yang kecewa, saya pun rasa kecewa juga tapi biasalah lelaki memang nak pilih perempuan cantik. Ratu cantik luar negara bukan macam ratu cantik kita, zaman kita sekolah-sekolah dulu yang masuk budak-budak tak pass SPM.

Ratu cantik hari ini ramai yang lulusan universiti. Orang kata beauty with brainlah. Apa kau ingat asal lawa jah bodoh? Weh, kat universiti pun melambak perempuan cantik, tau! Tapi itulah stereotype kita, asal cantik bodoh, gitu. Kesia orang cantik yang bijak-bijak.

I rasa I ok jak Agong nak kawen ratu cantik, tapi kalau betul cantik, kalau betul baik, harap cerita-cerita ini hanya fitna saja. Kalau betul pun tak apa, baginda bukan selamanya jadi agong pun, sekejap jer tu. Bila dah balik Kelantan besok, pandai-pandailah Kerajaan Negeri memikiokan apa kekedah nak nampung Permaisuri yang mahal ini.

Ala, apa la yang lorat sangat, George Clooney pun boleh layan Ratu ala-ala Ratu-Raja Fairytale, malulah kalau Sultan tak mampu nak mewahkan Permaisuri macam retis mewahkan pasangan mereka, kan?

Tapi rasa kalau Agong nak jadi Hero Fairy-tale yang kisahnya tak jemu di baca 100 tahun lagi, baik Agong tok sah balik sinilah pi ikut bini duduk  Rusia sana. biar Raja Nazrin pula jadi Agong, jadi Ketua Agama.