Tiba-tiba ada rakan lama dari jauh menelefon saya. Dia
bilang dia ada persidangan di ibunegari tempat saya bertugas ini. Dia mau jumpa
saya. Rupanya dia menelefon dari di lobby pejabat saya. Terkejut sungguh saya,
ini prank April fool kaini, tapi April lama lagi, dan saya turun juga ke lobby
dalam keadaan hati saya yang bercakap bukan-bukan itu. Rasa macam mimpi. Betul
dia tercegat di situ. Saya tak kena prank. Waktu pejabat hampir tamat, jadi
saya tanya jika dia sudah solat Asar atau belum, terus kami bersama ke tempat
sembahyang dan usai solat saya suruh tunggu di Mussollah, sementara saya ambil
beg tangan, ketik kad perakan waktu dan pulang.
Saya jemput dia ke apartment
saya, kami berbual-bual agak panjang sehingga mau masuk waktu Maghrib. Lalu
kawan saya cakap yang sebenarnya dia ada hal mau bincang sama saya. Saya suruh
dia rehat-rehat dulu, lepas dinner baru bincang…. Saya masak makan malam
ringkas memandangkan dia kata dia on diet dan ada bawa makanan formula diet
yang hanya perlu dibancuh dengan air suam. Pun begitu saya berjaya juga pujuk
dia makan sup sayur ringkas saya. Saya memang berhasrat mau belanja dia makan
satay ka, lamb chop ka, chicken chop atau Pizza, sebab saya sendiri macam ada
craving mau makan yang gitu-gitu, dah dia on diet, what to do? Saya telan liur.
Masa makan malam dia bicara, dia
kata dia sudah baca catatan jurnal di blog saya. Hati saya sangat
berdebar-debar, saya tak sangka dia baca, dan kerana itu dia bersusah-payah
pulang ke sini. Saya berterus-terang dengan dia, view ship saya tidaklah viral.
Saya tulis suka-suka saja, buang-buang bosan dan terkadang tu terapi minda
saja. Tulisan saya tidak ada apa-apa impak pun pada sesiapa. Saya rasa sangat
bersalah kerana telah menyusahkan dia.
Dia cakap tidak mengapa, memang
dia ada persidangan dan mau jumpa saya pun. Jadi dia terus cakap baik-baik
pasal tulisan saya. Dia kata betul Tuk Majlis Tetua sudah lanjut usia, tapi
melalui teknologi, ilmu baru, fikiran Tuk Tetua boleh diawet dan diguna pakai
sepanjang zaman. Yeahlah macam Al-Quran dan hadis gitu,kan. Begitulah hebatnya
pemikiran Tuk Tetua, pada peminat Tuk. Jadi dia minta saya tidak putus harap.
Cik Melur tak harus dibiar melugai-lugai, membelai-belai peminat-peminat dia
yang hidung belang, lagi ada black hidden agenda terhadap Cik Melur dan rakyat
serta anak cucu rakyat Melur. Mari beri kepercayaan pada pemikiran awetan Tuk
Tetua sebagai penyelamat ummat. Kata dia.
Dia cakap lagi bla-bla-bla
sehingga lewat malam…saya hanya mendengar, dan sesekali kata ah ah ah ooh ooh.
Angguk-angguk tanda setuju dan menyokong. Ntah saya tak ingat pukul berapa saya
hantar dia ke hotel yang jaraknya lebih kurang 5 minit berkereta kadar kelajuan
60km/j sahaja dari Apartment saya. Yang saya ingat, saya tak buat tahlil untuk
nenek, tuk, abah seperti rutin kebiasaan malam Jumaat, saya dan keesokkan
harinya saya hampir miss solat subuh. Di Ofis pun saya tersenggut-senggut.
Mujurlah hari Jumaat, rehatnya panjang. Jadi saya habiskan satu jam waktu rehat
“nap” di “work-station” saya.
Sabtu, dan Ahad barulah saya cuba
digest apa yang kawan cakap…..saya memang tak ada masalah dengan sesiapapun nak
jadi PM…saya mula google Tuk Tetua, family dia, life-style dia, dan juga
beberapa do and don’t yang kawan saya bualkan pada malam kelmarin. Lepas tu
saya bikin catatan ini….
1) Saya kena juga
diet macam kawan saya….kalori harian ialah 1,200 kalori
2) Saya kena
konsisten pergi berenang…
3) Saya juga kena
masuk kelas menari dan kelas vocal.
4) Saya akan cuba
sebulan sekali lepak-lepak dan selfie di Starbuck, uploadnya dalam FB.
5) Saya juga perlu
rajin-rajin selfie di setiap tempat yang saya lawati dan upload dalam FB lagi.
6) Kalau ada mesyuarat, kursus di
hotel-hotelpun, wefie dengan kawan-kawan dan lagi afdhal kalau dapat wefie
dengan orang yang “Chair”kan mesyuarat tu berdua-duan saja, upload lagi dalam
FB….
Ok Done, tak lah sesusah
manapun,kan, melainkan bagi perempuan yang memakai petua pantang suara buluh
perindu Biduanita Datuk Siti Nurhaliza, “saya tak bergambar dengan lelaki”
–PANTANG BERGAMBAR BERDUA-DUAAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM rule no 6
susahlahkan, nak follow. Tapi tak per berdua-dua jak yang tak buleh
berkumpulan, berdua dengan poster boleh kut, tu kena tanya Datuk Siti balik.
Ala Tuk Ti ketat sangat pantang mu itu, Chairman dalam organisasi kami ni pun
bukannya status selebriti macam Tuk Ti dan rakan-rakan pun,kan…
Oklah berbalik pada Tuk Tetua. Good
Luck…. all d best. Oh saya lupa mau bagi tau….kawan saya itu adalah pensyarah
dalam bidang Knowladge Management di sebuah luar negara saaaaaana. Iyaaaa, dia
ada phd.
(Nota:- Ini adalah
sebuah kisah psiko kuat berangan lagi rekaan semata-mata. Fiction saja…..OKey)
Terlupa pula, pada yang baru baca blog ini, bolehla klik
disini untuk tahu cerita prior sebelum kedatangan, rakan sekelas masa SPM saya.
(mari
sambung balik cerita, kita)
Well… well saya memang tidak upload cerita kawan yang datang
ini dalam blog. Sebab kawan pesan jangan upload, dia cuma saran apa kandungan
FB yang perlu saya isi. Blog pula dia sarankan saya ubah jadi jurnal untuk saya
pantau apa yang saya makan hari-hari. Dengan itu saya boleh pastikan yang saya
disiplin tidak ambil lebih dari 1200 kalori sehari.
Rupa-rupanya tanpa saya sedari
rakan sepejabat follow blog saya. Dia juga tahu saya ada menerima tetamu dari
jauh. Memang saya bercerita pasal lawatan kawan itu. Iyalahkan kedatangan kawan
memang obvious, dia datang ke pejabat. Esoknya saya ngatuk-ngatuk, jadi saya
ceritalah yang saya berborak panjang semalaman dengan kawan.
Rakan sepejabat macam ada
six-sense, dia tanya adakah lawatan kawan dari jauh itu bikin kandungan blog
saya jadi berubah. Sebab setahu dia saya memang tidak hirau hal makan-makan dan
hal berat badan, alih-alih aje saya sibuk mengira kalori, jadi kawan pun
menebak yang perubahan ini ada kene-mengena dengan kedatangan rakan lama saya.
Saya kata iya. Saya cerita semua,
dan kenapa. Kawan saya memang moralis, saya gelarkan dia polis moral, tanpa
pengetahuannya. Polis moral tak berkenan dengan jawapan “ada lah, ada lah” tok
Tetua bila orang tanya, sapa mau ganti teraju Melur. Dia juga tak gemar dengan
kelaku penyokong, serta tukang sorak beliau, tika berada di atas talian. Luar
talian pula dia geli-geleman dengan hidup bermuka-muka anak Tuk Tua yang di
kampung berlagak Zuhud, balik Kota hidup laki-bini copy-cat gaya hidup the rich & Famous bangsawan-bangasawan
Bangsa Abang GB. Kami memang geli dengan manusia yang paku dulang paku serepih
ni. Tuk Tua selalu mengata-ngata gaya hidup menantu, anak cucu Dinasti Melur,
yang dah lari dari landasan budaya Timur, tapi menantu, cucu-cicit Tuk Tua
sendiri pun 2x5 juga. Kawan hairan kenapa saya tidak ambil hirau pasal onar
yang telah Tok Tetua lakukan semasa dia berkuasa di Melur Inc dulu. Dia heran kenapa kini saya hilang minat bercakap pasal Tuk.
Saya bilang sama dia saya memang
tidak ambil hirau pasal itu semua. Saya bukan polis moral macam dia. Akal Tuk
memang jahat. Oh BTW, blog saya banyak mengata-ngata Tuk Tua, approach dia yang menyongsang bagi penganut amalan tegar kapitalis. Ok sambung pasal Tuk, saya kira kalau kita tidak ambil pusing cara mana Tuk nak
memusing-itu-ini, demi menggemukkan suku sakat Tuk, Tuk tak akan kacau kita.
Saya sudah boleh beradaptasi dengan mereka, jadi saya tidak ada apa-apa rasa
untuk komen-itu-ini. Saya juga tidak ada apa-apa ketakutan dengan ntah apa
kejahatan yang bakal menjelma jika Tuk menang nanti. Saya hanya pelajar jurusan perakaunan yang suka membanding-banding apa yang saya belajar dalam kuliah, apa polisi absurd yang telah Tuk bikin. Saya terpersona dengan cara licik Tuk yang lantang mengecam sistem yang ada, tapi pada masa yang sama giat memanipulasi ruang dan peluang yang ada dalam menggemukkan anak-cucu dan kroni dengan dalam sistem yang beliau cemuh dan keji. Kelicikan beliau tidak memberi kudis pada saya. Saya tidak punya apa-apa bon, sekuriti yang didagangkan di bursa sana. Kalau Tuk mau memporak-perandakan bursa, sampai lingkup terbalik pun saya tidak ada apa-apa masalah.
Baru-baru ini musuh CEO Melur Inc
heboh cerita ada lembaga dalam Lembaga sudah curi duit Lembaga. Lembaga akan
bangkrap kalau lembaga tidak dikeluarkan segera dari Lembaga. Strategi mau
keluar lembaga dari Lembaga jadi agak keterlaluan pada pandangan saya dan juga
rakan sepejabat saya, si polis moral itu.
Namun para tukang sorak Tuk Tetua
menyambut dingin cerita ini. Salah seorang orang kuat Sorak buat cerita portal
soraknya sudah dihalang bersorak dari pihak Melur. Semua percaya sebab kalau
kita buka portal soraknya kita akan lihat kenyataan “laman ini dihalang
bersorak kerana melanggar undang-undang siber Melur” Namun saya skeptikal. Grafik
macam itu saya pun boleh bikin. Saya bikin sendiri, saya kata Melur yang bikin.
Saya rasa tukang sorak tak berani
menyambut cerita lembaga dalam Lembaga, sebab memang sudah lama ketahuan oleh
ahli Lembaga yang lembaga dalam Lembaga dibiak oleh Tuk Tetua sendiri, semasa
dia berkuasa di Melur Inc. Hai,kan macam manalah pembiak lembaga mau otaknya
kita karan, simpan dan awetkan macam Quran dan Hadis…..Cebik kami bersama-sama.
Lepas itu saya gelak-gelak. Kalau Tuk Tetua menang, Melur kena pakai otak awet
biak lembaga ini. Saya tahu kawan polis saya memang panas dengan gelak-gelak
saya itu, tapi saya sengaja sambung cakap untuk bikin dia lagi panas, “Oh tika
itu saya sudah bersara, saya mungkin sibuk mendalami seni khat dan Quran
seperti tradisi yang dilakukan oleh Tuk-nenek-leluhur saya. Bila kau telah
berpindah ke alam itu, kau sudah tidak perlu risau apa-apa, kau mau ikut saya?”
Ajak saya penuh ikhlas pada kawan polis moral itu.
Dia cuma geleng-geleng kepala dan
kata saya gila. Saya pun tidak berkecil hati sama dia. Selama ini pun dia beri
saya gelaran psiko kuat berangan. Berangan dan berharapkan yang bukan-bukan
dari seorang agnostic macam dia. Sejenak kemudian, saya terkejut bila dia
bersuara perlahan “lepas ni aku sudah tidak ada kawan untuk kutuk Tuk Tetua,
lah”. Saya angkat kening dan cakap “are
you going to miss me, miss my psiko kuat brangan chatter?” soal saya nakal “eh
you will be soon forget about me if I’ve, introduce you to my online friends.
Dia orang lagilah bab mengutuk Tuk’s ntah-hapa-hapa-berbangang ideas, lagilah
vava vooomm, malatop tau!”
Dia diam, mukanya berkerut-kerut
lalu dia pergi meninggalkan saya macam itu saja. Saya tekup mulut dengan tangan
kanan, sambil tangan kiri saya mengurut-urut dahi, sendiri. OMG, dia marah ka
sama saya? Saya sudah push dia too far? Ah tak kisahlah esok bila dia sudah
sejuk, dia tau saya tidak perli dia dan ajakan saya ikhlas dia akan okey balik.
Tika saya terkulat-kulat, kalut dengan pertanyaan sendiri, dia sudah berada
sepelaung jauhnya dari saya, dia berpaling dan menjerit “no….Thanks, but
thanks”