Tuesday, July 31, 2012

Pengsan 2

Ok ini pula komen-komen berhubung dengan isu Melayu masuk DAP itu. Komen saya? Psiko kuat brangan. TTIIK Tapi dalam sana saya tulis, kalau DAP bagi Parlimen KOTA Melaka atau Bandar Maharani Muar pada DAP Melayu, bagus juga tu. Perkiraan saya sangat mudah, pembangkang kuat, rakyat juga yang untung bila dua2 kemaruk nak tawan hati rakyat.

Dan calon favourite ialah CIKGU saya sendiri. Tapi nak ka dia? Dia  tu kalu ko kasi dia billion2 (billon ya bukan million, kalu trillion lagi baguz) saya rasa dia ok aje.  Tapi Jimadie akan gaduh kata Faisal Tehrani, Faisal Tehrani...apa-apala. Faisal Tehrani pun Faisal Tehranilah... .


Komen 1
Idea yang menarik. Tidak silap saya, salah seorang anak kepada mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, sudah lama menyertai DAP. Tengku Zulpuri kini Timbalan Pengerusi DAP Pahang.
Jadi, tidak mustahil makin ramai Melayu yang berlatar belakangkan pendidikan agama akan masuk DAP satu hari nanti, jika kena cara promosinya. Penerangan yang Ustaz beri ini sangat bagus diketengahkan kepada awam, supaya mereka tahu DAP bukan parti kaum Cina, tapi parti yang majoriti kaum Cina.

Komen 2 

Menarik : Jika kita hendak melaksanakan sebuah negara yang faham akan erti keagamaan, maka saya berpendapat itulah yang perlu dilakukan. Ahli Pas yang benar2 faqih dalam bab pemerintahan perlu mendominasi di bahagian atas samada PKR atau DAP. Mungkin hari ini nampak mustahil tetapi sebenarnya jika kita bermula daripada sekarang. 

Salah satu perlembagaan PAS patut dikaji semula apabila tidak membenarkan ahlinya masuk ke dalam parti lain. Pas sepatutnya lebih terbuka dan memikirkan kaedah untuk memastikan setiap daripada parti lain boleh didominasikan. Bukan hanya untuk menghalang daripada Cina mendominasi tetapi lebih kepada penerapan sistem pemerintahan Islam dalam setiap parti politik yang lain.



Komen 3
Ok, pendek saja pandangan saya yang kurang arif ini. Saya bersangka baik. Memang asalnya DAP parti yang majoriti ahlinya Cina. Justeru semangat keCinaan pasti menjadi elemen yang tidak dapat dielakkan. Namun (harap maaf) fahaman UMNO-MCA-MIClah yang menyebabkan DAP bersikap demikian. Parti-parti BN yang sekian lama memacakkan hagemoni politik suku bangsa di Malaysia menyebabkan DAP juga terpalit sama. Seperti mana pada mulanya DAP dengan lantang menentang agenda Islam dibawa PAS, justeru selama ini UMNO yg menyerlah Islam sedemikian rupa (spt. tak boleh memerintah dalam masyarakat majmuk). Bila DAP bergabung dengan PAS dan PKR dlm gagasan BA & Pakatan Rakyat, saya melihat cahaya +ve kian memasuki hati pimpinan DAP. Insya-Allah, andai Islam yg dibawa PAS itu betul, DAP bakal menerimanya dengan baik. Suara-suara sumbang dlm DAP dgn sendirinya akan senyap apabila mereka melihat Islam dari sudut sebenar, bahawa Islam itu utk semua manusia dan tiada paksaan dalam beragama. :-)
Jangan risau, masing-masing tahu tempat masing-masing. Walaupun mereka tidak belajar Qawaid Fiqh, mereka dapat menilai antara mafsadah dan maslahah. Penilaian itu tidak ada pada UMNO. Hehe!

Komen 4
Dari sudut yang lain, penting bagi kita untuk menjelaskan tasawwur Islam sebagai satu cara hidup supaya non-Muslim ini, juga yang Melayu pun, supaya pandangan hidup mereka jelas seperti yang yang digagaskan oleh al-Rasul SAW. PAS sedang melakukannya lewat keberadaannya dalam PR.

Komen 5
kena bantu la DAP bg menang...kalau menang kita masuk ramai2 dalam DAP...

Monday, July 30, 2012

Pengsan

Saya jarang update blog ini dari ofis, tapi sebab ada benda yang interesting sangat untuk di letak di sini, saya update dari tempat kerja. Tulisan ini saya ambil dari wall di FB, kepunyaan seorang intelek pemikir yang berkerja di Institute Terjemahan Negara, kalau tak silap sayalah. Memang menakutkan pertanyaan intelek ini. Tapi apa pun kita baca sama-sama apa yang beliau tanyakan. Saya siap print lagi kasi tunjuk sama kengkawan di ofis:-


Seorang tokoh wartawan aliran kiri yang vateran tatkala berpeluang berjumpa beberapa bulan dulu di sebuah kedai nasi kerabu di Gombak sempat berborak panjang dengan saya dan antara yang saya sentuh adalah kedudukan PAS dan DAP serta Arab Spring dan kesannya kepada Malaysia.

Kata beliau, Arab Spring bukan untuk kita di Malaysia. Ia bukan kebangkitan Islam namun kebangkitan keseluruhan rakyat Arab menentang kedahsyatan kediktatoran yang mencengkam sekian lama sedangkan di Malaysia tahap kediktatoran belum sampai ke tahap itu, justeru pengalaman yang berbeza.

Mengenai politik orang Cina, kata beliau mereka terbahagi kepada dua:

1. Kapitalis
2. Sosialis

Kapitalis adalah MCA dan Sosialis adalah DAP, namun kedua-duanya adalah cauvinis pabila isu hak mereka, bahasa dan budaya serta adat resam mereka dibangkitkan.
_______________________

Dalam konteks PAS yang memang dilihat tidak dominan dan banyak menurut dengan terpaksa mengalah kepada DAP (malah saya sendiri dalam beberapa siri wacana perasan betapa tegasnya DAP dalam beberapa isu khususnya mengenai hudud), apakah cara untuk mengekang DAP daripada terus bersikap demikian?

Premis asas yang perlu difahami, DAP meletakkan falsafah Liberal Demokratik - Sosialisme sebagai dasar parti mereka dan menolak langsung unsur agama mempengaruhi sebarang persoalan politik dan pembuatan keputusan. Mereka malah sering mendakwah bukan parti perkauman Cina semata-mata meskipun hampir 100% bahasa yang digunakan dalam mesyuarat, ceramah dan apa sahaja adalah bahasa Cina melainkan ada beberapa kerat Melayu dan India barulah mereka berbahasa Inggeris. Bahasa Melayu? Hmmmm....

Dalam masa yang sama mereka memang betul-betul tidak melimitkan penyertaan ahli mereka kepada Cina sahaja... kerana mereka adalah Liberal Demokratik, cuma kerana memang majoriti ahli DAP sekarang adalah Cina maka pastinya penguasaan mereka sangat ketara apatah lagi mereka dikatakan sebagai serpihan PAP dari Singapura.

Isunya adalah isu majoriti. Majoriti yang menguasai dan sistem mereka memang begitu selain mereka diyakini sangat berpegang teguh kepada prinsip-prinsip moral sebagaimana yang digariskan dalam falsafah Liberal Demokratik itu sendiri.

Kebetulan usai bertazkirah di sebuah surau di kawasan Taman Melati, isu DAP timbul dan seorang daripada jemaah berkata beliau ada pengalaman berorganisasi dengan orang Cina. Pada peringkat awal memang mereka kuasai organisasi tersebut, namun apabila orang Melayu saban tahun semakin ramai masuk organisasi tersebut, lama-kelamaan sifat kecinaan mereka juga sudah tida mendominasi. Antaranya adalah, bahasa yang digunakan untuk bermesyuarat adalah Melayu dan minit mesyuarat sudah menggunakan bahasa Melayu.

Justeru, menurut beliau cara untuk mengekang penguasaan Cina dalam sesebuah organisasi adalah tidak lain dengan orang Melayu ramai-ramai masuk ke dalam organisasi tersebut, lama kelamaan penguasaan mereka akan mengecil akibat daripada falsafah Liberal Demokratik yang mereka sendiri anuti.

Saya terfikirkan, tidak mungkinkah di masa hadapan... orang Melayu ramai-ramai masuk DAP dan menjadi majoriti yang mana presiden dan timbalan presiden DAP juga adalah orang Melayu Islam (malah mungkin ustaz-ustaz), dan ketika itu pastinya DAP bukan lagi parti cauvinis Cina sebagaimana yang didakwa selama ini?

Mohon komen....



Pemimpin kita


Sebagai seorang yang membesar dalam family yang menyokong partai pembangkang, kecuali mak saya yang pangkah BN pada PRU lalu sebab calon BN hensem dan sepanjang perjalanan ke tempat mengundi, mak tengok orang PAS dah tak miskin, Tun Dr Ismail adalah pemimpin UMNO yang sangat saya takuti. Saya ni orang UMNO saya memang tak pernah benci, takut jah.

Takut bukan pasal takut deme inaya saya ka hapa ka, (apa kebenda mau inaya sama saya, kalau saya ini segenius Einstain, makanya kemungkinan orang UMNO berlumba-lumba mau buat tak elok sama saya, kan, logiklah juga…apa ko dah terflush ko punya otak dalam toilet ka?). Saya takut sama orang-orang macam Tun Dr Ismail sebab sebagai budak yang selalu dengar cerita yang orang UMNO ini jahat, pesuruh Iblis Dajjal laknatullah thaghut, memanglah terkadang itu saya sangat takutkan UMNO lebih dari saya takutkan Iblis. Iblis ko tak nampak, tapi pemimpin UMNO kita boleh nampak Dahlah muka Tun Dr Ismail tu tak hensemkan, eish takutnya.


Gigi tak rata macam ini pun ramai anak pemodal (kapitalis) yang kaya-raya mau 


Dan, cerita mengenai beliau yang paling mengerikan (tak tau kesohehannya) ialah, beliau mengajar pelajar tajaan JPA cara mengguna kondom dan membekalkan kondom percuma sebelum mereka berlepas ke Luar Negara. Ko nak lejan minah-minah yang tergila-gilakan ko, atau kasi ko gila bayang, ko belasahlah, janji jangan setitik air mani bangsa intelek melayu yang bakal jadi key-post Negara jatuh ke dalam rahim perempuan yang kita sendiri tak tau apa niat mereka terhadap kita. Karang kalu jadi macam kes bapa Mustapha Kamal Attartuk, anak Saidina Umarkan susah. Hah!

Pempuan Yahudi ni, ntah apa ka gila yang merasuk, macam itulah mereka. Ada diantara mereka yang ambitious dan tak kisah sangat pasal moral. Janji aku dapat benih ko. Tak dapat cara halal, cara haram pun taka pa. Lagi haram lagi bagus, kalu dapat lagi satu Mustapha Kamal Attartuk memang sangat cun-melecun,sangatlah tu.

But the upon reading the following note on wiki (ceh ubah cakap omputehlah pulak), dalam bulan puasa ni, semua arwah-arwah diberikan kelepasan siksa kubur, saya jadi sebak. Tapi nak sedekahkan tokoh ini surah Al-Fatihah memang saya tak berani. Saya cuma berani wish moga beliau tenang di sana di bulan yang mulia lagi penuh barakah ini;-

“Eventually, fearing his impending death might keep him from providing for his family, Ismail decided to have his wife's pregnancy terminated. Shortly after, she underwent a tubal ligation. On August 2, Ismail attended the silver jubilee celebrations of the Peninsular Malaysia Malay Students Foundation (Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung or GPMS). After a sudden explosion sound effect, Ismail's daughter (who was watching the event live on television) noticed he began to sweat profusely. Nevertheless, after he visited his wife, who was recovering from the ligation, at the hospital as had been planned. After having his dinner, Ismail retired to his study. Later, he rang the bell for his maid, asking for his daughter and telling her that "I am going to die, please call my doctor and inform Gopal" (his private secretary). Ismail had suffered a massive heart attack.

Thursday, July 26, 2012

Alahai Pak Cik, Anakanda minta maaf


Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan ko terima ajelah padahnya sikit masa lagi. Memang kadang tu orang kata kalu marah dikata ntah apa-apalah, kalu tak marah, eh makin menjadi royanan dia tu.

Tapi lepas marah, orang kata kita eish menyesalnya aku. Bukan takut, tak saya tak pernah takut pun tentang apa orang nak fikir pasal saya. Dapat hate mail setimbun-timbun. Hater & Hate dah sebati dalam diri ini. Sebab kita ni orang kewangan, sampaikan orang kata orang kewangan ni kalau orang suka ada something wronglah dengan orang tu. Pendek cerita reality orang jaga duit orang ni kalau tak bersedia dibenci, bersedialah untuk rasa tersepit/lemas dan rimas tika naziran meronda. Unless ko ada gundik di Treasury sana, atau ko tu sendiri gundik orang besar treasury.

Berbalik pasal rasa-rasa kesal tadi, ntahla saya bule naik minyak dengan ada sorang tua yang memang gian dan ghairah dia kalu ada anak-anak muda pergi berdemo di jalan-jalan raya. Ia pasal memertabatkan wanita. Diambillahnya perkataan syaidina Ali. Saya kalu Ali-Ali ni saya memang pantang betul. Bukan saya benci Ali, muthahir ini orang suka sangat guna nama Saidina Ali untuk ramal-meramal sapa masuk syurga, sapa masuk neraka.

Ali tak pernah salah, cuma Ali tak dilahirkan di zaman Al Ghazali, mau pun zaman Aldous Huxley. Jadi kita tak pernah apa yang Ali mau kita buat dalam keadaan sekarang ini. Adakah kita wajib keluar dijalan-jalan raya, atau kita patut bersungguh-sungguh mengukuhkan ekonomi kita. Atau Ali memang suka kalau  kita kaji sabda-sabda baginda dan pilih mana-mana yang sesuai dijadikan bom-jihad cyber,  neraka-menerakakan sesama kita.

Kita tinggalkan dulu pasal pak cik ini, yang sudah kejap kepercayaannya jika ko lawan UMNO, ko bule masuk syurga ikut pintu mana ko suka.

Cuma saya sikit kesal atas keterlanjuran saya. Saya tak tau nak terang macam mana lagi. Bahasa saya agak celupar dan kasar. Memang saya tak tau nak cakap sehabis baik mana lagi. Mungkin tulisan Dina Zaman boleh membantu menyedarkan Pak Cik-Pak-Cik kenapa kita sanggup kerja dengan bos yang rendah akhlak serta akal budi, yang mana para alim ahlul-makrifatullah memang-memang dia ni kompem masuk neraka. For your information, normally bos lelaki yang rendah-akhlak dan kegemarannya menghina dan merendahkan martabat wanita ini tak suka dan tak perlu marah, sebab akan selalu ada second bos perempuan or “acting bos” perempuan yang akan voluntarily do the job for him. There must be a reason why pempuan2 ini rela dijadikan alat pencacai kepada lelaki rendah akhlak ini dari dimuliakan diangkat mulia sebagi ibu-mithali yang melahirkan anak-anak pejuang jihad syahid berani mati, letup-letupkan badan sendiri.

It is for you to think pak cik, think pak cik think. Bacalah tulisan Dina itu dengan hati yang berbuka tanpa sebarang prejudis.

Lagi satu pak cik, pak cik tanyalah ibu mana yang bangga kalu baca paper anak dia mati bom diri sendiri letup kan jambatan, letupkan tempat istirehat elitis dan yang matinya penuh perempuan dan kanak-kanak. yang jauh pulak tu dari penempatan bala tentera-Zionis.

Boleh ka terima rasional akal yang mati tu telur eraman dajjal yang patut ditamatkan riyawat hidupnya awal-awal lagi.  

Monday, July 9, 2012

update

Lama tak update, sebab busy hantar mak pegi kelas baca Quran, lepas tu busy juga menjahit baju sicilik-cilik dan mencucuk memanik. Gambar???

Oklah ini beberapa hasil kerjatangan yang sempat saya ambil fotonya dan upload di sini. Baju-baju kecil insyallah akan diupload pada entri yang akan datang.


Alamak, gambar manik di dalam pendrive yang sengaja saya tinggalkan di ofis, walau macam mana pun tengok ajelah gambar-gambar yang saya snap masa bercuti di Port Dickson pada cuti sekolah yang lepas.