Wednesday, April 5, 2017

DRAMA APA TAH?

Saya memang dari dulu pun tak senang dengan Hudud PAS. Saya tak senang bukan pasal terpengaruh dengan Siti Kassim, saya tak senang sebab perangai orang PAS, pemimpin PAS sendiri. Derang bukannya betul sangat,pun. Ada yang terang-terang berani langgar undang-undang tapi tidak dikenakan apa-apa tindakan kerana bukti yang dirakam tak mau diterima. Bidio tu besi, besi tak ble jadi saksi. Kalau undang-undang Syariah pun ada yang langgar, macam mana nak uphold undang-undang sesuci hudud.

Hudud boleh jadi sangat teruk di tangan orang yang teruk. Saya terpercaya yang hudud boleh teruk bila ulangkaji subjek sejarah masa saya amil sijil darjah Khas sekolah agama negeri Johor. Mak bangsa Johor ka? Tak. Anak Melaka yang bermastautin di Johor jer. Ok masa study-study nak exam itukan, adalah dalam buku tulis, bagaimana tika peralihan kerajaan tak ingat sama ada Muawiyah ke Abasiyah, atau Abasiyah ke Othmaniah tu saya tak ingat, ada ramai musuh politik kerajaan baru kena potong tangan. Bukan potong tangan jer, mata kena cungkil pun ada. Mereka dicacatkan. Bererti tangan yang terpotong bukan sangat pasal jenayah, tapi pasal dendam peribadi, politik. Ntahla mungkin ada buktikan pegawai dari kerajaan terdahulu curi duit kerajaan ka. Tak kisahla, buku tu tulis kejadian potong tangan dilakukan tidak mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah ditetapkan

Sapa tulis buku tu ntah tak ingatlah saya. Tapi pembacaan saya dari zaman remaja membentuk pemikiran pendirian saya di masa ini. Tapi idaklah saya sampai tak tidur malam pasai RUU355 ni. Lantaklah kalau jadi, lepas tu jadi macam di Sudan, Libya, Nageria dan Pakistan, pun lantaklah engkau. Kalau saya salah, menjadi dan adil pun saya suka juga. Jadi bila PM bermesra-mesra dengan PAS, saya fikir, mesti jadi ni. Kalau jadi sama-sama doa tak jadi macam Sudan Libya atau di dalam lipatan sejarah silam Islam.

Tetetiba tak jadi. Saya ok aje, tapi saya kesian kat kawan-kawan yang percaya yang Negara telah mampu laksana hudud dan takkan jadi macam negara yang disebut-sebutkan tadi,lah. Iyalah Malaysia ni kira walau orang dok bom hari-hari penjawat awam macam-macam, tapi idaklah kita sengkek sangat. Kalau kena cara boleh berkat kita kalau semua ok.

Takdirnya KO. Kawan-kawan hiba, jadi saya pun tumpang hiba. Kawan-kawan marah, rasa terpedaya dengan permainan sandiwara pemimpin tertinggi Melayu. Saya tumpang marah dan lelebih pulak marah. Kalau tak setuju, cakap tak setuju dari awal. Jangan beri harapan pada yang menaruh harapan. Bila harapan tak kesampaian, memang menduka-citakanlah. Apa lepas ni kita dapat tengok lagi gambar-gambar mesra pemimpin kita yang telah sekian lama bercakaran? atau lepas ni terus berkerat-rotan, berpatah-arang?

Itulah, kalau nak gesel-gesel pipi, ka, punggung, ka mulakan dengan benda-benda yang mudah-mudah. Jangan mainkan harapan orang as if hudud dah nak jadi,ni, aleh-aleh tak jadi....

Lepas ni ada gambar macam ni lagi tak? 

No comments: