Tuesday, February 28, 2017

Stalking, Analysing

Cerita pasal askar lebih kepada panglima tentera pencen ini rekaan sahaja ya. Tiada ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Pak cik ni dah pencen dah. Patut duduk rumah beribadat sahaja, tapi dia ni nak aktif juga dalam dunia maya jadi dia pun ada FB macam kita juga. Macam mana saya boleh terima dia sebagai friend pun saya pun bengong juga. Tak kenal, tak apa, main accept je. Al maklumlah masa tu baru ada FB,kan. Sapa antar friend, kita terima. Hari ini tidaklah begitu,kan. Ada juga beberapa kali buat pembersihan tapi saya suka simpan pakcik ini. Suka tengok update-update dia yang rasa dia pegawai khas tentera lagi walau dah pencen.

Dia ada peranan besar dalam Negara,lah gitu walau dah pencen. Pakcik ni hero ka? Pada saya dia ni seorang lelaki nyanyuk yang keji. Mesti masa dulu dia banyak buat kerja keji untuk bos dia. Sebab itu masa dah tua-tua ni dia ada macam sikit sewel.

Dia paranoid yang dia boleh halang Negara ni dari jadi republic. B.T.W ada gerakan nak merepublikkan Malaysia ini ka? Tak kisahlah dari dulu kita dengar macam-macam cerita pasal ini. Ada ancamanlah gitu. Ada satu masakan pakcik republic ni siap tunjuk dalam FB senjata apatah. Ntah sapa tah nak dia rodok, tak tahula. Dia kata dulu masa muda-muda, senjata itu dia biar je berkarat katanya mengungut. Tak tahu kita siapalah yang dia ugut-ugut itu.

Kadang saya terparanoid, dia nak rodok saya kah. Iyalah,kan kita tak kenal dia pun tetiba add kita. Dah tu memangle kita ni gemuk macam Siti Kasim dan kita berani kata kita simpati dengan Siti. Kita juga sependapat dengan Siti pasal RUU355. Sekular-liberal-wannabe??? Tak kisahlah apa ko nak kata eh. Nak rodok dengan pisau karat rodoklah. Gasak. Bila saya sokong Siti, saya ada hujah saya. Saya tidak ragu-ragu. Andai saya kena rodok mati. Itu kira saya salah, saya dosa. Allah hukum saya di dunia, tidak di akhirat.

Satu je yang saya annoyed gila pasal pakcik pisau rodok ni, dia suka menyibuk pasal ekonomi. Sibuk dia menyampuk dengan benda yang langsung tak ada kait mengait ilmu ekonomi. Contoh terbaru ni, orang berantak terbagi dua berdebat antara pendebat TUN M atau yang diberi nama bodoh sebagai PAKATUN dan PM Najib. Ok dia sokong Najib. Fine.  Orang tengah berdebat kata TUN M lebih hebat dari Najib, tetiba je Pakcik Pisau ni menyampuk. Saya ringkaskan, TUN tak betul, Najib betul sebab YDPA tak nak jumpa Tun.

Lalu perdebatan jadi sangat bodoh bila wakil PAKATUN pula cakap ada orang alim kat Mekah kata Orang (TUN) ini akan mati dikerusi Perdana Menteri. Dah dah dah dari analisa ekonomi yang mengujakan dah jadi karrrtuuun sekartuunnnnya. Hey kenapa orang kita suka menkartunkan segala benda eh.

Saya pun hapa lagi. Bertempik. Tak kisahlah kau dua-dua sama tua dah pencen, satu pencen tentera satu pencen ntah apa tah…. Saya rasa nak tempik macam ini. “Hey! Kau ingat Agong kau tu Nabi,ka? Eh kalau nabi tak pilih-pilih bulu. Kalau nabi dia dah tau orang nak kenakan dia, dia tetap raikan orang itu.  Kalau nabi tak de cerita skandal dengan artis sampai sanggup lawan ibu sendiri! Kalau nabi, orang dah bentang karpet merah tak menghina orang yang membentangkan karpet tersebut dengan berjalan di luar karpet, apa kebenda akhlaknya YDPA engkau itu? Bodoh macam lembu sama macam engkau juga!”

Memang saya menyampah dengan perbuatan mendewa-dewakan pemimpin, raja yang tahap ntah apa-apa tah ini. Lalu saya seek to understand. Kenapa pak cik ni jadi kekwat nak campur semua benda. Dah pencen tu buatlah cara orang dah pencen. Itula engkau masa diberi kuasa buatlah kerja betul-betul, barulah boleh pencen dengan hati yang tenang tanpa berperangai seperti ada kerja yang kau yang tidak beres.

Saya seek to understand by understanding the easiest thing to understand. His fear. Benda ini senang di analisa sebab dia selalu tayang hingga bergantayangan ketakutan dia. Dia takut Republiklah. Macam yang saya tulis pada mula-mula tadi. Dia melawan rasa takutnya dengan menakut-nakutkan orang lain. Perangai mengugut, menakut-nakut kan orang memang teruklah. Tapi sabar ajelah dia dah tua, kena beralahlah dengan orang tua,kan. Senang-senang unfriend jer. Tapi saya suka nak tengok dia. Apa lagilah lepas ni dia nak buat….hihihi…


Pakcik ni bagi keinsafan pada diri. Bila dibagi peluang berkhidmat dengan Negara (waima cuci jamban kat sekolah rendah,pun) buatlah betul-betul. Nanti dah pencen tak meracau-racau nak merodok-rodok orang, taklah bikin orang lain merendahkan balik YDPA-kau balik, taklah orang lain tak pasal-pasal kena tangkap polis sebab hina YDPA. Saya rasa YDPA pun seram sejuk kalau tahu ada orang kata dia ada kuasa psikik dah tau sapa musuh-negara. hihihihiiii…YDPA pun satu. Kalau betul dah kasyaf sapa kepala gerakan merepublikkan negara, baik buat cara nabi. Nabi tu lagilah Kasyaf memang dah tau sapa munafik dalam inner-circlenya, tapi bila ada orang tegur, kenapa kau tak buang si anu-si anu? Nabi jawab "aku tidak mau kelihatan seperti membunuh saudaraku sendiri"

Cerita ini hanyalah khayalan sahaja ya, tak de kena-mengena-dengan-yang-hidup-atau-mati

No comments: