Tuesday, December 27, 2016

Women Empowerment

Dengar cakap-cakap empowerment ni memang mengerikan, kan.... hehehe. Terutama dari perempuan yang memang ntah. I dunnolah nak rate diri sendiri, tapi bos saya ada yang memang asyik terbakar ajelah perasaan dia terhadap saya. Itu dulu.

Hari ini saya dan bos ok-ok aje. Kita dah tau bos lelaki Melayu ni rapuh hati, tak boleh orang bawah perempuan banyak songeh sangat, diam ajelah jangan berbunyi, jangan banyak komen kalau tak dipinta. Kalau diminta pun jangan juga berbunyi, dia nak test aje kita, atau nak nampak cool. Dia bukan minat pun tak dengar cakap kita sangat.

Jadi nak berhenti dari berbunyi, tapi nampak tak kalah, kita raise our "voice"/lebih kepada "esteemed" dengan craft and art. Punyalah,kan tak nak kalah nak kelas juga tu. Memang depressing dilahirkan tak cantik tapi pandai/suka mengkritik ni. Orang kata dilahirkan dengan minda yang kritis lagi kreatif, jadi musuh haramjadah orang lelaki plak, mematikan semangat, mematikan inspirasi mereka, Pembunuh abadi... Giteww. Jadi kita sorokkanlah apa yang boleh "membunuh" mereka dengan apa-apa yang patut. Muka tak cantik tak boleh ubah, mulut longkang tak boleh jadi kasturi tapi bole tutup tak cantik dan busuk dengan diam dan keluarkan yang cantik-cantik sahaja.

Jadi, apalah yang cantik sangat tu iya, Mak Longnya? Jom layan....





Inilah sebahagian dari hasil gubahan hantaran pertunangan untuk adik dua-pupu saya yang akan berlansung awal tahun hadapan. Yang full siap, saya upload nanti, insyaallah.

Sebahagian besar dari bahan-bahan asas sebelum jadi gubahan di atas....

No comments: