Thursday, August 6, 2015

Berbeza pendapat...

Menulis bukan kerana nama, tapi menyampai pemikiran yang tak sama
Saiful Nang….

Sapa Saiful Nang saya pun tak kenal, tapi kira netizen yang dah capai status selebriti jugalah, ramai orang like, ramai yang share.

Masa saya nak tulis n3 hari ini, saya rasa takut juga kalau orang kata saya gila, tapi bila baca kata-kata dari Saiful ini, saya bersemangat menulis. Apa yang saya nak tulis? Pasal kisah yang tengah hangat inilah, rombakan kabinet, aduan rahsuah, pecah amanah yang dilakukan oleh orang-orang besar kita. Dan yang penting kebencian rakyat yang meluap-luap terhadap perdana menteri kita.

PM kita jahat. Ada yang kata dia mau tembak PM, macam-macam. Seolah negara dah muflis dah. Rakyat benar-benar menderita. Ntahlah susah saya mo cakap, sebab saya kira ok-ok saja. Saya single jadi saya tak rasa kesengsaraan rakyat.

Tapi yang saya tahu PM kita adalah yang terbaik dari kalangan yang teruk. The best among the worst. Saya juga percaya PM kita tak bersalah. PM kita difitna, macam dalam cerita kartun “who frame Roger Rabbit” hihihi…

Saya setuju dengan 2 Status FB dak Yuki yang ini dan ini. Orang-orang yang kena ni memang patut kena, memang pengkhianat, jika tak ditangkap, ntah apatah lagi rahasia kerajaan yang akan dibocorkan kepada musuh. Saya tau ada kawan saya yang akan kecil hati jika dia baca n3 ini. Kawan, apa mau kecil-kecil hati, saya bukanlah orang yang besar mana pun. Apa saya percaya, apa saya sokong tak beri apa-apa impak kepada iklim politik negara.

Oh lagi satu pasal MH370….

Kita dah tau memang dah terhempas, dan apa kita tak tau kenapa, sehinggalah kita jumpa kotak hitam. Yang kita tau ianya perbuatan yang disengajakan oleh crew kapal. Kedua-dua pilot dan co-pilot tak ada sebab nak bikin “mass murder”.

Tapi saya kata mengambil fakta yang pilot kapten Zahari merupakan penyokong tegar DSAI, saya kata pilot ada sebab kukuh untuk melakukan jihad. Ditambah elok lagi, jumpa bangkai sayap di pulau Reunion, pada hari PM melakukan “clearance” para pengkhianat, pembelot. Seolah PM ada istidraj. Orang yang kuat berangan aje yang boleh bikin skrip sebegini romantic….adalah benda-benda bodoh yang terasa macam tonton movie yang skripnya dikarang oleh penulis yang psiko lagi kuat berangan. 

No comments: