Sunday, July 5, 2015

Kita ini Sama Sahaja....

Satu hari, saya pergi membeli-belah dalam gedung yang besar bersama seorang graduate pengajian Islam dari Universiti Awam tempatan yang berprestij yang berkerja sebagai guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah.  Di dalam gedung itu ada gedung kecil menjual arak dan daging babi.

Kawan saya berkata "tak halal kerja dalam gedung ini"

Dalam hati saya pula berkata, "Kalau macam itu haramlah juga jika membeli belah di sini"

Saya rasa agak terfaktab juga dengan kenyataan beliau tapi trolley yang penuh dengan bahan-bahan keperluan kami, saya sorong jua,lalu saya buat-buat macam orang bodoh dan tanyakan sebuah pertanyaan "kenapa pula tak halal?"

"Iyalah gajinya bercampur dengan sumber keuntungan dari barang yang haram" jawabnya

"ooh kalau macam itu samalah kita dengan mereka" sambut saya

"eh kenapa pula sama?" kini giliran dia pula yang tersentap

"kan ka gaji kita ni dibayar oleh pembayar cukai. Pembayar cukai ni kak, bukan terdiri dari individu macam kita yang kena isi borang income tax tiap-tiap tahun tu. Pembayar cukai juga terdiri dari entiti perniagaan. Perniagaan ini termasuklah hah tu Sport TOTO dan Magnum tu" jawab saya panjang lebar.

Kawan saya pun terdiam....

****

On separate note..ada blogger seorang saintis yang marah-marah pasal orang kita yang lebih suka percaya maklumat yang tidak diketahui kesahihannya yang dipetik dari internet. blogger tersebut mengusulkan orang yang lebih suka maklumat internet dari maklumat yang datangnya dari saintis bertauliah seperti beliau atau blog kerajaan, ini sama ada kuat beronani atau mendapat penyakit fobia terlampau, penakut, lagi suka menakutkan orang lain.

Tapi saya pula tahu sangat apa yang masalah orang yang begini ini. Mereka adalah orang baik yang sudah tidak betah lagi tengok maksiat yang berlaku di muka bumi ini dan mau cepat Imam Mahadi keluar pimpin kita semua masuk syurga. Hah dalam syurga nanti tak payahlah beronani sebab di syurga loka sana penuh dengan bidadari yang dara-dara belaka.

Orang macam ini sebenarnya sudah tidak perlu saintis, lawyer, akauntan atau sebut kata sekularis seperti kami ini. Mereka hanya maukan seorang serikandi yang saya cuplik dari sini untuk bawa mereka ke gerbang bahagia nan abadi. Orang macam kita sebenarnya tak usah cakap banyak. Tak guna satu sen pun. Buat apa mencurah air ke daun keladi, kan perbuatan itu sangat sia-sia?

MENCARI SRIKANDI (Muhammad Lutfi Ishak)

Siapa srikandi itu
yang akan melembut kerenah para wanita-
yang menggunakan lidah dan air mata
sebagai senjata
dengan akal dan kata-kata ibu.
Ketika diacu ketajaman jiwa lelaki
ke tengkuknya dengan lembut,
ia melentur pedang egoke dada para lelaki

Aku di sini menduga riak sirah
siapa pula selepas Fatimah
yang mentafsir masalah
sebagai bukit pasir
di tengah Sahara,yang
mengasah jiwa suami setajam belati

Sementara nafasku mengenal
harum kesturi
akan lahirkah seorang srikandi
yang ketika memilih jalan
tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan.

Aku di sini di depan zaman
menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
menyelimuti seorang lagi pemimpin seperti
Muhammad

(Klang)
Di bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu, 2005
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

No comments: