Monday, June 29, 2015

Tazkirah Kewangan

Saya terbaca cerita ini dalam FB, bukan kawan pun, tapi ada orang like maka dapatlah saya baca. Macam jenis tazkirah juga, tapi tazkirah kewangan. Memang betul apa yang Encik Raja ni tulis. Saya suka jadi saya panjangkannya di sini.

Encik Raja kata:-

"The cost of living does not go up all by itself. Did you think that the cost of living is a magic thing – decides to go up or down at its whims and fancies? If you did think so, then you are an idiot. The cost of goods and services depends on demand and supply. When demand grows faster than supply, the price will go up. [I know some of you will argue that government policies and taxes control prices.... but the point is even with the taxes, there is still a big demand for things]. Of course, there are unscrupulous practices and bad policies which can influence prices of certain goods – but for the national economy as a whole, these are not the main drivers."

Dalam bahasa Melayunya yang saya ringkaskan kos sara hidup tidak naik secara sendiri-sendiri. Jika anda fikir penyangak utama yang bikin kos ini naik ialah kerajaan. Polisi kerajaan, kerajaan tak pandai urus negara,  bolehlah, jika nak bertekak memang betul sangatlah. Tapi harus ingat dalam kita sibuk menyalahkan pihak lain, kita pun ada juga saham yang bikin kos ini meningkat  kerna kos barangan dan perkhidmatan juga bergantung kepada penawaran dan permintaan. Bila permintaan bertambah dengan kadar lebih laju dari perkhidmatan, peningkatan harga akan berlaku.

Artikel Encik Raja ini secara spesifiknya berbicara tentang Restoran Mewah yang dikatakan meletakkan harga pada kadar yang tidak munasabah. Secara pedasnya Encik Raja berpendapat yang ini berlaku semata-mata kerana sikap masyarakat sendiri yang berlumba-lumba memilih restoran jenis ini. Tidak ada kaitan dengan orang lain. 

Komen saya...

You choose your lifestyle....ada orang gaji RM1,000 pun dia rasa dia dah cukup kaya dah. Gaji RM1,000 tak cukup. Di Melakalah, gaji RM900 pun budak tak mau kerja katanya gaji kecik. Barang mahal. Saya tak salahkan budak-budak ni juga...di sana, apa kelas ko pi kerja bawa bekal? Hujung minggu apa kelas ko bekelah-kelah kat pantai klebang jak. Klebang sana air tak best, kotor orang suka curi pasir pantai... dah tercemar.

Mustahil mereka nak tiru gaya budak-budak Bangla, Nepal yang berbodong-bondong pegi kerja jalan kaki, bawa bekal, hujung minggu bersesak-sesak naik bas jalan-jalan di area bandar Melaka. Memang tak hips langsunglah,kan.

Kata dah kije...takkan nak blaja kawan kat McD jah...kurang-kurang pun Old Town, Cofee Bean, Starbuck barulah ada gaya orang berkerja.

Eh malu ooh dah kije keluar bandar makan kat warung aje. Orang mengata. itu belum cerita pasal benda lain lagi tu. Rasa inferior ooohhhh nak-nak dalam bulan pose ni bukak FB semua pakat tayang ifftar di hotel, restauran mewah-mewah. Abeh tu nak wat macam mana dah tak mampu. Kalau saya makan di sana alamat, ada hari-harinya nanti saya kena ikat perut makan maggie aje, atau alamatnya bajet duit raya kena potong, duit bajet belanja kueh, biskut raya pun kena potong sama.

Sekali makan ifftar di Restoran, boleh dapat 2, 3 biji kek coklat. Pada saya the joy of baking chocolate cake for raya surpasses the joy of uploading makan-makan picture at fancy restaurant, so I choose baking.

Orang lain pula, lain rasaya, pilihan gaya-hidup itu citarasa masing-masing. Kita tak payah bising-bisinglah. If you choose gaya hidup mewah memang ko rasa sakit dengan kadar gaji di Malaysia ini. If you choose yang lagi satu ko rasa lapang, tapi...hidup ko tak up to the par, tak up to the standard sebagai penghuni sebuah negara yang sedang menuju negara berpendapatan tinggi.Jika lifestyle sangat penting bagi kamu, jangan pula ko marah sama orang yang kata lifestyle itu satu penyakit....saya tak kata tapi ada orang kata, tak caya bacalah pesanan no 35 dalam artikel ini.  

No comments: