Sunday, June 14, 2015

Damai di Hati

Sebelum saya lapor diri di KK pada Februari yang lalu saya sempat minum kopi dengan kawan lama lebih kepada bukan kawan, tapi mentor, kakak yang banyak memberi nasihat dan semangat kepada saya. Kita berborak pasal kerja dan kawan saya kata “aku ni Mar, dah rasa macam hari ini juga aku mau pencen”

“Ko pencen bila?”

“Tahun depan”

“Pergilah SPA, ka, massage, detox”

“aku yang itu bukan aku nak cakap besar, so far Alhamdulillah aku ok lagilah”

Ya she look fantastic at the age of 59. Cergas bertenaga. Jadi apa yang fatiguenya ya? Selepas jeda seketika, dia hirup kopi, saya pula tekun menilik keanggunan dia pada usia yang sebegitu, dia menyambung bicara.

“Aku tak tahanlah perangai  freshie ni” dia pun cakap bla bla bla…saya angguk faham dan sesekali menyampuk-nyampuk juga. Saya tanya kawan,  ada tak kes bomoh-bomoh, saka-saka begaduh dalam FB. Khianat antara satu sama lain A dan B begaduh rebut perhatian Bos, A  dakwa B hilangkan buku Rekod Perkhidmatannya.

 “Sakit misteri, sorok buku, hilang buku RP belum ada lagi, tapi gaduh dalam FB sampai admin blok FB memang ada. Aii bukan ka budak pejabat ko yang bergaduh sampai semua tak leh eksess FB?”

“iya ka. Ntah aku masuk-masuk dah tak ada FB, tapi dia ada orang cerita berejek-ejek sebut  pantat kuali segala bagai. Pasal tu pun admin boleh blok FB, iya”

Semasa saya kursus minggu lepas ada seorang penceramah pun cerita makan hati. Zaman ini sudah terbalik bos makan hati dengan anak buah, not the other way round. Mujur saya jadi penyelia sekejap aje. Tak sampai setahun, nak kata makan ati, saya dah selalu ikut kursus cikgu-cikgu. Kalau di sekolah cikgu makan hati dengan Murid, di tempat kerja bos/penyelia makan hati dengan anak buah, Nak kata langsung tak ada rasa tercubit-cubit, aduh ah sakitnya tuh di sini,kalau tak membohong, dia kesampukan denial syndrome. 

Antara benda yang paling mengigit-gigit tangkai hati dan jantung penyelia ialah soal kedatangan. Cuti dan punch card. Orang kata kalau cuti tu tak pernah isi borang cuti EL memanjang…MC bersambungan dengan EL. Sepanjang perkhidmatan, saya pun pernah sakit juga, iyalah bila kita sakit orang lain terpaksa buat tugasan kita, begitulah seadanya. Jadi bila saya dapat anak buah yang selalu terpaksa menjaga isterinya yang dikatakan ntah ada sakit misteri, saya redah dan redha saja, walau ada juga pahala saya melayang masuk akaun dia dek melayan gossip-gossip, spekulasi liar, hal rumahtangga orang muda-mudi, sama cantik sama kacak ni... hehehe... Soal makan hati, memang generasi hari ini kena berlembut-lembut. Tak boleh kasar-kasar. Kena gunakan pendekatan psikologi.  Begitulah keadaannya.

Soal kerja cerita lain. Tekanan dan sebagainya itu, usah cakap. Ekspektasi Pelanggan satu lagi. Kawan saya terlibat dalam pengurusan Mahkamah Persekutuan di Peringkat Ibu Pejabat…bayangkanlah satu Malaysia kena jaga. Dan saya rasa terkejut juga bila kawan yang saya anggap wanita besi, kawan yang selama ini jadi sumber inspirasi, boleh rasa yang dia dilemahkan faktor luaran iaitu anak-anak buahnya sendiri.  Selalu asyik saya bercerita, dia mendengar kali ini, saya pula yang jadi pendengarnya. Saya feel good dengan peranan baru ini. Dulu pun I kat sekolah, cikgu lantik I jadi pembimbing rakan sebaya apa? Itu petanda yang I ada quality pendengar yang baik, ok. Tapi kali ini rasa macam an honor pula diberi kepercayaan  mendengar keluh kesah orang yang saya anggap hebat.

Well, nak buat macam mana, saya ini memang dilahirkan bertuah agaknya.  As I am growing older, life jadi lebih mellow and sweet. Terasa seperti, belayar di lautan yang tenang menuju kepelabuhan abadi…soon (not necessarily soon as tomorrow, it could be 20,30,40 years from now) insyaallah, kita pasti akan disandingkan dengan kekasih abadi iaitu kematian.

And I shall say wisdom is all about not so kancheong when thinking about death.

No comments: