Sunday, February 1, 2015

WANNABE sebuah MINI Ceretot.

Dia bercakap bla bla bla sangat meyakinkan bercakap tentang etika, kemendirian seorang profesional, membuat keputusan, kejujuran dan macam-macam. Tapi betullah kata seorang sahabat bila hati kita sudah penuh, ko cakaplah apa ko nak cakap, pun, ia akan jadi seperti mencurah air ke daun keladi. Saya rasa mau agar pertemuan ini segera ditamatkan iaitu dia berhenti bercakap dan saya dibenarkan pulang....

Melihatkan saya yang kebosanan dia memancing dengan sebuah pertanyaan "Awak tak mau ka terkenal macam Cynthia Cooper?"

"huh Cynthia Cooper? And miss the fun psychoanalyzing people without feeling guilty?" Jawab saya.

Dia mengeluh berat dan membenarkan saya pergi "You may go now"


Penafian:-

Cereka Kontot (Ceretot) ini hanyalah rekaan sahaja. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati.

No comments: