Saturday, March 24, 2012

Pertembungan

Saya diberitahu yang so and so, so and so itu penulislah, yang memberitahu pun penulis juga bezanya, satu penulis intelek, sorang lagi penulis yang bukan saja menulis kerjanya, mengarah drama pun pernah yang saya lebih suka sebut pengkarya, pengusaha produk industri pop tanah air.

So and so ini, si intelek pejuang sastera bahasa Melayu tinggi, ini bagi tau saya yang si pop ini ada black hidden agenda. Saya ini orang kerja pembantu kepada akauntan, bikin kerja kira-kira, manalah tau apa benda binatangnya agenda-agenda ini. Kita tau pi kerja, nak cari duit. Itu sahajalah yang kita tau dan faham. Agenda-agenda ini memang kita tak ada masuk dalam buku kira-kira kita.

Namun saya layan juga rasa ingin tahu pasal agenda ini dengan membaca 2 buah novel pop tulisan beliau walau saya tahu, membaca naskah pop adalah satu dosa besar jika anda ingin, ada hati untuk rapat dengan orang-orang sastera ini. Tak kisahlah. Boleh putus kawan, putus cinta, pun putuslah, janji aku nak tau bebeno apa yang dikatakan agenda ini.

Yeah you boleh karang naskah sastera-tinggi, memiliki IQ kelas penerima Noble, tapi you pilih berkecimpung dalam dunia pop, memanglah orang akan pandang serong dengan kamu kan. Bahasa mudahnya, kalau ko boleh jadi professor, mengasuh pemikir bangsa, kenapa ko nak mencebur/menyibukkan diri ko, memingkan kepala ko dengan kerenah artis pop Malaysia yang rata-rata aish segan nak cakaplah, "jadi penyayi, pelakon tu sebab akademiknya kurang menyerlah". Satu pilihan yang membikin kita menaruh syak padanya. gituhlah kesimpulan saya.

Setelah meneliti satu naskah beliau, yang berbentuk futuristik saya tak beranilah nak tuduh-tuduh, sebab jalan cerita, kandungan yang ada memang menarik, memang kita nampaklah betapa tingginya IQ pengarang ini namun sebab bahasa agaknya, menjadikan novel itu hanya dikelaskan sebagai novel pop picis yang biasa kita lambak sahaja sebagai penulis yang pemalas, malas berfikir, atau memang tak mampu berfikir.

Apa yang saya belajar ialah tentang ... tentang satu spesis, makhluk yang mau menawan bumi. Makhluk ini bukan manusia. Rupanya hodoh, tapi mempunyai kekuatan fizikal yang melebihi manusia biasa, no saya tak tertarik dengan rupa mahluk ini, tapi daya fikirnya macam serangga.Maksud pengarang itu macam ini, yang berfikir itu satu, dan semua koloni pun berfikir sama macam yang satu ini. Permaisuri (sebab Raja kena kurung) ada kuasa memasukkan fikiran dia dalam fikiran koloni dia. Misi utama Permaisuri ialah melepaskan Raja yang terkurung dan seterusnya menakluki BUMI. Oh ya makhluk ini makan manusia. Tak dia taklah ratah manusia, tapi dia ambil sedut tenaga manusia. Maknanya kalau makhluk ini dapat menguasai bumi, manusia akan dikurung dan diternak macam kita ternak ayam kambing lembu babi untuk kegunaan menjana tenaga kita.

Saya teringatkan ceramah semasa induksi. Penceramah yang kini merupakan salah seorang  pengarah di Negeri Melaka ini kata, yang saya simpulkan orang Melayu ini itulah mereka. Mereka malas fikir ka, tak taula. Pemikirnya satu, yang lain ikut aje. Kita tidak suka berbalah fikiran sesama kita. yeah memang Islam menggalakkan kelainan dalam fikiran, tapi kita memang macam itu kita tak suka benda itu. Lebih-lebih lagi bila berdebat, berbalah, lebihnya jadi polemik. Itulah yang kita tak suka tu. Bule kita berhenti, mengawal perasaan dari menyerang peribadi orang yang tak sehaluan dengan kita? Lebih-lebih lagi bila kita tau lawan kita itu memang tak setanding dengan kita langsung. Apa celop punya kes.

Saya tanya juga penceramah, kenapa kena ada sorang ketua pemikir aje, kenapa masing-masing tak boleh fikir, berdebat macam di Barat, dan akhirnya mencapai konklusi, dalam pencarian kebenaran secara bersendiri-sendiri. Penceramah, matikan pertanyaan saya dengan 'BIG authority statement'. Dia cakap macam ini "kita dah buat kajian lama, memang tak boleh" Penceramah itu think-tank Negara, MTEN. Dia taulah, saya apa tau, tanya aje lebih. he he he...i.e kesimpulan saya sendiri, kita mencapai makrifat bersama guru kita, kita tak capainya sendiri-sendiri, kita bertaklid dengan guru pembimbing kita. Kita mencapainya melalui GURU.

So cerita pasal serangga tadi, memang serangga itu kuat, tapi last sekali ia dikalahkan oleh makhluk vampiro, pontianak yang tak ramai, penyendiri, berfikir secara sendiri-sendiri, tak ada kuasanya, apa jadahnya aku nak psiko ko agar fikir macam aku jugak. Macam mana buleh kalah? Permaisurinya jugalah yang belot itu bikin si serangga itu kalah. Dah ramai sangat permaisuri, bukan itu satu aje, setiap rupa wajah, (rupa sebenar dia hodoh, tapi dia berupa-rupalah, ada jepun, ada Melayu, ada Cina, Eropah, macam-macam ada) bangsa di dunia ini ada satu bini si Raja. tak delah ramai macam itu, saya melebih-lebihkan cerita aje, seingat saya 4 empat ka 3 gitulah. Malaslah nak semak balik berapa orang pemaisuri ada. Kalahlah raja Serangga sebab bini dia yang suka menjelmakan diri dalam bentuk puteri Raja Melayu yang asalnya Jawa itu bersatu dengan makhluk vampiro, membunuh suaminya sendiri.

Cerita pun habis, wassallam.

Hidden agenda? cubalah teka sendiri, saya bukan pengkaji dan penganalisa agenda orang.

No comments: