Thursday, July 28, 2011

Walking the AG's Talk.

Jeda seketika, sebab tuan punya blog ini sedang mabuk kasmaran dengan ayat2 cinta dari Pejabat JANM (AG) cawangan Negeri Melaka. Ayat yang bakal dipersembahkan bagi menjawab surat-surat tersebut pendek aje.

"Teguran dan saranan tuan telah kami ambil tindakan"


Namun tindakan yang perlu diambil itu yang panjang dan berliku.Itulah dia agaknya namanya cinta, tak perlu apa-apa, tak perlu panjang-panjang. Hanya perlu fokus, konsentrasi & komitment.

Sunday, July 17, 2011

ala ANU ANU ANU, gagaplah pulak...

(bila Anu Anugerah Tuhan bertukar AnuGhairah)

Penyokong PAS tau dan sedar yang banyak perkara, tindak-tanduk yang berlaku pada masa ini tidak menyebelahi PAS. Andai UMNO itu tonggak BN, ketua dalam BN, ketua pakatan ialah DAP. Itu memang satu hakikat yang semua orang tak boleh nak nafikan.

Rekayasa kunun anak yang bakal jadi pemimpin besar Nusantara ini saya kira adalah satu cara escapism untuk melepas beban rasa bila berkali PAS terpaksa tunduk dengan kehendak DAP. Apa nama budak tu?

Kalu lepas ni PAS buka pertandingan SMS beri nama BaYII ajaib mereka, saya nak namakan AMBI PHUA. Anak perempuan Phua atau kalu lelaki, Phua Chu Kang aje. Orang Singapore, aboden?

Awat gatal birah cite pasai anak ni, nak kena cili agaknya mulut tu..tulah tingok lagi bidoe ANUghairah Tuhan. Tapi video tu dia pakai Kondom. Kondom bocorlah tu. Astagfirullah hal azimmm...

Saturday, July 16, 2011

Bila Ilmu itu berada di tangan Non-Muslim

Berita utama Utusan hari ini pasal PAS akur dengan DAP pasal penutupan pusat hiburan sempena Ramadhan ini. Berita ini memang kita semua tunggu-tunggu, sejak bila DAP tak setuju dengan perkara ini. Tony Phua siap ugut-ugut nak keluar pakatan kalau Menteri Besar Kedah terus juga nak laksanakan penutupan tersebut. Memang dah agak pun PAS akan tunduk.

Nampak sangat macam orang kata kalu orang suami isteri, dan PAS itu suami, seolah si suami kena Queen Control, dan tak keterlaluan kalau sesapa yang rasa dia dah banyak sangat himpun pahala sebab slalu kena maki-hamun dengan PAS nak sdekah balik pahala kat depa balik, bolehlah diorang mengata PAS dah kena nasi kangkang DAP.

Apapun kisah PAS yang mengalah lagi dengan DAP, kali ini dengan ugutan Tony Phua, patut kita ambil sebagai muhasabah diri. Pengajaran buat diri yang prasan bagus suka mengata orang ini untuk tidak mengata-ngata, walau benda yang dikata itu benar. Mengata balik blakang benda benar, itu mengumpat namanya yang amat dilarang oleh nabi. Al Quran menyamakan perbuatan mengata orang balik blakang itu seperti memakan daging saudaranya sendiri.

Kadang tu kita kata kita ngata sebab nak lepas stress, betul juga tu…stress reliever. Zaman sekarang serba stress. Mungkin kita boleh cuba cara lain untuk lepaskan tekanan. Kita kurangkan berbual. Banyakkan aktiviti lain. Memang susahlahkan nak kurang berbual ni sebab saya ni kaki berbual. Tapi sempena Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi kita sesame cubalah yerkk

…***
Persoalan ramalannya, adakah PAS akan terus diperbodohkan DAP? Cakap-cakap, update FBzen, yang merasakan pemimpin yang ada pada hari ini bukan pemimpin sebenar yang akan bawa kita kemercu kejayaan, mereka sedang berdoa agar “anak itu slamat lahir kedunia”

Lecturer Islamic Study saya di MMU pun kata tak betul kalu kita kata Lelaki Raub itu pilihan majority. Hujahnya lelaki itu dari Raub, majority di Raub angkat dia jadi MP, pastu majority UMNO yang angkat dia plak jadi Presiden UMNO. Dia jadi PM sebab Agong Lantik dia. Kalu bikin open vote macam US, belum tentu Lelaki Raub itu jadi PM. Dia pilihan majority orang Raub, bukan orang Malaysia. Kalu bertanding di Kota Mlaka misalnya belum tentu dia boleh memang di Kota Mlaka. Iya macam itulah betapa rendahnya lecturer Islamic study saya memandang upaya dan kelayakan lelaki dari Raub itu sebagai pemimpin.

Kita pun sbenarnya jadi teruja juga nak tengok sapa “anak” yang sepatut kita jadikan pemimpin kita kalu tak yang ada pada hari ini. Kita, iaitu saya sudah dinyanyikan cerita “anak” Messiah Mehdi ni di zaman blogging di Multiply dulu, jadi memanglah saya nak tengok sangat “anak” ini kiranya. Tapi sampai hari ini yang jelas nampak Messiah dalam Pakatan Rakyat ialah TONY PHUA dan AMBIGA.

Bukan, bukan Anwar, PAS tau Anwar tu kaki men@&$ kan PAS juga yang bagi gelaran AL-JUB pada dia, dan PAS juga yang menyelongkar kegiatan window dressing Financial Statement Bank Negara yang di dalangi Anwar. Bukan. Bukan Anwar. Ada “anak” lain. Betullah agaknya tu anak-anak utusan tuhan buat PAS bernama Tony Phua & Ambiga, kalu tak masakan mereka begitu akur dengan titah dan perintah dua individu bukan Islam ini.

Eihs baru tanam azam tak nak ngumpat dah ngumpat dah. Astagfirullah hal azim.

NEMESIS

“Kalau tak suka baca tulisan saya, janganlah baca, banyak lagi blog orang lain boleh baca”
Rungut seorang blogger dalam blognya.

Peminat/pengunjung regular pun memberi komen analisa psiko
“Dia dah jatuh angau kat awak dan dia mengharapkan awak tulis apa yang dia rasa awak patut tulis. Dia mau awak tulis memaki hamun, mencalar imej xoxoxo bukanya oxoxox yang merupakan nemesis kepada xoxoxo. Kalu buleh awak putihkan oxoxox dan hitamkan xoxoxo”

“minta maaflah saya hanya tulis apa yang saya rasa betul. oxoxox tu tak betul macam mana saya tulis juga kata dia betul. Dan bagi xoxoxo pula, saya rasa banyak kali pegawai, jentera, jabatan dia yang kena katuk dengan saya, jadi apa lagi yang dia tak puashati dengan saya. Pegi buat blog sndrilah, cacailah si oxoxox setinggi manapun dia nak cacai”.
Balas sang blogger dengan angkuh sekali

“justeru, melukakan hati pencinta awak sendiri? Maki-hamun-carut awak terhadap oxoxox umpama bilah belati yang menghiris-hiris tangkai jantung hati dia, namun dia gagahkan hati membaca huruf demi huruf tulisan kamu dan berdoa agar awak berubah. Itulah cinta namanya wehhh, Cintakan awak.” Balas peminat/pengunjung regular

“Itu bukan cinta tapi obsessi”

Peminat/penunjung regular tak puas hati dengan jawapan blogger lalu dia forwardkan sebingkis emel yang merayu-rayu agar blogger join parti yang dikepalai oleh oxoxox. Ntah siapa yang mengutus emel itu dan mengapa emel itu ditujukan kepadanya, dia pun tak tau, dia tak kenal dan dia rasa dia bukanlah orang yang selayaknya untuk ambil tahu. Dia cuma percaya penulis emel itu mau dia sampaikan emel itu pada blogger, dan itulah yang dia lakukan setelah agak lama juga emel tersebut diperam begitu sahaja.


Diam….jeda dan akhirnya sang blogger pun mengambil keputusan berhenti memblog.

Thursday, July 14, 2011

Durian & Nombor

Kawan saya cakap “lepas ni balik bilik musti bukak baju”
Saya cakap “ buat apa bukak baju, bukak ekonla”
Kawan dia cakap “ cuaca mendung pada hari ini ok. Tak panas, lainlah waktu hari yang panas”

kawan dia cakap macam tu sebab dia mau kawan dia dan saya menghabiskan setiap ulas dari setiap pangsa durian yang telah dia buka. Dia tak nak durian tu sebab mangkau, mangkau, mangkau, mangkau aku prabih juga dengan senyum-senyum dan cakap2 macam ini

"durian jenis ini kalu dibikin lempuk sedapkan"

"ye ye ye sedap, sedap, sedap. Lepuk memang sedap, sebab texture dia sama macam lempuk"


Saya jadi amat terpesona dengan ayat-ayat kawan saya yang amat lunak, dan berkonar dari straight forward cakap mangkau, sambil saya sndri pun terpesona dengan diri sendiri yang dapat menahan perkataan mangkau dari terkeluar.


mmm nyam, nyam, lempuk yang sedap dan manis, nyam, nyam nyam... durian mangkau sebiji pun licin kami sebat. Pergh memang wajarlah orang kat opis tu menganugerahkan kami gelaran "tong sampah, tolak batu dengan kayu aje"



..***
If people say I’m good with number because I like number, well itu sangat tidak betul, as I like flowers more than anything else in the world. But numbers itu punca rezki saya & lama kelamaan saya blajar mencintai nombor. As if like they(numbers) know I love them so much and they actually becoming alive, and like you friend who come and rescue you when needed, or when you’re running out of luck.

..***

Numbers make me feel so lucky. Previous day ago I want to be dajjal pada sorang kerani skola yang pada hemat saya seorang yang pendesak lagi memualkan. Pada sayalah. I dunno about orang lain. Wat I don’t like about her & wanna make me play dajjal on her ialah sikap dia yang brani mengugut jika dia upset, orang tak layan dia.

To my surprise kali ini makcik ini “on-time, dalam melaksanakan arahan saya, walau saya mengarah hanya dengan melalui telefon, informal”. Saya menjangkakan yang dia akan lengah dan akan tidak ambik port dengan permintaan saya sebagaimana dia buat derk dengan arahan yang lalu. Normally, she too proud to received instruction from sesama krani macam dia gak, sebab dia slalu boasted yang rahsia kami ada dalam tangan dia, ntah rahsia apa??? Tak tau tak tau, setau saya, saya idak ada rahsia. Dia ni nak Tuan kita sain surat, walau surat itu dikarang oleh krani jua, sapalah lagi nak mengarang surat2 kewangan yang ntah apa2 tah, Bos mana ada masa nak karang surat2 sampah, picis lagi tak penting tukan, banyak lagi agenda lain yang dia nak kejar) Alamark dia dah betulkanlah kesalahan dia, malunya aku, sebab main sergah aje.

But then, praise to Allah the allmighty God as He make numbers, make me LUCKY. This time around, Mrs Krani Skola still unlucky, as she got the numbers wrong. MARDHIAH 2, Puan XXXX 0, HANGGEEET!!! Applause, Applause, Applause

Thursday, July 7, 2011

Delusi Kuning

My cikgu slalu (slalu means more then once sampai u bule hafal, in my case kalu dia ulang 2x pun saya dah bule hafal, not because saya punya memori yang baik, sebab saya tulis balik apa yang dia tulis) bilang “put & reputting things into different perspectives”

Berarti bukan perspective kita aje, perspective orang lain yang tak sekepala dengan kita. Ok now let imagine this:-

Puan A adalah isteri kepada Encik B yang merupakan pegawai SPR yang too’’’at. Pada perspective kedua suami isteri ini electoral list kita bersih, sebagai kerani sekolah Puan A pun dah beberapa kali terlibat mengira kertas undi, barang skali pun tak pernah dia ambik rahsuah menanupulasikan kertas undi, begitu juga suaminya tak pernah amik rahsuah barang skali, tak pernah plak terjumpa kes-kes…ada kotak undi mai lewat dalam penuh pangkah dacing blaka. Memang kalu dia dengar orang PAS cakap itu ini, dia kata orang itu delusional. Ntahlah kedua mereka pun tinggal di kawasan yang BN tegar. Bubuh batang pisang pun orang dok undi BN gak.

Anak pasangan ini yang baru pulang dari Australi, yang resultnya pun cukup-cukup makan jah sebab sibuk dengan aweks sosialista sana yang berazam nak tumbang kerajaan kotor ini. Dia nak sertai bersih, bukan stakat bersih tapi nak jadi AJK peringkat kampung. Puan A rasa elok anaknya pi jual kacang putih aje, atau jadi penghantar Pizza ada pekdah, tapi dah anak dia minat politik dan bergewe plak dengan budak sosialis yang dia kenal masa blajar di luar Negara.

Puan A takut anak dia dipergunakan aje. Budak sosialis komunis bukan bule percaya, sana sini tak kesah mengangkang jadi dapat apa dia nak. Ini persepsi Puan A ok. Bukan persepsi saya. Persepsi ini dikuatkan lagi dengan foto-foto lucah yang leaking & becoming viral di internetpemimpin sosialis peringkat tinggi yang bernama Elizabeth ntah apa tah,, Oii?? Tan?? Lim??? ka Abdullah kut…Puan A takut aweks anaknya pun pengamal asal bole macam Eli juga. Memang sudah dihalang, tapi orang bercinta lagi halang lagi kuat cinta mereka. Husband dia dah pesan untuk guna cara halus aje. Tapi cara halus itu belum menampakkan kesan, anak dia pulak makin gila nak join Bersih, nak jadi orang kuat Bersih peringkat kampung.

Jadi tinggallah Puan A dengan persaan yang gundah gulana bercampur delusi. Antara delusi Puan A ialah, Puan A membayangkan yang anaknya terus jadi kutu jalanan macam di Siam sana, yeah…macam perhimpunan baju merah, bertahun jadi kutu tak ada kerja duduk tepi jalan sebelum Parti konservertive Siam tumbang. Mujur partai itu betul-betul tumbang. Jadi Puan A fikir macam ini, oklah juga kut BN betul tumbang dengan gerakkan kuning macam Konservertif Siam tumbang dengan gerakan merah. Oklah tu esok girlfriend anak aku bule gak rekomen boyfriend dia dapat kije elok dengan gomen. Fikir Puan A.

Tapi masalahnya satu jah, wat if girlfriend anak aku ni sebijik macam Eli kangkang? Pantang meleleh, kangkang aje, tak sempat masuk bilik. Fikir-punya fikir dia pun mengusulkan cadangan ini pada suaminya…”esok kita jumpa tukang ubat yang kita jumpa hari tu, kita minta tukar, kita “bikin” anak sosialis takdi jadi angau sampai mati dengan anak kita ye bang”

Jawab suami dia “suruh tukang ubat tu “bikin”kan juga sume orang agar angau dengan Pakatan baju kuning awak, biar betul2 menang, bukan menang macam Siam kena bikin kerajaan campur-campur baru anak awak esok buleh jadi presiden. Buatnya tak menang, awek sosialis ni tu nikah dengan orang lain, buleh sewel anak kita nanti. suruh anak awak tu kerja bukan jadi kutu lepak brangan, hasut budak kampung macam-macam, kerja malas, keputusan preksa tak elok, sapa mau lantik jadi orang besar, brangan aje kuat, sama macam emak dia”

Tuesday, July 5, 2011

Ini macam aahh Give-up looo

Saya rasa majority kawan anti UMNO. Anti-politikus bebal. Bila mereka itu genius, doktor ada, engineer ada, akauntan ada, semua masa skola pakat-pakat pulun A+++ blaka, surely mereka akan rasa ala Najib tu sapa, Rosma tu sapa. Ya most of them believe Najib skola kat England tak habis, ada yang berani kata tak lulus pun pasal asyik dok kepit awek omputeh. Apak ia mati, ia kelik sini, kena kawen anak kerabat, (tapi sebab dia memang dasar lelaki buaya lagi tak senonoh jadi tak leh ngam dengan pempuan bebaik, ceraikan perempuan baik, bijak, pandai, dari keluarga terhormat, dia pi amik bini orang yang sama jahat macam dia juga bernama Rosma), Masuk politik jadi orang politik besar hingga hari ini jadi PM.

You see slamanya mereka memandang pemimpin UMNO itu orang bodoh, waima Tun M yang blajar Medic pun bodoh juga sebab lulus takat doktor sakit kulit, doktor kurap aje. Lainlah Wan Azizah yang mereka percaya lulus doktor kat oversea sampai boleh belah otak orang.

So satu hari tu saya bawalah artikel nak nunjuk kawan genius saya ni yang Ambiga ni bukannya betul sangat pun. Saya tak komen apa-apa saya suruh dia baca aje, sebab dia memang ghairah sangat dengan Ambiga Bersih dan percaya yang electoral list kita kotor, SPR kotor, padahal dia sndri pun kije gomen tuh. Tapi dia sndri memandang rendah kredibiliti SPR yang dia percaya tidak ada kredibiliti langsung, kotor sebab boleh dimanupulasi oleh orang politik gitu-gitu aje.

Stelah baca dia cakap, “Persoalannya skarang maukah Najib terima undang-undang syariah?” saya terkedu. Saya termati hujah sebab saya tidak bersedia dengan hujahnya yang wah sesuatu yang barulah saya kira tuh. Kita cakap pasal Ambiga dan pandangan Ambiga tentang undang-undang syariah. Apa pasal masuk Najib. Saya patut cakap “If there is a chance Lim Kit Siang, Karpal Singh will embrace Syariah Law why not Najib, bukankah setiap insan itu ada potensi untuk jadi positif?”Tapi saya terlalu terkedu untuk memulangkan paku buah keras. Allah tak mau saya asyik menang aje agaknya sekali-skala kasilah kawan menang plak biar saya plak yang terkedu, terduduk habis.

Saya membuat kesimpulan yang kawan saya ini memang sangat percaya yang Najib tak buleh terima undang-undang Islam. UMNO tak boleh terima. Dalam ertikata lain, orang-orang UMNO terlalu angkuh, sombong atau ditadir-karmakan lahir ke muka bumi ini terencat akal sebab tok nenek mereka banyak sangat curi tulang, berat tulang, makan duit haram sampai keturunannya semua dungu/bodoh, bejat dan beku otak mereka untuk menerima perubahan dan pembaharuan. No point trying to make them see, as human can only see wat they want to see. This fellow cannot see UMNO boleh jadi cerdik, boleh jadi pandai, boleh jadi terbuka untuk membuang apa-apa yang British dan menerima pakai Islam secara total.

Selang beberapa hari, Najib merasmikan perhimpunan peguam-peguam Syarie. Memang kedapatan kelemahan dipihak pengamal undang-undang syarie yang di”highlight”kan. Salah satu yang saya ingat ialah khidmat guaman yang tidak munasabah. Dalam bahasa kasarnya Peguam Islam apa ini yang kerjanya mencekik darah? Bila sebut syariah kita terfikir undang2 berkaitan dengan nikah-kawen aje. Atau hudud yang memang telah termaktub dalam Quran. Bagaimana pula dengan takzir, undang2 yang memberi jalan penyelesaian kepada kebijaksanaan pemerintah? Bagaimana pula jual beli, kontrak perniagaan, perjanjian dan sebagainya? Ia patut diperluaskan lagi.

Saya melihatnya begini sebenarnya…kalu belum boleh lagi undang-undang syariah, masih Islamofobia (Ambiga tentu mencebik-cebik, “eleh Islam hapa kebendanya? You alls lagi materialistik dari kawan-kawan civil aku yang akan bagi khidmat percuma pada orang2 yang kena tangkap polis masa Sabtu ini nanti. Chet poda Chi, hark ptuii ada ati plak nak ganti undang2 yang ada kunun) masih takut kena potong tangan, kena rejam dengan batu sampai mati, apakata kita kaji undang natives seperti, adat perpatih, adat temenggong, adat dari Cina sana, dari India sana, juga dari Native Sabah Sarawak sana. Kita yang sudah merdeka lama ini patut kreatif menggubal/mencipta undang-undang yang padan dengan kita sendiri bukan yang diceduk, diambil dari English Common Law.

‘…******

Kalu berpeluang jumpa Ambiga saya nak tanya satu aje. Budak India dulu, saing2 zaman Mathama Ghandi dulu, kalu tak nikah, buat perkara macam orang dah nikah, apa hukuman mereka?

Saya percaya Kaum India ada hukuman untuk pelaku zina. Cuma kita slalu rasa, “ah tak pe Cina India bersekedudukan tanpa nikah tak apa, tak ada hukuman sebab mereka bukan Islam” Kita saja yang rasa bangsa Cina dan India itu asal-asal lagi dah menganut undang-undang sivil yang membenarkan persetubuhan lelaki wanita tanpa nikah atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Dan kini mereka sedang berpakat memansuhkan undang-undang yang menyekat lelaki-lelaki, perempuan-perempuan bersetubuh sesama mereka secara bebas asal sama-sama suka, sama-sama rela.

Sunday, July 3, 2011

One pathetic tennis ops aerobic shoe

Jumaat lepas saya keluar awal, pergi Jabatan, pergi juga Jabatan Akauntan Negara…he he he bila dah lepas ke Ayer Keroh, hai terus ajelah balik rumah, takkanlah saya nak patah balik ke Jasin pulak. Itulah bestnya jadi pembantu akauntan nih, bila timbul masalah, orang pening, tapi saya plak buleh berjalan. Sungguh, saya memang kena ke JANM baru buleh senang sikit kerja. Saya tak tau apa sistem mereka pakai, memang kalau di akess dari pejabat saya memang masyallah memang tak buleh, ya ya ya those di Multimedia University yang mesra dengan ICEM mesti pernah merasai apa yang kami rasa. Sama aje ICEMs ni dengan Sistem capai lapuran e-gaji kami. Ya! True true if you penjawat awam, you log-in sorang nak dapatkan slip gaji korang, seorang shj memang korang kata sistem tu ok. Namun kalu you log-in sebagai Penolong Akauntan, Pembantu Akauntan dengan segala maklumat gaji cikgu skola & staff skola satu Jasin di tangan kamu, aduh memang kamu bule naik gila kalu tak drive terus jumpa pangyau, kaki kamu di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negari dapatkan apa yang kamu dengan bantuan mereka. Aik saya mula membayangkan saya bertugas di PPD Ranau sana aih aish aish cam nor tu. Ok enuf membebel. Baik aku usah membebel-bebel takut betul-betul kena hantar di tempat macam situ lagi susah at least aku kat Mlaka kocik yeoh….Lagi pun problem macam ini skali skala aje timbul.

Last Friday memang a bad day, sebab I memang jenis tak suka pergi ke ofis orang lain, so I treat myself with window-shopping di Jaya Jasco. Pada kamu yang pernah shopping di Harrods, London mungkin JJ itu tempat kamu beli barang harian macam saya beli barang kat kedai mini mart di taman saya, but to me JJ memang somewhere yang saya panggil a treatlahkan. Lalu saya teringat kasut senamrobik saya yang dah perlu diganti. Saya masuk satu kedai. Saya disambut oleh juru-jual yang fesyen rambutnya macam Patrick Gerdiou, fitness instructor Youtube yang glemer tuh, eh memang saya sukalah, tapi saya cakap nanti dulu.

Saya masuk plak kedai yang glemer, yang banyak chain yang slalu promote ada sales,. Memang banyak kasut, jurujualnya pun ramai, ada 3 orang. Pakai uniform sepasang warna hijau. Tapi memang tak disambut langsung. Saya terpaksa tanya dia, terpaksa beri tau yang saya sedang mencari kasut aerobic. Saya mau kasut yang boleh digunakan di atas court. Saya cakap court. Court, court, court! Apa ko ingat court mamouth ka? Atau court mahkamah ka? Apa ko fikir aku ini orang gila mau pakai kasut sukan pergi ke Mahkamah ka? Sakitnya hati. No no no, not because saya didiskriminasi sebab saya gemuk. No, saya fikir memang monyet 3 ekor itu memang tak ada qualification untuk jadi jurujual kedai sukan atau mungkin memang jenis keturunan pemalas agaknya. Selain saya, ada sepasang pelanggan berbangsa Cina lain yang memang slim dan athletic in physic pun dilayan secara endah tak endak aje. They alls ni kalu Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, CT Nurhaliza, mai aje, baru depa talkative & extra informative kut. Barulah bakat kejurujualan mereka menyerlah kut.. i.e. Bakat-bakat itu hanya eksklusif untuk orang2 terpilih, bertaraf DIVA lagi pesona. Iyelahkan zaman orang susah cari kerja ni, skali fikir, kalu tak berbakat, macam mana depa dapat kije kat kedai sukan berprestij macam itu kan….

Saya pergi masuk JJ, ehm tak de yang brand yang saya mau. Saya tengok2 reket tennis mak oiii comelnya reket tu PINKKKKKK! I must have it, I MUST, I don’t care. Tapi sabarlah tunggu next gaji ok. Saya masuk smula ke kedai “Patrick Gerdeou” tadi. Macam tadi juga dia tidak jemu melayan. “alah akak cubalah dulu” ya ya ya cuba dulu. Saya tanya “kasut tennis ada?” Mak oiiii cun nya kenapa cun cun giler ni…. PINNNKKKKK lagi.
“ah yang ini ada potongan 40%” Jawab si “Patrick” menunjukkan kasut tennis warna purple yang designnya, kelihatan seperti gedabak, gemuk.
“kenapa yang cantik ni tak ada potongan?” saya terus mengambil kasut pink saya yang cantik tu…
“biasalah kak, design baru memang tak de potongan”
“tak pe kak tunggu sampai yang ini on sale”

Oklah sebab kesiankan si Patrick tu, saya pun belilah kasut senamrobik yang warna putih aje, walau tak cantik, dia ada “stopper” boleh diguna di padang, court atau indoor, gynasium. Memang yang hitam itu cantik tapi sebab tak ada “stopper” walau saya yakin saya tidak akan tergelincir, tapi biasalah kasut warna dengan kasut putih harga memang ada banyak beza. The black one is 30% higher than the white one, and you can only get 10% discount, instead of 20% given to white one. I choose the one that can be used both outdoor & indoor, cheaper tapi tak cantik. But who care cantik ka tidak janji selesa. Kalu cantik tapi tak de stopper, lepas tu tergelincir masa tengah siok mengelinjang, tak ka haru tu…