Thursday, March 31, 2011

Yang mana satu

Bayangkan anda berada di sebuah Negara Antah berantah, katakanlah kunun anda adalah seorang mahasiswa. Buat masa sekarang anda kena pilih calun presiden university tempat anda belajar. Anda seorang Islam. Ada dua orang calon, dalam perkataan lain anda perlu memilih antara dua calon ini. Kedua-duanya beragama Islam, bangsa??? Katalah masa itu bangsa bukan perkara pokok sebab di Negara Antah berantah ini mereka sudah sangat advance. Negara ini terdiri dari berbilang bangsa yang sudah sangat intelek, matang pemikiran, luas pembacaan mereka, pendek kata Negara idealis yang berteraskan budaya ilmu. Integrasi kaum di Negara Antah Berantah ini sudah mencapai level amalgamation di mana perkahwinan campur sudah banyak berlaku sampai anak-anak tu kat surat beranaknya kat ruangan bangsa tu kebanyakkannya staff di pejabat pendaftaran Negara klik aje kat pilihan Ntah berntah.

Negara ini mengkhusus dalam bidang ilmu dan sumber utama KDNK mereka adalah dari sector pengurusan pengetahuan walau Negara ini merupakan pengeluar product pertanian dan penternakan tersohor dunia. i.e. nak dapat tembikai terenak di dunia, di sinilah tempatnya, nak dapat daging steak, lobster yang terenak di sini juga. Nak dapat ice-cream dan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu risaukan peningkatan berat badan pun di sini juga. Pendek cerita Negara idealistic yang jadi mimpi sang idealist tegarlah ni. Tak de konsert2 hedonisme, pil kuda, antah apa-apa pil lagi lah macam kat Negara-negara maju lain tu. Tak de. Manusia di Negara ini lebih mendapat keseronokkan dari intellectual intercourse dari yang lagi satu tuh. Scholar-scholar tahap Sidrataguatama Budha, Al Ghazali, Rabiahtul Adawiyah dan Mathama Ghandi blaka yang menghuni Negara ini.

Anda perlu memilih calon presiden. Walau dua-dua Islam, sorang tu simpatatik pada kristianiti, walau Islam dia selalu nak betulkan persepsi yang kristian bukan agama membawa kepada keruntuhan akhlak dan peradaban dunia, yang runtuh tu orang kristian yang mengamal hedonis dek termakan hasutan nafsu dan syaitan. Sorang lagi pula promoter tak tahulah bergaji ka tidak kepada Legasi Ayatollah Syiah. Muhammad SAW punya bloodlinelah. Ntah mungkin jugalah dia ni cucu-cicit Nabi Muhammad agaknya. Tapi katanya tidak, dia cuma sayangkan Husain dan Hassan dan memang berharap satu masa nanti dunia akan diperintah oleh seorang lelaki dari keturunan Mulia ini.

Dua dua hensem, dua-dua kacak, tinggal kamu seorang yang memang brutel, kamu memang selalu rasa nak sekeh-sekehlah dengan calun cinta keturunan nabi ni, (mamat poetlah, yang suka mendayu-dayu a bit like well who???? A bit ke hapanya memang spesis Encik Tuan Pengarah CDP MMU Ayer Keroh ni. “I memang dilahirkan jambu, tapi don’t u ever nak brani pepandai nak fitnakan I! I straight tau, tak caya tanya isteri I”) dan anda pula personality lebih mirip pada calun lagi satu. Pragmatic, rasional, tidak emosional dalam setiap gerak-geri dan pendekatan anda, aka mamat Macho yang efficient persis Donald Trump “you are fired”. You’ve tried your level best to see a good thing in each person you’ve met, but if you think the benefit of firing him or her out weight the cost, you do not hesitate to do so.

Ok lah sekarang ini, antara “Encik Donald Trump” dan “Encik Tuan Pengarah CDP MMU Ayer Keroh 2010-2011” mana satu agaknya yang akan anda pilih.

Tapi ingat anda di Antah berantah, dalam zaman FUTURISTIC AMALGAMATION tak macam Malaysia.. Kalu kat M’sia ni tak payah tanya eh, dah memang done-donelah kita pilih simamat bunga tuh. Ko dah tak takut nanti ilang akai ka hapa duk pilih si pencacai kristian!

Monday, March 28, 2011

Psiko Melayu

Isu Novel Interlok masih tak habis-habis, ingatkan dah habis. Selepas bersidang, berbincang bla..bla..bla, dan secara grafiknya sasterawan yang itu hari keluar paper muka depang menangis, dahlah sakit tua, tambah sakit terlentang terus dek gara-gara interlock, dah pun bule masuk paper tersenyum. Saya pun tak tinguk sangat muka orang tua yg tersenyum tu, karang angau karang susah pula. Ahaks. Pandang gambar lelama pun rasa samalah hukumnya dengan pandang direct real life lama-lama juga. Kalu seronok semacam rasanya dah violated larangan tuhan dalam surah Annur ayat 30 & 31. Rasa-rasa sayalah yang mengaji tafsir quran sampai tahap darjah 6 jah sekolah Agama Negeri Johor.

Ok berbalik pasal Interlok yang masih diperkatakan. Adalah sorang mamat tu kata, kenapa cuai, kenapa pilih novel yang macam itu. Dah macam itu orang India dah kecik ati, tulis ajelah Novel lain, apa pinda-pinda? Sikit lebih kuranglah gitu-gitu ‘gist’ yang saya dapat dari pembacaan saya tentang kenyataan mamat yang ramai blogger-blogger nyamuk tak ntah skola ntah tidak ini gelar sebagai Din Pudu Raya. Hmm eloklah tu korang pakat reramai kata dia Din Pudu dia kata korang ntah apatah kita tak tau.

Isu dah tak ada isu lagi dah, perwakilan masyarakat India dah tak mengamuk lagi, penulis pun dah tersenyum. Apa lagi masalah? Lainlah kalau masyarakat India masih marah, atau penulis pula berdegil tak mau ubah apa-apa atau kedua-duanya sekali. Bagi pihak penulis, beliau boleh saja ambil keputusan untuk tidak membenarkan naskah tersebut dijadikan teks KOMSAS.

Namun kita orang Melayu ini psikonya kita lebih rela meng”adjust” dari dibuang terus. Kita bukan macam orang kapitalis barat yang kalau tak suka buang terus, “you are fired”. Buat kata kawan saya masa kat KDN pun kita ntah “beger2” macam itu bajulah kalau tak sedap pakai kita adjust2lah kasi sampai sedap. Kalau baju tu terketat? Kita kena kuruskan badanlah sampai tak ketat. Gitu-gitulah. Hanya orang yang benar-benar faham psiko Melayu aje rasanya boleh betah dengan cara Melayu. Mungkin ada yang tak puas hati dengan penyelesaian Kes ini. Rasa seolah Melayu kalah, tapi memang sikap Melayu macam gitu mudah mengalah. Dalam isu Interlok ini, kalah kah kita?

Kalau kita sebut “Interlok, Melayu memang cepat mengalah” memang kita rasa teruk, tapi kalau kita ubah pula “ Interlok melihatkan tahap toleransi yang tinggi umat Melayu” lainlah pula perasaan kita. Sukahati kitalah apa bentuk statement yang kita nak masukkan dalam minda kita. Kalau kita lihat kita sebagai bangsa yang cepat mengalah memang kita akan jadi macam itulah, tapi kalau kita lihat kita sebagai bangsa yang toleran, itulah kita. As for me, I would rather winning some, and loose some dari losing everything. Ada ada benda yang eloklah dapat sikit dari tak dapat terus he he he.

Saturday, March 26, 2011

Matlamat kita (FOKUS)

Kita nak masuk syurga
kita nak bahagia dunia akhirat

Kita jangan fokus sangat nak tengok orang lain masuk neraka, sengsara dunia akhirat.
Kita juga jangan expect sangat buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, jam-jam tu la ni juga, macam kisah ummat nabi Musa yang jahat dok sembah patung sapi. Saya terjumpa ayat-ayat dalam Quran yang menyebut, ummat Muhammad yang membuat onar, Allah tangguhkan siksaan dihari pembalasan nanti.

Memang Quran tak pernah salah. Sebagai hujahnya untuk diri sendiri, saya tingok krisis timur tengah. Zionis yang bertahun2 balun Palestine dok eksyen gagah sampai la ni juga.

Monday, March 14, 2011

Terlambat fikir

It’s not that I’m not aware that Malaysian is heading towards high income nation, it just that I always got this feeling “aku oghang pempuan apa aku peduli pasal ekonomi” I guess dapat kije gomen kira dah secured, cuma mau tingkatkan sikit kemahiran agar nanti pencen tak termangu-mangu tak tau nak bikin apa krija.

Sepatutnya memang kita orang perempuan tidak patut dibebankan dengan fikiran-fikiran pasal ekonomi patutnya kita duduk rumah dan orang lelakilah patut sediakan segala-galanya untuk kita. Realitinya tidak begitu. Betapapun kita mau agar kita boleh goyang-goyang kaki di rumah dan menikmati apa-apa hobi yang kita ada, misalnya berdandan dan ber”spa”, slim wrap, wax wrap, apa-apa bentuk balutanlah kan untuk membuang lemak yang degil di sana sini, kita tak buleh, sebab realitinya saya ini dilahirkan dalam golongan marhaen.

No no no itu bukanlah my dream life, tidak. Tapi bestkan kalau dapat macam itu. Macam syurga duniawi gituh. I hate thinking about my future. But I have to think, I have to imagine…I have to calculate my income lepas pencen nanti. What is the things that I gonna do lepas pencen. Teaching? Writing? Or have my own small audit firm? Or buka business sendiri, be my own boss? Wat kinda of business? It is nice to have small business bila dah pencen nanti.

Wednesday, March 9, 2011

Tak tau mana satu yang gila

Ada penulis barat kata kita buleh pilih untuk rasa luka atau tidak. Kita orang Malaysia tentulah kita tak boleh sama sekali setuju dengan kata-kata ahli fikir bukan Islam ini. Sebab kalu dia Islam pasti dia tak berani memberi kata-kata yang macam itu.

Hari ini banyak perkara yang boleh melukakan hati kita. Kebanyakkan masa kita tak begitu ambil pusing, sebab kalu ambil pusing kita akan bertambah sakit. Namun luka itu tetap ada, kita tak boleh nafikan yang ianya melukan cuma kita boleh kawal perasaan agar tidak menunjukkan dalam bentuk yang keterlaluan yang kita terluka sampai jadikan keadaan tambah tegang dan lukakan bertambah parah.

Satu perkara yang melukakan hati generasi macam saya ialah budaya couple di kalangan anak-anak muda kita. Memang pantang nenek-moyang kita lelaki perempuan berlagak mengalah orang dah berumahtangga tapi sebenarnya tak ada ikatan apa-apa pun. Kalu dah berumahtangga pun couple kita Melayu totok tidak bersepah-sepah, berkepit-kepit laki bini depan khalayak. Itu dulu.

Kini lain. Zaman berubah, sapa kita nak halang budaya “loving” ala barat ini walau memang terkadang itu mendatangkan rasa meluat aje. Korang ni tak cukup kat rumah ka, sampai nak bawa keluar korang punya loving tu. Saya berbaik sangka aje yang ber”loving” tu semua dah ada lesen. Tapi ada kawan cakap yang ber”loving” tu yang belum ada lesen, yang dah hada tak buat macam tu. Ntahlah…

Dulu masa sekolah dulu budak yang loving ni ada yang kena buang sekolah, kena rotan. Hari ini kalu kementerian nak merotan budak-budak loving ni akan memeningkan kepala cikgu aje. Kenapa saya cakap nanti cikgu pening?

Saya pernah berbual-bual dengan kawan di MMU. Saya tanya pasal budaya couple. Dia cakap memang dah budaya. Kalu cikgu tau memang nahas, tapi pandai-pandai coverlah, jawab kawan tadi. Saya tanya lebih lanjut lagi adakah couple tu tahap sampai bersenggama? Dia kata iya. Kalu dah baligh tapi masih teruna, masih dara mereka akan diketawakan. Mereka tau bersenggama sebelum nikah itu dosa besar, tapi mereka akan lebih stress sampai tahap rasa macam nak gila, macam nak bunuh diri dipulaukan hanya kerana masih dara, masih teruna. Oh macam itu ka.hmmm.

Saya tanya lagi kawan yang lain. Mereka kata budak tu gila. Budak tu gila. Budak tu jeles sebab dah tak ada dara, tak de teruna dia nak orang lain sama tak berdara, tak berteruna macam dia jugak….. ha ha ha. Saya cuba cucuk… “ko tak takut jadi macam akak kah dah tua tak kawen-kawen sebab masa sekolah dulu tak giat bersenggama?” Mereka cakap lebih baik tak kawen terus dari buat dosa.

Group yang aktif bersenggama akan kata group yang aktif itu gila, dan group yang aktif pula akan kata yang tak aktif itu mengalami penyakit neurosis. Salah satu tanda neurosis ialah keinginan nak dapat good grade atau menyiapkan sesuatu projek dengan sempurna tahap melampau, yang menyebabkan orang sekitar rasa jengkel dan bengkek. Juga lama kelamaan bila berkerja esok buleh mengalami obsessive compulsive Personality disorder yang hallamak semua orang akan tak berani nak dekat.

Saya mendengar kedua-dua sisi. Saya cuba mengimbangkan keadaan saya. Adakah saya mengalami OCPD? Adakah penyakit OCPD ini hanya boleh dirawat dengan aktif bersenggama? Saya pernah jumpa seorang Auditor yang tidak berumah tangga walau dah tua, dan saya percaya dia bukan pengamal seks bebas. Saya 100% percaya dia seorang celibate dan yang mempesona dan menginsipirasikan ialah dia tidak langsung menunjukkan tanda-tanda OCPD.

Kalau kakak ini tadi boleh celibate tapi terhindar dari sindrom OCPD, kenapa tidak saya siasat dan tiru aje amalan kakak ini?

Saya percaya bila mendepani isu-isu macam budaya couple kakak tersebut memang luka, tapi tak le tahap dia luka sampai ambik tindakan menyertai mana-mana aktiviti atau badan-badan tertentu nak bagi preasure pada puak-puak pengamal budaya couple bebas. Jangan orang lain nampak macam kita mengalami compulsive personality disorder aje udahla...Kalu dah Luka simpan dalam dalam, sebab bila nak akhir zaman memang macam itu.

Saturday, March 5, 2011

KITE vs DEME

Ada juga orang yang suka kalu Malaysia end-up macam Tunisia dan Mesir. Kalu kita skeptical kata “buleka”, mereka akan meroyan tuduh kita ntah-apa-apa tah pun ada. Itulah gelagat orang yang taksub nak menang, tak moh kalah. Kalu dah sah kalah pun masih mau menafikan kekalahan dan lebih rela hidup dalam penafian yang panjang. Tak kisahlah, kita pun sbenarnya tak moh gaduh-gaduh dengan oghang mace itu…

Tapi tu dah nak kata saya ni hapa eh…jahat/jaki/hantu/jembalang??? 2x5nya aje tak moh kalah gak, saya nak tayang juga hujah-hujah saya untuk menyeport opss menyokong ramalan saya yang mengatakan Malaysia tak akan mengekori Tunisia dan Mesir. Malaysia tidak ada dalam set domino Tunisia dan Mesir. Bukan saya mau menafikan kemungkinan Malaysia tumbang melalui cara itu. Ya Malaysia bisa saja tumbang, tapi rasa dalam masa terdekat ini idaklah agaknya. Kalu memang sudah tertulis di Loh Mahfuz BN tumbang cara itu juga, bukanlah gerakan tumbang menumbang itu diketuai dengan pesona-pesona/pemuka-pemuka yang ada kini.

Orang yang nak lead gerakan itu kenalah setaraf macam Qardhawi…yang menggerakkan gelombang rakyat yang ada sekarang ni kalu nak kerja-kerja korang “menjadi” kenalah tiru macam Qardhawi, cara dia bercakap, cara dia beramal, pendekata segala-gala lifestyle dia korang kena tirulah gitu. Ini kalu korang melenggok gaya Shah Rukh Khan, Ranee Murkhaji, Siti Nurhaliza, Remy Ishak, Tiz Zaqiyah, aleh-aleh nak dapat macam Tunisia, macam Mesir, memang payahlah nak dapatnya. Dari melenggok gaya selebriti yang saya sebutkan ada lawa lagi lenggok gaya Mercedes…

Meh kita tengok hujah saya dulu. Gambar2 tu saya curi di sana dan sini tanpa izin sebab saya tau tuan punya gambar tu baik2, pemurah dan tak kisah saya tayangkan gambar diorang saya abadikan dalam blog saya:-

Wednesday, March 2, 2011

err Brag? Brat? wat ever....

Sapa/apa makhluk yang tak suka kalu kita sesama islam berbaik-baik dan saling bantu-membantu. Apa makhluk yang suka lihat orang bergaduh dan bermusuhan. Apa makhluk yang akan meraung, jadi tak keruan kalau kita semua bersatu padu dan saling kasih mengasihi….fikir-fikirlah

Bergaduh, saling benci, saling mengata huduh, merendahkan peribadi bukanlah perkara yang bagus pun. I know last ntri saya mengutuk orang yang tak memikirkan untuk menyediakan tempat perlindungan sendiri untuk anak isteri… memang tak patut saya kata begitulahkan. Memang satu sifat kejilah tu.

Oh ya lama tak lama juga ada kawan FB saya menasihati diri ini agar masuk PAS, saya memang nak tersedak bahak. Mujur depan PC aje, tak berdepan bersemuka. Setakat berbaik tu saya rasa ok. Nak masuk PAS, nak join ntah apa-apa lagi tah group yang dia sarankan minta mahap le. Saya pun idakla kuasa nak tanya adakah kawan saya ini member PAS…

Kalu dia member pun, kira member elitlah. Saya tak cerita pengalaman saya dengan orang PAS pun rasa saya akan melukankan hati orang yang saya ‘care’. Saya rasa ok kut jika sekadar saya kata di sini, saya pernah mengajar PASTi dan ketika saya diterima berkerja dengan Akauntan Negara, sebagai book keeper, memang mak saya tak benarkan sebab gaji kecik dan ayah(pak long) saya janji, PASTi saya itu akan tukar jadi SRIP dan saya akan diserap jadi guru.

Mujurlah isteri abang sepupu saya berjaya menyakinkan mak saya agar melepaskan saya ke Kuala Lumpur. Kalau tak kerana galakkan dan dorongan isteri abang sepupu, mungkin saya tak kerja dengan kerajaan. I love kids more then I like accounts & numbers. I don’t have any intention pun nak jadi cikgu budak SRIP, sebab orang kat Negara barat tu, mengaji budak-budak bukan tahap ijazah aje, sampai tahap phd pun masih bergelumang dengan kanak-kanak. Saya pun tak tau why I accepted the job, maybe bayangan nak jadi cikgu budak PINTAR tu tak appealing langsung. Tapi yang pastinya, isteri abang sepupu saya have given me one good piece of advice and I really appreciate it sampai bila-bila. I guess that was the best decision that I ever made in my life. Leaving the job that you really enjoy for the other which you are not really sure, but after sometimes you finally think “this is what I suppose to be doing, this is my destiny”, and discovering strength, talent, potential which you never think that you have.

Dan Kepada kawan FB yang menyarankan saya itu dan ini, saya jemput kalau sudi datanglah ke PASTi Assolihin, Merlimau, bantu apa yang patut. PM2lah saya kalu dapat bikin impian ayah saya nak tengok PASTi membesar jadi SRIP jadi kenyataan. PM kalau ada budget sebesar start up cost for SRIP aje…
Materialistik, selfish… well masa itu emas…Kita kena selfish dan sarkastik lebih-lebih lagi kepada people talk/brag about this and that. We have to be very careful isn’t it? Saya fikir tak salah kita tanya berapa budget dia.. NO MONEY don’t talklah. Buat sakit ati aje mendengo eh. At least teach/ disciplined ourselflah (have some inner control). Talk only the thing within our range.

Tuesday, March 1, 2011

Aik, rumah Kerajaan aje!!!????

Kalau kita cakap depa tak tau rancang ekonomi depa marah. Depa kata hang tu anak dara tua jahat, mata duitanla bla, bla, bla, bla…. Tahap mengimaginasikan yang bukan-bukan pun depa sanggup…apa-apalah depa nikan. Depa memang “benci” dengan anak dara tua, itu kita tak pernah nak marah, walau banyak jugalah cakap depa yang menghiris hati kita. Itu kita tak brapa nak ambik port sebab kalu ambik port sangat bule gila. Cuma kita bule doa jah one day nanti one of their many anak dara turn out to be anak dara tua.

Will they think of their dosa, anaknya pernah berbohsia masa muda penyebab anaknya tak berjodoh? Kalu anak orang memang sedaplah mereka mengteori dan mengata, tak boleh kut tu, kut ini. Forget it la, knowing them, their hatred, depa akan kata anak orang UMNO bomoh anak depa sampai tak kawen-kawen he he he he Kalu jadi anak dara tua betul sebab hilang dara tanpa nikah pun, depa salahkan anak orang UMNO juga. Kalau betul anak orang PAS yang hilangkan dara anak depa pun depa kata anak orang UMNO bomoh anak orang depa, kasi gila terus rogol anak depa. Anak-anak depa takkan buat kerja tak bermoral itu sebab mana mungkin, mana mungkin, mana mungkin, mana mungkin ahli syurga buat benda tak senonoh macam itu, unlesslah kalau under influence Iblis yang hanya boleh merasuk orang2 UMNO aje. Tapi kita pun tak nak doa buruk-buruk macam itu pada sedara sesama Islam, sebab nabi kita tak pernah ajar kita doakan celaka pada sesama saudara yang sama agama.

Berbalik pasal ekonomi tadi, kalau kita kata mereka tak tau ekonomi mereka marah, tapi kalu laki bini kerja gomen, umur laki dah 38, duduk kat kampung ceruk macam sini. Melaka pulak tu, tapi masih duduk rumah kuarters kerajaan sah, memang sah, ada dua kemungkinan aje satu, memang tak reti ekonomi, dua bini dia geli nak duduk sempit-sempit kat rumah murah macam rumah I ini. Ya ya ya rumah kos rendah memang untuk orang macam-macam I aje. tapi kalu kat Jasin ini, itu hari memang siap offer sorang sebijik rumah kos rendah ni sebab kat Jasin ni semua orang kekaya, semua orang ada tanah, dari beli rumah kos rendah baik diri rumah PPRT, rumah ntah apa tu…tah. Baik kita bikin rumah sebiji, ada laman, ada segala.

Tak kisahlah rumah apa pun, rumah tetap rumah, rumah keperluan asas. Kalu anda duduk kat Melaka ni, jika anda seorang lelaki, dah umur 38, kalu tak de rumah sendiri memang something wrong with your perancangan ekonomilah. Atau bukan orang Melayu Melaka tulen, sebab memang tabiat orang Melayu Melaka gian buat rumah, tambah rumah, soyok sana, soyok sini. Itu kita punya purpose in life, nak hidup, nak kerja, nak cari duit lebih, nak besarkan rumah, lepas balik haji, balik umrah. Period.