Thursday, November 3, 2011

Tazkirah MLM Jumaat


Malam-malam jumaat ini kira jadi baiklah, kunun he he he, maka tergeraklah hati membaca satu buku itu, sebenarnya I nak ambil terjemahan Al-Quran yang busu I dah susun cantik-cantik dalam rak buku tapi huruf-huruf mim-ro-ta-dal menangkap pula minat, jadi saya pun buka dan baca.

Satu page aje buleh lalu lepas aiii sesak-sendat dada aku, meh layan tidurla.

Ok mari kita tengok apa yang buat saya tidak terus menyelak lembaran yang seterusnya, ini tulis bekas Mufti Negeri Sabah, Haji Sa’id Haji Ibrahim dalam buku yang diberi judul “Jenayah murtad”. Saya pun tak tau mufti  zaman siapa beliau ini, memang tak kenal langsung Tuan Haji ini. Tapi Tuan Haji ini memang berani betul beliau tulis macam ini:-

“seorang Islam yang telah sabit murtad hendaklah disuruh bertaubat lebih dahulu supaya ia kembali kepada agama Islam. Jika ia enggan bertaubat, wajiblah dibunuh”

Oklah sebelum itu Tuan haji telah memberikan 3 sebab murtad iaitu:-
  • ·         disebabkan iktikad
  • ·         disebabkan oleh perbuatan yang sengaja
  • ·         disebabkan oleh perkataan yang sengaja

Dulu orang cakap, cakap-cakap “saya ini komunis-sosialis pun jatuh murtad tau”.Saya tidak mau berhujah lebih panjang nak memenangkan komunis-sosialis ini. Bila abang Mat cakap Komunis Mat Indera itu pejuang kemerdekaan, abang Mat mesti dah dapat consent dari Nik Aziz, jadi Nik Aziz tentu ada hujah beliau yang tersendiri bahawa pengikut, penganut fahaman komunis-sosialis ini tidak tergolong dalam golongan orang murtad. Bahkan  Mat Indera pejuang tuh. Hah jangan main-main!

Saya mengambil pendirian mudah, selagi tak ada fatwa kata kita boleh mengaku kita komunis, baik jangan mengaku, walau terang-terang dah register dah jadi ahli Partai Rakyat Malaysia. Terang-terang angaukan berangankan nak jadi macam A Rustam Sani. Allahyarham di penghujung usianya memakai topi, cap bintang 3.

Itu kira kalau ikut standard orang-orang Kampong Bukit Kepong dah murtad itulah, nauzubillah…tapi orang kata, tak dengar apa cerita pelik masa urus jenazah beliau kira ntah ye…mungkin dia dah istigfar agaknya. Benda-benda macam ini “terkehel lidah, celupar” bila kita dah benci, sakit hati sangat dengan system kapitalis yang ntah apa-apa tah tu, Kim Kardashian, pening kepala den tengok glagat anak-branak Kardashian ni kan, memang kita akan kata si Lenin, Stalin lagi baik dari si KIM getek inilahkan…. Itulah benda-benda kabur yang menyebabkan mau tak mau kita kena perbaharui syahadah dan banyak bertaubat…Mau tak mau kita kena mengaku kita ini ahli maksiat bukannya ahli makrifat. Asyik buat maksiat hati aje kerjanya. Tak sudah-sudah.

Sekian, salam malam Jumaat.

No comments: