Tuesday, September 6, 2011

Abang Mat oh Abang Mat


Kita semua tau yang jadi kecoh pasal komunis ni bukan pasal sangat betul atau tidak kita menafikan sumbangan puak haluan kiri dalam usaha membebaskan Negara dari cengkaman penjajah. Dalam bab sejarah ni saya rasa semua orang tau puak kiri ada sumbangannya yang tersendiri dalam menghalau British keluar dari Tanah Melayu.

Motifnya, sama ada heroic atau tidak, atau saja-saja kerna dendam amarah, emosi tak habis (dulu ekau candu nenek den kek tana bosa sana, hari ini den pancung ekau, tak dapek ekau, kuli ekau dalam Rejimen Askar Melayu, Polis Melayu pun jadi lerrr) tak usahlah kita poning-poning kepalo, menilik renung dalam makrifat. Yang penting, tidakan brutel tak berperikemanusiaan komunis menyedarkan kapitalis British mengubah cara mereka dari direct memiliki dan menguruskan kepentingan asset perniagaan di sini, kepada cara mewakilkan saja syarikat-syarikat yang di”incorporated”kan di sini untuk tujuan yang sama.

Namun kita pun tau melalui kebijaksanaan kepimpinan Melayu yang terdahulu, memang hari ini semua kebayakkan syarikat-syarikat besar perladangan sudah jadi milik rakyat sini. Milik khazanah Nasional. Cuma kita, saya tak rasa khazanah tu milik bangsa saya.

Oklah berbalik pasal abang Mat & komunis, kita generasi kini, eh saya. Saya, saya, sayalah…orang lain saya tak tau. Saya memang tak kisahkan sapa hero, sapa pengkhianat, sapa penjahat. Saya rasa mereka (askar-askar) kedua pihak ada masa nak rasa mereka hero pun…di dalam hutan sana ianya adalah soal hidup atau mati. Tapi kenyataan abang Mat itu yang kita faham hari ini, dalam usaha dia nak bagi kita sedar yang akan sumbangan puak haluan kiri, dah jadi macam dia kata dah askar, polis Melayu ni talibarut British, penjahat. Manusia paling jahat, sejahat-jahat manusia yang mengkhianati bangsa demi sesuap nasi.

Kita pun tau sensitivity masyarakat kita pasal komunis ni. Sekali imbas aik macam ler komunis ni agamanya nak membunuh, merogol anak-anak orang yang punya agama. Anti Agama. Tak dek satu sen pun yang baiknya pasal komunis niiihhh. Abang Mat mungkin cuba nak beri tau ada amalan komunisme itu boleh menjadi ubat kepada penyakit-penyakit yang kita tanggung hari ni akibat menganut sistem kapitalis warisan penjajah British.

Bahkan jika kita terlalu taksub dengan sistem ini, tak mustahillah satu hari nanti kita akan sikit-sikit merana juga. Meranalah, macam Obama kat Amerika tu…banyak hutang, pas tu korang tak tau ka sapa yang bagi hutang kat Amerika…hai bawak2 google lah eh…maleh den nak naipnyeerrrr.

Saya bukan pemuja abang Mat, tapi saya tau idaklah abang Mat itu jahat, pembenci sangat orangnya sampai nak ntah apa tah, nak bawa masuk, atau nak hidupkan semula fahaman komunis Rusia yang dah berkubur tu…tapi cuma kita cuak aje kut kalau geng abang Mat dapat tawan Putrajaya, kita semua tak buleh sembahyang dan segala masjid serta rumah ibadat kita bertukar jadi tempat Komunis buat anak. Seriously masa I kecik memang I percaya kalu kita komunis kita bukan jah tak buleh sembahyang, kawen pun tak buleh! Buat anak buleh, lepas buat anak, anak kita kerajaan ambik untuk latih dia mengikut darjah kepandaian anak tersebut.

Jadi itulah antara persepsi-persepsi asas yang Abang Mat perlu perjelaskan pada awam kalu abang Mat masih percaya apa yang tak betul pada hari ini akan jadi betul, sebetul Ayatollah Iran dan Ahmadeenijad Iran yang berjaya menggulingkan Syah Iran dengan kombinasi formula gabungan keturunan suci Fatimah dan Ali dengan bantuan well who??? Saya memang tak berani nak tulis, tapi memang itulah yang saya pernah baca, Ayatollah tak akan berjaya mengusir Syah Iran tanpa bantuan whooo???. Cari sendirilah, saya tak brani nak tulis sebab mungkin apa yang saya baca tu tak betul. Propaganda komunis yang dah mampus tu, nak idup baleekkkk.

Ini bukan kerja sikit-sikit senang punya kerja. Kerja berat. Pada saya haluan kiri di sini cuma cebisan itu dan ini dan tidak teratur sifatnya sebagaimana kumpulan haluan kanan yang diterajui UMNO. Adakah PAS mampu memikul tanggungjawab ini. Memang kita tau dalam PAS ramai orang pandai, ramai genius. Tapi Albert Einstain kata “Genius itu buek habis boreh, pemusnah idea, Intelektual itu yang menyelesaikan masalah”

Orang tua-tua kata, ukur baju pada badan sendiri. Yang berhak mengukur hanya orang PAS. Bukan saya. Saya tengok aje telatah dan gelagat orang-orang PAS bagi menentukan mana lambang nak pangkah pada PRU yang akan datang, dan PRU-PRU yang seterusnya.

No comments: