Friday, May 6, 2011

Cakap-cakap orang II

Kami juga menyentuh pasal pelajar cakap-cakap orang yang kununnya pelajar cemerlang macam kami (dia, isteri dia, anak dia dan juga saya) belum pasti cemerlang dalam alam pekerjaan. Bakul sampahkan aje cakap orang yang memang kita tau pun, dia masa kat University dulu cukup-cukup makan aje sebab sibuk berpesatuan, bina networking. Yang pasti bila kita sudah tetapkan pilihan untuk belajar, kita mesti konsisten dan sematkan dalam hati untuk aim for the best, A+, 100%. Jangan ada satu markah pun yang cicir.

Soal boleh adapt atau tidak, kera sumbang, tercicir dek kerana tak de networking, di alam pekerjaan, itu cerita blakang hari. Dah kerja bisuk kita usahalah pula macam mana nak buktikan yang cakap-cakap sebegitu adalah salah. A+ itu abjad yang menyeronokkan, naik pentas terima sijil Anugerah Dekan juga seronok. Memang hanya kita-kita yang dapat aje yang boleh rasa keseronokkan itu. Orang tak dapat mana dia tau apa rasa seronok itu. Tapi tu masa kita berhempas pulas belajar, mereka dapat rasa seronok lainlah pula berpacaran, bernetworking, bersama orang-orang besar, datuk datin, tan sri, puan sri, bakal datuk datin tan sri, puan sri atau tan sri puan sri, datuk datin defecto/bayangan/inthemaking, seronok berkonspirasi mencatur itu dan ini, mengatur demonstrasi itu dan ini, ditweet-tweet gadis jelita, disisip puisi jiwang-jiwang kata-kata perangsang gadis-gadis pengitan, peminat misteri yang hanya mau dikenali sebagai XOXOXOOOO…dan macam-macamlah rasa seronok yang kita pengobsess abjad A+ ditranskrip ini tak kuasa/segan/malu/tebal muka nak layan.

Rasa seronok orang lain-lain. Jangan sampai dalam perjalanan kita menuju kampung abadi kita memperlihatkan kemarahan, kebencian, meluat terhadap rasa seronok orang lain. Hidup ini amat singkat untuk kita marah-marahkan orang yang sedang seronok atau untuk mengajak orang yang tak seronok dengan apa yang kita seronokkan untuk seronok sama. Orang nak seronok baca novel pop, tulis novel picisan, seronok beli bungalow, beli kereta, pergi melancung duit tulis novel pop biarlah dia. Janganle marah-marah. Kalau marah-marah nanti cepat tua, tulis pun macam orang tua yang banyak penyakit, asyik berkeluh kesah aje, Itu pasal tak cukup seksi untuk menarik audience muda yang karismatik, dinamis lagi energatik.

No comments: