Sunday, January 23, 2011

Amputation

“Even though a company has perpetual succession, bad management, poor planning, wrong decision, economic turn down will result the winding up of a company. One way to ensure the survival of the “sick” company is via capital reduction. That is to say under a certain circumstances related to the going concern of the company, section 64 of the companies Act 1965 giving an exception to a fundamental rule whereby once a capital was raised, it cannot be reduced. SSM have set up a committee to review the section 64 of the Act to balance up the need of protecting creditor without burdening the company with unnecessary procedure and cost.”

Ini part of my report write-up pasal capital reduction. Dulu masa saya kekecil, eh remaja ntahlah memang saya suka kalau syarikat macam Perwaja Steel tu mampus aje. Diistiharkan gulung tikar. Asyik skandal, skandal, skandal aje kan baik tutup ajelah. Tapi syarikat gergasi seperti Perwaja, Proton, MAS, PETRONAs itu semua-semua nyawa memang liatlah sebab dilindungi kerajaan. Walaupun Tun Mahathir dah tak ada, pewaris kepimpinan BN akan memastikan syarikat-syrikat ini kekal ada sampai bila-bila semampu yang buleh bertahanlah.

Perwaja telah diselamatkan melalui pelupusan rugi berjuta ringgit melalui kaedah “capital reduction” ini. Idup lagi ka Perwaja ini, apa khabar adakah macam dulu juga atau pun sudah insaf macam Lotus dan mula mengorak langkah untuk mempastikan untung dapat diraih, tak kuasalah saya nak tau sangat, sebab saya ini dah opt skim pencen. Kalu KWSP tu, adalah juga saya perihatin nak tau, kut-kut syarikat-syarikat besar ini buat hal lagi. Iyalah yang banyak simpan saham dalam kompani-kompani haram jadah inikan KWSP. Kenalah kita bersusah-susah beli annuity luar incase kelembapan dan kemalasan syarikat-syarikat besar ini membuat untung akan menyebabkan KWSP pun lingkup sama. Paranoid. Ya memang paranoidlah ni.

Looking at the way politician kita berperangai, memang kita patut paranoid dan take care of our own business. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Suka tak suka saya tak boleh lagi mengharap bila dah tua saya boleh goyang-goyang kaki macam nenek, pak cik dan mak cik saya dulu-dulu. Nasib saya mungkin tidak sebaik generasi terdahulu yang boleh menghabiskan sisa-sisa hayat mereka tenang-tenang beribadat di pondok. I’m seeing myself akan berkerja sampai nafas terakhir. Kalau tak sakit dan terlantar di hospitallah.

ii)
Ok berbalik pasal capital reduction, cerita ini bersambung pasal cerita East-India Company ini. Kenapa sampai gulung tikar. Wrong decision? Sebab peranglah. Perang dengan lanun, perang dengan Red Indian, perang-perang-perang, sampai penghabisan dah habis perang tak de duit plak nak bayar gaji askar. Ha ha ha…joking aje.. Orang kata bila company itu jadi bertambah besar memang kos mengurus itu jadi tambah besar, kerenah birokrasi lagi. Company yang sudah membesar itu sudah tidak efficient seperti company itu mula-mula beroperasi. Analogynya tengoklah orang yang gemuk Bila dah gemuk sangat buleh bawa maut juga. Jadi kena kurangkan beban. Salah satu cara mengurangkan beban ialah mengurangkan apa-apa yang patut, termasukkan mengurangkan modal. Macam cerita Perwaja inilah tadi tu.

Hari ini Obama pun pening kepala pasal company senjata di US. Apa Amerika nak buat? Buat bodoh ajelah, walaupun ada kemungkinan syarikat senjata Amerika ini boleh “memakan”* Amerika, sebab kalau tutup nanti ramai kena buang kerja. Kesian Obama sebab dia bukan Islam. Sebab kalu Islam dia buleh sembahyang Istiqorah aje.


* Industri sejata canggih “memakan” Amerika dengan membuatkan Amerika jadi sigemuk paranoid yang sangat hodoh lagi jahat dan gian melepaskan peluru sesat tanpa usul periksa pantang ada peluang lagi menghadapi pelbagai komplikasi masalah kesihatan yang rumit.

No comments: